Niat di hati nak jadi orang pertama, tapi.. (Penang Second Bridge)

Tapi...
Rosmah dah rasmi dulu. -_____-

So tak dapat la nak jadi wanita pertama merentas jambatan kedua pulau pinang. 
Gitu punya berangan kan.
Padahal merentas naik kereta je kott, bukannya mendaki ke hape.
Wanita pertama "merentas" lah sangat. Haha!


Masa aku upload gambar naik second bridge ni kat FB, kemain semua tanya dah bukak ke jambatan tu. Actually belum bukak lagi.
Siap pon belum, nak bukak jadahnya. Huhu!
Orang awam tak boleh masuk lagi.
Workers je boleh masuk. Macam hubby boleh masuk la.
Worker bangla pon rilekkk je masuk aku tengok.
Lenggang je kayuh basikal sambil sangkut mangkuk tingkat kat handle. :D
Nasib baik muka aku ada iras-iras ratu bangladesh sikit..
So kenyit-kenyit mata je kat pakgad tu, terus
"Silakan masuk adik manis.."
Gitu. ;D

Aku sebenarnya dah lama tau berzikir kat telinga hubby suruh dia seludup aku masuk bridge tu. Saje la kan nak naik sebelum bridge tu di-open kepada public.
Kang dah banyak kereta lalu-lalu, camne nak amik gambar baring-baring atas bridge kan.

Dah la najib ngan rosmah dah rasmi dulu jambatan tu kan.
Tercabar terus iolls.
Patutnya aku la yang rasmi dulu kan.
Ratu bangladesh katanya. :D

Terus pujuk-pujuk hubby seludup aku naik bridge.
Memula hubby macam tak kuasa nak layan tau.
Sebab security dia ketat gila pastu bukan sebarang kereta boleh masuk.
Ye la. Construction site kan. Bahaya kot.

Tapi aku macam,
"Derrr pakgad dia bangla je kottt.. Itu bhaiya banyak senang mahu tackel jugaa."
;D

Aku punya desperate nak lalu bridge tu, sampai masa birthday aku hari tu kan,

Aku: Papa, mama nak birthday present.
Hubby: Ok nak apa.
Aku: Nak naik bridge baru.
Hubby: Adoiii tak boleh mama. Orang luar tak boleh masuk.
Aku: Ok bagi 10 sebab kenapa tak boleh masuk.
Hubby: Sebab...sebab..
Aku: Sebab apa???
Hubby: Sebab mama cantik sangat.
Aku: *terus tersipu malu sambil berlari-lari ke dapur bajet anak raja nak masuk minang* kahkah!

Tapi memang jenuh la pujuk hubby. Pon tetappppp tak dapat naik bridge.
Apa skema sangat laki aku ni tah. Pfft..

Sampai la baru-baru ni hubby balik kerja awal gila.
Pukul 6 dah sampai rumah.
Ye pukul 6 tu ialah sangat awal ok.
Selalu pukul 8 malam pon belum tentuuuuuu. -..-

Hubby masuk-masuk rumah je,
Hubby: Mama cepat siap. Kita nak keluar.
Aku: Keluar ke mana nya? Kan baru balik.
Hubby: Jumpa boyfriend-boyfriend mama la.
Aku: Awww!! Siapa? siapa?
Hubby: Laa..kata nak naik bridge baru?
Aku: Homaigoddd!!!!! Bhaiyaaa wait for meee!!

Terus laju-laju bersiap pakai cantik-cantik wangi-wangi. 
Maklom la boyfriend ai ramai atas bridge tu. Haha!
Siap masa dah nak dekat sampai bridge tu, aku cakap kat hubby,

"Huih berdebar-debar rasa. Tak sabarnya. Tak sabarnyaaaa!!"

Poyo gila kan.
Berdebar bajet orang nak masuk minang ke hape. Pui.



Dan akhirnya...
Penang Second Bridge, baby!!
Woohoo!

Masa nak lepas kat pakgad bridge tu kan.
Aku ngan hubby nervous gila tau.
Memang la kitorang pergi tu bawak kereta kerja hubby. Sebab kereta 4wd je yang dibenarkan masuk. Tapi sebab ada seorang wanita anggun *mata keatas* dan bayinya yang turut sama berada dalam kereta tersebut, so kitorang takut la pakgad tu tak bagi masuk. Huhu!
Pakgad tu siap dah tahan kereta. Pastu suluh-suluh dalam kereta.
Gulpp!
Aku baru plan nak tunduk-tunduk sikit, taknak pakgad tu nampak aku kahkah. 
Tapi dah kantoi dulu cissss.

Lepas pakgad tu check-check kereta, suluh-suluh natang apa tah yang disuluhnya,
Alhamdulillah lepasssss!!! Hurreh!
 Zassss laju je hubby tekan minyak menonong ke depan. 
Takut pakgad ubah fikiran. Haha!
Terus aku nyanyi lagu chai chaiya chaiya chaiya kuat-kuat sambil keluar tangan lambai-lambai kat pakgad tadi.
Konon tanda terima kasih la. -..-

Dah la hubby kong hajo gila tau,

Aku: Kenapa pakgad tu lepaskan kita eh? Dah la kita bawak budak lagi.
Hubby: Dia tak nampak kot.
Aku: Tak nampak apa?
Hubby: Tak nampak mama la. Hitam sangat.
Aku: Cisssss!


Bridge yang baru ni ialah 2 kali lebih panjang dari penang bridge yang sedia ada. Lebih kurang 30 minit jugak nak merentas dari hujung ke hujung.
30 minit tu naik kereta la ye.
Kalau jalan kaki mungkin 3 hari 2 malam baru sampai.
Panjangggg i tell yeww.

Walaupon lebih panjang dari bridge lama, aku dengar kerajaan tak naikkan tol.
So bridge baru ni pon harga sama iaitu RM7.
Kalau warga penang RM5.60. Gitu.
Syukurlah. Baikkkkk betulllll kerajaan kita ye kawan-kawan.
Takpe lah semua harga minyak gula susu segala naik pon.
Kerajaan kita kan baikkkkk. Eeeii bersyukurnya saya!

;D

 Masa aku tengah selfie ni hubby bertindak kong hajo sekali lagi.
Kat atas bridge tu angin kuat gila tau. 
Terbang-terbang segala-galanya.

 So ni gambar selfie yang aku snap..


Dan ini..
hubby snap dari dalam kereta.
T______________T
Pastu hubby siap gelak barai depan aku sambil tunjuk-tunjuk gambar ni. 
Kong hajo angat iye tuuu. Ite umbuk ang. Ish.
Aku ada upload gambar baju kembong ni kat FB. 
Pastu kemainnn masing-masing seronok bahan aku kan.
Kata aku ngandung kembar enam la. Kembar lapan la.
Ada tu siap takut jambatan crack la. 
Kata aku seludup kampit simen dalam baju nak buat renovate rumah la.
Amboiiii biasaaaaa dia!

 Dan akhirnya sampai ke central navigation span dia.
Kira ni tempat tertinggi kat atas bridge ni la.
Fungsi central navigation area ni ialah supaya kapal-kapal besar boleh lalu bawah bridge tu. So kalau kapal cruise lalu takde la dia terantuk.
Ibarat sudah terhantuk baru terngadah. 
:D

Trademark bridge baru masih sama macam bridge lama.
Masih "cable-stayed" style yang tali silang-silang triangle-triangle camtu. 



Jalan sepanjang bridge tu memang bersepah nak mampsss.
Joints between bridge tu pon belum pasang betul. So macam tetiba ko jalan, pastu ada lubang bapak besar yang terus boleh nampak laut jauhhhh bawah sana. 

Maka hati mula gerun sambil berkata,
"Uih ni kalau kasut terjatuh ni, dengan kaki-kaki sekali jatuh."
:D

 

Dan masa kitorang duk sakan bergambar ni, ramai bangla workers bertenggek atas divider jeling-jeling kat ai. Amboiii pakai spek hitam ingat ai tak tahuuuu. ;D
Tapi aku buat tak tahu je la kan. Senyum sikit-sikit je. Bahah.
Lupa pulak nak lambai-lambai ratu kat diorang.
Kalau tak mesti ramai jatuh cinta. -..-


Pemandangan dari atas bridge tu memang superb.
Nak-nak pulak masa sunset. Memang menusukkk je cahaya dia bagi.
Cantik engko..

Nanti bridge dah open to public, aku bagitahu kat sini k.
Sah-sah la diorang akan announce besar-besaran kat TV semua kan.
Tapi ai selaku ratu bangladesh sangat ni, nak jugak announce kat belog. 
*lambai ratu*

5 comments:

RieNa said...

a'ah. ni gambar yg simpan panda dlm baju. muheheheheeh

dari sisi hidupku said...

subhanallah, cantik giloss pemandangan sunset tu. Harapnya penang second bridge siap sblom saya habis blajor. klo tak kempunan nak lalu. haha.

YanaHime said...

waaa!! best2...vangga jugak nengok bridge baru ni. rasmi bridge yg pertama umo 5thn, nak rasmi bridge kedua plak umo 3^_^0an, haish! tua dah ghupanya

NorrShakor said...

Nasib la hubby tu nak melayan gak.kalo x harus sentap..hahaha..mcm best bebenor je tengok korang kat atas tu

mommyofbabykhalifa said...

Wow cantiknya sunset kak . Siyes jelly . Harap dapat sampai ke pineng satu ari t