Terengganu Trip 2014: 1st Day (Meciyah & Pakcik Zainal's Crib)

Ok kita sambung cerita raya.

Raya ke-5 kitorang ke Terengganu.
Bukan pergi bercuti ke apa, cuma pergi jalan beraya.
Amboi bunyi macam pergi jalan kaki je haha!

Masa aku post kat IG dan FB pasal nak pergi terengganu,
pastu letak pulak hashtag #sayaorangterengganu,
ramai yang macam,

"Eh laaa.. orang ganu rupanya!"
 "Bakpe dok ajing oyak pong kat blog yang mung ning oghang ganung!"
"Bakpe dok ajing dengo pong mung kecek ganung?"
"Oghang ganu hebak bohhh.."

Ok ok tenang semuaaaa.
-..-

Ye, memang betul aku orang ganu. Nombor tengah IC ialah 11.
Maksudnya, aku memang dilahirkan kat sana.

Dan aku sempat membesar di Terengganu selama 12 tahun.
Sebab masa tu Daddy bertugas kat UPM (sekarang UMT),
dan Mama bertugas kat KUSZA (sekarang UNISZA),
dan kitorang sekeluarga duduk kat Gong Badok.
Lambai skekkk oghang-oghang Gongbadok!
=)

Aku bangga dilahirkan dan dibesarkan kat sana, walaupun sekejap.
Bagi aku, Terengganu terlalu best dan terlalu banyak memori.
Ok sebak pulak tetiba kahkah.

In fact tahun 2009, aku decide sambung Master kat ganu sebab terlalu rinduuuuuu hometown lama ku itu.
So bila dapat stay sana setahun pun dah kira berbaloi loi sangat.

Ok korang tanya, kenapa aku tak nampak terengganu berbanding orang-orang terengganu yang lain.
Derrr.. ada beza ke orang terengganu dengan orang selangor?
Rambut sama sikat tepi je aku tengok.
-______-

Ok sebenarnya camni,
Mama kan orang Manila, Daddy pulak orang Nissimilan.
So ofkos, walaupun duduk kat terengganu,
tapi dialek terengganu tu tak pernah wujud dalam rumah kami selama berbelas tahun duduk di sana.
Kang kecek ganu mak aku tak paham pulak hahaha.
So dalam rumah, kita cakap macam biasa,
tapi bila kat sekolah, ada lah sikit boleh berbahasa ganu.
Itu pon aku selalu kena gelak dengan kengkawan. Pfftt.
Sampai sekarang pun asyik kena gelak je bila aku cuba-cuba cakap. -..-

In fact masa buat Master dulu pun, bila jumpa balik kengkawan lama,
diorang macam,
"Takpe la Adlil. Mung tak payah la cakap ganu. Kitorang tak sanggup dengar. 
Biar kitorang je la cakap KL dengan mung."
-______-

Namun yang demikian, aku tetap orang ganu.
Taknak kalah. ;D

Cuma.
Aku harap takde la yang salah faham lagi.
Cakap aku lupa daratan ke apa.
Orang ganu, tapi pura-pura orang Key Ell.
Lahir ganu, tapi dok reti kecek ganu.
Aku bukan tak reti. Tapi orang yang taknak dengar.
Hahahahah!


Ok back to raya story.


Hotel yang kitorang stay tu betul-betul facing stadiungg ghutohhh.
So sampai-sampai je, terus check in, terus serbu stadiung ghutoh ambik gambo.

Memang lejen ah stadiung nih.
Sempat guna sekali je kalau tak silap. Pastu terus runtuh. -..-
Masa aku stay sini for Master dulu tahun 2009-2010 tu, bumbung dia tak cabut lagi.
So nampak lagi horror.
Tapi pergi bebaru ni, diorang dah cabut bumbung and dah bersihkan kawasan.


Apa yang kamu cuba sampaikan ni, Haikal..
Apa cita-cita kamu ni sebenarnya..
Nak jadi ultraman ke batman ke apa ni?
Kan mama dah cakap, cita-cita tu biar realistik.
Jadi Ustad Don k.
;D


 
Daddy: "Raidah, kamu tahu ni pokok apa?"
Raidah: "Tahu tahu! Pokok semalu kan? Kannnnn..."
;D


Lepas habis ronda kawasan stadiung ghutoh,
kitorang pergi Mengabang Telipot, rumah Meciyah (mak angkat).

Ni lah Meciyah saya.
Sebenarnya cara pronounce dia ialah "mak cik Yah".
Tapi sebab cakap laju, so jadi meciyah. -..-

Meciyah ni lah yang jaga kitorang adik-beradik bila Mama dan Daddy pergi kerja dulu.
Kira macam babysitter la.
Tapi sebab dia jaga kitorang dari baby sampai ke tua, BEBIsitter amende nyaaa.
In fact masa Master dulu (Tak habis-habis dengan master kau. Reminiscing ke hape puih.),
meciyah jugakkk yang teman aku kat rumah sewa kalau aku takut tidur sorang.
Kalau dasar pemalas nak cari makan, meciyah juga yang kena datang hantar makanan.

Tapi sekarang meciyah dah tua. Dah tak berapa larat.
Kalau dulu, masa kitorang kecik-kecik, meciyah best sangat.
Layan kitorang main sorok-sorok, main jual-jual jajan, main masak-masak rumput,
main princess-princess, ofkos la aku yang jadi princess,
pastu main hantu-hantu, dan ofkos meciyah yang kena jadi hantu kahkah.

Walaupon kitorang adik beradik ramai (6 orang), meciyah tak pernah lupa birthday setiap sorang.
Kang pepagi dia datang rumah, ada la habuan untuk birthday boy/girl.
Tapi walaupun birthday boy sorang, tapi hadiah kena ada enam.
Kang berebut, meciyahhhh jugak yang susah.

Masa nak pindah Shah Alam (tahun 2000), kitorang sedihhhhh sangat-sangat.
Sebab nak tinggalkan meciyah.
Mati-mati pujuk Daddy suruh bawak meciyah sekali.
Tapi apakan daya, ofkos lah meciyah pun taknak ikut. Dah family dia kat ganu.
-_____-

Tapi since then, hubungan kitorang tak pernah putus.
Masa wedding aku 4 tahun lepas, meciyah datang stay Shah Alam selama seminggu.
7 hari 7 malam kitorang makan nasi dagang air tangan meciyah. Heheh.

Haikal try ngorat awek kampung. Acah-acah tanya direction. ;D


Kelakar masa nak ajak meciyah selfie ni.

"Meciyah, jom selfie kejap."
"Mende selpi? Dok ghajing dengo pong!"
"Bukan selpi. Selfi selfi. Ambik gambo."
"Ooo.. ambik gambo. Doh bakpe kena sebuk selpi, sebuk ambik gambo kan senang. Seme oghang buleh pahang."

Ye lah ye lah.. Haha!

Hubungan pekerja-majikan dah macam kakak-adik.
Walaupun sampai ke sudah meciyah panggil mama "Cik Patimoh." 
Patimoh pun boleh ye meciyah ye... ;D


Habis beraya kat rumah meciyah, kitorang singgah makan petang kat makanan-makanan celup tepung tu.
Tak tahu apa nama restoran. -___-

 
 
Hubby mencebik sebab Haikal tak habis-habis nak ajak main pantai. 
Nasib la papa. Baju merah sama macam papa, so papa la kena layan.
Mama baju kelabu, so boleh sambung makan. Miahahaha!


Malamnya, kitorang singgah Kg. Seberang Baroh, rumah Pakcik Zainal.
Prof Zainal actually okk. -..-

 Pakcik Zainal ni kawan sekerja Daddy la dulu masa kat UPM.
Family Pakcik Zainal ni like family friend bagi kitorang.
Sebab dulu pernah berjiran, rumah sebelah menyebelah je.
Like, pokok cili mu pokok cili ku jua. Camtu.


Dua orang ni kalau bersembang memang selamat ah.
Bagi 40 hari 39 malam pun belum tentu boleh setel. -..-


Oh dia ni.
DIA NI. Paling reminiscing. Haha!
Anak Pakcik Zainal yang nombor 3. Paling nakal ni. ;D
Fakhruddin ni sebaya dengan aku (September '87). Thats why kitorang very close.
Very close yang tahap everytime jumpa mesti gaduh.
-_______-
 
Awak.. awak jangan lupa.
 Dulu awak selalu minta makanan kat rumah saya.
Hahahahahah!

Fakhruddin nak kawen dah bulan depan sob sob.
Hari tu sempat la berkenalan dengan tunang dia (Nuru) sob sob.
Semoga berbahagia la korang sob sob sobri yunos.

Awww! Sado la Bang Parudin ni. -..-

Well, aku baru tahu perkataan "sado".
Ape eh maksud sado?
Pondan kan? ;D

Ye ye. Taff tahu tahu.
Sado is tough berketul macam kuda.
-______-


Hai Aunty Jay yang gelak comel betul!
Hai Nuru yang.. yang cehantik!
Heheh.

Next,
Benda wajib buat sebelum bersurai,
group picture seroundd!

Pakcik Zainal paling sporting.
Perangai orang banyak pingat memang kena camtu eh?
;D

Kepada Fakhruddin & Nuru,
Selamat naik pelamin.
Semoga semuanya lancar.
Semoga urusan dipermudahkan, rezeki dilipatgandakan, sampai bila-bila.
Tahniah korang.
Ukhuwah fillah abadan abada. InsyaAllah.
=)


Bersambung Day 2 esok...



p/s:
Untuk tengok lebih banyak gambar terengganu trip,
boleh tengok FB: Adlil Rajiah.

2 comments:

The Hilmans said...

Okay. Meciyah klako giler.

caHAYA said...

Assalam kak jiji.. (first time komen tetiba nak panggil kak jiji).. boleh gitu ?

kite student umt.. tu haji zainal ashirin eh ? dia pengarah pusat
pusat pmbangunan holistik umt..
(hoh detail sgt la pulak :P)