Vertebral Column

Amboi tajukkk.. Macam doktorrrrrr!
Tinggal nak sangkut stetoskop kat tengkuk dan pakai lab coat je lagi. Dan gloves. Dan spek mata tebal. Pastu ok dah boleh pergi merawat pesakit sekarang. Kehkeh.

Vertebral column atau nama lain, backbone. Atau nama lain lagi, spine. Atau nama kampung, tulang belakang. Semua vertebral organisms ada tulang belakang. Temasuk la mamalia macam manusia, gajah, tenuk dan sebagainya. Mamalia juga berdarah panas kerana tidak dipengaruhi oleh suhu persekitaran. Amboi dah bajet doktorrrrr sangat-sangat dah ni. Haha!

Jadi kesimpulannya, tanpa tulang belakang siapalah kita.
Cuba imagine kalau kita takde tulang belakang. Eeeeuuuwwwhh!
Jadi terima kasih tulang belakang. *apetah*

Seperti juga belog ni.
Aku sedar, belog ni makin lama makin ada tulang belakang.
Jadi belog ni spesis mamalia jugak ke camane?
Sama-sama kita cari jawapannya selepas ini. -..-

Dan tanpa tulang belakang, belog ni juga seperti takde makna.
Ok aku sebenarnya dah tak tahu camane nak teruskan mukaddimah ni. Makin mengarut dah. Ni lah mukaddimah paling teruk dalam sejarah kesultanan melayu melaka. Sorry korang otak tengah vengong tahap max ni. Sebab tu aku tak boleh jadi doktor. Otak frozen memanjang.

Aku sebenarnya nak cakap, tulang belakang belog ni ialah korang la. Yang tengah baca ni. Tak kesah la yang baru baca ke, yang dah lama baca ke. Yang dari subuh semalam sampai sekarang masih tercongok duk baca lagi ke. Hoi takde kerja lain ke haa?? Haha!
Aku sebenarnya nak cakap terima kasih sebab sudi baca belog ni.
Itu je. Mukaddimah kemain panjang tadikan.
Isi-isi penting dia satu je. Huhu!

Ada antara tulang belakang belog ni yang suwiiiitttt sangat tahu tak?
 Sampai aku pon tak paham kenapa boleh suwiiittt sangat. Tapi aku suka la kan. Heheh.
Kengkadang waktu aku tengah stress-stress, tapi bila dapat mesej atau chatting dengan tulang belakang ni semua, rasa seronok. Dan happy. Dan terharu. =)

 

 



 
 




Terima kasih korang.
Yang tak pernah komen, tak pernah approach aku kat FB pon terima kasih jugak. Aku tahu korang supportive dan suwwwittt jugak. 
Sebab aku pon sebenarnya jenis yang baca belog orang tapi tak komen dan tak approach pon blogger tu. Rasa macam....perlu ke? Huhu. Agak keji disitu. 
Tapi as long as korang enjoy baca belog ni, walaupon enjoy di dalam hati saje, terima kasih banyak-banyak tuan hamba ucapkan. *bahasa humble habis la tuuu..huhu!*
Korang lah vertebral column backbone spine belog ni. 
=)

5 comments:

Fyda Adim said...

yesss.sy pun mmg suka bc blog jiji.dah jadi follower tp segan nk add kat fb.hehehe.pemalu gitu.kot2 rajin meilh singgah blog sy jgk..:D
#promote

RieNa said...

mcm nak add kat fb tp malu lah..hahahaha (gedik tak?)

Zura said...

waaa terharu aku fb chat ngn megan fox aritu dia tepek kat blog... huwaaaa,, siys terharu.. terus terkena tempias kefofuleran megan fox penang ni !! muaahhh jijie !!

MAIZATUL ASYIQIN said...

ehh , kite pon ade ... luv u more la akak megan ! hahaha

D' Hasnie Aini said...

Jiji...saya pun suka baca blog awk..setiap hari akan cari.. :P kirim salam haikal... bye