Tips memasak cepat untuk wanita super-sibuk.

Ok bila cakap pasal memasak, automatik dagu kena kedepan sikit.
Baru feel. ;D

Hari ni aku nak share tips.
Basically tips ni untuk orang yang tak berapa cekap kat dapur. Macam aku.
Aku kalau kat dapur memang selowwww je. Aku suka masak rilek-rilek sambil dengar lagu.
Sebab tu masakan aku tiptop.
*kentut*


Satu kelemahan orang yang tak cekap kat dapur ni ialah, tak mampu masak bila kesuntukan masa.
Contoh macam hari tu sibuk ada banyak urusan ke kan.
Confirm takkan masak. Tapaw kat kedai je. -____-

Aku salute dengan sorang kawan aku ni.
Dia seorang isteri, ibu kepada dua orang anak dan bekerja.
Rutin harian dia memang sibuk.
Setiap pagi bangun pukul 4.30 buat breakfast, siapkan anak apa semua.
Pagi-pagi pergi kerja, dah nak maghrib baru balik rumah.
TAPI.
Dia masih mampu masak untuk keluarga dia SETIAP HARI.
Dia cuma amik masa 30 minit je untuk masak nasi dengan lauk. Hebat kan?
Itu kelebihan orang yang cekap kat dapur.

Macam mak mertua aku pon cekap aku tengok.
Rasa macam baruuuuu je dia masuk dapur. Tetiba je dah bawak lauk pauk ke meja makan sambil,
"Ok jom makannnnn!!"

Nasib baik aku kalau bab makan, memang cekap.
Tak tahu la itu dikira kelebihan jugak ke apa. ;D

Tapi apa yang aku nampak,
kerja dapur ni memerlukan KEBIJAKSANAAN dan PERANCANGAN AWAL jugak sebenarnya.
Kau tak boleh menonongggg je masuk dapur sambil dagu kedepan,
pastu expect skill memasak kau sejibik macam Chef Wan.
Tak boleh.
Dagu kedepan pon tak guna kalau otak kebelakang. -..-
Dan multitasking skill kena tinggi untuk cekap di dapur.

Contoh sambil goreng ikan, sambil buat sambal tumis.
Sambil buat masak lemak, sambil siang ikan untuk masak esoknya.
Sambil masak, sambil kemas dapur.
Camtu.
Buat 2-3 kerja dalam satu masa.
Itu namanya CEKAP. Sambil masak sambil otak berjalan.

Aku ni bila entah nak sampai tahap tu. Selowwwww memanjang. -___-
Aku jenis yang tak suka rushing.
Macam sambil tunggu ikan masak kat atas kuali tu,
aku akan rilek kejap duduk atas bangku sambil dengar lagu sambil mengunyah.
Buruk betul perangai.
Nak harapkan dagu je la kedepan. T___T

So disebabkan kelembapan itu, aku mula berfikir.
Dengan perangai aku yang sedemikian rupa, macam mana aku nak menambahkan tahap kecekapan di dapur supaya aku boleh masak makanan yang berkhasiat untuk keluarga setiap hari.
Tanpa perlu mengubah perangai. Kahkah.

Dannnnnnn aku dah jumpa jawapannya.
Ni yang nak share dengan korang nih.
Walaupon kita sebenarnya pemalu. *tetiba*

Aku dah amalkan tips ni sejak 3 minggu lepas.
Dan hasilnya:
  • Aku mampu masak makanan best-best untuk keluarga setiap hari.
  • Masa yang diluangkan kat dapur hanya 20 minit sahaja.
  • Dapur tak bersepah dan tak perlu basuh banyak kitchen utensils. Cuma perlu basuh seketul kuali dan sudip sahaja. Yeayyy!
  • Kerja kat dapur lebih sistematik dan terurus. Tak payah pening kepala fikir nak masak apa hari ni. Sebab semua dah plan awal-awal.
  • Lebih banyak masa terluang untuk anak. Tak banyak masa lepak kat dapur.
  • Grocery shopping lebih cepat dan jimat.
  • Bagus untuk bajet bulanan. Boleh jimat RM100-150 sebulan. Dah boleh beli jubah baru satu. Eceh promosi promosi. ;D

Nak tahu camane aku boleh dapat semua tu?
Ok jom kita tengok satu per satu step dia.



1) Rancang menu untuk seminggu. Bukan sehari.

Macam aku, setiap hari Ahad lepas subuh aku akan sit down dan fikir menu untuk 7 hari akan datang.
Dan dalam bab fikir menu ni, jangan ikut syaitonirrojim. Ikut kemampuan.

Kalau menunya macam ni:
Isnin: Nasi beriani Kambing.
Selasa: Nasi Minyak Kari Ayam.
Rabu: Spaghetti Bolognese
etc etc..

Itu menu syaitonirrojim nama dia. ;D
Kalau ya pon nak menggembirakan perut suami, agak-agak la.
Fikir bajet, fikir khasiat setiap menu, fikir kesihatan keluarga.
Biar realistik, dan jangan terlalu optimistik. Nanti aku lestik.
Sekian pantun 3 kerat.

Macam kitorang, satu atau dua lauk untuk sekali makan sudah memadai.
Tak perlu meriah sangat.
Sebab tu badan aku macam megan fox.
*kentut lagi*

Bila selesai fikir menu untuk 7 hari akan datang tu, list down dengan jelas resepi dan bahan-bahan untuk setiap menu tersebut.

Jangan tanya mana resepi hari Jumaat. Sebab Jumaat hari cuti memasak.
Jumaat letih ok. Kan penat baca Yasin malam sebelum tu. ;D

Yang aku buat kat atas ni contoh je.
Korang nak buat 7 hari 7 resepi berlainan pon boleh.
Macam aku, aku buat 2 hari satu resepi yang sama sebab nak memudahkan pembelian barang dapur.
Supaya tak kalut sangat nak amik banyak benda. Maklom lah ada anak kecik.
Nak-nak pulak Haikal sekarang dah pandai amik barang masuk troli. Pfft.
Tetiba masa nak bayar ada 10 batang carrot dalam troli, padahal rasa macam aku amik dua je tadi. -____-

Plus, bila korang dah plan dan list down betul-betul barang dapur macam tu, korang akan lebih berdisiplin ketika grocery shopping.
Grab barang yang DIPERLUKAN sahaja.
Tak lah ikut syaitonirrojim sangat, main sambarrrr je mana nak.
Dan korang juga tak perlu amik masa yang banyak untuk grocery shopping.

Macam kitorang, grocery shopping adalah setiap Ahad.
Maksudnya kitorang akan beli barang dapur seminggu sekali.
Dan bajet kitorang adalah RM150 sahaja sekali shopping.
Guna cash, jangan guna credit card.
Kang RM150 takkan jadi RM150.80. Mesti jadi RM280 terus.

Syaitoooooonirrojim lagi.



2) Siapkan semua bahan untuk setiap menu sejurus pulang dari grocery shopping.

Macam barang basah seperti ikan, ayam, udang, etc etc, siang siap-siap sementara masih fresh.
Dah siang tu, basuh dan selawat siap-siap sebelum masuk freezer.
Supaya nanti nak masak, boleh defrost dan terus masuk kuali je.

Cara nak store dalam freezer, simpan dalam plastik atau container yang berasingan mengikut menu dan hari.
Isnin satu plastik, Selasa satu plastik, rabu satu plastik, dan seterusnya.
 So nanti nak masak, keluarkan plastik berisi ikan yang nak dimasak sahaja.
Tak perlu nak defrost semuaaaa sekali.
Ikan akan cepat rosak bila defrost-freeze-defrost-freeze banyak kali.
Kan dah membaziorrr.



Ok itu untuk barang basah.
Untuk barang kering macam bawang-bawang dan sayur-sayur, pon kena potong, basuh dan tos siap-siap.
Cuma cara penyimpanan dia berbeza sikit. Sebab sayur mudah rosak lepas dipotong.
So untuk bagi dia tahan lama, balut dengan aluminium foil.
Pon buat berasingan mengikut menu.

Kalau sayur yang mudah berair seperti tomato, bawang, dan sebagainya, balut dalam aluminium foil yang berasingan mengikut spesis mereka sahaja. -..-


Aku guna aluminium foil heavy duty, jenama Diamond. Sebab dia tebal dan tahan lasak.
Bila unfold banyak-banyak kali pon tak koyak. So boleh basuh dan guna berkali-kali.
Dah boleh jimat di situ.



3) Semua bahan yang dah siap disiang/ dipotong, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari.

Supaya korang tak komfius bawang ni untuk menu mana, kentang ni untuk menu mana.

Bila nak masak, buka peti, terus ambil bekas yang berlabel hari tersebut sahaja.
Senang.


Sekian sahaja 3 tips memasak dari saya yang dagu tak berapa kedepan ni. ;D
Aku harap, dengan mengamalkan kehidupan yang lebih sistematik camni, korang lebih bersemangat dan gembira dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang permaisuri rumah.
Taknak jugak cakap surirumah kahkah.

Kalau dulu, setiap kali memasak, mesti camni keadaan dapur.

Meletihkan.
Tapi sekarang, korang cuma perlu letih sekali seminggu sahaja. 
Oh tak tak. Dua kali seminggu. Campur malam jumaat bahahahaha. ;D

Aku harap dengan perkongsian ini, wanita-wanita yang super-sibuk mahupon yang sibuk berangan kat luar sana, lebih kerap boleh memasak untuk suami dan anak-anak.
Ingat, air tangan tu penting.
Bak kata Azhar Idrus, "Biar tak reti masak, janji RAJIN MASAK."
=)

104 comments:

Cik Puan Tqah said...

oh.. pakai alumonium foil eh..terbaik jugak ni..xpernah try.. harus tryy

SaRRaFaRysHaALiA said...

jiji...this awesome...

MOMMYLIN said...

good idea... tp husband selalu last minute planning mkan luar... cmner yek.

NuRuL MoHaMaD said...

lagi tips..
boleh blender cabai kering dalam kuantiti banyak.
cabai kering tu kalau rajin keluarkan biji dia semua, lepas tu didihkan.biarkan semalaman.
toskan dan blender.
tahan lama kalo smpn dlm peti sejuk.lagi ok, sebab takde pengawet.
lepas tu, bole tumbuk/blender ikan bilis, udang kering, bawang ouith, bawang merah dalam kuantiti banyak untuk memudahkan untuk menumis...
simpan dalam peti sejuk.
mak selalu buat macam ni, kalau nak goreng nasi ke, mi ke, bihun ke mudah.

YanaHime said...

Jgn kata yg keja nak masak cepat, akak yg surirumah pun nak masak cepat2. Ye laaa, lepas masak berderet lagi keja yg ada. Tips siang siap2 brg basah dah mmg praktik. Tips yg lelain tu, nak jugaklaa try.

Bergeliga jugak otak kamu ni, jiji.

Ok, larikkksss! Jiji nak kentut :P

ily♥ said...

coolness ^___^

Fizah said...

fewiittt...tips-tips mcm ni mmg kegemaran sgt ni...thorbaekk....siap hiris segala rencah tu mmg sy salute..tak penah buat lagi. mungkin blh dicuba., =)

Linda said...

wahhh...terbaiklah entry ni...thanks for info:)

efie muhamad said...

Lagi satu, saya suka blend byk2 bawang putih+merah+besar+halia, buh dlm satu bekas then letak dlm peti.. nak masak gulai ke masak merah ke kicap ke bahan sama je kan.. so mmg cepat..

lada kering pun rendam air panas > blend then simpan dlm peti ais jugak.. nak guna senang..

memang cepat lah proses memasak...

Nurul said...

Tips terbaik ni... buat ibu2 bekerja... ^__^

Unknown said...

wahhhh!!!! idea yg best!! ternganga jap tadi baca..fuhhhh...kene try ni =)

Che Wan AlFateh said...

saya cam awk jugak previously..in da process of learning bab ke dapur nih...sbb baru ja kawen...banyak lagi bnda kena blajar...letih keja tapi happy n puas ati..=)

Suffi Izzara said...

senangkan. dulu sy mmg buat camtu.. tp semenjak adanye ank kecik ni cam xtentu arah sistemnye.. tngh menginstall smule program lam otak ni.. haha..

Dilah said...

wahhh.. tips yg bagus ni..penah jugak buat rencah siap2 dan simpan dlm peti sejuk.. kalo ayam pun siap2 bersihkan bagi dlm 4 bekas.. cukup untuk sekali masak.. tp kalo husband jenis yg mmg kurang selera mkn mcmana pulak ye?? hehehe

Ana Jingga said...

wow good tips ni...tapi yg katun kat atas tu paling best..was here..adlil rajiah

Unknown said...

bagus idea ni kak...berguna untuk jijah jugak

syawalsimpsons said...

tips ni mmg baguih....kena try buat jugak la...tp part syaitonnnnirojimm tu mmg kelakar..lagi2 pantun 3 kerat macam jarjit singh...

Itu menu syaitonirrojim nama dia. ;D
Kalau ya pon nak menggembirakan perut suami, agak-agak la.
Fikir bajet, fikir khasiat setiap menu, fikir kesihatan keluarga.
Biar realistik, dan jangan terlalu optimistik. Nanti aku lestik.
Sekian pantun 3 kerat.


akkakakkaka...memang lawak..smapai sekarang gelak lagi..gelak lagi..dan lagi

zulfa shamsuri said...

Sangat best..aku nk try..tak guna management office je tiptop..management dapur perlu lebih superb..tahniah blogger ini

Ananaifa Foods said...

nice tips. dulu mase sy keje sy mmg amalkan tips ni.. ahad sy pas balik pasar mmg bizi smp kul 3 :P

skrg ni smenjak bukak kedai frozen foods, sy x buat dh siap2 sayur2 tu hihihi.. cuma brg basah mmg sy still siang siap2 dan asing dlm bekas kecik.. nk thaw pon kejap bile dh siap asing :)

ZarithFarhana said...

Thanks for the very useful tips la kak jiji... sy pasti nak cuba...

Kak Mar said...

Ko mmg best! Tengs for sharing!

Anonymous said...

Kelaka la dia ni! Hahaha

Siti Khadijah Ahmad Jantan said...

Sy pun dah amalkan since last year. Sgt membantu dan jimat

Shuhadah Basaharudin said...

Terbaek..:)

insanterpilih said...

Sebelum ni penah tpikir tp xpenah nk praktik kan lg..mesti kene buat ni utk suami tersayang..thanks ye

mine said...

Series nak try !
Since study ni la kan nak latih, :-)

AnneHilda said...

bawang kalau potong dan simpan nnt jadi tak elok utk kesihatan..

CPM Nadiah Azizan said...

salam
saya dah wat cara nih hampir stahun and sgt brksan. tp ade hamba Allah ni ckp xlok simpan bhn basah dlm plastic. tp, saya xkesah sebab cara ni paling pantas dan suami pon puji sbb prut di cepat diisi!!
thumbs up!

szaliz said...

Tengkiuuuuuu

fieda said...

saya yg suriumah ni pun guna pakai cara mcm ni jugak..sng cepat dan mudah...tp hanya utk cili kering,bawang dan lauk basah la...

maria-el-qibtiah said...

Clever!

Noni said...

Tambah sikit, kalau untuk goreng mee ke, mihun ke, rencah dia boleh masak siap-siap dalam kuantiti yang banya, nanti time nak masak, just masukkan bahan-bahan lain jek. Kejap jek dah siap. hehehehe. By the way, tahniah sebab telah berjaya memsistematikkan diri. Hehehehe

mamamursyid said...

Bagus tips nih.. Tp kalo jenis yang nak siapkan bahan2 mcm ni pon pemalas gak acaner??? Haha..paling penting rajin kena ada jgk terselit di sebalik kemalasan.. Ahaks
www.mamamursyid.blogspot.com

Sidratul Muntaha said...

owh my
aku mmg tak boleh mcm ni
inclinednya
klu baking takpe
tpi klu cooking
mmg aku nak benda seme fresh
lambat ke cepat mmg aku potong sikut jugak
ari2 aku mgm ngam2 mask siap sebelum pkl 8 sbb aku sampai umah betul2 azan maghrib
lagi satu mak aku niaga
mgm dari kecik dah bese..
by hook or by crook ko kena siapkan task
so mcm terbawak2 jugak
dulur ajin jugak buat seme gitu
bajeting la ape la
in the end
tak follow pun

::melur:: said...

well organized sis! but if me i wouldin't try this tips. kemungkinan pembaziran or bahan tak cukup tinggi. or tetiba husband mengidam nak makan benda lain hari tu susah juge. terpaksa tukar bahan. memasak tak memerlukan sesorang tu untuk mengukur bahan tu tak mcam baking yang memang perlukan sume tu. memasak lebih kepada santai n campak2. if me, saya lebih suka buat pra penyediaan. contoh potong sayur n simpan dalam bekas yg berbeza mengikut jenis masing2. bahan marinate or tumis blend siap2 n simpan dalam bekas berbeza. bila nak gune jes capai. tak kire masak apa. yang penting, organized n susun kemas dalam fridge. jes another opinian.. :)

My Private Sector said...

best lah tpi I pun tak bisa, hari ke hari catering ja. sibuk, pulang kerja maghrib trus ank dua orang laki lagi lasak minta ampun. Dulu, I macam tu lah, grocery shopping every sunday, tapi waktu tuh benar tak ada. nice lah, if both of my sons have grown up, I would definitely try these tips

apik's said...

Me pon buat pra penyediaan je. X asing2 kan ikut menu pulak.. But it was a good practice. Keep it up :)

Unknown said...

Bagus entry ni..

Unknown said...

Bagus entry ni..

Unknown said...

Bagusnyaaaaa! jazakillah for sharing akk.. inshaAllah akan di aplikasikan ;)

Razila said...

Ok...sangat comel bila siap ada day each bekas.boleh tiru ni...Tq ye.

Unknown said...

Btol 2..bwg kita xleh hiris pas2 simpn dlm peti.. beracun..lau nk msk bru hiris..jgn sebarang2 je smpn yg da hiris dlm peti pas2 guna..nti skit prot..

ADLIL RAJIAH said...

Saya pon ada terbaca tentang bawang yang kononnya akan menyerap semua kuman lepas dikopek. Tapi bagi saya, fakta itu salah dan tak berasas. Kerana setakat yang saya pelajari selama 7 tahun dalam bidang sains hayat ni, bawang adalah bersifat anti-mocrobial. Kalis kuman.

Please, sebelum ambil sesuatu itu sebagai fakta, kaji dahulu. Terima kasih.

Nursaila Norman said...

sepatutnya ternganga nganga baca entry ni..tp saya asyik tersengihhhh je sebab kelakar..hehehe! eh, kelakar pun tetiba menjana minda saya yg berkarat ni..
terima kasih byk2 sbb sebarkan ilmu berguna mcm ni..lagi2 utk saya yg pemalas nak memasak sebab dah penat blk keja..kalau cuti2 tu rajin lah..sobs!

mysha said...

Bagus juga follow step nie...

Norzailah said...

Cadangan ni mmg bagus. Tp terpulang la kpd keperluan individu.

Norzailah said...

Cadangan ni mmg bagus. Tp terpulang la kpd keperluan individu.

Mrs Kamilah said...

Brilliant idea! Thanks for the tips. Jadi WAHM pun penting apply tips-tips macam ni.

SK Kota Warisan, Sepang Selangor said...
This comment has been removed by the author.
PUAN PIA said...

Nice tips. Mcm2 cra blh guna.

Life with Hachiko-fyfy said...

Kelakor la sis ni.. Blh jadik pelawak gak ni.. Btw thanks sbb share tips yg bagus ni..

Unknown said...

menarik menarik...
love the ideas!

Unknown said...

good entry.
but untuk saya,saya prefer potong bawang masa nak masak tu.coz.,bawang bersifat antivirus,kalau da kupas n potong siap2,dia akan menyerap segala mak nenek virus yg ada di dapur,rumah atau esbok.pastu kite pulak telan masuk perut kan.x brapa sihat.itu apa yg saya faham la kalau ikut natural remedies punya kekdah.

Unknown said...

good entry.
but untuk saya,saya prefer potong bawang masa nak masak tu.coz.,bawang bersifat antivirus,kalau da kupas n potong siap2,dia akan menyerap segala mak nenek virus yg ada di dapur,rumah atau esbok.pastu kite pulak telan masuk perut kan.x brapa sihat.itu apa yg saya faham la kalau ikut natural remedies punya kekdah.

Unknown said...

ahahahaaa..terbaik!!!bole try ne..tq for sharing

Fidah Shah said...

Thanks for the tips..

Aisyah Radin said...

bagus idea nih...yg brg basah memang da buat asing2 kan..cuma sayur tu je kemudian sikit.nak kena buat lah camni.

Azaidris said...

mohon izin Share ye ..:)

HotMama said...

:D

Ummi Syahmi said...

Info yang menarik. TQ Sharing... Jika sudi singgah lah ke blog saya ummirdinacong.blogspot.com

Nur Herdayu Jami'an said...

Menarik ni, boleh cuba..Boleh juga jengok-jengok blog saya yang seberapa untuk info serba sedikit mengenai vitamin anda.

http://dorajimi.blogspot.com/

thirteen's Imam said...

tips untuk x penat 'baca' Yasin malam jumaat x de ke?

Unknown said...

Best la entry ni...tahniah sis...xboring baca..
N ras nk follow je...mmg follow la..

Unknown said...

Wowww!!! Saya suka catatan blog puan ni. Very informatif, siap dengan gambar-gambar lagi. Saya daoat belajar bukan saja sistem pengurusan dapur dr puan tapi juga macam mana nak bagi blog menarik! Best!!! Two thumbs up! :D

saya follow blog puan. saya persilakan puan jenguk-jenguk blog saya yang baru sebulan pokok jagung hehehe :

www.dunia-naeim.blogspot.com

saya nak bertukar link dgn puan. saya letak link blog puan kat blog saya ye.

tqvm! :D

Nor Hafizah said...

Waahhh tips yang saya cari2..Sangat2 membantu..Terima kasih sharing..^_^

~*Dandelicious Princess*~ said...

wow. memang best la tips ni. I loike

Syazwani Mohd Noh said...

Tips yang sangat membantu...Saya dulu buat cam ni. Tapi kejap je...sekarang jadi tungang langgang bile nak masak. Memang kene buat semula macam ni....

Zaila HZ said...

Idea aluminium foil memang best! Selalu sumbat dlm plastik je sayur2 tu... maka tidaklah tahan lama mana... thanks sharing :)

zaila-rws.blogspot.com

Afiza Hj. Aziz said...

Saya pernah terbaca artikel yang cara penyimpanan terbaik bagi sayur ialah simpan dalam bungkusan aluminium foil yang biasa digunakan di pizza hut untuk bungkus ayam drummet tu. Macam paper bag sikit, luar putih dalam foil. Pernah cuba dan memang berkesan tapi lepas tu dah tak tahu kat mana nak dapatkan bungkusan tu dah :(

By the way, menarik juga cara bungkus sayur dalam aluminium foil tu. Lepas ni boleh cuba.Terima kasih sis.

Untuk tips dan resepi jemput berkunjung ke blog saya http://dapurfyza.blogspot.com

Unknown said...

Mohon share dengan pengguna www.bieshoppe.com.my TQ admin

Yaati Nor said...

wahh..baru jumpa mcmn cari nak plan masak dalam hidup..akak ni diknon sllu la suka masak tp kelangkabu nak multitasking konon..heheh

Unknown said...

memang itu yang saya buat dari mula kawin dulu sbb hubby tak suka makan luar tambah2 lagi sekarang isteri + ibu + bekerja + student = semua kena bergerak pantas..

Liyana said...

Wah best2. Kena beli whiteboard kecik pasni sbb mcm lg bersemangat nak tulih menu haha.

Baru tau sayur klu nak tahan lama kena simpan dlm aluminium foil. Setelah sekian lama tersadai je aluminium foil iols. Harus guna pasnih! :)

TimMie said...

Wah!
Sinki tu macam dapur saya tiap2 hari.
Baekkkkkk. tips yang sangat bagus. tq tq tq
Azam bulan baru nak buat camni. yosh!

Suzaini Ismail said...

Bestnya tips ni..simple jek..lepas ni boleh try.mesti xletih balik keje tros dapat masak.tq..tq..tqvm..

julie hussin said...

Tips ni sangat membantu....tqvm ye kongsikan tips sebegini...

Unknown said...

sonok baca...terkekek2 gelak... kih3
btw tips yg menarik...will try to apply soon..
jazakallah...

sumysya said...

salam singgah..tips yg bagus

Unknown said...

Wah bestnyer tips wat isteri Dan IBU yg selalu ngelat masak hari2 sbb penat blik lambat..akan diusahakan..tq sis :-)

ayuzan said...

Semangat terus nak masak hari2. Hihi

Unknown said...

Boleh follow tips bijak ni. Jimat wang, jimat masa & jimat tenaga.. Memang best!

rahmah omar said...

Best gile cara penulisan.. bwahahaha... suka part "dalam bab fikir menu ni, jangan ikut syaitonirrojim" .. adeh.... keep on writing... =)

fairuzzah said...

Nice sharing.. :)

hananiahanin said...

Tips yang baik untuk dipraktikkan.

Norma NML said...

good tips dear..thx for sharing :)

Unknown said...

nak sharing product baru memasak
http://amazing-tm5.blogspot.com/
TERBAIK

KeNaNgApUtiH said...

thanks adik..sangat berguna untuk bulan Ramadhan..

KeNaNgApUtiH said...
This comment has been removed by the author.
Pn Nurha Celebritylass said...

Best2 tips ni....Insya Allah nk cuba cara cmni...hehe

che dai said...

Sangat berguna. Nak ikut

mommy zura said...

tips yg hebat...good job..

Unknown said...

Habis pantang kn cuba ni

kedaionlinemy said...


KEDAI nombor 1 malaysia dan Popular.....
Menjual barangan sangat pelik dn gempak!!! Lelaki dn wanita pasti suka.... Lihat disini www.kedaionlinemy.com

kedaionlinemy said...


KEDAI nombor 1 malaysia dan Popular.....
Menjual barangan sangat pelik dn gempak!!! Lelaki dn wanita pasti suka.... Lihat disini www.kedaionlinemy.com

Aisyah Ghazi said...

Wahhh thanks admin for the info. mmg bagus ni nk diguna pakai
Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

Lilis Selection said...

Sis kalau simpan dlm aluminium foil pastu simpan bawah atau dlm freezer ye.nak kepastian;)

Unknown said...

Gelak beso baca entry jiji ni. Tq so much for the tips. sekarang pun ada yg dah saya praktikkan sikit2. Cuma siang lauk siap2 sebelum masuk fridge tu je belum lagi.. Sebab baru nak sinsing lengan, anak dah melalak.

Najwa said...

Hahha tq so much great sharing.paling best bab kentut tu hahahaha

Najwa said...

Hahha tq so much great sharing.paling best bab kentut tu hahahaha

yatmono abdullah said...

tengkyu sis...
resep masakan indonesia

Dr Joaquin Bravo said...

Thank you, that was just an awesome post!!!.....

Dr Joaquin Bravo said...

Amazing amount of great, actionable advice. I will keep coming back to this Post....

Sauyah Hj Ibrahim said...

Pernah praktis mcm ni....tp anak ramai 8 org ...jadi nak siang,potong dengan kapasiti bahan mentah utk 10 org(termasuk saya dan suami) agak meletihkan. Tapi bagus idea macam ni...rasanya nak start balik buat mcm ni.....tp anak dah kahwin jadi tak lah banyak sangat

Liyana said...

saya frozen kan terus lauk byk2 dimasak masa weekend. weekdays panaskan je. hehehehheeh