Never lose hope, people....

Aku sedih bila ada orang di sekeliling aku cakap camni.

"Jiji, aku nak berhenti belajar la. Aku dah give up. Aku memang tak pandai."

"Jiji, aku dah berhenti berharap. Aku tahu aku tak cantik. Kalau aku andartu sampai tua pun takpe. Aku dah malas nak mengharap jodoh."

"Aku rasa hidup aku memang ditakdirkan untuk jadi penganggur je kot. Semua kerja taknak terima aku. Aku give up."

“Aku ni memang dilahirkan miskin. Sampai mati pun hidup sempit. Tak boleh buat apa dah.”

Mudah sangat putus asa.
Semua pun nak give up.
Mudah sangat.

Aku sedih sebab bagi aku, orang-orang macam ni BUTA.
Cepat sangat berputus asa dengan nikmat Allah.
Dan aku, boleh buat apa? Dengar je lah.
Kalau dah diri sendiri yang decide untuk berputus asa, orang lain yang mendengar hanya mampu tengok je lah. Takkan boleh buat apa-apa lagi.
Nasihat la camane pun, motivate la camane pun, tetap nak putus asa jugak.
-____-

Aku harap aku ada cara untuk tolong orang-orang camni.
Walaupun aku bukanlah ada kuasa sakti ke apa kan.
Tapi aku sebenarnya taknak diorang ni terus tergolong dalam orang-orang yang senang putus asa.
 Sebab putus asa ni sebenarnya sangat bahaya.
Serious bahaya.
In fact dalam Qur'an Allah berfirman:

"Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, 
kecuali orang-orang yang sesat."
Surah Al-Hijr [15] : 56

Na'uzubillah.
Biasalah kalau kita tak dapat apa kita nak.
Atau rasa kita kurang, dan orang lain lebih.
Mesti kita akan down. Kecewa. Frust.
Tapi janganlah sampai tahap putus harapan terus.

Aku nak share sesuatu dengan korang.
Tentang diri aku. Tentang aku yang ramai tak tahu.
Dan aku harap di akhir artikel ini nanti, korang akan kembali mengharap dan kuat semangat untuk kejar impian korang.
Eh dah macam motivator pulak aku hari ni. 
Tengok cermin dah macam muka Prof Muhaya sikit-sikit. ;D

Yang sebenarnya.....
Aku ada hearing impairment sejak kecik.
Kurang pendengaran.

Puncanya macam complicated sikit nak cerita kat sini. Cukup la sekadar aku bagitahu aku kurang pendengaran sebab Allah mengkehendaki begitu kerana itulah terbaik untuk aku.
Ayat penyedap hati sangat ni. Huhu!

Masa aku sekolah rendah, aku mula sedar aku ada kekurangan itu.
Padahal sejak sebelum sekolah lagi pun dah kurang dengar.
Tapi biasa lah budak-budak, pedulik hape dengar ke tak dengar. Janji hidup penuh dengan choki-choki. ;D

Masa tu, aku ingat lagi. Aku mengalami masalah dalaman diri yang teruk. Teruk la kot aku rasa. Walaupon muka macam megan fox sangat, tetapi dalam hati porak peranda. Wah begitu perumpamaan kau.
Tak mudah untuk seorang anak kecil nak sesuaikan diri dengan kekurangan yang Allah bagi ni. Aku jadi takde keyakinan diri, dan tak boleh terima kenyataan.
Ada sekali tu aku ingat lagi. Mama bagi surat kat sekolah, nak maklumkan tentang aku punya hearing impairment ni lah. Supaya cikgu-cikgu alert yang aku ni pelajar istimewa. -..-

So ada satu pagi tu, aku pegi sekolah,
tetiba cikgu suruh aku duduk depannnnnn sekali.
Masa tu takpe lagi, aku rasa bangga pun ada sebab kena duduk depan.
Perasan murid kesayangan tetiba.
Tapi tetiba cikgu buat pengumuman kat kelas, depan semua murid,
“Untuk pengetahuan, Adlil Rajiah ni ada masalah pendengaran. Sebab tu dia kena duduk depan.”

PANGGGG!
Macam kena tampar dengan malaikat maut pun ada aku rasa masa tu.
Can you imagine when your weakness, is revealed to the whole class??
T_______T

Bila masa rehat, semua orang macam kerumun aku dan tanya kenapa boleh jadi gitu, sejak bila jadi, bla bla bla. Siap ada yang nak test test pendengaran aku, macam,

"Kalau aku duk sini kau dengar tak? Kalau aku tutup mulut gini, kau dengar?"
-_________-

Tak kelakar lah babsss.
Tapi aku macam biasa, pretend cool. Aku layan je.
Balik rumah kang menangis la sorang-sorang dalam bilik.
Aku memang dari dulu susah nak nangis depan orang. Depan family sekalipun. Muka keras bajet jantan sepanjang masa haha.

Dan begitu lah bermulanya sejarah hearing impairment aku.
From that moment, sku tetiba jadi benci diri sendiri. Kuat memberontak.
Takde keyakinan diri.
Suka duduk sorang-sorang.
Tak suka bergaul.

Aku pernah tanya Mama,

"Kenapa Tuhan buat kakngah macam ni? Kenapa orang lain elok je boleh dengar, tapi kakngah cacat?"

Mama menangis sampai tak terjawab soalan tu.
Sekarang aku rasa macam bangang jugak aku tanya soalan tu kahkah.

Tapi ada sekali tu lepas solat berjemaah dengan Mama,
tetiba Mama peluk aku sambil cakap,

"Kalau boleh, Mama nak suruh Allah pass masalah Rajiah kat Mama. Biar Mama tanggung semuanya. Tapi tak boleh. Allah bagi kat Rajiah sebab Dia tahu Rajiah lagi kuat dari Mama. Tolonglah kuatkan semangat. Allah uji Rajiah sebab sayang."

Mama kata lagi,

"Always remember, the name we gave u. RAJIAH means HOPE. You have to stay strong. Because you're Mama's hope. You’re my hope. You’re everyone's hope."

Babak ni lagi sedih dari drama Setia Hujung Nyawa ok. Berjurai-jurai air mata. Nasib baik baru lepas solat. So air mata tak jatuh ke lantai. Sebab semua serap masuk telekung. ;D

Sejak hari tu, aku pegang kata-kata Mama.
Rajiah means HOPE.
I AM EVERYONE’S HOPE.
Aku cuba kuatkan diri.
Tapi tahu-tahu je lah budak kan. Kuat mana lah sangat tahapnya.

Sejak dari tu, banyakkkkk benda yang menguji aku.
Pernah sekali, aku kena denda kat sekolah. Sebab tak buat homework. Dalam ramai-ramai yang kena denda tu, aku sorang je pompuan. Memang malu gila. Dan reason aku tak buat homework tu ialah, sebab aku langsung tak dengar bila masa cikgu suruh buat. Kau boleh bayangkan tak, kau kena marah disebabkan oleh benda yang kau tak tahu menahu pun. Camane rasa?
Balik rumah, menangis lagi sorang-sorang.

Dalam kes yang lain, masa aku darjah 6 aku pengawas, pastu ada satu hari tu aku tak attend mesyuarat pengawas. Pun sebab aku tak dengar bila masa announcement dibuat untuk semua pengawas berkumpul. Pastu tetiba guru besar panggil aku, siap ugut nak call mak bapak sebab aku berani "ponteng" mesyuarat pengawas. -____-
Bila aku minta maaf sebab tak dengar announcement, cikgu tu boleh tengking-tengking aku, cakap mak awak tak korek telinga ke bla bla bla.
Balik rumah dan menangis lagi.

Banyak lagi lah kalau nak recall balik. Semuanya sadis sadis.
Ada sekali tu lagi best, teacher english masa aku darjah 5 dulu memang garang gila tau. Setiap hari dia akan suruh student hafal 3 vocabulary baru. Dan setiap minggu dia akan soal. Ada sekali tu, semua orang hafal 15 vocabulary, tapi aku hafal 12 je. Aku termiss lagi 3, sebab tak dengar. Terus kena berdiri atas kerusi sampai habis kelas.
T_____________T

Tapi sampai sekarang pun, aku admit aku memang lemah bahasa. BI dan BM.
Bahasa mandarin apatah lagi. Sebab tak pernah belajar pun. ;D

So korang bayangkan.
Bila seorang budak sekolah rendah kena tekanan camtu bertubi-tubi dalam hidupnya. Tapi tulah dia yang aku lalui.

Betul orang kata,
"Bila Allah uji, Dia juga akan beri kekuatan."

Sehebat mana pun aku kena denda kena tengking masa tu, aku bertahan. Aku rilekkk.
Aku habiskan sekolah rendah dengan keputusan UPSR 5A dalam genggaman.
Masa amik result tu, teacher yang asik denda aku tu, tetiba peluk aku sambil cakap tahniah. Nasib baik aku tak tepis je tangan dia kahkah.

Dari situ, aku jadi semakin kuat dan berkobar-kobar.
Aku jadi semakin nak buktikan kepada semua orang, yang aku boleh pergi jauhhhh walaupun tak sesempurna orang lain.

Kat rumah, aku selalu bagitau Mama & Daddy,

"Someday i will make you proud."

Sampai parents aku pon boring dengar ayat tu.
Ye la dah aku duk ulang ayat sama, mesti lah diorang macam,
ye la..ye la.. proud lah sangat. Study malas. Haha!

Bila masuk sekolah menengah, haruslah ujian nya lebih besar.
Kali ni aku bertekad taknak bagitau sesiapa pasal masalah pendengaran aku.
Aku taknak dibelenggu kekurangan diri.
Aku taknak fikir yang aku kurang dengar. Tak nak fikir langsung.
Bagi aku, semakin aku fikir, aku semakin lemah.
Kang asyik nangis je kerjanya. Cukup lah. Aku mahu kuat kali ni.

Daddy pernah pesan,
"The more we think of our weakness, the weaker we become."

Sampai sekarang aku pegang kata-kata tu.

So masa sekolah menengah, aku BERLAKON menjalani hidup seperti orang biasa.
Tanpa dibayangi kekurangan diri.
Aku tak fikir langsung pasal masalah pendengaran aku.
Tapi of course ujian Allah tak berakhir disitu.

Paling pedih, aku pernah kena marah kaw-kaw dengan sorang cikgu ni. Kan biasanya kalau kita bertembung ngan cikgu kat sekolah kan kena cakap, “Assalamualaikum cikgu. Selamat pagi, cikgu.” Camtu kan?

Tapi entah macam mana ada sekali tu, aku tak tercakap "Assalamualaikum" sebab masa tu tengah berangan kot haha, pastu cikgu tu nak perli agaknya, so dia yang bagi salam dulu, pastu aku boleh tak jawab pulak! Sebab aku tak dengar.

Maka hamikkkk...
"Kurang ajar, biadap, tak reti bahasa, kafir ke tak jawab salam?"  macam peluru keluar dari mulut cikgu tu.
Ewah macam dia tu islam sangat cakap orang gitu. Huhu!
Termenitik lah jugak air mata aku setitis dua masa tu.

So hari-hari berlalu dengan sangat menguji.
Tapi sebenarnya tanpa aku sedar, semakin hari, aku semakin lali.
Macam dah tak makan saman. Kena perli pun muka keras je. Haha
Kena marah ke kena hape ke, lantakkk.
 Yang penting aku makan cukup, tidur cukup, muka cantik.
Eh tetiba muka cantik kat situ. ;D

Dalam family, aku sorang je ada masalah pendengaran.
Yang lain semua normal.
Bagi aku, parents dan siblings aku adalah orang-orang yang bertuah sebab dikurniakan kesempurnaan tu. Dan aku sebenarnya lebih bertuah sebab mempunyai mereka sebagai keluarga.
Diorang tak pernah sesaat pon ketepi kan aku.
Sentiasa sokong dibelakang aku.
Sentiasa menjadi telinga aku. Sentiasa.

Betul lah,
Allah yang menurunkan ujian, Allah juga yang menciptakan penawarnya. 

Allah never leaves me alone.
Tak pernah aku rasa terasing bila dengan family.
Diorang kekuatan aku.
Dulu kini dan selamanya.
Macam....
pro-kerajaan tetiba. Haha!

Dulu kan, aku selalu letak gambar Mama & Daddy dalam wallet.
Dan jugak kat meja study.
Dan dalam gambar tu mesti diorang tengah senyum atau gelak.
Sebab aku suka tengok muka diorang senyum dan happy begitu.
Bila aku tengok gambar tu, aku janji pada diri sendiri, yang aku akan buat diorang senyum dan senyum dan seyum lagi di hari-hari mendatang.
Dan aku seboleh-bolehnya taknak buat senyuman diorang bertukar menjadi tangisan.

Masa sekolah menengah aku terusssss kejar cita-cita.
Walaupun rekod disiplin aku agak teruk, sebab banyak “kesalahan” yang aku buat berpunca dari masalah pendengaran aku. So lantak. Aku malas nak ambik port bab tu.
Sebab aku tahu aku jauh lebih berdisiplin dari rekod disiplin tuh. ;D

Aku study kaw-kaw sebab dalam hati nak buktikan yang aku boleh pergi jauh.
Walaupun sebenarnya nak buktikan kat diri sendiri je.
Kalau boleh aku nak hilangkan terus rasa "AKU TAK SEMPURNA" tu dalam diri. Aku nak rasa aku sama macam orang lain.

Alhamdulillah perjalanan aku lepas tu, betul-betul Allah tolong.
PMR dan SPM aku cemerlang.
Lepas tu aku sambung matrikulasi, degree, dan aku berjaya tamat master pada usia 21 tahun.

Apa yang aku boleh cakap, aku banyak belajar dari yang pengalaman pahit.
Pengalaman pahit tu la sebenarnya yang push me forward sampai siapa aku pada hari ni.

Kalau dulu aku selalu kena marah sebab tak dengar, tapi sekarang aku belajar untuk lebih fokus dan paksa diri alert dengan bunyi-bunyi sekeliling. Memang meletihkan at first. Tapi kalau yakin, mesti boleh.

Kalau dulu aku pemalu, low self-esteem, tapi sekarang aku belajar beranikan diri untuk minta maaf, terima kekurangan diri, dan berani majukan diri. Dan kalau tak dengar, aku akan beranikan diri untuk minta orang ulang semula apa yang dicakapkan.

Kalau dulu, aku sentap bila kena marah atau kena perli sebab tak dengar, sekarang aku dah boleh amik benda tu macam angin lintang je. Hembus telinga kanan, keluar pun telinga kanan. Tak sempat sampai telinga kiri. Haha.

Dan sekarang selepas 26 tahun aku harungi semua tu, I feel so blessed!
Aku rasa macam terima kasih sangat sebab Allah uji aku dengan dasyat masa dulu.
Sebab kalau tak, pasti aku bukan aku yang korang kenal hari ni.
Seorang mahasiswa PhD. Siap boleh bercakap dengan yakin di hadapan khalayak.
Siap menang pelbagai award dan pertandingan.
Allah.. :’)

Sebab setiap air mata yang mengalir dulu tu lah, aku Adlil rajiah yang korang kenal hari ni. Lebih matang. Lebih kuat. Lebih berkeyakinan diri. Lebih lemak juga. Ehh?

Dan oh. Aku baru dapat hadiah dari parents and hubby bebaru ni.
A new pair of hearing aid!


Sebelum ni aku pernah pakai hearing aid masa sekolah rendah. Berbelas tahun lepas. Daddy beli kat Jepun. Tapi korang tahu je la masa tu hearing aid adalah something new. Teknologi tak berapa bagus lagi. So aku tak suka pakai. Terus sedekahkan kat moyang kat kampung. Haha.

Hiduplah aku dengan telinga yang Allah buat ni, sehingga sekarang. Umur 26 tahun baru pakai hearing aid balik. Sebab bebaru ni aku pergi check, memang makin worse.

Sampai specialist yang check tu cakap,
"Saya tak tahu macam mana awak boleh survive selama ni dengan pendengaran yang teruk macam ni. Siap boleh study sampai PhD. Awak boleh baca mulut orang ke apa?"

Nak je aku jawab,
“Allah yang tolong saya, doctor.”

Tapi kang macam poyo pulekk. ;D
Bila ingat balik doktor tu cakap gitu, baru aku sedar, memang Allah betul-betul tolong aku selama ni.

So korang, tolonglah jangan terlalu mudah putus asa bila ujian datang.
Setiap ujian yang datang pasti ada hikmah. Hikmah tu nanti buat korang rasa bersyukur di kemudian hari bila ingat balik ujian yang pernah menimpa.
Allah bagi ujian, sebab dia nak kita naik pergi level yang lebih tinggi.
Tapi most of the time, kita berpaling dari ujian dan give up. RUGI.

Please.
Jangan pernah putus harapan.
Ingatlah orang-orang yang selama ni jadi kekuatan korang. Yang mengharapkan korang.
Yang sayangkan korang. Kuatkan semangat. Jangan mudah lemah.
Remember how those hardships actually push me forward?
BERTAHAN LAH!

p/s: Entry ni ditulis bukan untuk meminta simpati korang, jauh sekali nak mintak korang bayarkan hearing aid aku. Haha. Sekadar untuk bagi korang satu sebab kenapa korang tak patut putus asa. Walaupon korang jatuh ditimpa musibah seberat lori simen sekalipon, bangunlah dan usaha lagi. Capailah apa yang dihajati selama ni. Yakinlah suatu masa nanti, pasti ada sesuatu yang istimewa untuk korang. Semuanya dengan izin Allah. =)

7 comments:

:sour n sweet: said...

erm..betol..betol..betol...
semua orang ada kelemahan tapi semua orang jugak ada keistimewaan yg tersendiri..
jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh..erk..tetiba teringat lagu yang ajar kat murid2 td..muahaa...^^

Adi Solikin said...

"Apalah nasib Pak Mat Tempe, dapat bini si pekak"

Hehehe.

Ok sorry tak lawak.

Hoh patutlah masa buat lab dulu tengok awak ni kdg2 mcm blur je. Penat la aku dok mengexplain penuh semangat, last2 kau gelak2 je kan. Puii.
Anyway, rajiah yg k.d kenal ialah seorg yg sentiasa tersenyum & gigih, selain bengong kadang2. Please do keep these positive traits.
U chose to be strong, so do stay strong.
People will always find things to say, kita mmg tak boleh nak tutup mulut org.
So cara terbaik ialah abaikan semua tu, pekakkan telinga. Eh.

Pekak pun pekak la dik, yg penting kau ialah Megan Fox.

ADLIL RAJIAH said...

sour and sweet,
haa kan. lagu fevret sejak azali. haha!

kak adi,
ok sentap. rasa nak give up la camnih. Haha. Btw, thanks kak di. sebab redhoooooo je ajar saya kat lab dulu walaupon blurrrr manjang. kehkeh. And thanks jugak untuk lawak antarabangsa (ayat last sekali) ittew. -_____-

Myra Jay said...

Never give up - itu yg penting..

Teruja + terharu bila baca entry ni.. Semangat awk memang kuat..

Myra Jay said...

Oh ya, pasal satay ikan kat Penang ni, MJ pun tak sure exactly kat mana, sebab memang susah nak jumpa kan..

Unknown said...

kalo la zaman kamu sekolah dulu saya masih ada...masih satu kelas dgn kamu..tentu sukar ada slh phm di situ smpai kena marah dgn cikgu..tapi...ape yg Allah tentukan sentiasa ada kebaikan utk kamu..kebaikan nya adalah kamu KUAT dgn diri kamu sendiri..i'm always be proud with u rajiah~

Mama Zharfan said...

thanks for this entry.very inspiring...so u are a doctor now...u lecturing ke