yang terlalu taksub dengan hantu.
Sakit kepala sikit,
"Haa ni ada hantu duk ataih kepala hang ni.."
Sakit tengkok sikit,
"Ni mesti ada hantu tenggek ataih bahu. Ada la hang dapat kat mana-mana tu."
Sakit telinga sikit,
"Huiii..bahaya tuuu.. Hantu selalu masuk tang rongga tubuh tahu?? Bahaya.. bahaya.."
Abih awat depa tak masuk ikut hidung??
Najis hidung tebai sangat ka??
-____-
Ye aku tahu.
Memang betul hantu itu wujud.
Dalam erti kata lain jin dan syaitan itu wujud.
Kalau digali rukun iman, pun jelas tuntut kita supaya
beriman dengan pekara ghaib.
Macam hari kiamat, alam barzakh, dosa, pahala, syurga, neraka, malaikat, jin dan syaitan.
Maksudnya yakini kewujudan perkara-perkara ini.
Memang betullah kena yakin jin dan syaitan itu wujud.
Atau orang kita panggil "hantu". Fine. Hantu wujud.
Tapi tolonglah faham.
Tanggapan kita terhadap hantu tu sekarang,
ialah keyakinan tentang kewujudannya atau KETAKUTAN terhadapnya?
Ye la macam kes atas tadi.
Semua pon nak kaitkan hantu bertenggak la, hantu tumpang la.
Sebab terlalu yakin yang hantu tu wujud, sampai begitu sekali jadinya.
Sampaikan takut hantu lebih takut dari takut Allah.
Berbaloi ke?
Lagi satu, kena selalu ingat..
Kita ni manusia. Allah cipta manusia dengan darjat yang tinggi.
Lebih tinggi dari gunung ganang bukit bukau.
Lebih tinggi dari malaikat-malaikat.
Jadi dengan hantu?
Of course la jauhhhh lebih tinggi.
Kita sepatutnya letakkan kebergantungan kita kepada Allah 100%.
Bukannya, bila sakit kepala je, hantu buat.
Sakit tengkok, pon hantu buat.
Macam...cepat sangat nak tuduh hantu. Haha!
Maksudnya kat sini, kita fikirkan hantu dulu sebelom fikirkan Allah.
Padahal..
bukan ke sesuatu penyakit (rasa sakit) tu datang daripada Allah?
dan bukan ke kita tahu Allah juga pencipta penawar segala macam jenis sakit?
Dah tu..
Kenapa bila sakit, ingat hantu dulu?
Memang betul. Kena rasuk, hantu tenggek, hantu tumpang tu, memang possible.
Boleh berlaku, dan memang ada pun berlaku dimana-mana.
Tapi kita selalu lupa.
Hantu-hantu tu semua, tenggek atas kita, tumpang kita,
kerana dengan izin dan kehendak Allah.
Sebab hantu tu punya kuasa sakti pon Allah yang cipta.
Jadi, tanam dalam hati,
kalau Allah kehendaki, maka akan jadilah. Kalau Allah tak kehendaki, takkan jadi.
So kalau betul ada hantu tenggek atas tengkok, maka Allah yang kehendaki begitu.
Soalnya sekarang, kenapa Allah kehendaki begitu?
Haa..kat sini kena absorb lebih sikit. Baca perlahan perlahan perlahannn...
Setiap kali benda buruk menimpa diri,
Setiap kali Allah mengizinkan musibah menimpa kita,
Setiap kali Allah mengizinkan hantu tenggek atas tengkok kita,
Pasti bersebab.
Ustaz Dasuki pun pernah jelaskan..
kenapa hantu cepat sangat tertarik dengan manusia,
hantu suka manusia yang jenis macam mana.
Dan kita sendiri..
pasti kenal diri kita, siapa kita, macam mana kita.
So tengok diri sendiri. Muhasabah.
Kalau hantu yang darjat rendah tu pon boleh berdamping dengan kita kemain rapat siap bertenggek bagai, mungkin bermaksud betapa rapuhnya hubungan kita dengan Allah selama ni.
Sampaikan Allah tak lindungi kita,
dan biarkan kita didampingi makhluk tak sedarjat kita itu.
Na'uzubillahiminzalik.
Semua yang tengah membaca ni, termasuk aku sendiri,
Jom pegang doa ni.
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى اْلأَرْضِ, وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
"(Kami
ucapkan) Dengan nama Allah yang segala sesuatu di langit mahupun di
bumi tidak akan memberikan apa - apa mudharat selama bersama dengan nama
- Nya. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."
Daripada Uthman bin Affan (RA): Mana - mana hamba Allah (SWT) yang membaca tiap - tiap pagi dan petang hari (bacaan di atas) sebanyak tiga kali insya - Allah tidak akan ditimpa keatasnya bahaya.
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi) beliau menyatakan terdapat empat keberuntungan utama mengamalkan doa ini iaitu;
- terhindar daripada bahaya,
- terhindar daripada mudarat makanan,
- terhindar daripada sihir, dan
- terhindar daripada gangguan makhluk halus.
So mulai saat ni.
Apa-apa jadi lepas ni, ingat Allah dulu.
Ingat hantu, tak payah pon takpe.
Kalau sakit kepala, sakit tengkok ke, sakit apa-apa sakit pon,
cepat-cepat mohon ampun dengan Allah.
Mungkin sakit itu ialah wake-up call untuk kita.
Mungkin kita semakin jauh, semakin renggang dengan-Nya.
Sakit itu hanya untuk menarik hati kita agar terpaut semula kepada-Nya.
Yakinlah, semua kuasa datang dari Allah.
Kalau ya pun ada hantu bertenggek, dengan kuasa Allah, hantu tu kalah jugak.
Syaratnya??
Hubungan dengan Allah kena jaga.
Kabel dengan Allah kena kukuh.
Abih hantu? Biaq pi la depa.
Pasaipa nak sibuk tenggek ataih tengkok manusia lagi?
Dah semua manusia Allah dah jaga.
Kan hari-hari manusia duk baca doa hak ataih tadi? :D
Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh
0 comments:
Post a Comment