Weekend with Daddy

Ni sebenarnya cerita masa bulan puasa.
Aci tak kalau hari ni baru aku nak cerita? Hihi.
Kalau kuih bahulu, expiry date dia sebulan kan?
So aku syak cerita ni belum cukup sebulan lagi nak expired. Boleh?
Mari kita anggap entry ini dengan kuih bahulu ada persamaan.
Iaitu,
dari segi expiry date.

Jika semua boleh beranggapan begitu, bagus!
Mari mulakan entry. -..-

Eh tapikan dah lama aku tak jumpa kuih bahulu sabut.
Semua pon ialah bahulu moden.
Kuih bahulu sabut lain tau rasa dia. Jauh lebih sedap.
Korang tahu kan bahulu sabut?
Bukan bentuk dia macam sabut tau. Tapi dia masak guna sabut kelapa.
So nak senang aku cakap la kuih bahulu sabut. Haha!
Memang nama tu aku yang cipta. Baru cipta tadi.

Dulu-dulu aku selalu jugak tengok nenek aku buat bahulu sabut.
Dah la bancuh tepung dalam pasu.
Ok sekarang nak panggil bahulu sabut ke bahulu pasu.
Dua-dua elemen sabut dan pasu macam sama penting kan.
Ok takpe. Nanti aku tanya nenek aku yang mana lebih penting. ;D

By the way, kan masa bulan puasa Lola aku meninggal kan.
Kan aku ada buat entry sedih masa tu. Baca SINI.
So Mama ada balik Manila lama tau. Dalam 2 minggu.
Tapi takpelah. Biarlah dia nak spend time dengan family dia kan.
Baru kehilangan ibu kot.
Aku pon takut nak hadapi kematian yang melibatkan ibu sendiri.
Huih seram.

Daddy pon balik Manila jugak tapi tak lama lah. Dalam 3 hari camtu je.
Dia hantar Mama, pastu balik la Malaysia. Kerja kottt.
Bapak aku tu bukannya CEO dermaga holdings yang tetiba je,

"Batalkan semua mesyuarat saya pada hari ni. Saya ada urusan penting di Manila."

Puiii sangat skrip drama melayu. Tak pernah realistik.
Masalahnya tetiba semua pelakon lain pon macam,

"Baik dato'. Jangan risau, projek tigaploh juta kat new zealand tu saya akan uruskan."

Tigaploh juta abah hang.
-..-

Ok sambung cerita.
So sementara Mama kat Manila, Daddy terpaksa la duduk rumah sorang-sorang.
Kesian tau. Dah la bulan puasa kan. Sahur sorang. Berbuka sorang.
Sedih ok.
Pastu setiap hari aku call pon, Daddy cakap berbuka kurma je.
Takde orang nak masak.
Holloh holloh hollohhh.. Kesiannya...

Pastu bila habis terawih aku call lagi,
tetiba Daddy cakap kat surau moreh nasi beriyani.
Terus aku tak kesian dah. Haha!

So mengenangkan bapa ku nan seorang itu,
aku minta izin la dengan hubby nak teman Daddy.
Dalam 3-4 hari pon jadi lah.
At least dapat la jugak aku tumpang moreh nasi beriyani.
Haha motippp!!

Dan hubby pon seperti biasa izinkan je.
Tak pernah lagi hubby tak izinkan aku buat apa-apa. Semua pon izin.
Nak dating ngan Pejai Tohir pon dia izin.
Sebab dia tahu, Pejai Tohir mana yang vangang sangat nak dating dengan aku kannnnn -..-

So aku pon laju-laju call Along suruh dia beli tiket MAS.
Untung ada abang kerja MAS nih.
Satu keluarga dapat privilege.
Tiket penang-KL murah nak mampoih.
Economy class RM38. Business class RM59.
Ya, sila menggelepor. Muahah.

Lagi nak tanya aku amik economy ke business?
Bangla pon mampu amik business class kalau dah 59 hengget je bhaiii..
Inikan aku yang CEO dermaga holdings sangat ni. ;D

Laju-laju set tarikh, book flight terus.
Bussiness class eskiusmiiiii. *libas shawl*

Lagipon aku dengan Haikal je kan. Hubby kena keroje.
So cantik sangat la tu. Seat business kan dua-dua.
Kalau economy tiga-tiga kan.
So kita tidak mahu kehadiran orang ketiga di sini.
Nak seat dua-dua-duaaa je plissss.


 Tengok la batak dia camane.
Tak perlu kot nak amik gambar kat tiang check in business class untuk membuktikan kepada orang ramai. Tak perlu rojiah. Tak perlu.

Aku amik flight malam. Memang sengaja.
Supaya Haikal tidur je dalam flight kang.
So malam tu, hubby yang hantar kitorang ke airport.
Sampai-sampai je terus drop luggage kat counter, sebab aku dah buat web check in awal-awal. Kemonnnn.. kita kan CEO dermaga holdings.
Tak main beratur-beratur ni semua eskiusmiii.

Tapi.
Tetiba engko batak pergi amik gambar kat tiang counter check in tu kan.
Puiiiiiii CEO sangat puiii.
Kemon rojiah...
pak guard kerja situ pon tak tergamak nak bergambar dengan tiang tu ok.
-_____-

Habis check in, terus buka puasa kat airport.
Pastu aku suruh la hubby balik kan. Tapi dia boleh pulak taknak balik.
Nak jugak hantar aku sampai masuk boarding hall.
Tetiba aku rasa bersalah masa tu.
Sebab dari berbuka sampai aku masuk boarding hall, sedihhh je muka mamat tu.
Hmmmm.

Aku macam..
nak ternangis juga time tu.
Ite anje au ngan hubby ite. Die shedih, ite pon shedihhh.
Nah lolipop. *tetiba*




Aku cakap kat hubby. Nanti kita skype.
Dalam skype boleh cemolot.
Kat airport tak boleh. Kang kena tinggal kapal terbang. ;D



 Masuk-masuk flight je, batak kembali.
Semua pon omputih kot.
Aku rasa aku la orang paling hitam dalam business class tu. Kahkah.
Bukan saje paling hitam, malah paling miskin. Itu fakta.
Tiket business penang-KL harga RM500+ kot. Aku bayar berapa aku cakap tadi?
Kalau diorang ni tahu aku bayar banyak tu je, kompom kena gelak barai.
-____-"

Tapi takpe.
Nasib baik rupa megan fox penyelamat diri.
Muahah.

Dah la masuk-masuk je stewardess terus greet,
"Selamat Datang Madam Adlil Rajiah."

Fuhh siap tahu nama uollsss.
Kalau aku tahu awal mesti aku dah letak nama Kim Kardashian masa book tiket hari tu.
Miahahaha!


Orang kampung naik business class. Tolonglah faham. -..-


 Selalu kan dah take off baru dia bagi makan kan.
Kat business, belum take off dah makan dulu okkkk. *jeling*
Jus dengan kacang je la tapi. Huhu.


 Tapi bila dah take off, ni makan dia. Boleh pilih menu.
Suka hati engko lah nak order.


Hello. Ya Dato'. Dalam 45 minit lagi saya sampai. ;D

Lepas touch down terus call Along.
Terus cerita A sampai Z pengalaman pertama naik business class.
Duk lah ulang ayat sama,

"Alonggg...best gila longg.. Kerusi dia besar longgg.. Makanan dia sedap longgg. Boleh tambah makanan longg.. Dia siap tahu nama rajiah longg.. Best gila longgg..Best gilaaaa"

Kesian tak?
-__________-"

Kalau korang jadi Along, korang layan je ke atau...
terus celop phone dalam jamban sambil berkata,
"Kuasa lah hai nak layan minah ni."
Dan terus berlalu pergi.
;D

Ok berbalik kepada Daddy.
So aku teman Daddy dari Khamis sampai Ahad. 4 hari je. 
Cukup la kan.
Kang hubby pulak sengsorang kesedihan kat rumah.
Berdosa tahu. Huhu!

Hari Jumaat tu Daddy ajak pergi Kluang. Jenguk Atok Nenek.
So moh la kita ikut sekali.
Aku pon dah lama gilaaaaa tak pergi rumah Nenek.

Raidoo dengan Jahan pon ikut sekali.


Alololo Daddy siapa yang hensem sangat ni. 
Lawak bila Daddy cakap, 
"Boring duduk rumah. Makwe ayah takde."
 Hamboih!


Okeh sampai sudah rumah nenek.
Nama nenek ialah Seripah. Tapi orang kampung panggil Yam.
Macam Lola pon sama. Nama sebenar Eugenia. Tapi orang panggil Ining.

Paham tak apa yang aku nak sampaikan disini?
Kesimpulannya, tiada salah sikit pon kalau nama aku Rajiah,
tapi orang panggil Megan.
Tiada salah. Sekelumit pon tidak salah.
;D


Inilah nenek Yam saya. 
Comel tak tudung ada flower? Haha!


Kitorang tidur Kluang satu malam.
Sabtu tu balik Shah Alam semula.
Dan tetiba Hubby dah ada kat Shah Alam.
Sabtu tu, habis kerja hubby terus drive ke Shah Alam.
Tak tahan rindu lettewww
Dua hari ibarat dua tahun ye bang. :P

So petang tu Daddy ajak semua-semuaaaa berkompol berbuka kat Carlton Holiday.

 Kata nak berpisah 4 hari.
Tak sampai 2 hari dah nampak batang hidung. Onyonyonyo..


Ni meja kitorang.
Pinggan aku yang mana?
Cari yang paling "sikit" makanan. Kahkah


Terus nak duduk sebelah rapat-rapat, gesel-gesel.
Amboiiiii
;D

Dah tu je.
Bhaii..
Eh bye!

Tetamu raya pertama

Sampai Penang, orang pertama yang beraya kat rumah kitorang ialah family Kak Lini. Mummy susuan Haikal.
Kemain aku up gambar makanan kat FB.
Macam heiiiibat je rasa hidang makanan banyak-banyak camtu.



Padahal yang aku masak, spaghetti tu je.
Yang mee goreng tu beli kedai. Kahkah.


Aku memang dah plan nak masak spaghetti malam tu,
pastu tetiba dapat tahu Abang Rosli tak makan spaghetti. 
Oh mannnn...
Dah tu apa lagi,
Nashmir here I come! Bahah.


Sebelum apa-apa, gambar tuan rumah dulu sepam dua. ;D


Pastu baru gambar tetamu. Hihi.

Nasib baik diorang boleh makan masakan aku.
Biasalah kengkadang ada orang yang macam memilih sikit makanan kan.
Macam aku, cuma tak makan batu dan kayu je. 
Tengok badan dah tahu. Kahkah.


Sementara diorang makan, aku jaga Rayyan.

 Serious aku rindu nak baby lagi.
Ya Allah Ya Tuhanku, saya nak order baby sepuluh. Hihi.
Kalau lah semudah tu kan. :D


Ni baby sedia ada, tengah membongkang.
Lena betul Haikal tidur, aku goyang-goyangkan kaki dia pon tak sedar. 
Aku jentik hidung baru sedar. Haha!


Sedar-sedar terus nak main ball dengan Adriana. -..-


 Kebetulan aku matching dengan Kak Lini, Haikal matching dengan Rayyan. =)


Tengok la Haikal.
Orang sibuk nak bergambar, dia sibuk cari nenen. Pfft..

Oh hari tu kan, Kak Lini ada hadiahkan kasut raya untuk Haikal. Baik kan?
Masalahnya... kenapa kasut Haikal je? Kasut aku mana?
Ok tak. Saya gurau je. Maafkan saya. Tapi kasut saya mana? ;D


Kasut man of steel.
Terus aku pakaikan Haikal. Mana tahu kot-kot dia boleh terbang ke kan. Huhu!

Apa-apa pon, terima kasih Mummy!

Kronologi Raya 2013 - Day 3 & 4

Tengok. Punya pemalas terus Day 3 & 4 buat sekali kehkeh.
Ini bukan pemalas ok.
Tapi sebab gambar day 4 ada sekeping je.
So kita tumpang je entry day 3. Aci tak?

Jadi raya ketiga baru kitorang start beraya dengan keluarga aku.
Tema merah putih.
Aku upload kat FB, tulis tema UMNO. ;D
Rilek boh. Kita geng UAI jugok boh.
Kita geng semua boh.
Teh Boh Ada Umph je kita tak geng. *apekahh*



Macam biasa family aku memang suka bergambar.
Macam-macam pesen korang boleh tengok.
Kejap gaya thumbs up Dr Rozmey.
Kejap kang gaya berpeluk tubuh Sheikh Muzafar.
Kejap kang gaya comey tak kak ton.
 Kejap kang gaya rock onnn faizal tahir. Aku la tu. Huhu!



Ok habis whole family picture, all boys pulak.

Ni Haikal dengan Aqil takut tengok Along pakai mask. Haha!
Mende mung mask camtu pon takut. Belum tengok mask Kak Limah lagi.
Mahu selipar jepun selit kat tangan. Kahkah.

Yang paling win, Rizzy lah. Yang baju kuning seluar pink tu. 
Pastu gaya dah macam singa laut pondan dah aku tengok. Haha!


Ok next. All girls.
Yang dua orang kerdil tu, jantina tak dapat dikenalpasti ke apa? ;D


Next, all bujangs.
Tengok perangai pon dah tahu bujang. Hodoh lah hai. Haha!


Next, all Adlils. Siblings.

Tengok. Aku sorang je ada aksesori tambahan. 
Haikal.. Haikal... T_T


Yang baju coklat tu Adlil paling tua. 
Yang baju melayu merah tu Adlil paling muda.
Yang baju UMNO tu Adlil paling pendek. 
Yang baju merah seluar putih tu, bukan Adlil. Heheh.


Nampak tak ada Adlil yang vengong buat photobomb kat belakang. T____T
Dah la muka aku paling cantik teramat sangat dalam gambar tu.
Ok muntah.

Ni lawak apa tah aku tak ingat.
Tersembur gusi aku gelak. 
Nasib baik sempat tahan nafas kempiskan perut kahkah.


Kan aku cakap.
Hubby memang tak boleh tengok bini dia cantik sikit, mesti nak amik gambar.
Aku memang dah tahu dah.
Bawak la siti nurhalija sekalipon. 
Hubby mesti nak pandang aku jugak.

Errrrr...
Siapa bawak siti nurhalija betul-betul, siap!!
*tahu kecut kahkah*

Ye la aku tahu. Siapalah aku berbanding siti.
Kalau megan fox tu lain la cerita.

;D

Ni satu-satunya gambar raya keempat.
Tema PAS pulak. 
Orang muda geng kita. Ecehceh.

Ok dah. Tu je. 
Bye.