Pernah tak rasa macam ni?

Rasa rinduuuuuuu sangat sampai rasa macam nak nangis.
Korang pernah rasa?

Nak nak pulak orang yang kita rindu tu dah takde, dah meninggal atau dah lost contact. Lagi menusukkkkkk lah rindu tu kan.
Nak send SMS, tak tahu nak send ke nombor mana.
Nak call, sama lah tak tahu nak dial nombor apa.
Nak pos surat, pon tak tahu nak tulis alamat mana.

Masa bercinta dulu, kalau hindu-hinduan, call/sms je.
Sekarang, nak rindu pe jadahnya, tetiap malam terpacak kat depan batang hidung. Hahaha!
Tapi tu kes rindu lain. Orang yang dirindui kat depan mata.
Senang nak pulih kalau rindu macam tu.

Tapi kalau rindu kat orang yang dah takde?
Camane? Camane?

Nak nak pulak orang yang memang kita sayang.
Tak kesah la.
Mak bapak ke. Kawan baik ke. Soul sister ke. Godfather ke. BFF ke.

Rasa kehilangan je kan.
Aku tengah rasa macam tu lah sekarang ni.
Rasa macam nak pergi tempat tinggi tinggi tinggiiii sangat.
Nak duduk antara dua sujud.
Nak tadah tangan ketat-ketat.
Nak doa kuat-kuat.
Nak nangis esak-esak.

Ya Allah..Bagi lah aku peluang sekaliiiiiiiii je lagi nak jumpa dia (orang yang dah takda tu).
Sekaliiiiiii je lagi. Sekali je tolonglah.
Nak peluk.
Nak dengar suara dia.
Nak tengok dia senyum.
Dapat tengok dari jauh je pon jadilah.

Tapi semua tu tak mungkin kan.
Memang pon.

Harap-harap esok aku bangun pagi, rindu ni hilang dengan sendiri.
Erm..Nak ajak hubby karok lah.
Ok bye!


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

1 comments:

Miss. LoNeLy said...

Sy pernah merasa situasi mcm ni...
kehilangan orang tersayang...
kerinduan tak terubat...

(-_-)

baru2 ini lak ada shbt lama sy(senior) nk memutuskan persahabatan..kerana suami dia xbg berhubung dengan sy dah...sedey sgt...