Pagi-pagi mesti aku tak sempat nak breakfast elok-elok kat rumah.
Kalau sempat pon jarang-jarang la.
Selalu mesti kena breakfast on the road. Sambil driving.
Sejak breastfeed anak ni kan. Aku memang wajib breakfast. Walaupon dengan roti je. Tapi jangan tak breakfast langsung. Mesti aku akan rasa lapar gila babbb sampai mood asik nak marahhhhh je. Tak cool lah kan. Muka megan fox (puiii!) tapi perangai macam guru disiplin yang asik nak marahhh je kerja. Tak cool tak cool.
So bagi menjamin tingkah laku budi pekerti yang seiring dan sejajar dengan wajah ayu cantik bertahi lalat ini, haruslah kita breakfast walau dalam apa keadaan sekali pon.
So selalunya aku akan prepare breakfast sesiap dan pack dalam mangkuk tingkat. Ya, aku main mangkuk tingkat je. Tak mampu nak beli tupperware. Ceyy ceyyyyy! Haha.
Paling koman pon aku akan buat sandwich telur. Tak pon goreng la apa-apa frozen goods yang dijumpai dalam freezer. Nugget ke, hotdog ke, salmon steak ke. Hamboih haha!
Dan aku buat untuk aku punya sorang je lah.
Hubby punya breakfast, tak perlu. Sebab dia selalunya on the way ke opis, dia akan drop by beli nasi lemak dua bungkus kat tepi jalan, pastu makan kat opis. Motif beli sampai dua bungkus? Sebab sebungkus je tak mampu untuk memenuhi nafsu serakahnya. Haha! Opis dia tak sampai 5 minit je pon dari rumah kitorang. So senang la kan.
Yang aku ni. Sejam perjalanan baru nak sampai lab. Sebab tu aku selalu breakfast dalam kereta saje. Kalau sampai lab baru nak makan, nescaya waktu tu orang dah sibuk nak lunch engko baru nak breakfast. Jangan loser sangat. Heheh
So kalau dah namanya breakfast sesambil driving, haruslah menu pon berpada-pada. Benda yang senang nak pegang dan suap. Macam sandwich lah contoh paling senang. Kalau kau bawak nasi beriani gam, boleh juga. Tapi risiko sikit la. Kereta sebelah boleh terbabas tengok engko tengah melantak beriani gam sambil driving. Sebab rare sangat. Haha!
Dan satu lagi tips untuk breakfast sambil driving.
Bagi mengelakkan baju engko yang cantik tu terkena sos ke hampas makanan ke kan, silalah pakai apron sambil makan tu. Bunyi macam kurang waras je kan Huhu! Tapi sumpah aku buat ni taw.
Kang kau dah siap cecantik, shawl lilit cecantik style pocong, pastu makan sandwich, tetiba termenitik pulak sos atas baju. Kan ke spoil tu! Takkan nak patah balik semata-mata nak tukar baju kot kan. Jauh kot.
Rela terjun gaung je daripada kena patah balik.

So sila ikut cakap aku. Ewah!
Kalau takde apron, pakai baju hujan pon boleh. Cuma kau akan kelihatan lebih sengal sikit la. Haha. Pedulik hape kan, janji menjamin kebersihan sepanjang hayat.
Kalau takde apron, pakai baju hujan pon boleh. Cuma kau akan kelihatan lebih sengal sikit la. Haha. Pedulik hape kan, janji menjamin kebersihan sepanjang hayat.
Oh lagi satu tips, yang paaaaaling importanto!
Jangan lupa standby bekal air, dan letakkan ditempat yang senang nak capai (sambil driving). Kang kau punyalah beria makan sandwich bertingkat-tingkat, pastu tercekik tengah jalan, kan dah SOS kat situ. Huhu!
Aku selalu bawak nescafe. Tangan kanan pegang sandwich, tangan kiri pegang nescafe. Steering? Kereta aku ada self-drive mode. Wahahahaha muntoh!
Kereta Viva memang ada self-drive. Tolonglah menipu. Haha.
Berkeladak tekak iolls nak percaya.
Berkeladak tekak iolls nak percaya.
Pepandai lah kan nak pegang steering guna kaki ke, kepit nescafe celah ketiak ke. Janji perut kenyang, dan dapat sampai ke destinasi dengan selamat.
Tapi sepanjang aku mengamalkan sistem (hamboi sistem! Haha!) breakfast on the road ni kan. Pengalaman asik kena hon oleh kenderaan sebelah tu, memang dah lali la.
So aku nak ingatkan kat anak-anak dara (macam iolls. Woahhhahaa!), kalau kau taknak kena hon-hon oleh abang lori ke, van yang bawak cleaner jalan/ tukang mesin rumput tu ke, kau pasang la sun shield ke tinted ke hape ke. Supaya orang lalu sebelah tak nampak kau kat dalam. So kau boleh makan dengan gelojoh segelojoh gelojohnya kat dalam kereta tu.
Percaya la cakap aku, walaupon kau tak ganggu jalan diorang pon,
walaupon kau adalah pemandu paling berhemah kat atas jalan tu pon,
orang-orang macamni tetap akan hon punya.
Aku tak sure samada diorang saje nak mengusik, atau hon tu memang permainan kegemaran diorang sejak kecil, atau diorang terlalu eksaited bila memandu sebelah megan fox. Bayangkan, kau tengah bawak lori, tetiba pandang kereta sebelah uih uih uih megan fox la!!! Mesti otomatik tangan parkinson lalu tertekan hon bertubi-tubi.
Lojik jugak kan.
Jadi walau ape pon sebab nya, setiap perkara yang dilakukan pasti ada risikonya.
Jadi, itu saja lah ceramah saya pada hari ini yang bertajuk,
"Sarapan menggunakan mangkuk tingkat lebih bergaya dan selamat."
Sekian terima kasih.

Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh
5 comments:
erm.. sungguh bagus tips awk ni jiji..hahaha..
akak selalu gak la buat gitu (makan smbil driving)..Ini kes kalo kene gi client site pepagi yg kene menempuh jem onak duri,tp akak pegang sebelah tangan jor la..mkn roti dulu yg 0.70 tu..pastu rasa nak tercekik minum plak air kotak dutch lady coklat ..Dah masukkan siap2 straw lepas beli..Kita awk hebat la..leh pegang kiri kanan.. HEBAT SUNGGUH !!!!
Ini mmg kelakar giler,ni la satu2 pnulisan yg giler habissss
tersedak tengah mamam kacang sbb bc n3 jiji nih....
mamafarah,
itu semua pengalaman kak. Pengalamannn.. Hahaha!
naizz,
ye ke kelakar? cer bagi mak baca, kalo dia tak gelak tu, takde la kelakar mana.. Haha!
mama ieqa,
hamboih sampai begitu sekali! lengkali hati-hati la. Kang tak pepasal nanti kuar paper, "seorang blogger membunuh melalui penulisannya." Woahhhh!! Haha!
Suka baca blog kau jah...hehe..make me happy..mlonjak2 time baca..mcm naik roller coaster... ♡♥♡♥
Post a Comment