Bukit Merah Laketown Resort (sambungan)

 Keesokan harinya, baru banyak aktiviti yang kitorang buat.
Rasa cergasss je hari tu. Tahun baru kannnn.... =)
Pagi-pagi tu terus pergi breakfast.
 
Huiiiii udara pagi sangat refreshing kan.
Jarang-jarang la kita dapat rasa udara camni. 
Selalunya pagi-pagi mesti atas jalan raya. 
Udara abang lori depan tu je la yang mampu disedut. 
Tu pon dah rasa refreshing habis la tu.

 
 Ni tempat makan dia. Buffet style la macam biasa.
 Makanan dia ada yang ok, ada yang so-so je.
Menu utama nasi lemak, mee kari, mee goreng. Yang lain-lain banyak la macam hotdog, scramble egg, roti, baked beans, dan macam-macam lagi yang biasa-biasa tu lah.


 Gambar hubby ni aku yang amik. Sikit punya hensem lagi laki aku kan.

Tapi bila turn hubby amik gambar aku, ko tengok camane jadi rupa aku...

 Nanges ok aku tengok gambar ni.
Hubby cakap,"Mama the jongos! BAHAHAHA!!"
Serious dia gelakkan aku begitu.
Aku rasa macam....sudah cukup cukup sudahhh.. cukup sampai disini sajaa...
T______________________T


 Masa kitorang breakfast tu, Baby Haikal tidurrrr je.
Bagus! Aku boleh makan dengan tenang. 
Banyak kali jugak aku tawaf amik makanan. Siap amik muffin lebih, bungkus dalam tisu, letak dalam handbag, buat bekalan di kemudian hari. keh keh keh...

Lepas makan, ayuh berjalan-jalan mengeluarkan peluh.

Kat dataran ni la depa duk buat concert dan countdown malam tadi.

 
 Aku masih berbaju tidur pink semalam. Masih belum mandi. Huhu!
Tapi takpe. Kali ni aku ada geng. Baby Haikal pon sama.
Hubby sorang je yang dah mandi pakai hensem-hensem wangi-wangi. Lantakkan lah mamat tu. Kalau bab disiplin, aku memang bawah sikit la dari hubby. 
Hubby berdisiplin tahap lapan ploh juta, aku tahap dua je. Kan jauh beza tu. Hihi.


 Ni view di waktu pagi. Korang tengok awan kat kaki bukit hujungggg sana tu.
Cantik kan? Sangat hmmmmm.. *mata tutup sambil sedut nafas dalam-dalam*
Nanti nak suruh hubby buat rumah kat sini lah. Amboiiii berangannnn haha!


Tengok la awan kat bukit hujung sana tuuuuu!!! *tak habis-habis*


Masa tengah jalan-jalan tu, tetiba Baby Haikal terjaga.
Budak tu bangun-bangun je terus nak buat part time.

Pandai cari duit lebih. Hahaha!

Korang tengok gambar atas ni eh. Hubby kata,"Takde siapa dalam dunia ni yang boleh control tiga joystick escavator serentak. Kecuali Haikal."
Bahahahahaha!!
 
 Amboiiii korang nak buat rumah Mama ke? 
Buat rumah banglo besar-besar kat awan kat kaki bukit hujungggg sana tu ye. 
Kang boleh Mama feeling puteri gunung daik bercabang tiga hihi.

Bila Baby Haikal habis kerja part time kahkah, kitorang balik bilik, mandi swimming pool kejap, pastu terus siap-siap sebab banyakkk lagi tempat nak diterjah nih.

Kalau korang datang sini, ada banyakkkk aktiviti yang korang boleh buat.
Cuma kalau korang ada baby, limited sikit la. 
Kalau orang bujang, kompom seronok.

Ni Ecopark.
Kat sini korang boleh naik macam roller coaster tu kan. Tapi lalu dalam hutan. Sesuai untuk orang yang pemalas nak jungle tracking macam aku. Huhu! Roller coaster dia takde la laju. Ko jalan kaki lagi laju kot. Tapi seronok la boleh tengok pokok-pokok hutan segala kan. Untung-untung boleh terserempak dengan puteri gunung ledang. *ok tipu*


 Kalau korang perlukan teman atau BFF, boleh la pergi ke Pulau Orang Utan ni. Ramaiiiii kawan korang kat situ. Heheh. Tapi kena naik feri la. Harga boleh refer kat atas tadi.


 Kampung Air ni memang ohsem gilllssss!
Sesape nak honeymoon, boleh stay sini. Harga pon affordable sangat.
Kalau malam-malam, romantik sangat tempat ni.
Kalau tetiba chalet takde air, boleh terjun terus. 
Jangan risau, air kat bawah tu pon korang bayar jugak.... 
Gunakan sebaik mungkin. Heheh.


Semoga kita berjumpa lagi Bukit Merah Laketown Resort! 
30minit je pon dari rumah aku. Naik basikal je lah lepas ni.
 

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

4 comments:

Zura said...

hamboi haikal pakai spek itam...

ADLIL RAJIAH said...

zura,
beli kat pasar malam. 2 hinggit je. kehkeh

diari mama said...

bestnyer..plan nk bwk anak2 g sini jgk la...bb haikal tu cute sgt..meh sini auntie nak geget2.. :)

diari mama said...
This comment has been removed by the author.