Percubaan pertama karok.

Kitorang tak pernah lagi berkaraoke sama-sama. "Kitorang" tu ialah aku dan hubby la maksud aku. Aku pernah pergi karaoke, tapi dengan kengkawan aku. Dan hubby pon pernah berkaraoke, tapi dengan kengkawan dia.
Aku dan hubby pergi karaoke bersama, belom pernah. Sebab? Syarikat rakaman tak mampu bayar kitorang.
Wah tingginya hidungggg! Haha

Dan selepas dua tahun kawen ni, baru la kitorang berpeluang untuk berkolaborasi bersama. Wahh bajet duet dengan Faizal Tahir ke hape kolaborasi-kolaborasi bagai. Padahal karaoke je pon. Haha

So Ahad lepas, kitorang decide pergi karok lah. Aku memang dah kompiden habis la nak karok dengan hubby kan. First time kannnn. Harus lah eksaited dia semacammmm je kan. Vokal pon dah mantap padu habis la nih. Malam sebelom tu, memanjang aku duk berdehem-dehem tuning suara. Haha!
Walaupon memula nak pergi tu, kitorang macam risau jugak takut Baby Haikal berdesing telinga pulak, kat dalam tu kan bising. Tapi pikir-pikir balik, takpe sekali sekala je. Lagipon suara aku kan sedap, mesti Baby Haikal terbuai-buai punya.
Bahahah tolong lempang aku tolongggg!

Kitorang karok kat Track7, Sunway Carnival Mall. Raidoo cakap kat situ best. Dan yang lebih bestnya, kitorang dapat bilik yang paling hujung. So boleh lah kalau nak berperangai pelik sedikit kan. Haha.

So first-first masuk je, aku kasi hubby nyanyi dulu. Aku nak tengok Baby Haikal camane dulu, kot-kot dia culture shock tetiba tengok makpaknya bertindak di luar tabi'i kan. Melalak pulak budak tu kang.

 Baby Haikal nak nyanyi jugak. Haha potong setim betul ko ni yang.


Mama nyanyi, Baby Haikal tolong buat tangan tara kucah tara kucah cah.


 Jangan nanges tengok gambar ni. Aku memang muka syahdu sikit bila nyanyi lagu cinta ni. Lontaran suara tulus dari lubuk hati kah kah kah.


Dan lepas beberapa lagu, dah cukup warm up, mula la masing-masing lupa diri.
Anak ke mana, engko ke mana.

Anak tersepit celah tu pon, engko masih bermuka syahdu.


Baby Haikal: "Mak aku ni waras tak waras nih?"
Aku: "Seratus persen cintakuuuu~" 
BAHAHAHA


 Laki aku kan, bukan main dia taw. Siap sebelom nyanyi tu, nak kena cakap, "Lagu ni saya tujukan khas untuk isteri saya yang tercinta. Terimalah Sampai Syurga."
HAHAHAHAHA!
Sah-sah la bini engko je lah yang tengah dengar tu pon. Yang nak kena bagi ucapan begitu segala dah kenapa. Feeling buat konsert lettew hahaha. Papa.. Papa.. Eeeeii gewwam! ;P


 
 Memanjang muka syahdu. Feeling from the bottom of my heart okkkk.
Hak hak hak.


Kesian...anak sape la ni. Macam kurang sayang mak bapak je. Hihi


Dan masa untuk berduet pulak..

 Baby Haikal: "Mak pak aku ni waras tak waras nih?"
Aku & Hubby: "Kau mawarku...juaa~"
Hahahaha


Selain muka syahdu, tangan harus digenggam begitu ye.
Sebab lirik dia, Kan ku genggam hatimu itu, kan ku jaga bagai bungaku.
Kah kah kah


Lepas duet dengan hubby, duet ngan Baby Haikal pulak.
Motif sampai kena berdiri atas sofa??
Sebab masa ni nak nyanyi lagu pitching tinggi, so kena duk tempat tinggi sikit.
Hahaha apakahhhh.

Aku: Hanyaaaaalah satuuuu~ Yang bertakhta di hatiku...~
Baby Haikal: Aaaaa uuuuu...Aaaaaa uuuu.... *suara latar*


Sementara si mak bapak sedang berpewatakan di luar kawalan, si anak pulak buat ape??

 
Selongkar beg Mama... ;O


Jumpa tisu, koyak-koyakkannnn...


 Main tisu sampai ngantuk. Haha
 

 Bila Baby Haikal dah start mintak nenen, aku pon sumbat la nasi lemak limaposen. Hahah.
Tak lama lepas tu, lena terus.


Memekak la camane pon, tetappppp lena dia. 
Kitorang pon apalagas, sambung enjoy! Haha.

Almost 3hours, terpekik terlolong, siap aku dah sempot-sempot pulak kan. Padan muka!
Maka kitorang pon keluar la. Round-round dalam mall tu tengok kasut kejap, pastu balik. 
Punyalah buat konsert 3 jam kan, sampai suara hilang terus. Everytime nak cakap, mesti kena berdehem-dehem.

"Ehehem Papa, ehehem kita nak ehehem makan kat ehehem mana?"

Nak complete satu ayat pon sampai patploh kali ehehem. Hahaha.
Tapi aku rasa macam lagi seronok pulak karaoke ngan hubby. Sebab aku boleh jadi diri sendiri je kan. Tak perlu nak bersimpuh-simpuh malu sambil nyanyi. Kalau dengan orang lain, kena sopan-sopan, nak pilih lagu pon kena yang muslimah-muslimah gitu. Haha.

Kesimpulannya, terima kasih hubby sudi berkolaborasi dengan ai. 
So next konsert bila? Ehehehehehek!


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

7 comments:

Lalalatif said...

kahkahkahkah...
asyik tergelak dari awl entry smpai habis entry...

Amalina Ali said...

HAHAHAHAAA.... lawak lah akak ni. nak gelak pun kena cover2 kang org kata gila pulak ketawa depan PC.

iela said...

hahaha..kelakar kelakar.. :P baby haikal comelnyeeerr....gewwam saya tengok.

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

hahahhaah :D ehem..ehem salam perkenalan...
tau blog ni dari blog si sepet la....

tidak syak lagi...blog ni mmg kelakar hahahahah :D

suka baca entry ni....;p tergelak2 saya kesipuan....

isabelle said...

wahaha ehem mmg muka ehem xbuleh blah. feeling tuuu walaupun ehem haikal kelihatan terabai mula2 tu

Cikwa said...

muke kene feeling, gaya perlu ada..sedap tak sedap belakang cite laa kan..muehehe
senak perut aku gelak..

fatenmeera said...

wakakaka, akakk.. sakit perut ku gelak ketawa bace entry nih..hahaha..xbleh blah betul siap berdiri atas sopa..beby haikal plak macam bosan da..kalau saya kan, stkt bersimpuh je atas sopa tuh..wahaha..lawak lah akak nih..