Nelayan

 Baby Haikal sekarang kan dah tinggi sikit kan.
So dia sukaaaaa sangat main kat tempat aku sangkut tudung kat sidai tu. Padahal dah tahap paling tinggi la tu aku sangkut tu. Tapi Baby Haikal tetapppppp nak tarik-tarik tudung tu semua. Grrrr...
Ni mesti hari-hari duk tengok aku grab tudung kat situ dan pakai.
So dia pon nak bajet mak jemah nak pakai tudung jugak.
Derrrrr..awak tu lelaki. 
Kejadah ape nya nak pakai tudung yop.
Pergi cari songkok Papa sudahhh..

Bebaru ni, Baby Haikal dengan bangganya, berjaya mencapai satu tudung kat tempat sidai tu dan herettttt tudung tu di lantai sebab nak bawak tunjuk kat aku. 
Pastu muka dengan penuh eksaited suruh aku tengok tudung tu.
Ok..tahniah sayang. Akhirnya anda dah berjaya mencapai tudung Mama. Bukan setakat mencapai, malah mengheret kat lantai. Tudung yang letak kat kepala dah sama bau dengan kaki lepas ni. Tahniah sangat. -..-

 Tu ha tudung aku yang kaler pelangi-pelangi tu.
*Krun, aku rasa aku dah tahu kenapa Baby Haikal duk tarik tudung ko masa wedding Lan tu. Rainbow-rainbow jugak kennn.. Hahaha!*

Pastu aku mengadu kat hubby. Mengadu sokmo mung.
"Papa!! Tengok la anak Papa ni! Main tudung orangggg!!"

Terus hubby datang,
"Haa mana anak Papa tu! Mana! Mana!!!" 
(hamboi garang naw dia tuuuu.. malam jumaat manja je pulak haha!)

Terus hubby amik tudung tu dan buat begini.

 Nak tergelak aku tengok muka Baby Haikal masa ni. 
Muka tak faham atau sedang meminta simpati ke hape tah.
Dah macam nelayan pon ada aku nengok.
Tinggal nak bagi pukat dan ice box je lagi. Pastu dah siap boleh start enjin bot dan pergi mencari rezeki sekarang. Heheh!

Bila aku and hubby bantai gelak, Baby Haikal pon tetiba tergelak sekali. 
Okkk kamu patut menangis, bukannya gelak sekali. -____-
Kalau macamni, sampai bila-bila pon Papa akan buli kamu.
Dan Mama pon join sekali. Kahkah


 Kot ye pon feeling nelayan, takkan kalerful sangat penutup kepalanya tuuuu..
Cuba la amik yang compang camping sikit. Haha.


Terima kasih hubby sebab dah tolong menyelesaikan masalah. 
Tudung Mama dah taraf serkup nelayan sekarang. Terima kasih sangat.
-_____-


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

5 comments:

NorrShakor said...

wow! papa haikal sungguh kreatif sekali ye..kagum2..nak harap mama kamu tu SENTAP je memanjang ngan kamu kan haikal..sian tul kat kamu

ADLIL RAJIAH said...

mamafarah,
kreatif??? apakah ini?? berapa hubby bayar akak? kahkahkah. mana tak sentapnya. semakin lama semakin kurang kasih sayang. harapkan malam jumaat je la terlebih kasih sayang. hihihihi

Zura said...

haikal fefeeling Yuna pakai turban lettu... dh le mama nye fefeeling megan fox katanye... hahahaahah !!

ADLIL RAJIAH said...

zura lee,
ok yuna sangat. haha!

isabelle frankly said...

xpe.boleh mintak belikan yg baru