Selalunya "malam raya" dan "pagi raya" je yang orang selalu sebut.
Kesian "petang raya" asik dilupakan begitu saje.
Ku sangka panas hingga ke petang rupanya lagi panas di tengahari.
*mukaddimah apetah merepek kerepek nampak sangat ketandusan idea*
Kalau sebelom ni hanya ada aktiviti malam raya dan pagi raya, tapi kali ni kitorang tambah lagi satu. Aktiviti petang raya.
Apakah aktiviti yang dimaksudkan?
Main mercun di petang raya?
Membakar lemang dan mengacau dodol sambil gangnam style?
Atau menganyam ketupet?
None of de above. Heh.
Main playground la. Baru urban. Hihik.
Santai habis la Aqil letak tangan gitu. Macam dah biasa sangat je main jongkangjongket kat rumah sambil kunyah kuaci.
Lawan ngan Pak Uda (Adan).
Aku seriauuuu je tengok budak dua orang ni kemain kompiden duk atas benda nih. Pastu sesuka hati main lepas-lepas tangan. Huiiiiiiyai. Takut tergedebuk kang susah.
Lola yang sepanjang masa duk mengrekod video dua orang cucunya.
Pastu gelak sengsorang bila tengok balik video yang dia amik. Padahal dah berapa kali replay tah.. Haihhh lola lola..
Tah habis-habis nak gambar berenam.
Hah tepi tepi! Atok pulak nak main!
Atok pon lebih kurang la sama spesis macam Lola tadi. Keterujaan di luar tabi'i bila dua orang cucu berada di depan mata. Haihhh...
Muka bosan asik main jongkang jongket.
Cuba la ajak main polis entri wan tu jaga ke hape kan.
Along Kaklong Aqil dating bertiga.
Ni ape kejadahnya hubby naik jongkangjongket begitu?
Bontot dah lebar lettewww. Hihiks
Kita layankan je la dua orang ni.
Sanggup cramp urat saraf dukung cucu-cucu debab naik boyan.
Sementara atok dan lola leka melayan cucu, para mak bapak ambik kesempatan untuk lupa diri sebentar.
kupu-kupu cinta cit cit cit aww!!
Adan juggling. Besar pembohongannya di situ.
Okay Raidoo punya nampak realll sikit.
0 comments:
Post a Comment