Hari tu hubby terjumpa kura-kura kat site tempat dia kerja.
Pastu dia call aku,
"Mama, ok tak kalau papa bawak balik kura-kura untuk Haikal?"
"Ha? Nak buat apa?"
"Saje la nak bagi Haikal kenal kura-kura."
"Oh ok je. Besar mana benda tu?"
"Besar la jugak. Sikit lagi nak sama besar ngan mama."
-____________-
"Kat mana kura-kura tu sekarang?"
"Ada ni. Dia duduk dalam kereta. Sebelah papa. Dia tengah dengar kita bercakap ni."
-______________-
Pastu dia call aku,
"Mama, ok tak kalau papa bawak balik kura-kura untuk Haikal?"
"Ha? Nak buat apa?"
"Saje la nak bagi Haikal kenal kura-kura."
"Oh ok je. Besar mana benda tu?"
"Besar la jugak. Sikit lagi nak sama besar ngan mama."
-____________-
"Kat mana kura-kura tu sekarang?"
"Ada ni. Dia duduk dalam kereta. Sebelah papa. Dia tengah dengar kita bercakap ni."
-______________-
Dan ini la kura-kuranya. -..-
Masa hubby sampai rumah, Haikal tengah tidur.
So aku kejutkan Haikal dan cakap,
"Haikal, papa bawak balik ninja turtle untuk Haikal. Jom tengok."
Lajuuuuu je budak tu turun katil. Kahkah.
Ayat pertama yang keluar dari mulut Haikal,
"Eh. Ni bukan ninja turtle. Bukan bukan. Mama salah."
:D
"Oh ye ke. Kalau bukan ninja turtle, habis tu apa?"
"Emmm. Turtle lah. Haikal jadi ninja turtle, Mama jadi turtle. Ok tak?"
-_________-
Bila kura-kura tu dah start berjalan, Haikal siap cakap kat kura-kura,
"Ninja turtle, cepat! Cepat lari siniiii.."
Pastu dia yang syok sendiri lari lintang pukang sana sini.
Ninja turtle tu rilekkk je slow mo jalan. Kahkah.
Hubby bagi Haikal main kura-kura tu sekejap je.
Lepas tu hubby lepaskan balik.
Tak elok la kan main lama-lama. Menganiaya haiwan.
Lagipun tujuan sebenar cuma nak Haikal kenal kura-kura je.
Bukan nak Haikal pedajal kura-kura tu jadi ninja turtle. -..-
Tapi sebelum kitorang lepaskan kura-kura tu, Haikal macam mengamuk la jugak.
Tak habis-habis,
"Papa no! Papa no! Jangan amik. Tu Haikal punya."
Pulak dah. -..-
Tapi kitorang try jugak explain baik-baik,
Kura-kura ni bukan mainan.
Kura-kura pon ada keluarga. Kura-kura pon ada mama papa dia.
Nanti kalau dia duduk rumah kita, nanti mama papa dia nangis.
Gitu.
So bila dah bagitahu camtu, Haikal pon rela la kura-kura tu pergi.
Nak cakap dengan anak ni, kita kena pandai saiko sikit.
Kadang-kadang anak memberontak, bukan sebab dia degil.
Tapi sebab dia tak faham apa yang kita maksudkan.
Dia tak faham kenapa begitu kenapa begini.
So parents kena lebih kenal anak.
Dan tahu nak pusing tang mana bila bercakap dengan anak.
Supaya dia faham.
Bila dia faham, dia akur.
Semua manusia pon akan marah dan berontak bila dia tak faham.
Tapi bila faham, dia senang akur dan terima keadaan. Kan?
So anak-anak pon sama lah keadaannya.
Dalam segala hal kalau boleh kena fahamkan dia.
Dan explanation kita tu biar senang untuk anak visualize.
Contoh kes kura-kura tadi.
Kalau kita cakap,
"Tak boleh aniaya kura-kura. Nanti dosa."
Anak takkan faham. Aniaya tu macam mana? Dosa tu apa?
So kita pusing ayat tu sikit jadi,
"Tak boleh main dengan kura-kura ni. Sebab nanti kura-kura lapar, dia cari mama dia. Tapi mama dia takde. Nanti dia nangis. Nanti dia sakit. Kesian dia."
Camtu.
Memang la macam tak realistik.
Tapi anak akan dapat visualize. Dan dia akan faham.
So mesej sebenar tetap sampai.
Bahawa kura-kura perlu pulang ke habitat asal supaya dia boleh hidup bahagia di samping keluarga. =)
Ok dah habis cerita kura-kura dan mamanya.
And they live happily ever after. :D
Oh by the way, ramai yang mintak video Haikal.
Nak video Haikal nyanyi la.
Nak video Haikal bercakap la.
Nak video Haikal main toys la.
Tapi bila aku tanya, "Video mak Haikal nak tak?"
Semua diam.
T____T
Eh iolls talented tau.
Nyanyi boleh. Cakap boleh. Ciken dance boleh.
Sampai hati taknak video iolls kannnnn.
;D
Ok nah la latest video Haikal.
Tapi video biasa-biasa je la.
Harap korang enjoy.
Lepas ni tolong la request video mak Haikal nyanyi pulak plisss.
Suara iolls macam ramli sarip you knowww.
Suara iolls macam ramli sarip you knowww.
Rugi tak request.
;D
8 comments:
nak request la mak haikal menyanyi la pulok lepas ni muleh..kakakakka..serius sue suke hubby rajiah ni..sengal jugak macam rajiah kan...kikiki...kelakar adoi boleh bayang kura2 tu pandang hubby rajiah yg tengah drave sambil cakap ngan rajiah..kikikiki...serius itu mmg kelakar ok..
HEHE..comel sangat haikal ni!! dahla cerdik, bijak....saya dh jd pembaca tegar blog akak..hehe
haikal, lpas ni boleh request papa bawak balik otromen plak, hihi!
comel je soh kura2 lari hahahaha
so sweet..semoga haikal jadi anak soleh..i like!!
suruh mama jadi ninja turtle la. hahaha
hahah.. request mama haikal jadi ninja turtle bleh?? comel laa haikal ni... cerdik.
yuk, join game berkualitas bagus dan terpercaya hanya di:
Bola: Daftar
Poker: Daftar
Slot: Daftar
Kami memberikan BUKTI bukan JANJI
Post a Comment