Aku sedih bila ada orang di sekeliling
aku cakap camni.
"Jiji,
aku nak berhenti belajar la. Aku dah give up. Aku memang tak pandai."
"Jiji,
aku dah berhenti berharap. Aku tahu aku tak cantik. Kalau aku andartu sampai
tua pun takpe. Aku dah malas nak mengharap jodoh."
"Aku
rasa hidup aku memang ditakdirkan untuk jadi penganggur je kot. Semua kerja
taknak terima aku. Aku give up."
“Aku
ni memang dilahirkan miskin. Sampai mati pun hidup sempit. Tak boleh buat apa
dah.”
Mudah
sangat putus asa.
Semua
pun nak give up.
Mudah
sangat.
Aku
sedih sebab bagi aku, orang-orang macam ni BUTA.
Cepat
sangat berputus asa dengan nikmat Allah.
Dan
aku, boleh buat apa? Dengar je lah.
Kalau
dah diri sendiri yang decide untuk berputus asa, orang lain yang mendengar
hanya mampu tengok je lah. Takkan boleh buat apa-apa lagi.
Nasihat
la camane pun, motivate la camane pun, tetap nak putus asa jugak.
-____-
Aku
harap aku ada cara untuk tolong orang-orang camni.
Walaupun
aku bukanlah ada kuasa sakti ke apa kan.
Tapi
aku sebenarnya taknak diorang ni terus tergolong dalam orang-orang yang senang putus
asa.
Sebab
putus asa ni sebenarnya sangat bahaya.
Serious
bahaya.
In
fact dalam Qur'an Allah berfirman:
"Tidak ada orang yang berputus asa
dari rahmat Tuhan-nya,
kecuali orang-orang yang sesat."
Surah Al-Hijr [15] : 56
Na'uzubillah.
Biasalah
kalau kita tak dapat apa kita nak.
Atau
rasa kita kurang, dan orang lain lebih.
Mesti
kita akan down. Kecewa. Frust.
Tapi
janganlah sampai tahap putus harapan terus.
Aku
nak share sesuatu dengan korang.
Tentang
diri aku. Tentang aku yang ramai tak tahu.
Dan
aku harap di akhir artikel ini nanti, korang akan kembali mengharap dan kuat semangat
untuk kejar impian korang.
Eh
dah macam motivator pulak aku hari ni.
Tengok
cermin dah macam muka Prof Muhaya sikit-sikit. ;D
Yang
sebenarnya.....
Aku
ada hearing impairment sejak kecik.
Kurang
pendengaran.
Puncanya
macam complicated sikit nak cerita kat sini. Cukup la sekadar aku bagitahu aku
kurang pendengaran sebab Allah mengkehendaki begitu kerana itulah terbaik untuk
aku.
Ayat
penyedap hati sangat ni. Huhu!
Masa
aku sekolah rendah, aku mula sedar aku ada kekurangan itu.
Padahal
sejak sebelum sekolah lagi pun dah kurang dengar.
Tapi
biasa lah budak-budak, pedulik hape dengar ke tak dengar. Janji hidup penuh
dengan choki-choki. ;D
Masa
tu, aku ingat lagi. Aku mengalami masalah dalaman diri yang teruk. Teruk la kot
aku rasa. Walaupon muka macam megan fox sangat, tetapi dalam hati porak
peranda. Wah begitu perumpamaan kau.
Tak
mudah untuk seorang anak kecil nak sesuaikan diri dengan kekurangan yang Allah
bagi ni. Aku jadi takde keyakinan diri, dan tak boleh terima kenyataan.
Ada
sekali tu aku ingat lagi. Mama bagi surat kat sekolah, nak maklumkan tentang
aku punya hearing impairment ni lah. Supaya cikgu-cikgu alert yang aku ni
pelajar istimewa. -..-
So
ada satu pagi tu, aku pegi sekolah,
tetiba
cikgu suruh aku duduk depannnnnn sekali.
Masa
tu takpe lagi, aku rasa bangga pun ada sebab kena duduk depan.
Perasan
murid kesayangan tetiba.
Tapi
tetiba cikgu buat pengumuman kat kelas, depan semua murid,
“Untuk
pengetahuan, Adlil Rajiah ni ada masalah pendengaran. Sebab tu dia kena duduk
depan.”
PANGGGG!
Macam
kena tampar dengan malaikat maut pun ada aku rasa masa tu.
Can
you imagine when your weakness, is revealed to the whole class??
T_______T
Bila
masa rehat, semua orang macam kerumun aku dan tanya kenapa boleh jadi gitu,
sejak bila jadi, bla bla bla. Siap ada yang nak test test pendengaran aku, macam,
"Kalau
aku duk sini kau dengar tak? Kalau aku tutup mulut gini, kau dengar?"
-_________-
Tak
kelakar lah babsss.
Tapi
aku macam biasa, pretend cool. Aku layan je.
Balik
rumah kang menangis la sorang-sorang dalam bilik.
Aku
memang dari dulu susah nak nangis depan orang. Depan family sekalipun. Muka
keras bajet jantan sepanjang masa haha.
Dan begitu
lah bermulanya sejarah hearing impairment aku.
From
that moment, sku tetiba jadi benci diri sendiri. Kuat memberontak.
Takde
keyakinan diri.
Suka
duduk sorang-sorang.
Tak
suka bergaul.
Aku
pernah tanya Mama,
"Kenapa
Tuhan buat kakngah macam ni? Kenapa orang lain elok je boleh dengar, tapi kakngah
cacat?"
Mama
menangis sampai tak terjawab soalan tu.
Sekarang
aku rasa macam bangang jugak aku tanya soalan tu kahkah.
Tapi
ada sekali tu lepas solat berjemaah dengan Mama,
tetiba
Mama peluk aku sambil cakap,
"Kalau
boleh, Mama nak suruh Allah pass masalah Rajiah kat Mama. Biar Mama tanggung
semuanya. Tapi tak boleh. Allah bagi kat Rajiah sebab Dia tahu Rajiah lagi kuat
dari Mama. Tolonglah kuatkan semangat. Allah uji Rajiah sebab sayang."
Mama
kata lagi,
"Always
remember, the name we gave u. RAJIAH means HOPE. You have to stay
strong. Because you're Mama's hope. You’re my hope. You’re everyone's
hope."
Babak
ni lagi sedih dari drama Setia Hujung Nyawa ok. Berjurai-jurai air mata. Nasib
baik baru lepas solat. So air mata tak jatuh ke lantai. Sebab semua serap masuk
telekung. ;D
Sejak
hari tu, aku pegang kata-kata Mama.
Rajiah
means HOPE.
I AM
EVERYONE’S HOPE.
Aku
cuba kuatkan diri.
Tapi
tahu-tahu je lah budak kan. Kuat mana lah sangat tahapnya.
Sejak
dari tu, banyakkkkk benda yang menguji aku.
Pernah
sekali, aku kena denda kat sekolah. Sebab tak buat homework. Dalam ramai-ramai
yang kena denda tu, aku sorang je pompuan. Memang malu gila. Dan reason aku tak
buat homework tu ialah, sebab aku langsung tak dengar bila masa cikgu suruh
buat. Kau boleh bayangkan tak, kau kena marah disebabkan oleh benda yang kau
tak tahu menahu pun. Camane rasa?
Balik
rumah, menangis lagi sorang-sorang.
Dalam
kes yang lain, masa aku darjah 6 aku pengawas, pastu ada satu hari tu aku tak
attend mesyuarat pengawas. Pun sebab aku tak dengar bila masa announcement
dibuat untuk semua pengawas berkumpul. Pastu tetiba guru besar panggil aku,
siap ugut nak call mak bapak sebab aku berani "ponteng" mesyuarat
pengawas. -____-
Bila
aku minta maaf sebab tak dengar announcement, cikgu tu boleh tengking-tengking
aku, cakap mak awak tak korek telinga ke bla bla bla.
Balik
rumah dan menangis lagi.
Banyak
lagi lah kalau nak recall balik. Semuanya sadis sadis.
Ada
sekali tu lagi best, teacher english masa aku darjah 5 dulu memang garang gila
tau. Setiap hari dia akan suruh student hafal 3 vocabulary baru. Dan setiap
minggu dia akan soal. Ada sekali tu, semua orang hafal 15 vocabulary, tapi aku
hafal 12 je. Aku termiss lagi 3, sebab tak dengar. Terus kena berdiri atas
kerusi sampai habis kelas.
T_____________T
Tapi
sampai sekarang pun, aku admit aku memang lemah bahasa. BI dan BM.
Bahasa
mandarin apatah lagi. Sebab tak pernah belajar pun. ;D
So
korang bayangkan.
Bila
seorang budak sekolah rendah kena tekanan camtu bertubi-tubi dalam hidupnya.
Tapi tulah dia yang aku lalui.
Betul
orang kata,
"Bila
Allah uji, Dia juga akan beri kekuatan."
Sehebat
mana pun aku kena denda kena tengking masa tu, aku bertahan. Aku rilekkk.
Aku
habiskan sekolah rendah dengan keputusan UPSR 5A dalam genggaman.
Masa
amik result tu, teacher yang asik denda aku tu, tetiba peluk aku sambil cakap
tahniah. Nasib baik aku tak tepis je tangan dia kahkah.
Dari
situ, aku jadi semakin kuat dan berkobar-kobar.
Aku
jadi semakin nak buktikan kepada semua orang, yang aku boleh pergi jauhhhh
walaupun tak sesempurna orang lain.
Kat
rumah, aku selalu bagitau Mama & Daddy,
"Someday
i will make you proud."
Sampai
parents aku pon boring dengar ayat tu.
Ye
la dah aku duk ulang ayat sama, mesti lah diorang macam,
ye
la..ye la.. proud lah sangat. Study malas. Haha!
Bila
masuk sekolah menengah, haruslah ujian nya lebih besar.
Kali
ni aku bertekad taknak bagitau sesiapa pasal masalah pendengaran aku.
Aku
taknak dibelenggu kekurangan diri.
Aku
taknak fikir yang aku kurang dengar. Tak nak fikir langsung.
Bagi
aku, semakin aku fikir, aku semakin lemah.
Kang
asyik nangis je kerjanya. Cukup lah. Aku mahu kuat kali ni.
Daddy
pernah pesan,
"The
more we think of our weakness, the weaker we become."
Sampai
sekarang aku pegang kata-kata tu.
So
masa sekolah menengah, aku BERLAKON menjalani hidup seperti orang biasa.
Tanpa
dibayangi kekurangan diri.
Aku
tak fikir langsung pasal masalah pendengaran aku.
Tapi
of course ujian Allah tak berakhir disitu.
Paling
pedih, aku pernah kena marah kaw-kaw dengan sorang cikgu ni. Kan biasanya kalau
kita bertembung ngan cikgu kat sekolah kan kena cakap, “Assalamualaikum
cikgu. Selamat pagi, cikgu.” Camtu
kan?
Tapi
entah macam mana ada sekali tu, aku tak tercakap "Assalamualaikum"
sebab masa tu tengah berangan kot haha, pastu cikgu tu nak perli agaknya, so
dia yang bagi salam dulu, pastu aku boleh tak jawab pulak! Sebab aku tak
dengar.
Maka
hamikkkk...
"Kurang
ajar, biadap, tak reti bahasa, kafir ke tak jawab salam?" macam peluru keluar dari mulut cikgu tu.
Ewah
macam dia tu islam sangat cakap orang gitu. Huhu!
Termenitik
lah jugak air mata aku setitis dua masa tu.
So
hari-hari berlalu dengan sangat menguji.
Tapi
sebenarnya tanpa aku sedar, semakin hari, aku semakin lali.
Macam
dah tak makan saman. Kena perli pun muka keras je. Haha
Kena
marah ke kena hape ke, lantakkk.
Yang
penting aku makan cukup, tidur cukup, muka cantik.
Eh
tetiba muka cantik kat situ. ;D
Dalam
family, aku sorang je ada masalah pendengaran.
Yang
lain semua normal.
Bagi
aku, parents dan siblings aku adalah orang-orang yang bertuah sebab dikurniakan
kesempurnaan tu. Dan aku sebenarnya lebih bertuah sebab mempunyai mereka
sebagai keluarga.
Diorang
tak pernah sesaat pon ketepi kan aku.
Sentiasa
sokong dibelakang aku.
Sentiasa
menjadi telinga aku. Sentiasa.
Betul
lah,
Allah
yang menurunkan ujian, Allah juga yang menciptakan penawarnya.
Allah
never leaves me alone.
Tak
pernah aku rasa terasing bila dengan family.
Diorang
kekuatan aku.
Dulu
kini dan selamanya.
Macam....
pro-kerajaan
tetiba. Haha!
Dulu
kan, aku selalu letak gambar Mama & Daddy dalam wallet.
Dan
jugak kat meja study.
Dan dalam
gambar tu mesti diorang tengah senyum atau gelak.
Sebab
aku suka tengok muka diorang senyum dan happy begitu.
Bila
aku tengok gambar tu, aku janji pada diri sendiri, yang aku akan buat diorang
senyum dan senyum dan seyum lagi di hari-hari mendatang.
Dan
aku seboleh-bolehnya taknak buat senyuman diorang bertukar menjadi tangisan.
Masa sekolah menengah aku terusssss kejar cita-cita.
Walaupun
rekod disiplin aku agak teruk, sebab banyak “kesalahan” yang aku buat berpunca
dari masalah pendengaran aku. So lantak. Aku malas nak ambik port bab tu.
Sebab
aku tahu aku jauh lebih berdisiplin dari rekod disiplin tuh. ;D
Aku
study kaw-kaw sebab dalam hati nak buktikan yang aku boleh pergi jauh.
Walaupun
sebenarnya nak buktikan kat diri sendiri je.
Kalau
boleh aku nak hilangkan terus rasa "AKU TAK SEMPURNA" tu dalam diri.
Aku nak rasa aku sama macam orang lain.
Alhamdulillah
perjalanan aku lepas tu, betul-betul Allah tolong.
PMR
dan SPM aku cemerlang.
Lepas
tu aku sambung matrikulasi, degree, dan aku berjaya tamat master pada usia 21
tahun.
Apa
yang aku boleh cakap, aku banyak belajar dari yang pengalaman pahit.
Pengalaman
pahit tu la sebenarnya yang push me forward sampai siapa aku pada hari ni.
Kalau
dulu aku selalu kena marah sebab tak dengar, tapi sekarang aku belajar untuk
lebih fokus dan paksa diri alert dengan bunyi-bunyi sekeliling. Memang
meletihkan at first. Tapi kalau yakin, mesti boleh.
Kalau
dulu aku pemalu, low self-esteem, tapi sekarang aku belajar beranikan diri
untuk minta maaf, terima kekurangan diri, dan berani majukan diri. Dan kalau
tak dengar, aku akan beranikan diri untuk minta orang ulang semula apa yang
dicakapkan.
Kalau
dulu, aku sentap bila kena marah atau kena perli sebab tak dengar, sekarang aku
dah boleh amik benda tu macam angin lintang je. Hembus telinga kanan, keluar
pun telinga kanan. Tak sempat sampai telinga kiri. Haha.
Dan
sekarang selepas 26 tahun aku harungi semua tu, I feel so blessed!
Aku
rasa macam terima kasih sangat sebab Allah uji aku dengan dasyat masa dulu.
Sebab
kalau tak, pasti aku bukan aku yang korang kenal hari ni.
Seorang
mahasiswa PhD. Siap boleh bercakap dengan yakin di hadapan khalayak.
Siap
menang pelbagai award dan pertandingan.
Allah..
:’)
Sebab
setiap air mata yang mengalir dulu tu lah, aku Adlil rajiah yang korang kenal
hari ni. Lebih matang. Lebih kuat. Lebih berkeyakinan diri. Lebih lemak juga.
Ehh?
Dan
oh. Aku baru dapat hadiah dari parents and hubby bebaru ni.
A
new pair of hearing aid!
Sebelum
ni aku pernah pakai hearing aid masa sekolah rendah. Berbelas tahun lepas.
Daddy beli kat Jepun. Tapi korang tahu je la masa tu hearing aid adalah
something new. Teknologi tak berapa bagus lagi. So aku tak suka pakai. Terus
sedekahkan kat moyang kat kampung. Haha.
Hiduplah
aku dengan telinga yang Allah buat ni, sehingga sekarang. Umur 26 tahun baru
pakai hearing aid balik. Sebab bebaru ni aku pergi check, memang makin worse.
Sampai
specialist yang check tu cakap,
"Saya
tak tahu macam mana awak boleh survive selama ni dengan pendengaran yang teruk
macam ni. Siap boleh study sampai PhD. Awak boleh baca mulut orang ke
apa?"
Nak
je aku jawab,
“Allah yang tolong saya, doctor.”
Tapi
kang macam poyo pulekk. ;D
Bila
ingat balik doktor tu cakap gitu, baru aku sedar, memang Allah betul-betul
tolong aku selama ni.
So korang,
tolonglah jangan terlalu mudah putus asa bila ujian datang.
Setiap
ujian yang datang pasti ada hikmah. Hikmah tu nanti buat korang rasa bersyukur
di kemudian hari bila ingat balik ujian yang pernah menimpa.
Allah
bagi ujian, sebab dia nak kita naik pergi level yang lebih tinggi.
Tapi
most of the time, kita berpaling dari ujian dan give up. RUGI.
Please.
Jangan
pernah putus harapan.
Ingatlah
orang-orang yang selama ni jadi kekuatan korang. Yang mengharapkan korang.
Yang
sayangkan korang. Kuatkan semangat. Jangan mudah lemah.
Remember
how those hardships actually push me forward?
BERTAHAN
LAH!
p/s:
Entry ni ditulis bukan untuk meminta simpati korang, jauh sekali nak mintak
korang bayarkan hearing aid aku. Haha. Sekadar untuk bagi korang satu sebab
kenapa korang tak patut putus asa. Walaupon korang jatuh ditimpa musibah
seberat lori simen sekalipon, bangunlah dan usaha lagi. Capailah apa yang
dihajati selama ni. Yakinlah suatu masa nanti, pasti ada sesuatu yang istimewa
untuk korang. Semuanya dengan izin Allah. =)
7 comments:
erm..betol..betol..betol...
semua orang ada kelemahan tapi semua orang jugak ada keistimewaan yg tersendiri..
jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh..erk..tetiba teringat lagu yang ajar kat murid2 td..muahaa...^^
"Apalah nasib Pak Mat Tempe, dapat bini si pekak"
Hehehe.
Ok sorry tak lawak.
Hoh patutlah masa buat lab dulu tengok awak ni kdg2 mcm blur je. Penat la aku dok mengexplain penuh semangat, last2 kau gelak2 je kan. Puii.
Anyway, rajiah yg k.d kenal ialah seorg yg sentiasa tersenyum & gigih, selain bengong kadang2. Please do keep these positive traits.
U chose to be strong, so do stay strong.
People will always find things to say, kita mmg tak boleh nak tutup mulut org.
So cara terbaik ialah abaikan semua tu, pekakkan telinga. Eh.
Pekak pun pekak la dik, yg penting kau ialah Megan Fox.
sour and sweet,
haa kan. lagu fevret sejak azali. haha!
kak adi,
ok sentap. rasa nak give up la camnih. Haha. Btw, thanks kak di. sebab redhoooooo je ajar saya kat lab dulu walaupon blurrrr manjang. kehkeh. And thanks jugak untuk lawak antarabangsa (ayat last sekali) ittew. -_____-
Never give up - itu yg penting..
Teruja + terharu bila baca entry ni.. Semangat awk memang kuat..
Oh ya, pasal satay ikan kat Penang ni, MJ pun tak sure exactly kat mana, sebab memang susah nak jumpa kan..
kalo la zaman kamu sekolah dulu saya masih ada...masih satu kelas dgn kamu..tentu sukar ada slh phm di situ smpai kena marah dgn cikgu..tapi...ape yg Allah tentukan sentiasa ada kebaikan utk kamu..kebaikan nya adalah kamu KUAT dgn diri kamu sendiri..i'm always be proud with u rajiah~
thanks for this entry.very inspiring...so u are a doctor now...u lecturing ke
Post a Comment