30 fakta rawak tentang suami kesayangan saya.

 30 fakta rawak sempena hari jadi yang ke-30 hubby hari ni, 21/06/13.


1. Sangat sobarrr orangnya. Nisbah kesabaran aku dengan hubby ialah, 2:800juta. Selama 3 tahun kawen ni, tak pernah lagi aku rasa betul-betul kena marah dengan hubby. Paling dasyat pon hubby cakap, "Papa tak suka lah Mama buat macam tu." Itulah kemarahan paling dasyat setakat ni. Sila kagum.

2. Bijak bab kewangan. Hubby takdelah berduit sangat tahap boleh beli lapan bijik ferrari. Dia biasa-biasa saje. Cuma aku tak pernah lagi rasa miskin selama kami bersama. Sebab hubby pandai manage duit.

3. Suka manjakan orang. Yang ni obvious. Masa baru kawen dulu, ramai orang cakap hubby terlalu manjakan aku. Takut kang aku pijak kepala ke apa kan. Kamon la. Hubby lagi tinggi dari aku kot. Mana sampai kaki aku nak naik sehingga paras kepala? Kangkang gymnastic kuasa lapanbelasjuta pon belum tentu sampai. Huhu! Sebenarnya bukan aku sorang je hubby manjakan, tapi semua orang. Anak dia, mak ayah dia, adik beradik dia, etc.

4. Suka tersasul-sasul. Lidah panjang ke pendek entah. Asikkkk tersasul. Land Bridge jadi Rand Blidge. Ok tu contoh. ;D

5. Susah gila nak nanges. Hubby pernah bagi perumpamaan, "Menangis depan orang ialah ibarat berak di tengah padang futsal depan penonton" -..- Tapi masa aku beranak dulu, tertik tik tik la jugak air mata hubby. Nasib aku tak cakap, "Woiii orang tengah main futsal ni woiii.." Kihkih

6. Cepat emo kalau rambut buruk. Kalau rambut cacat sikit, macam baru bangun tidur ke kan, pastu gel rambut dah habis pulak kan, mesti emo sepanjang hari terus taknak berhadapan dengan dunia luar. Pfft. So lepas ni pakai shawl je la ok? -..-

7. Tak berapa suka kopi. Tapi kalau teh, dah balun 8 teko pon, still mintak lagi patbelas teko. Haha! Hubby memang gila teh.

8. Sangat cenderung dalam bisnes dan pelaburan. Cenderung ye, bukan expert. Dia punya minat tu, overrr. Contoh kalau aku cerita pasal gossip retis siti norhalija jatuh motor terpele'ot tumit ke kan. Dia tahan 3 saat je dengar cerita camtu. Tapi kalau aku cerita pasal kawan aku buat bisnes dobi, basuh baju anak2 yatim, basuh telekung surau, dua hari tiga malam pon hubby boleh layan. Lagi satu pasal jual beli properties. Dia cukup suka. Dan sekarang pada usia 30, hubby dah ada dua buah rumah. =) Dan dua-dua pon bukan untuk aku. Ini tidak kelakar. Huhu!

9. Tidur berdengkur. Ok tak aku gurau. Kahkahkah!!

10. Tulisan cantik dan kemas. Lagi dia malas, lagi cantik tulisan dia. Nyampah. Kalau aku, bila rajin macam cakar ayam, bila malas macam cakar vavi. Buruk nak mamfff. Aku pon tak paham apa aku tulis.

11. Pandai melukis. Tapi aku lagi pandai. Tak percaya, tengok SINI. ;D

12. Kalau bab makan memang main bedal je. Hubby tak kerek sangat bab makan. Macam aku la. Ikan laut ke ikan air tawar ke semua dia makan. Ikan duyung pon dia makan. *sila pandang saya* Bahah!

13. Suka mancing. Tapi sejak kawen ni, dah jarang pergi. Dah berabuk rod mancing dalam setor. Ye la kan, bila balik kerja je, tengok ikan duyung tengah bersimpuh. Tu yang tak jadi pi mancing kat luar. Mancing dalam rumah je cukup. *sila pandang saya lagi* kahkah! Lempang satu kali.

14. Tak suka pompuan mekap heavy-heavy. Sejak dah kawen ni, aku memang jarang mekap. Bedak pon pakai johnson baby tu je. Yang taruk kat bontot Haikal tu la jugak bedak yang aku tepek kat muka hari-hari. Bukan sebab hubby marah aku mekap, tapi kalau kitorang jalan mana-mana kan, pastu hubby nampak pompuan mekap tebal kan, mesti dia cakap buruk la, macam arbok la, macam nenek-nenek la, macam kak limah la. Sentap iolls tau. Aku ni kan ikan duyung *keladak tekak*, bukan kak limah. So sejak tu terus taknak mekap dah.

15. Lebih suka mengalah dari melawan. Tak kisah la bila dengan aku ke, dengan kawan-kawan dia ke, dekat ofis dalam meeting ke. Kalau benda dah tegang, dia akan diam dan tadahhhh je dulu. Dah reda sok, baru dia argue balik slow-slow. Ni berkaitan dengan fakta no.1 tadi.


16. Lebih layan muzik/lagu orang lama. Dah kata dah tua kan. Bahah. Hubby macam tak in sangat dengan muzik zaman sekarang. Kamon laaa siapa je yang layan kpop?? Pi mampoih. -..-

17. Bab cintan cintun, hubby takde la romantik tahap lautan api sanggup kurenangi gunung daik bercabang tiga. Hubby ni jenis berpaksi kepada realiti. Bohohoh! Time nak ngorat aku dulu, direct je cakap, "Habis projek LEKAS ni, saya masuk minang eh? Kita kawen je la senang." Hamboiiiii.. couple pon tak, terus nak masuk minang deshuummmm!! Tapi aku suka je. Kahkahkah.

18. Hubby paling nyampah tengok pompuan bawak kereta mewah/mahal tapi macam siput. Pegang stereng sampai ke siku. Bahah. Aku pon nyampah. Bagi saya je la kereta tu kakkk. Ehehehe....

19. Minat bercucuk tanam. Selama tiga tahun kitorang kawen, dah banyak hubby tanam, macam pokok cili padi, pokok gajus, bunga raya. Tapi Alhamdulillah semua tak menjadi. Kahkah!! Dia tu rajin tanam je. Siram dan baja malas. Ingat pokok tu rajin nak berjalan sendiri cari makan bila lapar? Tetiba pokok cili padi berjalan pergi gerai depan, "Bang, bagi burger ayam special cheese lebih lapan bungkus. Dah lapan tahun tuan saya tak bagi makan nih." -..-

20. Tak minat sangat gajet-gajet terkini. Bukan tak minat sangat, tak minat langsung! Huhu! Nak tahu hubby pakai phone apa? Nokia, yang keypad dah terjojol keluar, nombor-nombor dah terhakis, screen takde colour, takde camera, apetah lagi instagram haha! Berharga RM80. Tapi phone tu ada satu apps special tau. Nama apps tu "pencuri-dapat-kompom-pulangkan-balik". Smartphone pon takde apps ni. ;D

21. Minat gilaaaaa kereta. Yang ni memang annoying kadang-kadang. Kalau kitorang tengah travel ke kan, tengah atas hiway tu mesti hubby macam, "Oh ni volkswagen passat nih. Harga 180k. Enjin 1.5. Boleh pergi sampai 200 laju dia ni." Selang dua tiga minit, "Perghhh cantik gila warna kereta ni, ni colour code brilliant red ni. Yang perdana tu pulak pakai flat black." Boring tak hidup kau? -..- Ke semua lelaki memang macam ni? Boring boring boringggg.

22. Tak amik kisah sangat benda-benda remeh. Kalau sakit sikit-sikit, hubby tak kisah. Makanan tak sedap, tak kisah. Cuaca panas, tak kisah. Kena bebel dengan boss, tak kisah. Kena bebel dengan bini, pon tak kisah. Haha!

23. Suka mendaki. Dulu masa zaman kurus, dah banyak gunung hubby naik. Banyak kali jugak dia ajak aku naik gunung. Tapi maafkan saya, saya tak kuasa. Huhu! Aku kan ada asthma. Ok memang takde kena-mengena ponggg.

24. Pandai buat ketam masak lemak cili api. Pergh! Mencecessss ayaq lioq baq hang...

25. Kalau siang ikan ke, ketam ke, ayam ke atau apa saje, mesti berejammmm. Sangat teliti, bersih dan kemas. Kalau ikan kan, segala sisik, sirip, isi perut, ekor semua dicantas. Jangan ada sikittttttt pon. Kalau ada, selagi tu la dia duduk kat dapur tak keluar-keluar. Anak dara sangat perangai.

26. Boleh tidur dimana jua. Panas ke sejuk ke. Selesa ke tak selesa ke. Baring ke duduk ke. Hubby amik masa 3 minit je untuk nyenyak dan mengeluarkan bunyi mesin rumput. ;D

27. Tak berapa suka makan sayur. Macam budak-budak nak kena pujuk supaya habiskan sayur, kang sayur tu nangis. -..-

28. Deria dengar sangat kuat dan sensitif. Tapi deria bau dan rasa, kurang. Contoh macam rasa coffee mocha dengan coffee latte, hubby tak boleh beza. Tapi kalau coffee mocha dengan sirap limau boleh la beza. Kalau tak boleh jugak maksudnya aku yang tak reti buat air. Haha!

29. Tak reti duk diam kat rumah. Kalau lamaaaa sangat kat rumah, mesti panas bontot terus nak ajak keluar. Walaupon tak tahu nak ke mana pon. Kengkadang aku malas nak layan suruh dia keluar sorang-sorang. Huhu!

30. Lahir kat mentakab pahang. Tapi membesar kat KL. Anak ketiga dari tujuh beradik. Ok nampak sangat aku takde idea dah kahkah.

Happy 30th Birthday, suami!
I love you sooooo much.
Walaupon mama selalu bebel, tapi dalam bebelan tu sebenarnya ada maksud tersirat iaitu 
"aku cinta padamu".
Geli tak? Haha!

Alaa kasi la aku jiwang sikit. Bukan selalu pon. Sekali ni je.
Lagipon bukan jiwang tahap nak muntah lapan baldi pon.
Ok bagi aku sambung sikit lagi.

"Papa, Mama nak Papa tahu, Mama cinta Papa sangat. 
Walaupon Papa dah tua, Mama tetap cinta. Cintaku sentiasa mekar untukmu."

Haaaa...tak jiwang sangat pon kannn.
Libas kasut bola tahu la. ;D

3 comments:

♥•✿mrs cik@n •✿♥ said...

Terbaik like2 haha mmg kena n sesuai spnjg knal ff kat projek LEKAS...tpi part no 15 tu mcm x caya sbb dulu yilek je duk gado2 dgn dia...haha hb ff mkin tuo ko yo..bila nak turun mantin pekena nangka madu ada rezeki leh blasah durian xoxo.

♥•✿mrs cik@n •✿♥ said...

Terbaik like2 haha mmg kena n sesuai spnjg knal ff kat projek LEKAS...tpi part no 15 tu mcm x caya sbb dulu yilek je duk gado2 dgn dia...haha hb ff mkin tuo ko yo..bila nak turun mantin pekena nangka madu ada rezeki leh blasah durian xoxo.

Nur Dalin said...

21 jun?? sama la bday.. tp perangai sayaa x sama dgn suami akak.. hehehe.. sy panas baran..