Tengok kebelakang - 2013

Dah nak habis bulan Januari 2014 baru kau nak sibuk flashback 2013 kannnn.
Nampak sangat tak tahu nak update apa kannn.
;D

Walaupon pepatah ada mengatakan,
"Look forward and never look back."

Kengkadang kita jangan dengar sangat cakap pepatah tu. -..-
Sebab from time to time kita kena jugak sesekali jenguk balik kebelakang.
Supaya kita boleh muhasabah diri dan lebih kenal siapa diri kita.
Supaya kita lebih menghargai orang-orang tersayang disekeliling kita.
Supaya kita lebih mensyukuri nikmat dan rahmat yang Allah dah bagi.
Supaya kita lebih dekat dengan Allah di hari-hari mendatang.
Ceyyy ayat bajet prof muhaya aje dia tu.
:D

Tapi betul.
Sesekali kita memang perlu jugak tengok kebelakang.
Lebih-lebih lagi,
 waktu nak gostan kereta.
Heheh.

Ok tak kelakar.

So tahun 2013 adalah tahun yang agak mendatar bagi aku.
Tapi ada jugak sikit turun naik.
Biasa lah tu kan.

Ok jom flashback beberapa kenangan 2013.


Januari : 
First time celebrate new year countdown dengan Haikal.


Permulaan tahun yang agak gembira bagi kami sekeluarga.
Sebab Haikal dah umur setahun. Dah senang nak bawak berjalan.
So awal tahun, hubby bawak kitorang sambut new year di Bukit Merah Laketown Resort.
Walaupon tempat tu 30 minit je dari rumah, kitorang tetap happy dapat spend time bersama.
Sebab suami saya itu sangat suhwiit, saya hadiahkan dua video ni untuk dia:




Cerita penuh: Entry 1 & Entry 2 


Februari, Mac, April, Mei.
Takde apa-apa yang menarik.
Hidup seperti biasa. -___- 


Jun : 
The best & the most memorable balik kampung (Manila).

 



Ni kenangan paling manis 2013.
Kitorang balik kampung mama kat Manila.
Tak tahu kenapa balik kampung masa tu lain macam sangat rasa dia.
Setiap saat masa kitorang kat sana betul-betul TERISI dan penuh kasih sayang.
Semuanya menyeronokkan.

Tak lama lepas tu, baru kitorang faham.
Kenapa seronok dia lain macam.
Rupanya itu kali yang terakhir..
Kali terakhir apa??
Kejap lagi korang akan tahu.

Cerita penuh Manila:
Entry 1
Entry 2
Entry 3
Entry 4
Entry 5
Entry 6



July: 
Lola pergi buat selamanya :'(



 Sebulan lepas kitorang balik kampung tu, Lola pergiiiii. T__T
Ish aku menaip ni pon dah bergenang air mata.
 Sebab aku dah faham kenapa Allah bagi kitorang rasa seronok lain macam masa balik Manila tu.
Sebab itu last kitorang jumpa Lola.
Paling last dan paling terkesan.

Dah la Lola pergi bulan Ramadhan. Hari jumaat pulak tu.
Lagi la syahduuuuu.
Ok dah cukup.
Kang termenitik lagi. T_T

Aku ada buat entry pada hari Lola pergi: KLIK SINI


Ogos : 
Dapat anak buah baruuuuu.

Aqilah Zamiyah binti Adlil Rashid.
Anak Along aku.
Tapi comel dia sebijik macam aku.
Eh! ;D


September : 
Family buat birthday surprise yang paling menjadi. Haha!

Ni birthday surprise yang paling havoc dan menjadi.
Walaupon nyaris kantoi angkara nenek. Kahkah.

Cerita penuh: SINI


October : 
Orang terawal naik Penang Second Bridge.

Ingat Rosmah je boleh naik??
iolls pon voleh you knoww..

Cerita penuh: SINI


November : 
Sponsored vacation by Grand Lexis Port Dickson


First advertorial job yang diterima selepas 3 tahun berblogging.
Berbaloi loi loi!

Cerita penuh:
Entry 1
Entry 2
Entry 3


December: 
Dapat kutip dana untuk anak yatim. Thank you koranggg.

Aku kira, ni merupakan pengakiran yang baik untuk tahun 2013,
sebab Alhamdulillah dengan bantuan semua pihak especially blog readers tersayang,
kitorang dapat kumpul satu jumlah yang besar untuk disumbangkan kepada anak yatim.
Dan ini jugak permulaan yang baik untuk 2014,
sebab berpeluang meraikan diorang di hari pertama tahun 2014.
Alhamdulillah.

Cerita penuh:
Entry 1
Entry 2

Ok itu saje.
Nasib baik setahun ada 12 bulan je.
Fuhhh :D

1 comments:

Tentang Kita .... said...

Salam. Sy sangat terinspirasi dgn blog ni..tahniah!