Kan aku pernah cerita dulu ada sorang reader dari sabah tu kan.
Kak Elisah namanya.
Dia kalau buat lawak memang stok maharaja lawak mega engkooo..
Aku tak boleh nak siarkan kat sini. Korang kena purchase pakej mustika baru aku boleh up sini. Haha! Ok tak kelakar.
So last week, Kak Elisah ni ada mesej aku lagi.
Aku kalau akak ni mesej memang aku terus terduduk depan laptop layan chatting ngan akak ni berejam-rejam. Kelakar ok akak ni. *Berapa kali tah nak cakap akak ni kelakar.*
Eh tapi kan tapi kan. Akak ni memang kelakar. -___-
So masa Kak Elisah mesej last week tu, dia ada buat permintaan daaa..
Eh bukan dia, tapi laki dia.
Hai banggg... *lambai-lambai gerak jari telunjuk je awww*
Ni aku ada printscreen beberapa mesej Kak Elisah.
Ikut hati nak je aku printscreen semua. Tapi banyak benor le pulok.
Kalau aku letak semua maunya sampai ke subuh esok korang gelak terabur terabur nanti. Jadi aku letak sikit je la ye. So takdela terabur sangat kan. Senang nak kutip balik. Haha!
Dipendekkan cerita, laki Kak Elisah request aku cerita serba sikit pasal pengalaman aku jaga Baby Haikal.
Memang kebanyakan request pon suruh cerita pasal Baby Haikal.
Nak tunggu orang request cerita pasal rahsia kecantikan megan fox ke, setakat ni memang takde. -____-
Nak lagi sadis, bebaru ni ada sorang reader tu mesej aku cakap camni,
"Jiji ooiii..Comel gile Baby Haikalll!!! Rasa nak buat menantu je. Tapi kan muka Baby Haikal tak banyak persamaan la dengan muka ko kan. Ikut muka ayah dia kot ye?"
Pfffftttttttt.......
Setakat hantar mesej nak bagitau benda tu, memang aku rasa sama je lah kalau ko cakap camni pon,
"Jiji, anak ko comel. Tapi ko tak comel langsung. Sila bunuh diri sekarang."
Sinonim je aku rasa dengan ayat tadi.
So korang kalau nak mesej aku, mula-mula kena puji aku dulu. Lepas tu kalau rasa nak puji Baby Haikal, puji dalam hati je. Hahaha!
*sentap memang hobi aku tidak syak lagi*
*sentap memang hobi aku tidak syak lagi*
Ok aku nak menunaikan permintaan laki Kak Elisah tadi.
Secara overall keseluruhannya (hamboih!), memang tak susah mana pon jaga Baby Haikal. Selama setahun sebulan ni, baik je budi pekerti budak tu. Cey ceyyyy nak cakap diwarisi jugak la tuh.Ye memang baik budinya elok pekertinya itu diwarisi oleh ibunya. Haha kannnnnn!
Masa lahir dulu, Baby Haikal jenis yang tak kuat meragam sangat.
Kalau takde pape, memang dia akan tidurrrrrrr saje. Kalau nak nenen pon setakat ehehek ehehek gitu je. Kengkadang aku yang tengah tidur sebelah pon tak dengar langsung. Boleh yilek je teruskan tidur sambil mimpi hulur tetek kat anak. Haha!
Perangai aku memang ada teruk sikit-sikit.
Dan sampailah bila dia dah start berjalan ni, aku rasa paling mencabar.
Dia jalan ikut suka hati diaaaaa je. Kalau dalam rumah, sampai ke bilik setor, sampai ke dapur. Setiap pelosok rumah la pendek kata. Kalau tetiba dia hilang pastu senyappppp je kan, mesti ada la yang tengah dikerjakan tu.
Macam hari tu kan, aku tengah makan kat ruang tamu. Tetiba je mamat ni hilang mana tah. Aku panggil-panggil tetap senyapppp je. Bila aku cari, tetiba terjumpa Baby Haikal kat dapur tengah korek tong sampah. -____-
Tak ke cabaran namanya tu?
Pastu bila aku marah, boleh pulak dia acah-acah nak korek lagi. Pfft!
Dah pandai acah tu satu hal jugak. Geram hoiiii..
Ko ingat kelakar sangat ke acah-acah gitu?
Ada sekali tu, Baby Haikal amik fone aku. Pastu dia acah-acah nak baling fone tu. Dia buat-buat macam nak baling. Tapi tak baling pon. Bila aku marah, dia gelakkan aku.
Paling geram bila aku kena acah gitu, mesti hubby gelakkan aku jugak. Terasa seperti diperbodohkan diperkotak katikkan pon ada. Pffffttttttt...
Hubby selalu cakap, "Mama ni garang sangat la.. Haikal nak main-main je tu"
Masalahnya, bila aku buat-buat nak main, dia baling betul-betul pulak! Terima kasih sayang. Terima kasih sangat-sangat.
Aku tak faham kenapa hidup ni sangat kejam dan tak adil. *tetiba*
Dan sampai ke hari ni aku masihhhhhh belajar untuk tolerate dengan perangai baru Baby Haikal tu.
Eh kejap, inikah yang dimaksudkan dengan baik budi pekerti tadi? Haha!
Jadi yang kurang baik tu, kita anggap je ianya diwarisi oleh bapaknya.
Kehkeh.
Kehkeh.
Ni aku letak beberapa link entry terbaekkkk pasal perangai-perangai Baby Haikal dari lahir sampai ke hari ni. Khosssss untuk tatapan korang especially readers baru seperti Kak Elisah dan suami. =)
0 comments:
Post a Comment