Terengganu Trip 2014: Last Day!

Ok ni last entry Terengganu trip.
Dan mungkin juga last entry raya.
Lepas ni blog cuti seminggu yeayy!

So last day kat Terengganu (7 Syawal) takde apa aktiviti sangat.
Makan, dan makan, dan makan, dan makan. Dan balik.


 
 -___-



Last day in Terengganu ofkos kitorang singgah rumah Meciyah sekali lagi.
Sebab meciyah cakap dia buat nasi dagang.
Maigod, orang lumpuh pun boleh bangun ambik pinggan kalau dengar meciyah buat nasi dagang okkk. Haha!
Kemain bertambah-tambah kitorang makan.
Asal licin je, suruh meciyah top-up kahkah.
Bukan apa. Kitorang ingat pesanan orang tua-tua,
"Kalau bab makan, malu itu rugi."

Haa...
;D


Daddy dan hubby.
Haih la dua orang ni. Aku tak tahu nak cakap apa.
Cuma makin lama aku kawen, makin aku tak boleh nafikan,
"A daughter (Daddy's little girl), will someday marry someone like her father."

Hmm.

I married my father, guyss.
 Sumpah tak kelakar.
-______-

Perangai daddy, lawak daddy, cara daddy.
Almost everyhting about daddy makin lama makin aku nampak kat hubby. -..-
I can see daddy is watching over me, through hubby's eyes.
Maigod Daddy akan menghantuiku selama-lamanya. 
Habis la..
Hahahaha!


Tengok muka Haikal bila orang nak mintak duit raya dia. Kahkah.
Bakpe ganah ngak muke ooo!!


Terima kasih meciyah dan keluarga.
Sebab masak sedap-sedap untuk kitorang.
Siap ada bekalan untuk makan dalam perjalanan pulak tu. ;D

Bila lahhhhh lagi dapat jumpa meciyah agaknya. T___T
Hari tu before leaving, aku ajak meciyah datang ShahAlam,

"Meciyah, jom lah datang Shah Alam. Meciyah cakap je nak naik apa. Bas ke kapal terbang ke.."
"Dok payoh la. Dok mari doh Shah Alang kot. Meciyah tua doh. Dok rok cetong doh."
"Ala meciyah. Meciyah naik kapal terbang, bukan kapal terbang naik meciyah. Boleh la meciyahhhh.."
"Tak mboh la. Kalu ada rezeki lebih, rajiah mari sini lagi. Datang tidur umoh meciyah."

Hmm.. ye lah...
T_____T


 Acah-acah tunggu rapid KL ke apa ni..
-_____-


Kat rumah meciyah ada perigi.
Tapi dah jarang guna la. Buat basuh motor je meciyah kata.
So aku dengan raidah pun membatak rabit la ambik gambor kat perigi tu.
Yang kelakarnya, Raidah boleh tak tahu yang mana timba yang mana perigi.
Hape bende laaaa pompuan tu....


 Haa tu. Yang kau pegang kat tangan tu. Haa tu helmet namanya. 
Sila pakai kat kepala. -___-


 
Sebelum gerak balik, ofkos kena shoppping stok keropok lekor dulu.

"Pakcik, selalunya paling banyak orang borong berapa bungkus?"
"30 bungkus."
"Ok saya nak 300 ratus bungkus."

Hamboi dia tu. ;D


Alhamdulillah perjalanan kitorang pergi dan balik KL-Terengganu sangat lancar.
Pergi 6 jam, balik pun 6 jam.
Takdok masaloh skek pong! 

Scary jugak bila dengar kengkawan cerita musim raya balik Kelantan/Terengganu sampai 12 jam, 14 jam, 20 jam pun ada!
Perghhh. Mahu cerebral palsy aku 20 jam dalam kereta. -..-

So syukur sangat perjalanan dan urusan kami di Terengganu semuanya lancar seperti yang dirancang.
=)


Cuma yang tak berapa nak syukurnya,
dalam kereta, aku kena duduk tengah jadi tiang untuk dua-dua orang ni.
Keras urat tengkuk. Ciss!

1 comments:

mieyza said...

salam.waaaa..lama ambe xonline rupa2nya kak jiji datang teganu. siap beli kepok lekor kat kedai pakcik kita lg tu..nnti dtg sila kasitau lagi. nok jupe biar dok kenal pong..kiki