Terkezut-kezut mereka.

Alolololoooo...
Oooocitcicictcit...
Ooooomiomiomiooo..

*sedang gomoi blog. Lepas rindu.*

Oooooomiomiomiomiooooo...
Ololololoooo...

Dah macam.....
Orang gila sikit-sikit.
Haha.
Ohoiiiii lama kot tak bukak belog. Ada dekat sebulan aku rasa.
Walaupon dimata mereka, baru tak update seminggu. Tapi hakikatnya, 2 minggu sebelum tu pon semuaaaaaaaaaaaa adalah scheduled post semata-mata. Hakhakhak.
Nak buat camane.. camni la kita.
Kais pagi makan pagi. *eh tetiba*

Korang tak paham kan?
Seperti sedang berinteraksi dengan orang gila pon ada kan.
Seriously bila stress kau betul-betul akan jadi gila. Tanpa sedar.
Huhu!
Contoh macam hubby kan. Kalau dia stress kat tempat kerja kan.
Tetiba kat rumah dia akan jadi macam sesuatuuuu je.
Tetiba dia menyanyi dalam toilet la. Tetiba buat lompat bintang la. Tetiba tengok Doraemon kat youtube la.
Walaupon dia mungkin tak sedar dia tengah buat something di luar tabi'i.
Tapi maksudnya jelas, dia tengah stress. Haha!
So aku sebagai isteri paling mithali abad ini, hanya mampu geleng kepala je lah kehkeh. Bukan nak kongsi masalah suami ke hape kan. Geleng kepala je la mampu. Aku bukan apa. Kalau aku tanya dia apa masalah, kang dengan aku-aku sekali buat lompat bintang?
Terus Baby Haikal call ambulan wad sakit jiwa. Parah. Hihi.

So harap-harap korang faham la ye.
Mungkin entry-entry yang mendatang ada unsur-unsur aneh ke kan.
Assume je la aku tengah stress kehkeh. Baik punya coverline.

Bulan lepas, aku pergi uitm jumpa Raidoo.
Kan aku bagitau dia ada buat event apetah kat uitm tu kan.
Memula, aku bagitau dia aku tak dapat pergi.
Sebab... sebab... sebab yang tak dapat dikenalpasti. Heheh.
Sebab malas? Boleh?

Tapi sebenarnya aku saje cakap taknak pergi, sebab nak tertanjat kan dia.
Memula tu dia memang emo la sebab aku taknak datang kan.
Siap bagitau kengkawan dia,
"Kakak aku tak support event aku. Kakak aku tak sayang aku."

Kahkahkah gedik tahap max engko kannnn..

Masa aku datang tu, Raidoo tengah solat. So kitorang jalan-jalan la dulu.
Masa jalan tu, tetiba nampak kuda.
Rupanya pagi tu Tun Mahathir datang rasmi apetah.
So dia naik kereta kuda. Tu yang ada kuda tetiba kat uitm ni.


Baby Haikal selamber tonyoh-tonyoh muka kuda. Kuda kunyah tangan tu tahu la!

Tapi Baby Haikal memang cepat geram kalau tengok binatang-binatang ni.
Baru malam tadi dia main dengan cicak.
Mencicit cicak tu lari kesana kesini, last-last cicak tu putuskan ekor.
Kan kalau cicak takut, ekor dia akan terputus kan.
Tapi walau dah putus ekor pun Baby Haikal masihhhh kejar cicak tu.
Kejar punya kejar, sampai last-last terpijak.
 -_______-"

Ok memang jijik. Lupakan.

Agak best la jugak event kat uitm tu.
Macam tak percaya pulak students yang organize.




Masa kitorang datang tu masih awal lagi.
So macam tak ramai lagi. Dah nak malam-malam baru ramai.
Baby Haikal la paling seronok. 
Bebas berlarian sesuka hati.
Berlari-lari je la mampu, nak main game, semua untuk orang besar.


Dari hujung ke hujungggg dia pergi.
Aku dengan hubby, jadi tukang kejar.
Tahukah anda, budak berjalan lebih lajuuuuuu dari orang dewasa berjalan?
*fakta sendiri haha*

Tak larat ok nak kejar Baby Haikal.
Dia jalan 50 langkah berturut-turut, aku jalan 5 langkah je terduduk, 5 langkah terduduk. Sampai bila pon tak dapat kejar.
Mungkin aku dah tua. Osteoporosis.
Cey cey ceyyy..osteoporosis konon. Pandai cover.
Padahal obesitisis taknak ngaku. Hihik.

Korang layan je la gambar Baby Haikal kat bawah ni.
Kata rindu Baby Haikal kan.
So aku bantai letak banyak-banyak.
Satu pon takde gambar aku. Aku paham korang taknak tengok gambar aku pun kan.
Tapi kalau ada yang menyusul nanti, korang tutup mata eh.
Haha!



Eh tak kenal pon. =P

Lepas jumpa Raidoo, terus automatik duduk bersila borak-borak sambil kunyah kuih bahulu. Huhu! Kalau jumpa budak ni memang tak cukup sejam dua jam la. 3 hari 2 malam pun belum tentu cukup. Banyak betul benda nak bincang. Amboiiii BINCANG! Haha!


Korang tengok bas uitm tu. Tingkap semua bertampal suratkhabar. Tahu kenapa?
Sebab bas tu dijadikan rumah hantu. Macam kat funfair tu.
Dan hantu-hantunya ialah coursemate Raidoo. Haha!
Serious kreatif budak-budak ni. Bas pon bolehhhh..
Tapi aku tak masuk la. Sebab takut tertumbuk muka hantu tu.
Aku ni bukan boleh terkejut-terkejut, kang tertumbuk terus.
Dah la hantu ialah kawan Raidoo. Kang tak pepasal putus kawan.
Akak lu dah tumbuk muka gua, lu ingat senang gua nak maafkan?? 
Amboi gitu. Haha!

The next day, aku dapat tahu Mama and Daddy nak turun Kuala Kangsor to visit Adan kat MCKK. Sebab Adan punya birthday. So aku pun gosok hubby lebih sikit malam tu hakhak, supaya esok dia bawak aku pi Kuala Kangsor. 
Sejam je kot dari Batu Kawan. Tak jauh pun. 
Memang la tak jauh sebab bukan aku yang drive. Haha.
Itu pun tak bagitau Mama & Daddy. Sebab nak surprise diorang jugak kihkih.
Plan senyap-senyap je dengan Adan.



Sampai Kuala Kangsor, Adan suruh datang kat Arena Square.
Amboi nama tempat tak boleh lagi canggih.
Nyaris-nyaris aku nak search Trafalgar Square ke ape dalam GPS. Haha! *Overrrrr bluekk!*
Sampai Arena Square, terus cari parking dan ehhh.. terjumpa kereta Daddy.
Terus port betul-betul sebelah.

Bajet sama taraf nak park sebelah-sebelah. Pui.

So masa Mama and Daddy nampak kitorang tu, terus diorang lari laju-laju berebut nak peluk cium cucu. Bukan nak peluk cium aku pon. sobss.
Mama cium aku 3 saat, cium Baby Haikal 30minit.
Daddy cium aku setakat gesel pipi, cium Baby Haikal gesel pipi, gesel janggut, gesel hidung, gesel semua. -_____-"
Camni la sekarang...
Sayang anak tinggal-tinggalkan, sayang cucu gesel-geselkan. Ehh?


Ni Baby Haikal tengah ajar Pak Uda (Adan) Gangnam style. Tapi Pak Uda malu nak ikut. Jatuh saham kang. Haha.

Akibat terlalu eksaited jumpa cucu, Daddy ajak makan kat Perak Riverside Resort.
Aku kalau orang nak belanja memang terus angguk laju-laju.
Tindakan refleks namanya. Hihik.


Mama, Baby Haikal & Hubby tengah pilih menu.

Masa ni kan hubby order Nasi Goreng USA tau.
Korang ingat lagi tak entry aku pasal Nasi Goreng USA tu.
Ada beberapa orang komen kat entry tu, diorang kata USA tu stands for Udang Sotong Ayam, bukannya United States of America. Hakhak.
Tapi selama ni kitorang makan nasi goreng USA kat mana-mana mesti lauk daging masak merah dan telur mata.
Tetibaaaaaa makan kat Perak Riverside Resort ni kan, lauk dia ialah Udang, Sotong dan Ayammmm!!!
Tanjat boboi.
Baru betul USA! Tahniah. Hihi.


 Tukang belanja cuma makan mushroom soup dan roti bakar je.
Ni ada duit ke takde nih? Haha!
Daddy diet katanya. Breakfast makan nasi, lunch makan roti.
Dah macam terbalik pulak menu gitu kan.
Pape lah Daddy..Janji kitorang boleh order Lamb Steak. Ehh?

Habis makan, kitorang solat kat masjid Ubudiah.
Antara masjid tercantik dan termahal dalam Malaysiaku Negaraku Tumpah Darahku.
Wah gitu.
Bunyi macam pro-kerajaan je kan. Kahkah.
Abaikan.

Awak, awak, cantik tak gambar kita amik?
Pakai henpon je tauuuu..
Henpon free menang contest je tauuuu..
Tapi gambar cantik macam dalam kalendar waktu semayang tu kan.
Malu kita terpaksa puji diri sendiri. Hihok hihok.
-____________-

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

5 comments:

Ena's Stories said...

tudiaaa..sekali hupdate panjang jela2..byk citer dia..hehehe..

pape pun geram tgk bby haikal tuh!

Zura said...

ensem la daddy jiji

ADLIL RAJIAH said...

ena's palace,
ahak ahak. tu la kan. jenuh nak scroll down. :P btw, geram tgk haikal takpe. jgn geram tgk apak haikal. kahkah.

zura lee,
mesti la hensem. tengok baka la. ehh??

fifie said...

Uitm Sri Iskandar ke tu. Hebat je event yang diorang organise, takde ke budak budak yang culik baby haikal? Huhu

ADLIL RAJIAH said...

fifie,
uitm permatang pauh la..kat penang. camane nak culik nya? tak sempat nak culik dah kena tarik rambut la, kena cucuk mata la. baby haikal is ganazzzz okkk.. haha!