Aurat dengan keluarga mertua.

Sekarang ni ramai gila kengkawan sebaya aku yang baru kawen.
Sana-sini nak menjemput  pi majlis kawen.
Tapi kebanyakannya aku tak boleh pergi pon.
Dah tu siapa suruh duduk jauhhhhh sangat kan.
Orang lain duduk Shah Alam, awak soranggg je duduk Penang aduinya pun.
T______T

Tapi sebagai orang yang paling awal kawen kahkah, aku selalu jadi bahan rujukan untuk diorang.  Sebenarnya ada banyak soalan yang aku terima,
contoh macam
Camane nak blend dengan in-laws.
Camane nak handle pregnancy.
Camane nak enhance breastmilk production.
Camane nak dapat anak. Ok ni lawak.
Semua orang tahu kot camane nak dapat anak. Bahah.

Tapi soalan yang paling kerap aku terima ialah,
"Camane aurat kita (especially pompuan) bila dengan keluarga mertua?"

Soalan yang cukuppppp bagus.
Sebab aku masa baru kawen dulu pon meraban memikirkan hal ni.
Huhu!

Ok to be honest, aku bukanlah alim mana.
Bab aurat pon aku jauhhhh lagi. Banyak je cacat.
So aku jawab soalan korang pon biasanya based on experience.
Bukanlah based on ilmu di dada ke hape.
Sebab takdelah tahap dada sangat pon ilmu aku ni.
Tahap tumit je kot. Heh.

Sebelum aku kawen kan, pemahaman aku terhadap aurat simple sangat dan agak jahil,

"Sesama immediate family (parents & siblings), aurat ialah pusat ke lutut. Selain dari immediate family, wajib tutup semua kecuali muka dan tangan."

Bunyi macam dah betul. Tapi jadi tak betul bila aku dah kawen.
Bila aku kawen, aku bajet macam seluruh ahli keluarga laki aku dah jadi macam keluarga kandung.
So bila dengan diorang pon selamba badak aku pakai baju kecik-kecik, tayang rambut blonde. Kahkah.
Sebab dalam otak aku masa tu, aku kan dah jadi sebahagian dari keluarga tu, soo??
Boleh la bukak aurat kannn.


Sampai la satu masa tu, aku ada dengar ceramah agama pasal bab-bab kawen ni. Dari situ la baru aku tahu selama ni aku terbangang setelah sekian lama. Huhu!

Yang sebetulnya, kita ialah mahram mu'abbad (mahram kekal dan aurat pusat ke lutut) dengan bapa mertua dan datuk sebelah suami sahaja!
Yang lain semuaaaaa bukan mahram okkkk!!! Wajib menutup aurat sepenuhnya!
Adik beradik lelaki belah suami, biras lelaki, bapa saudara, sepupu semua-semuaaaa yang lain tu bukan mahram.
Sooo...jangan syok sendiri sangat la nak anggap semua pon macam keluarga kandung kannn. Haha!
So sejak aku dah tahu tu, aku start tutup aurat slow-slow.
Tu ponnnnn kengkadang tak tutup betul. Pffftt.

Nasib baik hubby sangat supportive. Kengkadang kalau aku balik rumah mertua, kalau setakat ada Abah je, memang aku tak pakai tudung la kan. Nak breastfeed Haikal pon selamaba badak je tayang spare tayar nasi lemak limaposen. Bahah!
Tapi kalau tetiba ada adik beradik lelaki hubby balik, laju-laju hubby akan berlari naik atas amik tudung. Aku macam..alaaa tak sempat iolls nak tayang boobs kat adik ipar sambil kenyit-kenyit mata kahkahkah!
Ok gurau.
Alhamdulillah aku dikurniakan seorang suami yang mempertahankan hak nya.
Wah gitteww.. semanis kurma sangat. ;D

Ni ada beberapa info yang aku amik dari internet.
Mungkin boleh memudahkan korang untuk faham.


Oh by the way, ajnabi tu maksudnya lelaki bukan mahram ok.
Walaupon dalam lagu hindustan selalu je ada sebut ajnabi ajnabi, tapi yang tu tak sama ok. Haha!
Eh ye ke diorang sebut ajnabi? Ke aku yang salah dengar? 
Suka-suka engkoooooo je kannnnn. 
Entah-entah dia sebut punjabi ke Jenabi ke Jenab anak Pak Dolah ke kan.

Oh lagi satu kan.
In case korang wonder apa maksud mahram mu'abbad (kekal) dan mahram mu'aqqat (sementara) kan.
Kalau suami kita mati/cerai, kita haram kawen dengan bapa mertua dan atuk sebelah suami, sebab mereka ialah mahran mu'abbad, haram kawen sampai bila-bila. Tapi kalau dengan adik beradik suami ke, bapak saudara suami ke, sepupu suami ke, itu semua mahram mu'aqqat, maksudnya wajib tutup aurat dan semuaaaa pon boleh kawen dengan kita. Pilih je mana nak. Hihi!
Cuma jangan pilih bapak dan atuk mertua je. Kang nenek marah. ;D

So kalau korang ngorat bapak mertua korang pon, tetap sampai bila-bila pon tak boleh kawen. Haha! Sebab hubungan dia dah jadi macam anak dan bapa kandung di sisi syarak. Dosa pahala dengan dia pon sama macam dengan mak bapak sendiri.
Contoh macam kalau aku cakap "Cis bedebah" kat bapa mertua kan,
dosa dia sama macam aku derhaka/berkasar dengan bapa kandung.

Tapi kalau aku cakap "Cis bedebah, apa khabar abah?" 
Pastu Abah jawab, "Cis meluat, abah sihat.."
Haa.. itu bebalas pantun namanya.
Wakakakaka!!!

Jadi kesimpulannya, abah ialah mahram mu'abbad.
Walaupon kesimpulan tu takde kena mengena pon dengan berbalas pantun tadi.
Sesuka hati engko je nak buat kesimpulan.
Dan walaupon aku dah bertunang dengan Abah haritu, tetapppp tak boleh kawen. Main sanding-sanding je boleh. Haha!

Kejap, ada satu benda lagi aku teringat.
Dalam keluarga sendiri pon boleh ada mahram mu'aqqat (wajib tutup aurat sepenuhnya) ye. Iaitu bila ada adik beradik kita yang dah kawen.
Contoh macam adik pompuan aku, yang nama Raidah tu kan.
Dia dengan hubby aku ialah mahram mu'aqqat.
So walaupon Raidah belum kawen, tapi everytime aku and hubby balik rumah Mama, Raidah wajib menutup aurat sepenuhnya depan hubby. So dia pon takleh tayang boobs sangat. Mueheh!
So kesimpulannya disini, sesama kakak/abang/adik ipar juga wahibulghunnah menutup aurat dan haram bersalam.

Dannnnn perkara yang sama juga berlaku untuk orang lelaki.
Tutup aurat tu ialah wajib bila bersama mahram mu'aqqat. So hubby pon kena jaga aurat bile ada raidah, mak saudara aku, sepupu perempuan aku, atau anak-anak buah aku. Tak boleh nak tayang peha sangatlah. Tayang boobs je boleh. Kehkeh.

Sebab tu ada hadis Nabi kata, (sorry aku tak ingat nama hadis)
"Memiliki kediaman/rumah sendiri (tak duduk dengan familiy sendiri atau mertua) adalah salah satu nikmat terbesar."
Motifnya ialah untuk memudahkan kita menjaga batas-batas aurat. Bila ada rumah sendiri, nak bogel sambil kunyah popcorn pon boleh. ;D

p/s: Dua puluh jari (termasuk jari kaki) aku susun memohon ampun kalau entry kali ni bajet bagus sangat atau menghiris hati sesiapa. Aku cuma berkongsi pengalaman. Aku sendiri pon masih jahil, banyak lagi benda nak kena repair. Setakat pakai tudung depan mertua, itu benda kecikkkkkk je. Aku tahu, korang boleh buat lebihhhhh baik dari tu. Mungkin pakai telekung kain chiffon depan mertua ke kan. Gigih sangat la pulak kan. Hihi! 

Sekian saje dari saya, Dr Muhaya imitation. ;D

9 comments:

Cikwa said...

Tengkiu share info ni jie..satu lg sy nk syer..klau pak mentua tu bapak tiri laki kite, so kite wajib pkai tudung depan dia n haram bersalam..sekian..

ADLIL RAJIAH said...

lovelywa,
oh baru tahu jugak tentang bapak tiri!! tengkiuuuu

dyba gula-gula said...

Mak aih. Lawak seyh blog ni. Tenkiu deh share info2 pasal aurat nih.

Unknown said...

tips berguna. boleh sedarkan ramai org...tp sy musykil 1 perkara..InsyaAllah bab tudung, baju lengan pjg semua sy lepas...tp bab stoking... sy mmg x pakai stoking pn ipar duai ni. agak2 xleh dimaapkan ke eh huhuhu sbb mcm ermm mcm emm mcm entah lah..huhu

Unknown said...

akak ni lawak lah hehehe akak kalo stokin akak selalu pakai tak???hehehe gelak tak hengat dah.....susah jer kan kalo rumah mak mertua ada aircond kan best pakai pape pun sejuk jer tapi apakan daya pokok pisang jer ada hehehe nanti singgah blog kiter k danishaurora.blogspot.com

Unknown said...

akak ni lawak lah hehehe akak kalo stokin akak selalu pakai tak???hehehe gelak tak hengat dah.....susah jer kan kalo rumah mak mertua ada aircond kan best pakai pape pun sejuk jer tapi apakan daya pokok pisang jer ada hehehe nanti singgah blog kiter k danishaurora.blogspot.com

Unknown said...

Hurm..good sharing. Tapi bahasa dan lawak2 tu mungkin boleh ditiadakan sahaja. Tak lawak mana punn..

frank sinatra said...

Saye ade bace haritu.tp xingat ustaz mana.die ckp if kite buat keje teselak lengan dgn ipar duai xpe.kaki pun.tp jgnlaa pakai seluar 3/4 lak.heheheh

frank sinatra said...

Nice post. Tegelak gak bace! Thanks for the info. Senang nak paham