Sama ada sedar atau pon tidak, dalam banyak masa dan ketika, kita ni sebenarnya banyak ingat keburukan orang lain dan kebaikan diri sendiri. Setuju?
Contoh, bila kita nak mintak tolong kat sorang kawan ni. Memang nak mintak tolong tahap terdesak nak mampp lah. Tapi kebetulan masa tu kawan tu ada komitmen lain dan tak boleh tolong kita. Secara spontan, mesti tetiba dalam hati kita macam,
"Cehhh dulu aku banyak tolong ko. Ko takde duit aku pinjamkan. Ko takde transport aku tumpangkan. Ko sakit aku datang melawat. Sekarang camni ko balas???"
Korang nampak tak maksud aku kat situ?
Semua kebaikan kita, kita ungkit balik. Kengkonon kita la nampak seperti manusia paling berguna paling baik abad ini. Padahal....
Sama ada kita sedar atau pon tidak, setuju atau pon tidak.
Semua ini terjadi bersebab.
Ok kita tengok balik. Masa kawan kita tu susah, kita bantuuuuu sebantu bantunya. Kenapa? Kenapa mudah sangat kawan kita tu dapat bantuan bila dia susah?
Dan sebabnya bukan lah kerana kita adalah orang yang paling baik di muka bumi masa tu. Bukan. Sebabnya ialah Allah dah hantar kita sebagai perantara untuk memudahkan kesusahan kawan kita tadi. Semua tu kuasa Allah. Sikit pon kita tak layak nak cakap segala kebaikan yang kita buat tu datang dari diri kita sepenuhnya.
Dan bila kita pulak yang susah. Tetiba kawan tadi tak boleh tolong. Secara kebetulan la bukan sengaja pon dia taknak tolong engko.
Tapi dengan tak semena-mena kita dah salahkan dia dan ungkit-ungkit balik kebaikan yang kita pernah buat untuk dia dulu.
Kenapa bila kita susah, Allah tak hantar sesiapa pon untuk memudahkan? Kenapa? Kenapa???
The answer is, only you know why...
Setiap kesusahan tu sebenarnya buat kita tersadung terantuk dan tersedar. Sepatutnya perlahan-perlahan kita muhasabah diri. Perlahan-perlahan korek dalam diri. Tengok kat mana yang busuk, kat mana yang tak elok.
Dan setiap kesusahan tu jugak adalah penghapus dosa JIKA ia membuatkan kita istighfar dan semakin dekat denganNya.
Tapi kalau dah ditimpa kesusahan begitu masihhhhhh nak salahkan orang ni, salahkan orang tu, ungkit balik kebaikan diri sendiri. Takkan menghapus dosa tu bhaiiii.. Tu penimbun dosa namanya.
Ok contoh lain, kalau tetiba ada kawan kita ni buat silap.
Kesilapan yang agak besar lah kan.
Kesilapan yang agak besar lah kan.
Mesti perkara pertama yang wujud dalam hati ialah, marah dan dendam. Paling dasyat, kalau line clear kompom rasa nak balas balik apa yang orang dah buat kat kita.
Kannnnn?
Kenapa kita tend to rasa macam tu?
Macam kita tak pernah buat silap sebelom ni?
Mungkin satu masa dulu kita pernah buat silap yang lebihhhhh besar dari kesilapan kawan kita tu, tapi kita dah lupa. Cepatttt je lupa kalau salah diri sendiri kan? Kalau salah orang, sampai mati pon boleh ingat. Sampai kesudah duk mengungkit.
Aku pernah terbaca somewhere,
Setiap apa yang berlaku di sekeliling kita, even a small tiny thing pon.
Setiap orang yang wujud dalam hidup kita, even untuk masa sesaat dua pon.
Setiap tingkah laku orang sekeliling kita, tak kisah la bagi impact besar ke kecik dalam hidup kita.
Every single single thing lah senang cakap kan, it happens for a reason.
And the reason must be YOU.
Tak setuju??
Sebab tu....
Setiap apa yang jadi, tengok diri sendiri dulu, sebelum tengok orang lain.
Aku selaluuuuu sangat terlupa benda ni.
Most of the time, asikkkkk jugak duk salahkan orang lain.
Asikkkk jugak duk ingat diri sendiri bagus, orang lain tak bagus.
Aku. sangat. kesiankan. diri sendri.
Apa nak jadi tahh.
Dan aku percaya, semua orang ada masalah ni kan? Korang pon kan?
Masalah hati namanya. Huhu!
Dan aku teringat Prof Muhaya pernah cakap,
"Orang yang disayangi oleh Allah, akan sentiasa menyayangi dan disayangi oleh semua manusia. Soooo, kalau ada orang tak sayang kita, kita banyak masalah dengan orang lain, itu maksudnya Allah pon dah tak sayang kita la tuu..."
Clear sangat statement tu kan?
Semua orang boleh faham aku rasa.
Jadi kalau kita rasa macam tak ngam dengan orang, tak boleh masuk dengan orang ni orang tu, rasa dibenci oleh orang, rasa kita dah bagus tapi orang masihhhh tak suka.
LOOK AT YOURSELF.
Disisi Allah kita kat tahap mana sebenarnya?
Walau muka megan fox sekalipon (hamboih sempat haha!), tapi kalau disisi Allah tahap buku lali, tak payah la. Sila taruk longkang je la muka megan fox tu.
Entry aku kali ni tak tertuju kat mana-mana batang hidung ye.
Tertuju kat diri sendiri je.
Saje nak share kat sini masalah hati yang dialami oleh diri sendiri.
Terus termuhasabah diri pulak hari ni.
Huhuhu..
Tapi kan. Hari tu kan. Kat lab,
Aku: Ehh..ko tak sihat ke? Lain je suara hari ni?
Ngok: Ha'ah.. Dah dua hari dah macam ni. Uhuk uhuk. *buat muka mintak simpati atau mintak lempang dengan erti kata lain*
Aku: Oooo..demam eh?
Ngok: Tak..ada masalah hati.
Aku: Ha? Tak faham pon.
Ngok: Rindu la.
Aku. Ok sumpah tak faham. *terus angkat kaki dah blah*
Aku tak kuasa nak menghadapi masalah hati sedemikian rupa ok.
-__________________-
Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh
3 comments:
acecece..ngok merinduimu jiji
Assalamualaikum,
Kawan saya kata "Bila kita tolong orang, bukan orang yg kita tolong tu akan menolong kita masa kita susah...Allah akan kirim orang lain utk tolong kita"
Jadi, kita tak akan berharap orang yg kita tolong tu akan tolong kita semula.
kak is,
geliyhhhhh!!
anyss,
setuju2!! tapi kalau kita ni orang yang baik, dah pasti setiap kesusahan tu akan dipermudahkan olehNya dalam apa cara sekalipon kan. :))
Post a Comment