Weekend bila tah hubby bermurah hati nak belanja makan malam kat luar.
So hoyeahhh tak payah masakkkk!!! Heheh.
Dengan penuh bersemangat, aku pon bersiap-siap sambil nyanyi
Mariiilah pergi hari-hari! Maaarilah pergi hari-hari!
Kenapa tah, bila happy je otomatik ternyanyi lagu nih.
Dan oh rupa-rupanya hubby nak bawak aku makan kat Puncak Mutiara Cafe kat Permatang Pauh. Apa? Tempat makan yang sedap tu?
Tempat yang pernah masuk JJCM tu?
Tempat yang ada nasi beriani kambing, lembu, ostrich, rusa, ayam tu?
Tempat yang...yang...yang.. ermmm *air liur meleleh*
Hubby dah dua kali makan kat tempat ni. Majlis ape tah dengan kompeni dia lah.
So bila makan dengan kompeni, mesti la bini dibiarkan saje di rumah makan maggi goreng 2 bungkus campur telor mata berseorangan sambil tengok semanis kurma sorang-sorang. Sadis bila terkenangkan situasi begitu.
Tapi bila hubby balik dari dinner mesti nak surprise bini dia dengan sebungkus Nasi beriani paha kambing dan nasi beriani ayam, maka terloncat-loncat kegembiraan si bini.
Terus melahap nasi beriani kambing dan ayam yang ditapaw oleh hubby sambil pura-pura muka emo kengkonon belum makan dari tadi.
Walhal dah makan maggi goreng 2 bungkus. Dugong pon boleh kenyang makan maggi 2 bungkus. Tapi engko, nasi beriani + maggi, belum tentu kenyang. Heheh.
Eh ahkak kan breastfeed Baby Haikal. So ahkak kena makan untuk 2 orang la.
Ok sekarang korang faham kenapa hubby selalu taknak bawak aku pegi join dinner dengan kompeni dia kan. Kang bini buat perangai melahap macam bela jin aprik ke hape buek maluuuu yo!
Akhirnya berpeluang jugak aku sampai ke tempat makan sedap yang digembar-gemburkan warga Penang ni.
Hubby order ni. Nasi beriani paha kambing.
Hamik kau paha kambing dah macam paha manusia aku nengok.
Hamik kau paha kambing dah macam paha manusia aku nengok.
Aku order nasi beriani ayam. Aku makan sikit je malam tu. Sebab diet.
Walaupon 70% dari paha kambing hubby masuk kat perut aku. Hak hak hak.
Walaupon 70% dari paha kambing hubby masuk kat perut aku. Hak hak hak.
Ni Baby Haikal punya.
Kitorang try suap dia Nasi beriani tapi dia tak suka. So order
Fish & Chips saje lah. Tu pon ade dua keping fish fillet, satu Baby Haikal makan, lagi satu masuk perut aku jugak.
Malah french fries juga sesat ke dalam perut aku. Hihok hihok.
Beberpa minit kemudian..
Ini sahaja yang tinggal..
Lepas makan, kitorang lenggang perut dulu, kasi lancar sikit penghadaman kengkonon.
So hubby ajak aku round-round sekitar Puncak Mutiara Cafe ni.
Besar rupanya tempat nih!
Yang istimewa dengan tempat ni, semua daging-daging yang dijual adalah sangat fresh. Sebabnya, binatang-binatang tersebut dibela kat belakang kedai tu je.
Kandang-kandang kambing lembu rusa arnab ostrich segala ada je kat dalam Animal Resort tu.
Dah macam zoo pon ada.
Seksinya kambing yang tergantung-gantung ittew! Nak aum aum rasa. :P
Aku lagi terkejut bila tetiba ada sejibik banglo terpacak kat dalam kawasan kedai tu.
Rupanya owner dia punya rumah daaa.. Gedabak besauu.
Elok la tu, senang family dia nak makan.
Keluar rumah je, paha kambing satuhhhh!!
Dah penat berjalan, kitorang pon balik.
Sesampai kat rumah, masing-masing terbongkang sambil mimpi paha kambing. heheh
So korang kalau mai Penang, jangan lupa datang Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet, Permatang Pauh ni okayyyy.
3 comments:
athidean,
kannnnnnnn..rasa nak pegi hari2 pon ade. haha. tapi masa kitorang pergi tu cepat je servisnya. xtau la mungkin orang tak ramai ke ape. tapi tengok macam full house je. :P
ahkak, ini puncak mutiara cafe kat kondo mutiara tu ke?
fatenn,
kondo mutiara tu kat mana? ni dekat kampung pelet, permatang pauh.
Post a Comment