Memang. Allah tu Adil.

Sebenarnya takde benda sangat nak update.
Sebab takde apa-apa nak update.
Jadi apakah yang perlu diupdatekan?
Maka tiadalah benda yang boleh diupdate.
Maka tiada apa benda pon yang sepatutnya diupdate.
Namun mengapakah masih menaip untuk mengupdate?

Haa nampak tak persoalan dia?
:D

Kebelakangan ni banyak sangat perkara yang berlaku.
Yang tak best dan yang best. Sama banyak.
Dan aku macam realize, betul lah Allah tu adil. 

=)

Kita ni kadang-kadang kalau tak rasa, maka tak percaya.
Bila dah rasa sendiri, baru macam..
"Ehhh betul lahhhh.. Allah Maha Adil. Tak sangkanya sayaaa.."

Boleh tak sangka Allah tu Adil? 
-..-

Tapi tu lah. Dah nama manusia.
Bila kena uji sikit, mula lah.
Tengok cermin, marah pada diri.
Kenapa malang sangat? Kenapa loser sangat?
Kenapa Allah buat aku camni?
Kenapa asyik aku je yang kena uji?
Kemain marah kita dengan takdir Allah.
Bila dah doa pagi petang malam tapi Allah belum makbulkan,
terus rasa Allah dah tak sayang. Allah dah tak peduli.

Padahal yang tubuh sihat, makan cukup, keluarga bahagia, rumah selesa, 
semua-semua tu bukan sebab Allah sayang ke tu? 
Tapi bagi kita, tak. Tak cukup.
Nikmat depan mata, kita lupa.
Nikmat belum sampai, kita marah-marah. 

Tapi bila Allah makbulkan apa yang diminta,
bersyukurnya sekejapppp saje.

Manusia kan. Memang lagu tu la dia.
Aku tak terkecuali. 
T____T

Lately agak hectic kehidupan yang aku lalui.
Kengkadang tu macam menduga jugak lah.
Dengan study yang terkejar-kejar nak cepat habis.
Dengan hal rumah, hal keluarga yang nak kena uruskan macam-macam.
Dengan anak lagi.
Padahal anak baru sorang. 
Gaya cakap macam anak sepuluh je tadi kehkeh.

Paling tak boleh blah, dua minggu lepas.
Aku terpaksa tarik diri last minit dari conference.
Dah la dah scheduled as one of the oral presenters.
Pastu terpilih dapat travel grant lagi.
Last-last terpaksa tarik diri.
Disebabkan oleh some personal reasons.
Of course lah when it comes to keluarga punya hal, aku perlu sacrifice apa saje. 
Especially Haikal. He needs me more. 
Takpelah tak dapat participate conference pon.
Asalkan perihal saham akhirat (keluarga) terjaga.
But somehow it still meruntunkan jiwa dan raga la kan.

Ye lah.
Benda kita dah struggle from the very beginning to the end.
Last-last?
Tarik diri? Begitu sahaja?

Tipu lah kalau aku cakap,
"Eh takpe lah. Sikittttt pon saya tak bersedih. Saya redhooooo."

T___________________T

Tapi somehow, kena redhooo lah jugak kan.
Bukan rezeki lah tu. *ayat tipikal*

Bila Mama dapat tahu pon dia sedih.
Terus Mama datang visit aku last week.
Kesian sangat kat "anak dara" dia yang paling comel ni.
Stress mengalahkan bini perdana menteri. ;D

 Tapi sekejap sangat Mama stay dengan aku. Tak puas.
Mama balik je, terus sambung balik stress. 
Ada sesiapa lagi yang kasihani saya dan berminat nak visit saya?:D

Tapi macam aku cakap tadi.
Allah tu Adil.
Dalam dia bagi ujian, dia mesti bagi hadiah juga.

Dalam ke-hectic-an kehidupan aku sekarang, aku dapat banyak "hadiah".
Yang tak diduga.

=)

Yang paling berharga, bila tengok perkembangan Haikal sekarang.
Maa shaa Allah...

Haikal is really growing up.
Dah pandai bercakap macam-macam.
Dah pandai menyanyi.
Dah pandai lompat, berlari, main lawan-lawan.
Dah pandai panggil kawan ajak main.
Dah pandai tolong kemas rumah.
Tolong susun bawang ngan kentang dalam basket dapur.
Tolong masukkan hanger dalam baju untuk sidai.
Tolong susun bantal atas katil.

Seriously aku macam..
"Anak aku ke ni??"

Dulu masa beranakkan dia, satu hape tak tahu buat.
Tapi sekarang?
Hujung bulan ni Haikal genap 2 tahun.
Maigod.
Kenapa cepat sangatttttt?!!

 Rasa macam baru semalam dalam pantang, sambil bertungku, sambil tukar pampers dia. Baby baru lahir kan tidur berak je kerja.
Tetiba hari ni, dah berlari keliling rumah. Dah pandai berak kat jamban. 
Dah pandai cakap "Awwu Mama." (I love you, Mama)
-____-
 
 Maka nikmat Allah yang mana satukah yang kamu dustakan??
T________T

Bila aku tengok Haikal yang makin bijak dari hari ke hari,
rasa macam..
Tak dapat pergi conference seratus kali pon takpe lah. :D

Tak cukup lagi anugerah Haikal yang Allah bagi,
bebaru ni aku dapat dua advertorial jobs.
Korang bayangkan, blog aku yang cuma 700-800 unique visits sehari ni,
ponnnn ada orang nak advertise ke?
Lojik ke loji ni? -___-

Sebelum-sebelum ni ada jugak kawan-kawan yang ada bisnes ke apa, nak advertise barang kat sini. Tapi masa tu macam..
angin pus-pus je.
Kejap jadi, pastu tak jadi.
Belog aku ni kan suam-suam kuku kambing je.
Kalau advertise pon macam laaaa ramai yang peduli. Kahkah.

Tapi offer bebaru ni memang paling bikin bulu keti meremang.
Ada satu hotel ni, dia bagi aku accomodation 4 hari 3 malam.
Fully sponsored for 2 pax.
Syarat dia aku kena buat review hotel dia kat blog.
Bayangkannnnnnnnnn!!!
5 star hotel kottt. 
Suruh aku review hotel diorang kottt.
Duduk free kottt.

Padahal belog aku tak sampai 1000 unique visits sehari.
Aku syak CEO dia peminat setia aku lah.
BAHAHA. ;D

Takpon..
dia salah blog.
-..-

Bila dapat benda-benda nikmat macam ni,
Kadang-kadang aku terfikir, macam layak ke aku?
Siapalah aku ni?

Tapi hakikatnya, kalau Allah nak bagi,
Dia bagi je.

Kan?

Peduli hape kau siapa?
Layak ke tak layak ke?
Tu namanya..
Rezeki.

=)
Selamat Hari Raya Korban, korang!
Maaf zahir batin.

Eh bukan Raya Aidilfitri hari tu dah mintak maaf ke?
Patutnya raya korban mintak maaf kat lembu la kan.
Dah dia yang berkorban dan terkorban.
;D

1 comments:

Unknown said...

Salam... layak je kot.. sbb best baca..ok gak kalau buat review hotel nih..mana tau pembaca setia blog dapat diskaun spesel..hehe.. Rezeki Allah ada di mana-mana.. =)