Ahad je hari yang kitorang lengkap bertiga dari pagi sampai malam.
Isnin hingga sabtu, at most 4 jam je kitorang lengkap bertiga.
Hubby dah semakin makin makin makin sibuk sekarang.
Cabaran betul bila terpaksa handle rumah dan anak sorang-sorang.
T___T
Tapi enggak papa dong.
Guwe teneng aja.
Pokoknya, hubby ke kantor untuk mencari rejekik. Guwe ngertik guwe ngertik.
Guwe ni kan supermama. Iya kan?
Kau kenapa...
-______-
So bila hari Ahad je,
kalau tak balik Puncak Alam or Shah Alam,
kitorang akan make sure untuk spend 100% masa bersama.
Hubby selalu cakap, dia nak Haikal tahu yang Papa dia sayang dia,
walau papa jarang-jarang ada kesempatan untuk belai dia.
Alahai...
Takpe papa. Haikal ngertik.
;D
So macam last Sunday kitorang pergi Dataran Menara Condong.
Kamon..
Mana lagi nak pergi kat Teluk Intan ni bhaii..
Pavvy takde sini. ;D
Tapi macam yang aku pernah cakap sebelum ni,
aku dan hubby dah sayang betul kat tempat ni.
Sunyi dan tenang je rasa.
Sampaikan kitorang yang orang Kay Ell ni (bluerghh),
bila balik Kay Ell je terus rasa serabut kepala.
Terus macam, ishhhhh apa ni banyaknya keretaaa!! Ramainya oranggg!!
Sebab dah terbiasa dengan suasana kampung-kampung yang damai permai burung berkicauan nun jauh di sana.
Mungkin sebab usia acik yang dah meningkat ni,
dah start fikir nak kena tanam kat mana nanti. -..-
Kalau boleh acik nak tempat yang burung banyak, pokok banyak, takde kereta lalu-lalang.
Hmm. InsyaAllah la ye.
Acik tahu kasut acik cantik.
Sebab bila acik set profile photo kat FB, semua orang puji kasut acik je.
Takde pun yang puji lubang hidung acik ni comel ke apa.
Kecikkkkk hati acik.
Aku perasan kalau hari Ahad je, Haikal happy semacam.
Asyikkkk nak menempel dengan Papa dia.
Papa pergi toilet sekejap pun,
"Papa!! Papa cepat lah!! Papa!!"
*ketuk pintu toilet*
Tak tenteram jiwa papa di dalam toilet tu yang.
-______-
Haikal seolah tahu yang Papa dia akan "ada" sekejap je untuk dia.
Sebab bila Isnin je Haikal cranky.
Nak mandi susah. Nak makan susah. Nak apa pun tak tahu lah.
Dia macam tercari-cari Papa dia.
T___T
Hmm. Enggak apapa enggak apapa. Guwe ngertik.
*tak habis-habis*
Tapi hubby sekarang boleh tahan jugak dia punya clingy-ness.
Contoh macam 2 hari lepas, patutnya dia outstation.
Kena bermalam 2 malam kat sana.
Aku dah siap pack luggage dia, gosok baju kerja dia apa semua.
Last-last malam tu hubby call,
"Mama, papa nak balik la. Rindu.."
"Habis tu, kerja esok camane?"
"Takpe. Papa gerak pukul 5 pagi dari rumah."
"Kalau susah, tak payah la. Jauh kot nak travel. Alah dua malam je kan."
"Rindu.."
Ye, dia rindu Haikal la ofkos.
Kalau rindu bini, lain sikit bunyi dia bahahahahah.
Sampai rumah je terus cium-cium Haikal.
Dan bila masa kah dia cari bini dia?
"Mama! Stokin papa sebelah lagi mana?"
"Mama! Tolong sendukkan bihun goreng. Papa lapar."
"Mama! Ni spenda papa ke? Macam tak pernah tengok pun sebelum ni."
See, sampai spenda sendiri pun tak kenal dah.
Di situ lah fungsi isteri ye tuan puan sekalian.
Mengenali dan mengamati spenda suami.
Jangan sampai tertukar dengan jiran sebelah.
-_____________-"
Amboi diaaaa.
Kalau dengan awek, kemain tak nampak langsung true colour kahkah.
Masa kitorang pergi dataran tu, ada konvoi motor KTM.
So budak pompuan ni ialah anak salah sorang abang motor tu lah.
Siap bawak anak dara pergi konvoi yuh.
Haikal, awak tolong la tanya-tanya sikit awek tu,
kot-kot ada motor lebih.
Boleh mama pinjam bawak pergi mesjid.
;D
Sekian cerita Ahad lepas.
Terima kasih sudi baca.
By the way,
16 September ni hari apa eh?
Oooo Hari Malaysia. Tahu tahu.
;D
4 comments:
ye kak...hari malaysia tu...
1 malaysia sambut besday akak...
teror mak hakak setting time..kihkihkih...lps ni 1 malaysia ingat dah tarikh besday akak...:P
Adoi jiji. Thank you buat lawak ye. Hilang penat dok office. Haha.
cantik kasut?? nak jugak.. ihihih
Kenapa Interior Design???
kasut comell
Post a Comment