Zzzzzzzoo time!!!!

Aku sebenarnya nak bahagikan entry ni dua bahagian.
Buat part 1 dulu, pastu part 2 sambung kemudian hari.
Sebab gambar banyak nak mampssss.
Tapi aku rasa kalau hari ni aku publish part 1,
barangkali tahun depan baru aku akan publish part 2. -___-
Maka disyaki perkara tersebut boleh membawa gaduh.
Dia nak bawa gaduh ke mana pon saya tak tahu.

Jadinya, aku sumbat je lah semua-semua pon dalam satu entry saje.
Maka entry ni pon jadi panjang nak mampsss.
So kalau korang tak cukup napas nak baca sampai habis, sambung la baca esok ke lusa ke. Boleh? Nak baca sampai habis pon bole.
Tapi esok lusa takyah la pm aku tanya bila nak up entry baru.
Siapa suruh baca entry ni sampai habis. -..-

Sebenarnya ni cerita 2 minggu lepas punya.
Kitorang bawak Haikal pergi zoo.
Zoo taiping je pon.
Dalam sejam perjalanan je pon dari rumah kitorang.
Dokek yo. Nak naik basika pon buleh. Tapi sobab duit den botingkek-tingkek, den naik la keto. Yang mahal, minyak. Bukan keto.
:D

Haikal tidak sedarkan diri. Akibat overdose nenen. Biarkan dia.


Masa kitorang pergi tu, ramai gilaaaa orang. Nak cari parking pon susah.
Sebab ada event basikal ni. Pfftt.. 
Yang pergi buat kat zoo kenapa saudara... 
Bukan gajah jirapah tapir tu semua boleh join kayuh basikal pon. -..-


Amboi pipi diaaaa. Boleh buat mendulang bijih timah dah. Haha!
Woi woi aku cakap pasal pipi patung orang utan tu woi. 
Pergi tengok pipi aku buat hape? 
Tolong jangan memulakan persengketaan. -..-

Entrance fee dia murah je. RM12 dewasa. Kanak-kanak RM8. 
Tapi start dari 3 tahun baru kira kanak-kanak. So Haikal masuk free. Hurreh!
Tapi kalau korang pergi, pastu tetiba dia bagi 20% diskaun, syukurlah. 
Maksudnya korang warga emas. Haha!
So masa nak beli tiket tu, korang buat la muka kedut-kedut sikit. Tayang uban-uban sikit. Juih-juih bulu telinga sikit. Kompom dapat diskaun. :D

 Pastu dia punya tram pon free of charge.
Tapi area zoo taiping ni takde la besar mana. Jalan kaki sudah.
Naik tram bukan nampak apa pon. Ko pikir drebar tram tu kesah nak berenti tunjuk gajah, tunjuk badak sumbu segala?
Kemain laju je dia bawak aku tengok. Pfft.
Tapi aku tengok kebanyakan family with kids memang jalan kaki je. Sebab nak kasi anak-anak tengok binatang tu lama-lama, pastu boleh explain-explain sikit pasal binatang tu kan.
Baru la berbaloi.

Kitorang pon tak naik tram.
Gagah kottt.
Tapi ketiak memang lecak ah.
Oh bukan sahaja ketiak, bahagian lain juga. -..-

Sampai kat tempat orang utan, ada seekor ni hubby perhati lama gila.
Korang nak tahu kenapa?

Tengok la tetek diaaaaa!
Kalah aku woi. Aku syak dia ni cup D takpon E. :D

 Tengok la muka hubby. -..-
Bang..dia tu orang utan je bang.. Sudah sudah la tu bang..
(kompom kena luku kalau hubby baca nih bahah)


Kat dalam zoo tu ada banyak kerusi.
So tak payah risau la kalau penat berjalan ke apa.
Jalan 10 langkah ada kerusi, jalan 10 langkah lagi ada kerusi.
Gerai jual air pon banyak. 
So boleh duduk-duduk lepak kejap hilangkan penat, minum air, sambil kenyit-kenyit mata kat orang utan tetek labuh tadi. 
;D




Aku ada satu tips untuk bagi budak-budak happy dan enjoyy je tengok binatang kat zoo. Especially budak baya-baya Haikal la kan.
3-4 hari sebelum kitorang pergi zoo tu, aku tunjuk Haikal gambar/video binatang yang selalunya ada kat zoo macam gajah, giraffe, etc. Tunjuk gambar real la bukan kartun punya tau. Search kat youtube banyak.
So repeat banyak-banyak kali gambar/video tu, sampai Haikal dah ingat sikit-sikit nama-nama dan rupa binatang tu.

Macam kalau aku tanya Haikal,  
"Which one is elephant?"
Terus dia tunjuk gambar gajah. 
"Where's crocodile?"
 Terus dia tunjuk gambar buaya.
So maksudnya dia dah ingat la binatang tu. Gitu.

Tapi kalau aku tanya, "Where's tapir?" tapi Haikal tunjuk papa dia (kahkah), maksudnya kena repeat gambar tapir lebih sikit sampai dia ingat yang tapir bukanlah nama samaran papa dia. 
:D

So bila Haikal dah kenal binatang, then kitorang bawak dia pergi zoo kasi dia tengok yang realllll punya, dia akan excited gila.
Nampak je, terus macam joget-joget sambil tunjuk-tunjuk binatang tu.
Baru dia tahu saiz sebenar gajah, giraffe, rhino, yang selama ni dia tengok kat youtube je kan. Kitorang hari tu pergi masa feeding time diorang. 
So boleh tengok binatang-binatang tu makan.
Terus aku pura-pura nasihat Haikal,
"See! Goodboy giraffe! Giraffe loves to eat vegetables! Goodboy giraffe.."
Terus Haikal angguk-angguk kagum kahkah.
Padahal itu je lah pon makanan dia kan.
Cuba kalau ada macaroni goreng sebelah daun tu. 
Kompom giraffe pilih macaroni goreng jugak derr. 

Eh giraffe herbivor eh? :D

 Nak lagi best, sebelum pergi zoo tu, korang ajar bunyi bunyi binatang tu sekali. So nanti bila dia nampak tiger, dia otomatik akan roarrr. Camtu.
Seronok you know! Hihi!
So kerja aku and hubby pon senang sebab semua binatang pon dia dah kenal. =)



Omaigod korang...
Korang tahu..
Hubby kan...
Dia kan...
Samakan aku dengan tapir ni.
Bontot putih badan hitam.
T_____________T

Aku rasa nak tolak je dia dalam kandang tapir tu.
Kompom tapir tu ajak ngawan.
Siapa suruh heibat sangat pergi samakan meghan fehox ni dengan tapir??
Korang tengok hidung aku. Takde la terjuih camtu kannn. -..-



Haikal paling excited tengok gajah.
Nampak je gajah, kemain bising mulut dia pokpekpokpek.
Sebab dalam mainan alphabet dia ada "E is for Elephant".
Tu pasal seronok sangat nampak gajah. -..-


 Pastu dah nak keluar zoo tu, kitorang amik gambar dengan snake.
Saje la buat kenangan kan.
Ni first time tau aku sentuh snake. Dan..sejujurnya aku geli.
Aku tak sangka aku akan geli. Pfft.
Korang tengok badan aku macam senget pastu muka macam tengah tahan kentut je kan. Omaigod aku boleh rasa kot otot-otot ular tu macam gerak-gerak kat leher aku. Aaarghhhhh!!
Ular kan jalan guna otot dia kan. So otot dia tu tetiba macam meraba-raba belakang aku, tengkuk aku. Behhharghh!! I hetchu snaky-snaky thingy. -..-

Pastu cuba korang tengok tangan Haikal. Dia sebenarnya tengah cubit snake tu. 
Aku dah gigil kat situ. Takut ular tu sakit pastu dia ngap aku ke apa kan.
Dalam hati aku dah miming lagu salam terakhir.
Aku tengok snake tu pon macam acah-acah nak ngap aku.
Siap ssss ssss ssss camtu.. 
Seram gillsss.

Tapi sekarang aku terfikir kenapa aku paranoid sangat terhadap snake tu.
Entah-entah snake tu cuma nak berkenalan ngan aku ke. Dia sebenarnya silent reader blog aku ke. Kan?
Entah-entah yang dia sss sss sss tu, dia nak cakap,
"Eh awak. Saya selalu baca blog awak. Nanti masukkan gambar kita dalam blog awak eh."

So aku harap, sekarang aku dah tunaikan permintaan snake tu.
:D

Dapatlah sekeping kad ni buat kenangan.
Sampai sekarang kalau aku tengok gambar ni, aku boleh terbayang lagi otot snake tu gerak-gerak kat tengkuk. Pfft.


Keluar je dari zoo, kitorang lepak taman kat depan zoo tu. 
Berkelah sambil layan Haikal main playground.

Serious ni semua aku masak. *kembangkan hidung 3 kali*
Tapi simple je la kan. 
Sambal tumis udang dengan sayur-campak-je-lah-apa-yang-ko-ada.
Nugget KFC tu kalau bukan dalam mangkuk kfc mesti aku nak ngaku aku masak jugak kahkah. Dasarrrrrr...



Kalau mak mertua aku tahu ni, mesti dia bangga. Mesti dia puji masakan aku.
Pastu mesti aku buat muka macam gambar kiri tu. Haha!

Dah la mak mertua aku tu rajin call tau.
Bila call je mesti tanya, "Tadi makan apa? Rajiah masak apa?"
Tapi most of the time mak call, mesti kitorang beli makanan bungkus je. Bila aku masak, takde pulak mak call. Pfft.
Padahal memang aku jarang masak pon. Kahkah!
Tak payah nak salahkan mak mertua bagai kan. 
Kapkungkap punya menantu cisss.



Ok dah tu je.
Bye.

5 comments:

Unknown said...

Salam jiji..dah lama saya duk baca blog awk...ni baru terbukak nak komen...hihihi!!jemputla ke blog saya dan bertukar2 link ye

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

SaRRaFaRysHaALiA said...

jiji....admire ur blog style..akak senyum sengeh sorang2 baca.... hoping dpt smbg master yg asyik tertangguh nih...wishing to have strong heart...selalu ingatkan diri...alahai jiji pun boleh takkan aku tak boleh...hahahha...boleh cenggitu jiji???

semoga Allah selalu merahmati hidup jiji sekeluarga amin.

Mama Zharfan said...

semua pics sgt cun ;)

dari sisi hidupku said...

iyarks gelinya. kita first time pegang ular kat funfair, err sangat seram. kenapa si haikal cam berani sangat je pegang ular tu. haha.

ADLIL RAJIAH said...

Hazlina,
Thanks sudi drop comment. InsyaAllah ada masa, saya pasti singgah blog awak. :))

Sarra,
Amboiiii..haha! Go go go u can do it! Go go go!! :D

Mama zharfan,
Thanks kak suzi. :)

Dari sisi hidupku,
Biasa la dia tu. Nampak cicak pon nak pegang. Pffttt