Maaf saya amat sibuk kebelakangan ni.
Menguruskan kerjaya suami dan menemani beliau ke beberapa majlis penting.
Ewah bajet Wanita Pertama sangat. Senget betul. Haha!
Aku asik asik teringat belog. Benda nak update kemain banyak. Tapi sebab dah banyak sangat, terus malas nak update. Huhu. Macam kalau kau banyakkkk sangat kerja nak dibuat dalam satu masa, mesti rasa macam ah malas lah nak buat. Gitu. Terus on facebook berejam-rejam pastu bila teringat balik kerja melambak terus stress pastu tidur berejam-rejam pastu bangun tidur teringat lagi kerja melambak terus kepala dihempok pasu pastu masihhh teringat kerja melambak pastu ok dah dah tak payah nak buat lawak pimai dadidu sangat. Tak lawak langsung. -___-
*tolongla vote pimai & dadidu dalam maharaja lawak mega, aku nak nanges tengok diorang. Rasa nak lempang diri sendiri.*
Pokoknya, aku memang sibuk lah lately.
Last week, ikut hubby pergi conference kat Key Ell.
Bukan ikut sangatlah padahal. Aku ikut sampai Shah Alam je pastu hubby pergi conference keseorangan. Aku & Baby Haikal ditinggalkan di rumah Mama. Sehelai sepinggang. Kais pagi makan pagi.
Sedang hubby berseronok-seronok dengan kengkawan dekat conference, aku di rumah? Siapa peduli? Sepanjang ditinggalkan tu, aku pergi shopping dengan Mama dapatlah paw dia 200 hinggit memang senonoh sangat perangai, pergi makan dengan Raidoo kat Ciken Rice Shop guna kad siswa dapatlah diskaun 6hinggit SAHAJA. Pergi makan burger bakar yazid bapak besaunya. Burger 1 kilo, tapi aku naik 3 kilo lepas makan tu. Hairan bukan?
Bila hubby call,
Hubby: Sayang Papa boring nak mampp kat conference nihhh!!! Tolonggggg
Aku: Ye ke? Tu la..Sape suruh pergi (kahkahkah). Mama tengah makan burger bakar ni. Ok bye!
Kong ajo tak kong ajo bini gitu?
Lantakkannn.... Haha!
Itu kesah last week.
Masuk je minggu ni, terus selonggok kerja lab atas kepala.
Bahana memandai isytihar cuti selama seminggu.
Akhirnya engko dengan burger bakar engko, padan muka!
Terus aku macam gila nak setel semua benda. Tu yang belog pon tak berusik.
Terus hubby cakap,
Hubby: Tu la.. Papa kata tak payah ikut last week. Tapi Sayang degil. Nak ikut jugak. Kan dah banyak kerja delay.
Aku: Boleh diam tak?
Hubby: Papa free je hari ni. Rasa macam nak pergi shopping, makan luar, karoke. Jom Haikal?
Aku: Pergi la! Pergi la! Pergi!!!!!!
Terus kena perli sedas dengan hubby. Haha!
Tu la last week kong ajo sangat dengan suami. Kepada isteri-isteri di luar sana, jangan sesekali kong ajo dengan suami. Tuhan bayar cash, kelak dirimu sentap sengsorang sambil basuh pinggan.
Malang tidak memilih bulu. Ingat tu. *apetah*
Muka mintak pasu. Haha!
Dah la semalam, Si Ngok tu bagitau, experimental setup aku macam something wrong. Ada gas leaking. Gilaaaaaaa lah!
Terus aku meratapi sambil sedih-sedih dengan dia on the fone. Nasib si Ngok tu tadah je. Dah kata sayang kannn kah kah kah!!!! Geliyhhhh!
By the way, aku dah delete entry pasal Ngok, Mok dan Sup Tulang tu. Sebab ada sorang minah ni sentap bila baca entry tu dan suruh aku delete. Aku syak dia suka kat si Ngok tu. Jadi takpelah mari kita hormati perasaan beliau.
Kepada yang tak sempat baca entry tu, nasib engko lah. Kepada yang sempat baca, bagus sebab korang boleh faham kalau aku up nama Ngok tu dimana-mana nanti. Haha.
Aku siap tanya hubby camni taw,
Aku: Papa stress tak Mama asik mengadu pasal Ngok tu hari-hari?
Hubby: Agak la.. Bengang sikit-sikit. Heheh.
Aku: Hmm..ok lah lepas ni Mama tak cerita pasal dia dah k.
Hubby: Ok. Tapi if anything happen, u must must must tell me.
Aku: Ok. Oh tadi kan Papa, tadikan kat lab kan, Ngok tu kan.. Bla bla bla...
Hahaha! Taknak cerita lah sangattttt..
Nasib lah laki aku kena dengar jugak nama mamat tu setiap tiap tiap tiap hari.
Nak buat macam mana. Selagi mamat tu hidup, memang akan annoying lah hidup aku.
Kalaulah aku boleh upah Merlin untuk bunuh dia kan best.
Ok tukar topik.
Sepanjang aku tak update belog kan, everytime aku bukak email, ada je persoalan yang diutarakan oleh readers sekalian.
Yang tanya pasal bila nak update belog tu tok usah ceritalah kan.
Memang aku spam kan sajeje. Hahaha gurau.
Yang aku tak tahan tu, ada yang tanya pasal research aku la.
Ada yang tanya macam mana nak buat stok susu la.
Ada yang tanya pasal skop jawatan pegawai alam sekitar la.
Ada yang tanya pasal teknik pernafasan masa beranak la.
Ada yang tanya camane nak merawat merah-merah kulit bayi la.
Dan berbagai lagi lah.
Aku takdelah marah bila korang bertanya.
Lagi pon memang kat bawah header belog aku ni ada tab Contact Jiji-Fify tu kan, khas untuk yang nak bertanya apa-apa.
Tapi yang hairan tu, soalan yang korang bagi tu sikit punya susah kottttt. Dah macam soalan UPSR sains kertas 2. Haha!
So aku amik masa sikit la nak menjawabnya ye. Nak kena perah otak dulu, nak kena bukak wikipedia lagi kahkah, nak kena bukak komus lagi hamboih, nak kena buat study sikit-sikit sebelom aku menjawab soalan tersebut. Okay?
Yang mana seswai, aku akan jawab dalam belog. Supaya boleh share-share dengan readers lain. Tapi soalan yang senang-senang, aku jawab direct kat email je lah.
Oh ramai jugak yang tanya aku, ada whatsapp tak.
Jawapannya, ada. Nak nombor, sila PM. Ecewahh!
AKAN TETAPI!!!
Aku on jadah wassap tu bila kat rumah je.
Sebab kat rumah je ada wifi. Wakaka.
Masalahnya, bila aku kat rumah, memang aku enggak mempedolikan henpon. Henpon memang main campak-campak je. Kengkadang kat celah sofa, kengkadang kat dalam bekas bawang, kengkadang kat bawah katil. Ikut suka Baby Haikal lah dia nak letak mana. Mamat tu memang macam bagus sikit.
So kalau korang wassap aku, memang jarangggggg sekali aku reply.
Bak kata orang kelate, replay amareka boh. I love you, amir!! Hahaha!
Kalau reply pon, berzaman lamanya baru aku akan reply.
Kalau ada yang aku reply zas zas zassss sepantas kilat tu, maksudnya korang memang insan terpilih. Iman kuat dan mulia disisi Allah. Maka Allah dah permudahkan urusan korang, sebab dengan kuasaNya aku boleh reply wassap korang dengan segera. Haha!
Kesimpulannya, takyah la wassap aku.
Email & peshbuk dah cukup.
Ok bye!
Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh
1 comments:
amboih... yg tny pasal skop pegawai alam sekitar tu mcm saye je.. hahahahahah.. (nak sentap jugak la) kehkehkeh~
Post a Comment