Bila kena marah kerana kesalahan orang lain.

 Korang pernah rasa?
Kita tak salah pon tapi tetiba kena marah.
Memang pfffttt sangat rasa dia.
Aku pernah kena.
Baru tadi. Kahkah

Aku tengah rilek-rilek buat kerja kat lab tetiba sorang minah ni datang pung pang pung pang marah-marah aku.
Kau bayangkan muka aku masa tu camane.
Dah la aku tak tahu apa-apa.
Haruslah gegirl tanjat-tanjat kan.
Dalam hati aku, ehh dah kenapa dengan minah ni? sah tengah buat lawak antarabangsa sangat nih. Tapi muka macam serius je. Nak gelak ke taknak. Nak gelak ke taknak. 
Aku betul-betul blurrr masa kena marah tu. 

Pastu last-last aku mencelah.
"Ida, kenapa awak marah-marah ni? Malam tadi tak dapat ke?"
*memang soalan kedua tu aku tokok tambah haha!*

Dan minah tu pon explain begini begitu begini.
Rupanya dia marah sebab barang yang boss dia suruh prepare tetiba lesap.

Dan aku pon jawab balik.
"Sebenarnya bukan saya yang amik bla..bla..bla.. Tadi assistant saya bagitau begini begini.. Saya cuma guna barang-barang saya. Dan untuk pengtahuan awak, glass tubes ni semua saya beli menggunakan duit saya sendiri dan bukan duit lab mahupon duit bapak lu."
*ok aku tokok lagi sikit heheh*

Terus terdiam minah tu.
"Habis tu siapa yang amik barang bos saya kat atas meja ni tadi? Penat-penat saya autoclave semua apparatus tu. Dia nak turun lab petang ni tau tak?"

Aku jawab,
"Itu saya dok tahu menahu. Sekarang sila minta maaf kerana telah memarahi saya secara membabbbb buta. Dan hati saya dah terguris sikit-sikit nih."

"Ok ok.. Sorry Ji.." 

Derrr..takkan sorry je. Snack plate ayam spicy taknak wing satu la!
Senang senang nak marah-marah pastu mintak hampun.
Kau ingat senang aku nak maafkan??
Sorry naik lorry sekarangggg!!

Itu dalam hati jelah walaupon.. Haha!
Realitinya, "Takpe Ida.. Benda kecik je tu."
Woaahhhhh sangat pemaaf okkk..
Sedangkan Nabi ampunkan umat gitu..
Haha!

Nak jadikan cerita lagi best, rupanya research assistant aku si Ngok tu yang amik barang tu. Pastu yilek je bagi kat aku suruh aku pakai.
Memang ngokkkkk sangat...
Rasa nak lenyek beliau dengan steam roller lapan belas tayar je.
Tapi bila aku marah dia, dia pon sama blur-blur macam aku kena marah tadi.
Haha!
Kesimpulannya, siapakah yang salah?
Aku pon tak tahu.
Sebab semua orang pon kena marah sambil muka blur. Huhu!

Nasib baik semalam ada belog reader ni shuhwiiittttt sangat.
Masa tu aku tengah makan. Tengah stress kan.
So gelojoh makan dia pon macam na'uzubillah sikit la kan.
Tetiba tetet tetet mesej FB masuk.

 

Kengkadang seronok jugak ada readers yang supportive macam ni.
Nak nak waktu tengah bengang-bengang begini kan.
Dari dahi kerut-kerut stress tetiba boleh tersenyum bila baca mesej dia.
Dari bengang terus jadi happy je.
Terima kasih awak.

By the way, pasal breastpump tu nanti aku jawab dalam entry lain.
Aku nak compile semua-semua soalan korang pasal breast-breast ni. Hihi!

Ok bye. Jumpa lagi!


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

0 comments: