Showing posts with label bukit merah laketown resort. Show all posts
Showing posts with label bukit merah laketown resort. Show all posts

Bukit Merah Laketown Resort (sambungan)

 Keesokan harinya, baru banyak aktiviti yang kitorang buat.
Rasa cergasss je hari tu. Tahun baru kannnn.... =)
Pagi-pagi tu terus pergi breakfast.
 
Huiiiii udara pagi sangat refreshing kan.
Jarang-jarang la kita dapat rasa udara camni. 
Selalunya pagi-pagi mesti atas jalan raya. 
Udara abang lori depan tu je la yang mampu disedut. 
Tu pon dah rasa refreshing habis la tu.

 
 Ni tempat makan dia. Buffet style la macam biasa.
 Makanan dia ada yang ok, ada yang so-so je.
Menu utama nasi lemak, mee kari, mee goreng. Yang lain-lain banyak la macam hotdog, scramble egg, roti, baked beans, dan macam-macam lagi yang biasa-biasa tu lah.


 Gambar hubby ni aku yang amik. Sikit punya hensem lagi laki aku kan.

Tapi bila turn hubby amik gambar aku, ko tengok camane jadi rupa aku...

 Nanges ok aku tengok gambar ni.
Hubby cakap,"Mama the jongos! BAHAHAHA!!"
Serious dia gelakkan aku begitu.
Aku rasa macam....sudah cukup cukup sudahhh.. cukup sampai disini sajaa...
T______________________T


 Masa kitorang breakfast tu, Baby Haikal tidurrrr je.
Bagus! Aku boleh makan dengan tenang. 
Banyak kali jugak aku tawaf amik makanan. Siap amik muffin lebih, bungkus dalam tisu, letak dalam handbag, buat bekalan di kemudian hari. keh keh keh...

Lepas makan, ayuh berjalan-jalan mengeluarkan peluh.

Kat dataran ni la depa duk buat concert dan countdown malam tadi.

 
 Aku masih berbaju tidur pink semalam. Masih belum mandi. Huhu!
Tapi takpe. Kali ni aku ada geng. Baby Haikal pon sama.
Hubby sorang je yang dah mandi pakai hensem-hensem wangi-wangi. Lantakkan lah mamat tu. Kalau bab disiplin, aku memang bawah sikit la dari hubby. 
Hubby berdisiplin tahap lapan ploh juta, aku tahap dua je. Kan jauh beza tu. Hihi.


 Ni view di waktu pagi. Korang tengok awan kat kaki bukit hujungggg sana tu.
Cantik kan? Sangat hmmmmm.. *mata tutup sambil sedut nafas dalam-dalam*
Nanti nak suruh hubby buat rumah kat sini lah. Amboiiii berangannnn haha!


Tengok la awan kat bukit hujung sana tuuuuu!!! *tak habis-habis*


Masa tengah jalan-jalan tu, tetiba Baby Haikal terjaga.
Budak tu bangun-bangun je terus nak buat part time.

Pandai cari duit lebih. Hahaha!

Korang tengok gambar atas ni eh. Hubby kata,"Takde siapa dalam dunia ni yang boleh control tiga joystick escavator serentak. Kecuali Haikal."
Bahahahahaha!!
 
 Amboiiii korang nak buat rumah Mama ke? 
Buat rumah banglo besar-besar kat awan kat kaki bukit hujungggg sana tu ye. 
Kang boleh Mama feeling puteri gunung daik bercabang tiga hihi.

Bila Baby Haikal habis kerja part time kahkah, kitorang balik bilik, mandi swimming pool kejap, pastu terus siap-siap sebab banyakkk lagi tempat nak diterjah nih.

Kalau korang datang sini, ada banyakkkk aktiviti yang korang boleh buat.
Cuma kalau korang ada baby, limited sikit la. 
Kalau orang bujang, kompom seronok.

Ni Ecopark.
Kat sini korang boleh naik macam roller coaster tu kan. Tapi lalu dalam hutan. Sesuai untuk orang yang pemalas nak jungle tracking macam aku. Huhu! Roller coaster dia takde la laju. Ko jalan kaki lagi laju kot. Tapi seronok la boleh tengok pokok-pokok hutan segala kan. Untung-untung boleh terserempak dengan puteri gunung ledang. *ok tipu*


 Kalau korang perlukan teman atau BFF, boleh la pergi ke Pulau Orang Utan ni. Ramaiiiii kawan korang kat situ. Heheh. Tapi kena naik feri la. Harga boleh refer kat atas tadi.


 Kampung Air ni memang ohsem gilllssss!
Sesape nak honeymoon, boleh stay sini. Harga pon affordable sangat.
Kalau malam-malam, romantik sangat tempat ni.
Kalau tetiba chalet takde air, boleh terjun terus. 
Jangan risau, air kat bawah tu pon korang bayar jugak.... 
Gunakan sebaik mungkin. Heheh.


Semoga kita berjumpa lagi Bukit Merah Laketown Resort! 
30minit je pon dari rumah aku. Naik basikal je lah lepas ni.
 

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

Bukit Merah Laketown Resort

 Last week, hubby dapat cuti lama. 5 hari kot tak silap aku. 
Straight sampai tahun baru. Aku pon syok la kan. Huhu!
Selalunya kalau hubby dapat cuti lama camtu, mesti kitorang balik Key Ell. Tapi last week tak. Kitorang duduk rumah saje. Sebab rumah sangat memerlukan major cleaning. Heheh. Nak upah bibik, tak mampu. So gunakan je la tenaga dan muka sendiri yang ada iras-iras macam bibik jugak ni. Marilah kita pasrah sambil mengemas rumah.

Tapi sejujurnya memang hubby je la pon yang banyak buat itu ini. Kemas setor, sapu vacum, dalam luar rumah semua-semualah dia yang buat. Aku? Setakat tanya,
"Dapur dah mop bang? Car porch dah sapu? Errr..malam ni makan dominos ke bang?" 
Amboiiiiiiiiiiii!!!
Kalau Mak baca ni, meh sini engko! Haha!

Aku bukan tak buat ape-ape. Aku setelkan yang ringan-ringan la macam masak, cuci dapur, dan sebagainya. Cey cey ceyy motip letak "dan sebagainya" supaya nampak banyak kerja yang dibuat kahkah.
Bersyukurlah dapat suami rajin, sampai bini taktau nak buat ape. 
Duduk bersimpuh sambil bajet megan fox saje lah yang mampu. Kehkeh.

Masuk hari ketiga hubby cuti, dia dah macam cacing kepanasan duk rumah. Dah start bosan. Kulu kilir kulu kilir manjang. Orang kuat kerja memang camtu kan. Baru cuti 2-3 hari dah tak tenteram. Sebab dah takde kerja nak buat.
Tak paham betul aku. Patutnya takde kerja, lagi bagus la kan. Haha! *dasarrrr sangat*

So tetiba je hari tu hubby cakap, jom kita pergi Bukit Merah Laketown Resort.
Aku dah macam, kenapa laaa dengan laki aku ni. Cuba duduk diam-diam kat rumah. Kan elok. Tapi aku tak cakap camtu la. Aku terus pergi packing barang laju-laju kahkahkah!
Sape tak suka jalan-jalan kannnnn..

Tengahari tu jugak hubby book bilik hotel. Semuanya zas zas zassss!
Tapi dalam pada aku excited-excited tu pon. Ada sekelumit rasa tak syok di dalam hati. Sebabnya malam tu adalah malam tahun baru kan. So aku bayangkan tempat tu crowded gila. Ramai orang, semua nak berpardeyyyhhh. Aku sangatlah tak suka suasana ramai ramai ramai orang ni ok. Semua orang basah-basah ketiak, dimana-mana akan ada bau ketiak. Bau ketiak orang dengan ketiak sendiri pon dah tak dapat beza. -___-
*heibat sangat imaginasi aku kan?*

Tapi takpelah. Pasrah je lah. Memandangkan hubby dah book hotel.
So pada hari terakhir tahun 2012 tu, kitorang pergi check in.
Kalau ikutkan check in time pukul 3pm. Kitorang pulak terlebih semangat, pepagi dah gerak. Hubby kata Batu Kawan ke Bukit Merah tu dalam sejam lebih. Tapi rupanya hubby salah. Korang tau berapa jam? Tiga ploh menet je hokeyyyyy!! 
Rasa macam baru je bertolak dari rumah. Tetiba je eh eh dah sampai. Vontot tak sempat kematu pon lagi.

Dari rumah aku ke lab yang aku duk ulang alik setiap hari tu pon amik masa 45minit. Rupanya Bukit Merah 30minit je?? Ko tau apa maksudnya? 
Aku lagi rela pergi Bukit Merah dari pergi lab okayyy. Hihi!
Punyalah sakan book hotel segala kan. Padahalllll..rumah ko situ je ha. 
Baik tidur rumah sendiri je. Haha!

Kitorang book Laketown Hotel. Amik bilik paling murah. RM240.
Kitorang sampai hotel pukul 12tengahari. 
Derrrr..nak kena tunggu pulak check in time pukul 3. 
Takkan nak bersila depan pintu bilik selama tiga jam kotttt.
So hubby beranikan diri pergi tanya receptionist tu, boleh tak check in awal sebab ada baby. Dan Alhamdulillah dia bagi!!! Wuhhuuuuuu!!! Baru je nak bersila. Sekali dah boleh masuk terus. Kih kih kih.
Baik receptionist tu. Aku rasa sebab Baby Haikal comel kot. 
Eh tak tak. Sebab aku megan fox kot. *petuihh!* 

 Bilik dia spacious sangat! Siap ada ju'on kat lampu. Haha!

Katil king satu. Katil single dua tingkat. Yang korang tengok dalam gambar tu kan, yang katil single tu, bawah dia boleh tarik ada lagi satu katil. Complete dengan tilam comforter semua. Pastu ada sofa luas. Kalau ikutkan memang boleh accomodate 5 adults sebenarnya.

Masa kitorang sampai bilik tu kan, dan dan ada orang lab mesej aku tetiba. 
Adoiii..potong setim terus. Huhu!
Terpaksa aku layan SMS ngan minah tu kejap.


Baby Haikal apa lagiiiii, terus histeria sorang-sorang. -______-


 Aku? Masihhhh kusyuk layan SMS.


Sampai hubby tegur,
"Hoi layan la anak tuuu. Nak layan SMS baik duk rumah."
Ok terus buat-buat layan anak kahkah.


Kan ada single bed kan. Kitorang try letak Baby Haikal situ sambil pesan kat dia,
"Malam ni sayang tidur sini ok."
 Pastu kitorang tengok la lama mana dia boleh tahan duk situ sorang-sorang.

5 minit pertama....



5 minit kedua...



5 minit ketiga....

 Terus capai telefon dan main tekan-tekan. 
Aku syak dia nak ngorat receptionist tadi tu la. Haha!


 
 Kerja mak bapak sementara anak dibiarkan kebosanan atas katil.


Lepas letak semua luggage, kitorang round-round hotel tu. Amik mood dulu.

 Bila sampai kat swimming pool ni kan, terus macam eh takde orang lahhhhh..
Terus masing-masing mencicit lari balik bilik tukar baju mandi.
Tak sabar nak feeling swimming pool ini ana yang punya. Huhu!

 
 Baby Haikal pura-pura posing tapi mata tengah tengok Mama tukar baju mandi.
Perangai sebijik dot dot dot macam bapak ko yang! 
Suka intai Mama kannnnn.. Grrrr!


Lepas tukar baju basahan, terus zasssss terjunnnn!!!!
Mandi waktu takde orang lain kat swimming pool adalah heaven nak mappp ok.
Tetiba semua skill berenang keluar kat situ haha! 
Kuak katak, kuak rama-rama, kuak dugong, kuak hipopotamus.

Kitorang gilir-gilir jaga Baby Haikal.
Budak tu kannnn.. Kesabaran sungguh tauuu.
Taknak dipegang langsung. Punya la nak lepas je dalam kolam tu. 
Kalau pegang, sibuk nak tepis-tepis tangan kitorang. Amboiiiii....

Mula-mula dia macam sejuk-sejuk. Tapi lama-lama, terus overexcited tepuk-tepuk air sampai mak ko pulak yang lemas. -_____-
Nasib baik kasih ibu membawa ke syurga. *tetiba*


Lepas swimming, Baby Haikal terus kiok. Tak sedarkan diri. 
Lama jugak dia tidur. 2 jam lebih.

 Bagus bila Baby Haikal ada katil sendiri.
Jadi aktiviti makbapak di katil besar tidak terganggu. Muahaha!
Alaa.. kitorang tidur je pon. Mana ada aktiviti lain. *mata keatas sangat sangat sangat*


Lepas maghrib, terus pergi cari makan.
Kat Bukit Merah ni, ko tak payah risau pasal makan.
Kat food court semua ada. Nak mahal sikit, ada buffet dinner jugak.
Tapi kitorang makan ala carte je la. Harga makan kat sini pon affordable. 
Tak macam kat sesetengah tempat pelancongan. Mencekikkkkk..


 Lepas makan, kitorang jalan-jalan la sekitar tu.
Malam tu ada concert & countdown new year. So happening la jugak.
Tapi kitorang tak tunggu sampai kemuncak pon. 
Sebab tak sanggup nak bau ketiak orang hahaha!

 Ni aku belikan Baby Haikal gelang yang glow in the dark yang orang selalu pakai masa menari tektonik dalam kelab malam tu. Amboiii macam biasaaaaa je heheh. Takde la..aku dulu memang penari pon. Menari ballet ke, menari tektonik ke, tarian tiang ke, semua aku boleh buat. Tolonglah percaya. Cuma sekarang tak boleh nak tunjuk skill sangat. 
Sebab.....muatan lebih. Hak hak hak.
Tapi sape yang dah terpercaya tadi, teruskan percaya ok. Haha!


Masa kat tempat concert tu, ada sorang minah nak ngorat Baby Haikal. Tapi Baby Haikal buat tak tauuuuu je. Tak romentik langsung anak aku ni. Cissss..


Hubby cakap,
"Ada hati nak ngorat anak aku pulakkk.. Nak try anak, kena try bapak dulu laa!"

Amboiiiiiii...itu amaran ke atau statement mintak pasu? 
Motippp sangat ayat dia tuuuuu. Biasaaaaa dia!

 Habis bini ko yang tektonik sangat-sangat ni nak taruk mana? 
Habis manis sepah dibuang... *tetiba*


Bila orang dah semakin ramai, pastu penyanyi (indie band aku tak kenal) dah naik pentas, kitorang pon blah.
Tak sanggup nak berkerumun ramai-ramai. 
Lagipon zaman tektonik aku dah berlalu. Nak jugekkkkk haha!


Baju yang aku pakai ni kan, sebenarnya baju tidur tau.
Patutnya pairing dengan seluar pink kotak-kotak. Huhu!
Lepas swimming tu, korek-korek beg, takde baju tukar rupanya.
Nasibbbbbbb engko lah. Sila pakai baju tidur.
Tapi aku pakai dengan jeans la. Kang kalau pakai dengan seluar pink kotak-kotak, takut kena culik sebab comel sangat kehkehkeh.
Waktu tidur, aku memang selalu comel. Bangun tidur, laaaaagi comel.
Siap ada waterfall ditepi bibir. -______-

Bersambung........


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh