Terengganu Trip 2014: Last Day!

Ok ni last entry Terengganu trip.
Dan mungkin juga last entry raya.
Lepas ni blog cuti seminggu yeayy!

So last day kat Terengganu (7 Syawal) takde apa aktiviti sangat.
Makan, dan makan, dan makan, dan makan. Dan balik.


 
 -___-



Last day in Terengganu ofkos kitorang singgah rumah Meciyah sekali lagi.
Sebab meciyah cakap dia buat nasi dagang.
Maigod, orang lumpuh pun boleh bangun ambik pinggan kalau dengar meciyah buat nasi dagang okkk. Haha!
Kemain bertambah-tambah kitorang makan.
Asal licin je, suruh meciyah top-up kahkah.
Bukan apa. Kitorang ingat pesanan orang tua-tua,
"Kalau bab makan, malu itu rugi."

Haa...
;D


Daddy dan hubby.
Haih la dua orang ni. Aku tak tahu nak cakap apa.
Cuma makin lama aku kawen, makin aku tak boleh nafikan,
"A daughter (Daddy's little girl), will someday marry someone like her father."

Hmm.

I married my father, guyss.
 Sumpah tak kelakar.
-______-

Perangai daddy, lawak daddy, cara daddy.
Almost everyhting about daddy makin lama makin aku nampak kat hubby. -..-
I can see daddy is watching over me, through hubby's eyes.
Maigod Daddy akan menghantuiku selama-lamanya. 
Habis la..
Hahahaha!


Tengok muka Haikal bila orang nak mintak duit raya dia. Kahkah.
Bakpe ganah ngak muke ooo!!


Terima kasih meciyah dan keluarga.
Sebab masak sedap-sedap untuk kitorang.
Siap ada bekalan untuk makan dalam perjalanan pulak tu. ;D

Bila lahhhhh lagi dapat jumpa meciyah agaknya. T___T
Hari tu before leaving, aku ajak meciyah datang ShahAlam,

"Meciyah, jom lah datang Shah Alam. Meciyah cakap je nak naik apa. Bas ke kapal terbang ke.."
"Dok payoh la. Dok mari doh Shah Alang kot. Meciyah tua doh. Dok rok cetong doh."
"Ala meciyah. Meciyah naik kapal terbang, bukan kapal terbang naik meciyah. Boleh la meciyahhhh.."
"Tak mboh la. Kalu ada rezeki lebih, rajiah mari sini lagi. Datang tidur umoh meciyah."

Hmm.. ye lah...
T_____T


 Acah-acah tunggu rapid KL ke apa ni..
-_____-


Kat rumah meciyah ada perigi.
Tapi dah jarang guna la. Buat basuh motor je meciyah kata.
So aku dengan raidah pun membatak rabit la ambik gambor kat perigi tu.
Yang kelakarnya, Raidah boleh tak tahu yang mana timba yang mana perigi.
Hape bende laaaa pompuan tu....


 Haa tu. Yang kau pegang kat tangan tu. Haa tu helmet namanya. 
Sila pakai kat kepala. -___-


 
Sebelum gerak balik, ofkos kena shoppping stok keropok lekor dulu.

"Pakcik, selalunya paling banyak orang borong berapa bungkus?"
"30 bungkus."
"Ok saya nak 300 ratus bungkus."

Hamboi dia tu. ;D


Alhamdulillah perjalanan kitorang pergi dan balik KL-Terengganu sangat lancar.
Pergi 6 jam, balik pun 6 jam.
Takdok masaloh skek pong! 

Scary jugak bila dengar kengkawan cerita musim raya balik Kelantan/Terengganu sampai 12 jam, 14 jam, 20 jam pun ada!
Perghhh. Mahu cerebral palsy aku 20 jam dalam kereta. -..-

So syukur sangat perjalanan dan urusan kami di Terengganu semuanya lancar seperti yang dirancang.
=)


Cuma yang tak berapa nak syukurnya,
dalam kereta, aku kena duduk tengah jadi tiang untuk dua-dua orang ni.
Keras urat tengkuk. Ciss!

Terengganu Trip 2014: 2nd Day (Lala & Man's Wedding)

Hari kedua kat Terengganu (6 Syawal),
ialah hari attend wedding sedunia.
Dua kenduri dalam satu hari.
Nasi arab nasi minyak, come to momma gemuk.
-_____-


Laki aku ada satu perangai.
Dari duluuuuuu lagi, dia memang suka tengok aku bersiap depan cermin.
Tak tahu la apa masalah mamat tu.
Kat rumah pun camtu. Time aku nak bersiap, time tu la dia datang menyemperrr kat situ.
Tahu la saya ni megan fox, tapi cuba bawak bertenang. ;D


So, first wedding ialah kenduri Lala & Hasnul.

Lala atau nama sebenarnya, Diyana Aqilah, ialah jiran belakang rumah kitorang masa kat Gong Badok dulu.
Family dia ni pun macam family friend jugak lah kiranya.

Aku ingat lagi, Lala ni dulu pandai main piano.
So bunyi piano dia je la yang kejutkan aku pagi-pagi. Heheh.
Lala ni muda 3-4 tahun kot dari aku kalau tak silap.
Dulu dia ni boleh dikatakan budak paling comel la kat kampung tu.
Sekali dia keluar rumah, semua orang macam,
"Lala! Lala! Lala!" camtu.

 Masa berjiran dulu umur aku dalam 10-11 tahun camtu,
so korang bayang la umur Lala berapa.
So memang peringkat umur yang tengah comel.
Dan aku bukan la tak comel,
cuma aku dah start pakai niqab so orang tak berapa nampak. Bahah!

Ok. Sorry tak kelakar.
-_____-

Ada satu kenangan dengan Lala yang aku tak boleh lupa.
Ada satu hari tu, aku teman mak aku buat kerja kat belakang rumah,
tetiba Lala datang kat mak aku,

"Aunty, aunty tahu tak air coke diperbuat dari apa?"
"Erm..tak tahu. Diperbuat dari apa?"
"Sebenarnya senang je nak buat coke. Semua orang boleh buat."
"Oh ye ke? Camane?
"Buat air kopi, lepas tu campur gas. Jadilah coke!"

Comel takkkkkk???!!
Hahahah!

Haikal kalau dapat gula-gula memang happy sangat.
Sebab dia suka pegang je, dia tak suka makan.
Dia akan peganggg je sampai bila-bila. 
Last-last, mama dia yang makan.
-_____- 

So sesiapa yang pernah bagi Haikal gula-gula ke coklat ke,
ketahuilah semuanya dah selamat ke dalam perutku. Mohon halalkan. -..-


Raidah yang automatik pondan bila jumpa daging kambing kahkah.


Masa kat kenduri Lala tu, ada la sedikit reminiscing bagi kami sekeluarga.
Sebab dapat jumpa ramaiiiii kengkawan dan jiran-jiran lama.
Memang reminiscing gila like, 
"Omaigod kau dah kawen, kau dah ada anak, kau dah gemuk omaigod omaigod!"

Dan ofkos ada jugak yang,
"Heyyy Jiji!! Kita baca blog awak."

Hmm.
Itu adalah sangat awkward sumpah aku tak tahu nak bagi reaksi camane everytime orang cakap camtu. 
Please. Aku pemalu. Bluerghh.
-____-



Yang paling kiri tu ialah Engku Nurul Hidayah. 
Aku tak ingat dulu aku panggil dia Engku ke Dayah. -..-
So masa jumpa tu aku macam, 
"Eh awak! Awak sorang je? Eh comelnya anak awakk.."

Awak awak camtu je la hahahahah!
Dia ni jiran jugak tapi jauh sikit. Taman sebelah depan sana.
Pernah jugak satu sekolah dengan dia.
Pemalu, sopan santun, dan sangat feminin orangnya.
So memang masak lah dapat kawan yang totally opposite macam aku ni kahkah.
 Asyik ajak lumba beskal je manjang. Pastu jatuh longkang. -..-



Ni pulak namanya Mira. Jiran belakang rumah kitorang.
Eh silap. Belakang rumah kitorang ialah rumah Lala.
Rumah Mira ni belakang ke tepi sikit. Camtu. -..-

Dengan Mira ni aku quite close.
Sebab dia ni boleh tahan jantan jugak la hahahaha.
So nak ajak main jatuh-jatuh longkang, mesti ajak dia.



Ni Nadia.
Pun aku tak ingat aku panggil dia apa dulu hahahaha.
Tapi dulu kitorang tak berapa rapat sangat.
Sampai la masa aku sorang-sorang kat Ganu buat Master dulu,
Nadia ni la jadi babysitter aku.
Datang rumah teman tidur. Teman borak. Tanya khabar aku ok ke tak ok. Heheh.

Hai Nadia. Thanks tau.
=)


Mama and Daddy pun tak kurang jugak lah. Tak sudah-sudah jumpa kengkawan lama.
Jenuh ajak balik. Tapi takkkk jugak berganjak.
Bila Haikal dah bunyi siren, baru lah "Ok jom jom jom."
 Terima kasih banyak la Haikal.


 Selamat Pengantin Baru Lala dan suami!
Semoga jadi isteri yang solehah dan disayangi selalu.
Buat kopi untuk suami jangan letak gas ye.
;D



Lepas zohor, kitorang pergi kenduri Manfaluti (Man) & Hannan pulak.
Tapi masa ni Haikal dah ngantuk sangat-sangat dah.
Dah mengamuk sakan.
Sebab nap time dia patutnya tengahari, tapi dah terlajak sampai ke petang.
Ibaratnya macam, 
kita dah ngantuk sesangat, dah separa lelap dah, tetiba awek call ajak dating.
Memang break up terus la. 
;D

So Haikal masa dalam kereta tu dia dah masuk fasa pre-mimpi dah.
Tetiba aku terpaksa kejut sebab dah sampai kat rumah Man.
Memang mengamuk sakan la dia. Senget benget terus tudung aku. -..-

Nasib baik Man sporting sangat.
Rilek je dia pekakkan telinga kahkah.


Man ni kawan sekolah rendah aku.
Masa sekolah dulu dia ni paling pandai matematik. 
Pandai gila tahap jawab kertas matematik 10 minit je.
Siap boleh share jawapan dengan orang lain lagi.
Musim exam je, memang berebut la semua orang nak duduk sebelah dia.
Termasuk la aku. -___-

Tapi sebab aku cun, 
ofkos aku dapat duduk sebelah dia. Dan ofkos dapat jawapan sekali kahkahkah!!!


Selamat Pengantin baru, Man & Hannan.
Semoga berkekalan sampai syurga.

Man, sorry sangat sebab Haikal buat "konsert" kat rumah kau hari tu. -..-
Dia ngantuk sebenarnya. Kalau lah kau offer pelamin kau untuk Haikal nap kejap,
pasti perkara itu takkan berlaku. ;D
Hannan, thanks sudi baca blog saya. Suami awak yang bagitahu bahahaha.

Tahniah korang! Semoga berbahagia ok.
=)


Bersambung Day 3 (last day) esok...



p/s:
Untuk tengok lebih banyak gambar terengganu trip,
boleh tengok FB: Adlil Rajiah.

Terengganu Trip 2014: 1st Day (Meciyah & Pakcik Zainal's Crib)

Ok kita sambung cerita raya.

Raya ke-5 kitorang ke Terengganu.
Bukan pergi bercuti ke apa, cuma pergi jalan beraya.
Amboi bunyi macam pergi jalan kaki je haha!

Masa aku post kat IG dan FB pasal nak pergi terengganu,
pastu letak pulak hashtag #sayaorangterengganu,
ramai yang macam,

"Eh laaa.. orang ganu rupanya!"
 "Bakpe dok ajing oyak pong kat blog yang mung ning oghang ganung!"
"Bakpe dok ajing dengo pong mung kecek ganung?"
"Oghang ganu hebak bohhh.."

Ok ok tenang semuaaaa.
-..-

Ye, memang betul aku orang ganu. Nombor tengah IC ialah 11.
Maksudnya, aku memang dilahirkan kat sana.

Dan aku sempat membesar di Terengganu selama 12 tahun.
Sebab masa tu Daddy bertugas kat UPM (sekarang UMT),
dan Mama bertugas kat KUSZA (sekarang UNISZA),
dan kitorang sekeluarga duduk kat Gong Badok.
Lambai skekkk oghang-oghang Gongbadok!
=)

Aku bangga dilahirkan dan dibesarkan kat sana, walaupun sekejap.
Bagi aku, Terengganu terlalu best dan terlalu banyak memori.
Ok sebak pulak tetiba kahkah.

In fact tahun 2009, aku decide sambung Master kat ganu sebab terlalu rinduuuuuu hometown lama ku itu.
So bila dapat stay sana setahun pun dah kira berbaloi loi sangat.

Ok korang tanya, kenapa aku tak nampak terengganu berbanding orang-orang terengganu yang lain.
Derrr.. ada beza ke orang terengganu dengan orang selangor?
Rambut sama sikat tepi je aku tengok.
-______-

Ok sebenarnya camni,
Mama kan orang Manila, Daddy pulak orang Nissimilan.
So ofkos, walaupun duduk kat terengganu,
tapi dialek terengganu tu tak pernah wujud dalam rumah kami selama berbelas tahun duduk di sana.
Kang kecek ganu mak aku tak paham pulak hahaha.
So dalam rumah, kita cakap macam biasa,
tapi bila kat sekolah, ada lah sikit boleh berbahasa ganu.
Itu pon aku selalu kena gelak dengan kengkawan. Pfftt.
Sampai sekarang pun asyik kena gelak je bila aku cuba-cuba cakap. -..-

In fact masa buat Master dulu pun, bila jumpa balik kengkawan lama,
diorang macam,
"Takpe la Adlil. Mung tak payah la cakap ganu. Kitorang tak sanggup dengar. 
Biar kitorang je la cakap KL dengan mung."
-______-

Namun yang demikian, aku tetap orang ganu.
Taknak kalah. ;D

Cuma.
Aku harap takde la yang salah faham lagi.
Cakap aku lupa daratan ke apa.
Orang ganu, tapi pura-pura orang Key Ell.
Lahir ganu, tapi dok reti kecek ganu.
Aku bukan tak reti. Tapi orang yang taknak dengar.
Hahahahah!


Ok back to raya story.


Hotel yang kitorang stay tu betul-betul facing stadiungg ghutohhh.
So sampai-sampai je, terus check in, terus serbu stadiung ghutoh ambik gambo.

Memang lejen ah stadiung nih.
Sempat guna sekali je kalau tak silap. Pastu terus runtuh. -..-
Masa aku stay sini for Master dulu tahun 2009-2010 tu, bumbung dia tak cabut lagi.
So nampak lagi horror.
Tapi pergi bebaru ni, diorang dah cabut bumbung and dah bersihkan kawasan.


Apa yang kamu cuba sampaikan ni, Haikal..
Apa cita-cita kamu ni sebenarnya..
Nak jadi ultraman ke batman ke apa ni?
Kan mama dah cakap, cita-cita tu biar realistik.
Jadi Ustad Don k.
;D


 
Daddy: "Raidah, kamu tahu ni pokok apa?"
Raidah: "Tahu tahu! Pokok semalu kan? Kannnnn..."
;D


Lepas habis ronda kawasan stadiung ghutoh,
kitorang pergi Mengabang Telipot, rumah Meciyah (mak angkat).

Ni lah Meciyah saya.
Sebenarnya cara pronounce dia ialah "mak cik Yah".
Tapi sebab cakap laju, so jadi meciyah. -..-

Meciyah ni lah yang jaga kitorang adik-beradik bila Mama dan Daddy pergi kerja dulu.
Kira macam babysitter la.
Tapi sebab dia jaga kitorang dari baby sampai ke tua, BEBIsitter amende nyaaa.
In fact masa Master dulu (Tak habis-habis dengan master kau. Reminiscing ke hape puih.),
meciyah jugakkk yang teman aku kat rumah sewa kalau aku takut tidur sorang.
Kalau dasar pemalas nak cari makan, meciyah juga yang kena datang hantar makanan.

Tapi sekarang meciyah dah tua. Dah tak berapa larat.
Kalau dulu, masa kitorang kecik-kecik, meciyah best sangat.
Layan kitorang main sorok-sorok, main jual-jual jajan, main masak-masak rumput,
main princess-princess, ofkos la aku yang jadi princess,
pastu main hantu-hantu, dan ofkos meciyah yang kena jadi hantu kahkah.

Walaupon kitorang adik beradik ramai (6 orang), meciyah tak pernah lupa birthday setiap sorang.
Kang pepagi dia datang rumah, ada la habuan untuk birthday boy/girl.
Tapi walaupun birthday boy sorang, tapi hadiah kena ada enam.
Kang berebut, meciyahhhh jugak yang susah.

Masa nak pindah Shah Alam (tahun 2000), kitorang sedihhhhh sangat-sangat.
Sebab nak tinggalkan meciyah.
Mati-mati pujuk Daddy suruh bawak meciyah sekali.
Tapi apakan daya, ofkos lah meciyah pun taknak ikut. Dah family dia kat ganu.
-_____-

Tapi since then, hubungan kitorang tak pernah putus.
Masa wedding aku 4 tahun lepas, meciyah datang stay Shah Alam selama seminggu.
7 hari 7 malam kitorang makan nasi dagang air tangan meciyah. Heheh.

Haikal try ngorat awek kampung. Acah-acah tanya direction. ;D


Kelakar masa nak ajak meciyah selfie ni.

"Meciyah, jom selfie kejap."
"Mende selpi? Dok ghajing dengo pong!"
"Bukan selpi. Selfi selfi. Ambik gambo."
"Ooo.. ambik gambo. Doh bakpe kena sebuk selpi, sebuk ambik gambo kan senang. Seme oghang buleh pahang."

Ye lah ye lah.. Haha!

Hubungan pekerja-majikan dah macam kakak-adik.
Walaupun sampai ke sudah meciyah panggil mama "Cik Patimoh." 
Patimoh pun boleh ye meciyah ye... ;D


Habis beraya kat rumah meciyah, kitorang singgah makan petang kat makanan-makanan celup tepung tu.
Tak tahu apa nama restoran. -___-

 
 
Hubby mencebik sebab Haikal tak habis-habis nak ajak main pantai. 
Nasib la papa. Baju merah sama macam papa, so papa la kena layan.
Mama baju kelabu, so boleh sambung makan. Miahahaha!


Malamnya, kitorang singgah Kg. Seberang Baroh, rumah Pakcik Zainal.
Prof Zainal actually okk. -..-

 Pakcik Zainal ni kawan sekerja Daddy la dulu masa kat UPM.
Family Pakcik Zainal ni like family friend bagi kitorang.
Sebab dulu pernah berjiran, rumah sebelah menyebelah je.
Like, pokok cili mu pokok cili ku jua. Camtu.


Dua orang ni kalau bersembang memang selamat ah.
Bagi 40 hari 39 malam pun belum tentu boleh setel. -..-


Oh dia ni.
DIA NI. Paling reminiscing. Haha!
Anak Pakcik Zainal yang nombor 3. Paling nakal ni. ;D
Fakhruddin ni sebaya dengan aku (September '87). Thats why kitorang very close.
Very close yang tahap everytime jumpa mesti gaduh.
-_______-
 
Awak.. awak jangan lupa.
 Dulu awak selalu minta makanan kat rumah saya.
Hahahahahah!

Fakhruddin nak kawen dah bulan depan sob sob.
Hari tu sempat la berkenalan dengan tunang dia (Nuru) sob sob.
Semoga berbahagia la korang sob sob sobri yunos.

Awww! Sado la Bang Parudin ni. -..-

Well, aku baru tahu perkataan "sado".
Ape eh maksud sado?
Pondan kan? ;D

Ye ye. Taff tahu tahu.
Sado is tough berketul macam kuda.
-______-


Hai Aunty Jay yang gelak comel betul!
Hai Nuru yang.. yang cehantik!
Heheh.

Next,
Benda wajib buat sebelum bersurai,
group picture seroundd!

Pakcik Zainal paling sporting.
Perangai orang banyak pingat memang kena camtu eh?
;D

Kepada Fakhruddin & Nuru,
Selamat naik pelamin.
Semoga semuanya lancar.
Semoga urusan dipermudahkan, rezeki dilipatgandakan, sampai bila-bila.
Tahniah korang.
Ukhuwah fillah abadan abada. InsyaAllah.
=)


Bersambung Day 2 esok...



p/s:
Untuk tengok lebih banyak gambar terengganu trip,
boleh tengok FB: Adlil Rajiah.