Hari pertama tahun baru. Semoga menjadi permulaan yang baik.

Macam yang aku pernah update kat SINI,
hari pertama tahun baru 2014, kitorang pergi melayan anak-anak yatim di Rumah Permata Kasih.
Kan dalam entry tu aku ada ajak sesiapa yang nak bagi sumbangan, boleh pass kat aku kan.
Aku bajet takde orang pon nak bagi. 
Ye la blog ni pon bukan ramai sangat yang membaca aduinya pun.
Paling-paling banyak pon aku bajet mungkin dapat dalam dua-tiga ratus camtu je dari readers blog.

Tapi Alhamdulillah, dah rezeki anak-anak Permata Kasih agaknya,
dua jam lepas entry tu keluar je, terus dapat kumpul RM1500!!
Itu baru dua jam bhai. Entry tu aku hold sampai 5 hari kan. 
Korang bayang la sendiri, berapa banyak orang email aku nak derma.
Beribu-ribu jugak lah dapat kumpul. Alhamdulillah.
Sampai kitorang takut-takut nak cash out masa malam tahun baru tu. 
Takut sebab banyak sangat satu hal.
Takut duit dalam ATM tu tak cukup pon satu hal.
Ye la malam tahun baru kan. Semua orang nak withdraw duit kan.
Orang bank yang kerja topup duit ATM tu mesti tengah cuti nak main mercun ke apa kan. -..-

Terima kasih korang sebab sama-sama hulur sumbangan untuk diorang. =)
Termenitik aku bila dapat sambutan sampai macam tu sekali. Tak sangka. 
Sebenarnya orang Malaysia ni prihatin-prihatin belaka semuanya.

Dalam kedekut-kedekut tahi hidung masin kita pon, tapi bila bab kebajikan, 
sanggup sama-sama hulur bantuan. Touching sangat.
Tak lupa jugak kengkawan yang sudi share entry tu kat FB. Terima kasihhhh!!!
Aku pasti, Allah dah sediakan bahagian korang di akhirat nanti. InsyaAllah.

Siap ada yang nak aku anjurkan aktiviti ni setiap bulan.
Kira macam setiap bulan aku kena mintak sumbangan kat blog dan bagi kat rumah anak yatim berlainan setiap bulan. Camtu.
Tapi yang tu aku tak boleh janji la kan.
Sebab kena tengok keadaan dan komitmen lain jugak.
Tapi takpe. Yang dah ada nawaitu nak derma setiap bulan tu, teruskan je.
Tak payah melalui aku pon boleh derma kan.
Setiap negeri mesti ada rumah-rumah kebajikan camni.
So carilah yang berdekatan korang. Tengok website JKM.

Tapi dalam pada ramai yang berebut-rebut nak hulur sumbangan,
ada jugak beberapa yang condemn tindakan aku.
Aku pon macam tak faham kenapa sebenarnya.

Ada yang cakap, 
"Tak payah sedekah la kat anak yatim. Bukan ke sebaik-baik sedekah adalah kepada keluarga sendiri?"

Hmm..kalau macam tu,
Anak yatim siapa nak sedekah?
Keluarga mereka?
Mereka ada keluarga ke?
Habis tu nak biar diorang mati tak makan?
-____-

Braderr..
Dalil tu kata, SEBAIK-BAIK.
Bukan WAJIB / MESTI sedekah kat family SAHAJA.
Contohlah kan.
Kita pergi kedai makan. 
Pergi kedai makan nak makan la kan. Takkan nak chicken dance pulak.
Masa nak order tu, tetiba ternampak sorang budak kat meja sebelah. Dia makan nasi kosong je.

Kalau masa tu, kau banyak duit. Belanja keluarga makan pon, still berlebih-lebih duit dalam wallet. Apa salahnya belanja sikit satu dua jenis lauk untuk budak tu?
Ke kau memang buat tak tahu je sambil dalam hati,
"Sebaik-baik sedekah adalah kepada keluarga sendiri"
Dan terus order 5 pinggan nasi untuk setiap sorang ahli keluarga kau. -..-
Itu Ba. Ha. Lul. Nama dia.

Faham betul-betul maksud dalil tu, keluarga adalah KEUTAMAAN.
Ini turutan mengikut keutaman dalam bersedekah/infak :
1) Keluarga.
2) Anak-anak yatim.
3) Jiran tetangga.
4) Sahabat.
5) Musafir / Ibnu Sabil  dan lain-lain.

Tengok. Anak yatim selepas keluarga. Mengatasi jiran, sahabat, etc.
Maksudya anak yatim ni PENTING! Lagi penting dari jiran, sahabat, etc.
So tolong jangan bengap sangat bila bersuara. -___-

Yang paling aku tak tahan, ada juga yang cakap,
"Jangan manjakan sangat anak-anak yatim ni. Suruh diorang kerja. Dapat duit. Jangan biasa sangat meminta-minta."

Derrr....??
Tahu ke tak tahu apa maksud ANAK YATIM??
Anak yatim ialah anak yang ditinggalkan oleh bapak atau emaknya, SEBELUM WAKTU BALIGHNYA.

Bila anak tu dah baligh, maka dia bukan anak yatim lagi. Dia jadi anak asnaf.
Kalau kau rasa semua orang atas dunia yang tidak bermak/bapak ini ialah anak yatim,
atuk aku, mak aku, moyang aku pon anak yatim la?? -..-

Kamonnn...
Anak yatim ialah budak belum baligh je la.
So kalau anak belum baligh umur 12 tahun ke bawah, takde mak bapak,
kau nak suruh dia kerja cari duit sendiri?
Kau biar betulll.. Jangan nak buat lawak Shiro sangat kat sini bhaiii..
Aku lesung batu banyak kat rumah ni haa kalau nak rasa satu. -___-

Aku memang hangin betul kalau dapat feedback-feedback negatif camni.
Kalau negatif tapi ada point, takpe.
Ini main cakap ikut sedappp je.
Stupid arrogant very. -..-

Dah la jom layan cerita kat Rumah Permata Kasih pulak.
Tak kuasa nak bebel panjang-panjang.
Taknak derma sudah la woiii. Aku tak paksa pon woiii.
*tak habis-habis lagi*

Kitorang sampai Rumah Permata Kasih tu dalam pukul 11 pagi camtu.
Ramai budak belum sampai lagi masa tu.

 

Dalam pukul 11.30 camtu kot baru diorang sampai.
Itupon tak semua. Budak-budak laki (yang besar-besar) takde.
Diorang busy dengan persiapan sekolah. So takpe, yang mana ada kita raikan.

 

Alhamdulillah hubby pon supportive sangat.
Aku tak expect pon dia akan buat apa-apa, sebab benda ni pon aku yang plan.
Tapi beberapa hari sebelum pergi tu, hubby ajak pergi KFC dan Tesco.
Dia nak belanja budak-budak tu sikit. =')

So duit sumbangan yang beribu korang bagi tu, memang kitorang serah 100% kepada Pn. Subiha ye.
Kitorang tak jadi beli barang keperluan guna duit korang tu.
Sebab last minit hubby kata better bagi je cash. Sebab diorang lebih tahu apa yang diperlukan.
Sewa rumah ke, sewa van sekolah ke kan.
So kitorang bagi je cash tu semua dalam envelope.

 
 Budak ni nama Amran. Umur dah 5 tahun.
Tapi tinggi dia lebih kurang mcam Haikal je.
Nurse kata kurang kalsium. Tapi diorang nak buat camane, susu mahal.
Tak mampu beli selalu. T__T


 Ni budak paling gangster kat rumah tu kahkah.
Asyikkkk la nak high-5 aku.


 Ni budak paling muda dalam rumah tu. Nama Atirah, baru sebelas bulan.

 
 
 Haikal pon seronok sangat kat sana.
Ramai kawan kannnnn. Dia siap nyanyi-nyanyi goyang bontot lagi kahkah. 
Haikal..Haikal.. -____-


Dalam ni haa duit korang. 
Terima kasih banyak ye korang sebab sudi menyumbang.
Murah rezeki insyaAllah. =)


 Sebelum balik tu, aku sempat borak panjang dengan Pn. Subiha.
Eh jap, lupa nak kenalkan. Puan Subiha yang tudung biru tu.
Bukan yang tudung kuning tu tau. Itu Megan Fozzz. -..-

Tersebak-sebak masa borak dengan Puan Subiha hari tu.
Kepada yang rasa kita orang awam ni tak perlu derma dah kat anak-anak yatim sebab JKM dah bagi banyakkkk bantuan, cuba korang pergi sendiri rumah-rumah camni dan dalami sendiri cerita sebenar.
Aku bukan nak burukkan kerajaan sekarang ke apa.
Tapi kalau dah tahap belanja untuk hiburan sampai juta-juta bolehhh je, 
bila sampai hal kebajikan anak yatim,
bantuannya setakat belanja makan RM8 satu hari untuk seorang??
Seriously???
RM8 sehari???
Kau dah naikkan harga ayam gula minyak semua.
Pastu kau bagi diorang duit belanja RM8 je?
Abih tu sewa rumah?? Sewa kenderaan? 
Expect diorang kerja cari duit sendiri?
Kamonnnnn.... Realistik la sikit..

Itu belum lagi bulan puasa, bulan raya.
Puan Subiha kata, memang la anak-anak dapat pakai cantik-cantik, makan sedap-sedap, buat persembahan depan VIPs.
Tapi pulang dengan goodies dan perut kenyang sahaja.
Kalau bergambar dengan replika cheque ribu-ribu pon, itu hanya sekadar replika. Takde pon JKM salurkan duit-duit tu ke tangan mereka.

Kejam kan??? 
T______T

Takpe anak-anak, dunia nak kiamat dah.
Hari ni diorang buat korang camni, pepandailah diorang survive esok-esok.
Kamu semua ada berpuluh ribu malaikat jaga,
kena tindaslah camane-camane pon insyaAllah takkan apa-apa. 

Teruskan berdoa, korang semua Allah sayang. =')
 Mama pon sayang korang. *tetiba*

Lepas setel kat rumah anak yatim, kitorang pergi Youth Park/Taman Perbandaran sekejap.
Saje nak entertain Haikal. Dah alang-alang ada masa lagi kan.

 
 
Tetiba aku rasa macam nak Log In akaun facebook hubby, pastu upload gambar atas ni dengan caption,
"Kau isteriku, permaisuri hidupku selamanya. Kau nombor satu di dalam carta hati."

KAHKAHKAHKAHKAH!!!


 Selamat Tahun Baru, semua!!
Dah dua ribu empat belas der.
Jangan malas-malas der.
Bila engkau nak kurus der.
Azam sejak 2010 belum setel lagi der.
-_________________-

6 comments:

ezlinda hisam said...

alhamdulillah sebab dapat kumpul ribu2 untuk derma.. :-)

fishah said...

KAK JIJI.

rm8 sehari ? rm8 sehari? rm8 sehari?
*urut dada*

kesiannya budak yg x cukup kalsium tu kak jiji. :(

Semoga Murah lagi rezeki diorg. tak tahu la nak cakap apa dah kat msia ni. inilah MALAYSIA kan.

nora razalli said...

eish!
bestnyaaa
mg bru 2 ke 3 kali je lawat orphanage .
insyaAllah ad rezki nk mlawat jg :)

Unknown said...

Jiji,

Please abaikan komen2 org yg kurang berpelajaran tu..kesian,belajar tinggi la kot sebab tau dalil2,tapi bengap ya ampun...lagi kesian dengan mereka3 ni..! Sakit hati tau!

murnie sangat said...

yang part log in fb hubby tu sumpah klakar der hehe

alongpaktam said...

moga anak2 ini dapat perlindungan yg sebaiknye..
teruskan kerja amal nie dik..moga Allah swt limpahkan lg rezeki yang berkat buat jiji sekeluarga..amen