Menyentap tak habis-habis

 Aku duk perhatiiiiiii je mamat dua orang ni dari jauh.

 Bukan main! Menyampssss!
Membuak buak je aku tengok kan. Kalau dengan aku, mana mau Baby Haikal nak landing begitu. Setakat nyotnyot nenen, pastu dah, cari Papa balik. pfffffttt!
Bila dengan Papa, asik nak gelakkkk je manjang. Walaupon bapaknya takde lah buat lawak pong. Cer kalau aku. Buat la lawak antara benua ke, Baby Haikal tetap buat muka hellooo-ade-aku-kesah? pfffttt

Everytime tengok Baby Haikal kemain peluk-peluk dengan Papa dia camtu kan. Aku mesti sentap tahap moksha. Emo sengsorang. Kalau time tu tengah basuh pinggan kan, terus rasa nak baling-baling je pinggan tu. Terus sengaja basuh kuat-kuat sampai bunyi kacing kacing kacing kuat-kuat. Konflik dalaman sungguh. Protes la kengkonon. Tapi mamat dua orang ada nak kesah ke? Pecah la pinggan 10 bijik pon, tetap berpelukannnnnn saje. Tehkahnannnnn!

Tak lama lepas tu mesti aku masuk bilik tengok cermin. Sambil hidung kembang-kembang tahan amarah. Rasa nak tampar-tampar sayang je muka sendiri sambil cakap,

Tu la engko. Sape suruh garang sangat. Kan anak dah taknak kawan ngan ko. Pastu bila anak lari kat Papa, emosi. Pastu sikit-sikit nak meroyan. Sikit-sikit nak menyentap. Ape pon tak boleh!

Pastu urut-urut dada. Takpe takpe sabar..
Aku akan jadi ibu yang lebih baik lepas ni.

Pastu bila keluar bilik, muka dah standby senyum-senyum.
Tetiba tengok dua orang tu masih berpelukan!
Huuaaarrrrgggghhhhhh!!!!! ;O


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh blah. Heheh

5 comments:

zawani badri said...

pasangan romantis abad ini :)

Aisy Nasiha said...

comelnya baby awak ni...montel..
ala, jgn jeles gitu, mmg kena mcm tu , kalau ibu garang ayh lak tak garang, baru boleh kawal anak..klau dua2 tak garang payah.. nati anak nakal sb tak takut sesiapa kan susah juga?

lgpun budak2 akan ubah2 kelakuan dia.

isabelle frankly said...

tahap mokhsa, dik. bukan moksha.
moksha tu = geMOKnya SHAyer.
Hahahaha

#carigaduh

ADLIL RAJIAH said...

Zawani,
u mean, baby haikal & hubby ke? ;O

Aisy,
betul la tu. tapi tahap kejelesan di luar kawalan bila diorang berpeluk. Haha

Kak is,
Ha'ah memang pon. Tapi dah terbiasa sebut moksha instead of mokhsa dari dulu. Hahah.

Amalina Ali said...

HAHAHAAAA... tak tahu nak kesian or nak apa. yang pasti skrg ni nak gelak sampai guling2. HAHAHAHA...

Lawak la akk ni. :)