Kenali ASTHMA

Korang tau la kan. Aku ni pengidap asthma dari kecik. Dan sampai sekarang Alhamdulillah masih mengidap. Heheh.
So bila aku kena asthma attack, ni reaksi biasa yang aku terima.

Tu la minum air sejuk lagi
Tu la main hujan lagi.
Tu la kahak banyak sangat.
Tu la suka main panas.
Tu la suka travel sana sini. Duduk je la dediam kat rumah.
Tu la rumah tak bersih, persekitaran tak hygiene.
Tu la tak jaga makan.

Derrrr.....aku yang sakit, aku jugak yang salah ke?
Cuba la kesian sikit.
Bagi duit raya ke, buah tangan ke. Ehh?

Sumpah aku memang dah lali sesangat dah dengar reaksi-reaksi sebegitu.
Dan bila orang cakap-cakap camtu, aku sedar ramai nya orang yang TAK TAHU sebenarnya pasal asthma. Yang kau tahu, asthma tu lelah, asthma tu sempot, asthma tu penat, asthma tu sesak nafas.
Itu je. Ape pon tak boleh.

Sampai kengkadang aku rasa sakit hati pon ada.
Siap salah-salahkan aku pulak bila aku asthma.
Helloooooo..asthma ni diwarisi ok.
Sama la macam kau mewarisi rambut kerinting dari mak kau, gigi jongang dari bapak kau. So aku pulak mewarisi asthma ni dari kedua-dua family belah mak bapak aku.Tolonglah fahammmm. Takkan aku nak marah Tuhan pulak bagi aku asthma. Pernah la jugak dulu marah-marah sikit. Tapi sekarang dah redha dan insaf. Huhu.
 Anggap je la asthma ni sebagai bonus. Eh boleh jadi bonus pulak tetiba. Bonus ape ntah aku pon tak paham. 

Ramai jugak aku kenal orang yang mengidap penyakit macam aku ni. Dan kebanyakannya pon mengadu benda yang sama. Ramai yang tak faham asthma. Siap ada member aku sorang tu siap mak dia salahkan dia sebab lembapppppp sangat bergerak. Buat kerja lembap, berpikir lembap, stadi pon lembap. Bila dia ngadu malam susah nak tidur, kau tahu mak dia cakap apa?

Haa tu lah kau. Kuat berangan! Malam tak tidur. Pastu siang kuat tidur.

Hadoiii berkerak telinga aku dengar.
Apa jenis mak tah mak dia tu. Tak paham ai.
Padahal mak dia tahu dia ada asthma, tapi tak faham asthma tu camne sebenarnya. Aku dah suruh dia explain kat mak dia. Tapi mak dia tetap lagu tuuuuu jugak.
Haih kah sih han...

Aku pon kengkadang ade je tersentap dengan kata-kata orang tentang asthma ni. Tapi buat tak tau je la. Dah lali katanya. Biarlah orang nampak aku happy-happy, tapi sebenarnya aku nak bernafas pon sesak-sesak je. Tak pelah biarkan.....

So tu la tujuan aku nak up entry ni hari ni.
Kepada mak bapak yang ada anak asthma, abang kakak yang ada adik asthma, suami yang ada isteri asthma, atau sesapa je lah yang ada family asthma, aku harap korang baca entry ni sampai khatam.
Walaupon agak panjang berjela kot entry ni. 
Sila lah tapaw cikedis ke kacang menglembu ke sambil-sambil scroll down baca entry ni. Seyes aku nak bagi info baik punya untuk korang. Korang mampu mengubahnya. Tetiba.


Apa tu asthma sebenarnya?
Asthma tu ekceli alahan atau orang kampung cakap allergy. Sama macam kau alergik makan telur. Kalau kau makan jugak, kang naik merah-merah ke gatal-gatal ke biji-biji ke kat kulit kan. Tak pon kulit bengkak, mata merah tetiba kan. Hah sama lah ngan asthma. Kalau ter-exposed kepada sesuatu yang kau alergik, maka terjadilah asthama attack. Cuma kalau alergik makan telur merah-merah kat kulit tu, visible. Kau boleh nampak. Tapi asthma tak nampak, sebab efek dia kat peparu atau trakea atau salur nafas lah senang cakap kan.

Contoh, macam pengidap asthma tu alergik kepada debu. So bila dia ter-exposed kat debu je, peparu atau salur nafas dia akan membengkak dan sempit. Maka otomatik jadi sesak nafas. Hah begitu lah kekdahnya. Kalau kes alergik makan telur tadi, pastu naik merah-merah tang kulit, kau boleh sapu krim ke amik injection ke hape untuk redakan kan. So sama la dengan asthma, mesti ada rawatan untuk redakan alergik tadi. Tapi takkan kau nak sapu krim kat peparu pulak. Takkan dapat der..

Jadinya orang asthma tersebut perlukan rawatan yang seswai.
Yang paling common, ialah inhaler.


Haaa ni memang common gila la untuk orang asthma. Dalam drama tibi pon selalu tunjuk bendealah nih. Kalau ada babak sempot je otomatik pelakon tu akan sedut-sedut inhaler nih. Yang lawaknya, teknik diorang pakai pon salah. Kah kah.
Tu la. Sape suruh tak panggil aku je berlakon. Aku bukan minta bayaran tinggi mana pon. Huhuuuu diva sangat. Geli peparu aiii.

Aku pon ada banyak koleksi inhaler nih. Semua kaler aku dah ada. Dia lain kaler lain maksudnya taw. Hok tu ko boleh tanya doktor pakar la ye. Aku hafal maksud kaler jalur gemilang je. Patriotik sangat haha.

So inhaler ni dipakai waktu kena asthma attack yang manja-manja. Kalau dah rasa macam tekak macam dah berabukkk je kan. Nak bernafas pon macam hidup malu mati tak mahu saje kan, haa cepat-cepat la pakai inhaler ni. Macam first aid la ni kengkonon. Tapi teknik kena betol ye. Kalau teknik tak betol, kau sedut la lapanplohnam juta kali pon, lagu tuuuuu jugak.

Kalau asthma yang lebih tinggi martabatnya, inhaler dah tak jalan (macam aku), doktor akan provide accuhaler/seretide pulak.

  Hah yang ni lebih berkesan untuk aku.
Dia dalam bentuk powder. So sekali kau sedut tu, rasa macam sedut tepung gandum gitu kan. Haha. Memang hampeh la sikit rasanya berbanding dengan inhaler tadi (bentuk gas).
Tapi aku prefer yang ni sebab packaging dia bergaya la sikit kan. Nak letak dalam handbag pon tak rasa bersalah. Nak sedut-sedut depan public pon dengan penuh gaya dan keyakinan. Haha.

Tapi kan aku ada satu cerita sedih. Ni berlaku beberapa tahun dulu la masa aku muda remaja lagi. Pernah sekali tu cikgu rampas accuhaler ni sebab dia ingat mekap! Apakah patut?? Patut ke kentot namanya tuh?
Time tu aku rasa macam teranaiya sangat. Aku cakap kat member aku, aku perlukan benda tu. Itu ubat asthma bukan mekap. Member aku tu boleh buat derrkkkkkkk je. Sadis gila keadaan aku masa tu. Last-last aku biar je accuhaler tu kat cikgu tu. Aku tak mintak balik pon. Balik rumah, aku suruh Mama beli accuhaler baru. Senang je pon solutionnya. Tadi macam sedih sangat cerita kau. HAHA.

Oh untuk info korang, accuhaler ni pakainya tak sama macam inhaler tadi. Kalau inhaler pakainya waktu kena attack manja-manja, maksudnya when necessary la kan, tapi accuhaler ni kena pakai setiap masa. Tak kira lah kau kena attack atau pon tak. Wajib pakai. Aku pakai dua kali sehari. Tapi kengkadang ponteng pakai sekali sehari je. Lalalala~
So accuhaler ni macam protection la. Dia sentiasa make sure peparu/salur nafas ko kembangggg je. Walau kena debu ke, bulu kucing ke hape ke, ko yilekkkk je. Tak sesak nafas pon. Heiiibat bukan?

Dan last sekali, kalau asthma kau dah tahap moksha sangat. Dah terasa macam nyawa dihujung tanduk gitu kan. Kena lah pergi buat nebulizer kat klinik/sepital berhampiran.
Aku memang ada satu machine nebulizer ni kat rumah. So kalau kena asthma attack, macam gambar bawah ni la keadaan aku. Bertukar jadi Darth Vader tetiba.
Gambar ni aku amik kat gugel je.


Ada nebulizer ni senang. Lebih cepat menenangkan. Tapi menurut Dr.Hamidah, pakar yang selalu check aku sejak kecik, dia kata orang asthma yang ada nebulizer ni la yang paaaaaaling bahaya. Hohh. Sebabnya, bila asthma attack sikit, sedut nebulizer, sempot sikit, sedut nebulizer lagi. Makin kerap sedut nebulizer ni, makin sempit salur nafas kau sebenarnya. Prosedur yang betul ialah, pakai nebulizer ni setiap 6 jam sahaja. Kalau dalam masa 2 jam lepas buat nebulizer tu rasa sesak lagi, jangan amik nebulizer dah, pergi sepital injek steroid. Sebab kalau kau pakai nebulizer jugak, hmmm jenazah la jawabnya. Na'uzubillah la kan. So kena beringat bila ada barang nebulizer nih. Tak berguna jugak kengkadang benda godang nih. Hehe.

So itu saje lah yang aku boleh share, based on experience sendiri la kan.
Kalau rawatan secara tradisional, orang kata minum lendir belut la, getah betik muda la, madu asli la, minyak habbatussauda la.
Semua aku dah try, tapi tak work pon kat aku. Mungkin aku ni tak berapa tradisional kot. Haha.
Oh lagi satu, kalau kena asthma tu, amalkan baca ayat dalam surah yusuf kot tak silap aku. Yang bunyi dia,

Washifaa ullimaa tissuduur..
Maksud dia, Lapangkanlah/Sembuhkanlah penyakit di dalam dadaku..

Sambil baca tu kena yakin, Allah akan sembuhkan.

Asthma ni memang tak boleh hilang tapi boleh kawal.
Dan dalam nak mengawal tu, pesakit asthma ni sesangattttt la memerlukan kerjasama orang disekelilingnya. Terutama keluarga lah. Kalau keluarga pon tak faham, kita putus saudara saje lah. Haha.
Memula family kena faham, orang yang hidap asthma tu alah kepada apa. Dan cuba la avoid benda-benda tu semua dari mendekati orang yang asthma tu. Contohnya aku, alah kepada debu, asap rokok, segala jenis asap sebenarnya, bulu kucing, debunga (pollen), perubahan cuaca, perubahan kelembapan dalam udara. Kalau ada je benda-benda ni semua, hah standby lah nebulizer segala kat tangan. Heheh.

So cuba pastikan apa faktor yang menyebabkan asthma kat ahli keluarga korang tu, dan try kawal. Kalau boleh kawal, insyaAllah orang tu boleh hidup macam biasa. Satu lagi aku nak ingatkan, asthma attack SELALUNYA datang pada waktu malam. Macam aku, selalu kena attack dalam pkol 3-4pagi gitu. Time tu la hazabbbbbnya macam nak mampp!
So tolong la faham. Dia selalu attack waktu orang tengah sedap tidur. Tu yang banyak kes, tak sempat pape, terus kiok. Dulu-dulu aku pernah rasa teranaiya jugak bila malam-malam kena asthma attack aku macam nak mati sengsorang struggle nak bernafas. Sebab orang lain semua tengah tidur. Nak kejut memang tak mampu, dah nak bernafas pon susah, nak kejutkan orang cemana pulak.

Bila dah pagi subuh tu, baru aku bagitau Mama/Daddy aku sempot, nak pegi sepital. Asthma ni bila matahari terbit je, dia akan ok balik. So bila Mama/Daddy tengok aku okayyyy je, terus kata mengada-ngada, sempot sikit nak pegi sepital. So akuuuuu jugak yang teresak-esak kat situ sengsorang, malam besoknya sesak nafas lagi. So "bukti" tu datang waktu orang tengah tidur. Dah tu cemano??
Bila Dr.Hamidah tu explain kat mak aku pung pang pung pang, sekarang baru dia faham dan sayang aku lebih sikit. Kekeke. Aku belom cakap nak pegi sepital, dia dah book appointment ngan Dr.Hamidah sesiap. Hihi. Sayang Mama kita.

So aku nak nasihatkan kat orang asthma, kalau malam sebelom tidur tu kau dah rasa sesak semacam je, bagitau sesiap kepada sesape yang berdekatan. Kalau boleh suruh orang tu teman kau tidur sebelah. Kang kalau sesak nafas tetengah malam, senang kau nak gerak orang tu untuk mintak bantuan. Kalau dah kawen takpe, ada teman tidur. Tapi yang bujang, alone and lonely tu, sila take note.
Aku dulu masa bujang, bila sesak nafas memalam aku inform kat boypreng. Kah kah kah. Memang BANGANG la sape ikut perangai aku ni. Kalau kena attack tetiba bukan boypreng tu boleh tolong pon. Setakat hantar SMS,

Abam harap sayam dah ok. Abam risau ni. Semoga cepat sembuh.

Derrrrrr kalau boypreng ko Pejai Tohir sekalipon, dia memang tak boleh pakai langsung tatkala asthma datang menyerang okayyy.

So kesimpulannya, orang asthma ni bukan la OKU atau tak cukup sifat ke hape yang perlukan orang sekeliling dia untuk papah dia ke dukung dia ke tolak wilcha ke. Tak mintak pon dilayan macam ratu, cuma perlu difahami je. Jadi, takmo la sindir-sindir dah ok. Aku ni takpe lagi dah lali kena sindir. Yang aku kesian, bebudak kecik yang ada asthma tu kan. Kesian ok. Aku faham sangat perasaan diorang bila orang kata lembap la, mengada la, kuat berangan la, pemalas la. Pempaham je la orang asthma memang selow sikit. Aku pon sama lembappppp manjang. Blurrrrr manjang. Keh keh keh. 


Kalau suka boleh LIKE, Kalau tak suka boleh jalan. Heheh

11 comments:

Seni @ Nana @ Yus said...

nak tanya skit..
masa muda saya takde asma.. pastu lately sejak dh gebu ni.. hahaha.takmo ngaku dh gemuk. hari tu batuk, so ckp kt doktor nk ubat batuk. tapi batuk macam tak sembuh.. then malam2 rasa mcm semput or sakit dada je. ni petanda asma ke? ade baca kt satu blog doktor ni kata petanda sakit jantung.. erm.. taktau nk g klinik lg ke tak ni.. huhu.. tlg reply asap ye. (dah mcm doktor lak u ni.. hahaa)

dari sisi hidupku said...

akak klo macam saya ni masa kecik selalu masuk hospital sedut nebulizer kot,ntah x ingat masa baby tapi alhamdulillah sekarang x de dah asthma tu. Ada orang kata possibility untuk kena attack balik tu ada. Tapi klo lepas jogging tu mengah la juga.

ADLIL RAJIAH said...

Seni Nana Yus,
Ermmm tak tau la pulak nak cakap camne. Hihi. Tapi kalau asma memang complimentary dengan batuk. Pakej combo bucket. Haha. Tapi kena check dengan pakar la rasanya. Buatla xray ke ape. Baru boleh tau ape punca. Batuk2 lama2 pon bahaya jugak.

Dari sisi hidupku,
Ha'ah betul la tu. kalau dah ade rekod asthma, mmg ade possibility kena balik. mmg takkan hilang. tapi awak kena tau la apa faktor yang buat awak asma. debu ke, cuaca sejuk ke, kucing ke. so avoid la benda2 tu. insyaAllah takkan datang la asma tu. btw, pelari pecut terheibat seantero dunia pon mengah lepas lari dik oiii. Ini kan engko yg lari setahun sekali tu. standard kottt. hikhikhik. kalo asthma attack, duduk berpeluk tubuh pon mengah. heheh

Unknown said...

Assalamualaikum..akak! Sy salah sirg pengidap asthma dr kecik smpai skunk...haha..mase kcik asek msuk spital jek!..haha..siap pakai machine oxygen macam org nazak gituu..haha..tp tu la..org xbpe pham kte..slalu jgak kene attack asthma nie malam buta...mmg cuak nk2 kalo inhaler or accuhaler xde..pergh!! Mmg ase mcm nk GoDai jek..haha...byk bnde dh bt..xjalan gak..trpksa la..hidap asthma smpai skunk..kehkehkeh

Unknown said...

Assalamualaikum..akak! Sy salah sirg pengidap asthma dr kecik smpai skunk...haha..mase kcik asek msuk spital jek!..haha..siap pakai machine oxygen macam org nazak gituu..haha..tp tu la..org xbpe pham kte..slalu jgak kene attack asthma nie malam buta...mmg cuak nk2 kalo inhaler or accuhaler xde..pergh!! Mmg ase mcm nk GoDai jek..haha...byk bnde dh bt..xjalan gak..trpksa la..hidap asthma smpai skunk..kehkehkeh

Bookids Edutoys said...

Salam..
sy nak share pengalaman my boss
ceritanya dulu2 mmg ada asthma teruk dari kecik..sejak umur 20-an dia start berenang setiap hari (bukan berendam tau)..skrg Alhamdulillah dia dah xde asthma..

Unknown said...

Mcm aku ni jugak mengidap asma.dulu kecik2 xde asma.dh besar ni plak kena.aku mmg x fhm dgn pyakit yg xde ubat nak mengubatnya 100%.aku rndu nk mnum milo ais mcm dulu2.skrg ni dh terlampau byk mkanan dan mnuman yg pantang.stiap hari aku google dlm internet minuman2 ais yg sedap2.mmg terliur aku tp nk buat mcm mane.rasa mcm dh xde nikmat hidup ni bile ade pyakit ni.hmpir stiap hari aku kena pakai turbohaler.(sedut serbuk wrna putih merah).yg pastinye dh x bole aktif mcm dulu lg.pernah aku rase mcm nk bunuh diri je sbb pyakit ni.

azizah said...

anak akak pun kena attack asthma... umur 6 years nie dia da diberi doktor pakai seretide. hari hari kena guna.. ya betul cakap adik tu asthma is one of allergic simptom. macam anak akak.. bila exzema dia menyerang outomatically astma attack... kesian . akak tak tidur malam sebab takut dia semput tgh malam sbb asthma nie worse bila tgh malam.. scared kalau dia tak bangun langsung.. i could not imagine.. inilah pengorbanan kita sebagai ibu... akak harap adik tabah ya. byk byk berdoa supaya adik dilimopah rahmat dan kesihatan yang baik amiin.

Unknown said...

Sama mcm sy kena masa dah besar..now bergantung dgn turbohaler..sedih sgt rasa

Unknown said...

Sama mcm sy kena masa dah besar..now bergantung dgn turbohaler..sedih sgt rasa

Unknown said...

smoga sihat slalu ya....bgus sharing ni..puan dh pakai penapis udara ??kat umah dah ade ke pasang cuckoo ?kalau belum sy bole bantu...nak pasang yg C model penapis udara tu bole sgt...sy uruskan pemasangan seluruh malaysia ...sabah srwak pun bole sbb order online je..dlm 48 jam ready dh utk staff dtg pasang.... penapis udara sgt bagus utk org ade asma tau..tapis kuman dn habuk tu....
Bila2 senang bolehlah layari fb sy https://www.facebook.com/pg/sue01116930576/posts/?ref=page_internal


semua promo cuckoo ade dlm tu...dan skrg cuckoo jugak offer sanitasi service tauu...boleh wsp sy 011-16930576.

antara langkah pencegahan asma adalah make sure rumah ade penapis udara..yg ni byr bulanan 70 lebih saja tidakla mahai dn membebankan tp bermanfaat kan utk menapis habuk dn kuman di udara..semua client sy sgt suke sejak pakai filter c model ni sbb udara makin bersih dn anak pun sgt kurg asma dn selesema.....akak bole pm sy ya...