Dah lama aku tak cerita pasal perkembangan Baby Haikal.
Kalau dulu tetiap bulan aku tadah cerita Baby Haikal.
Dari tak pandai apa-apa, pastu pandai meniarap, pandai isap jari, pandai gelak, pandai main toys. Segala benda la aku mesti nak bagitau kome-kome semue.
Dan akhirnya cerita perkembangan Baby Haikal setop sampai umur 6 bulan saje. Sebab lepas tu, maknya dah malas. Haha.
Dan sekarang Baby Haikal dah pon 9 bulan. Lama betoi mak kau malas, sampai 3 bulan.
Bila dah 9 bulan ni, memang terhakis la jari aku kalau menaip setiap satu perkembangan Baby Haikal.
Tapi yang paling signifikan adalah, Baby Haikal dah boleh duduk sendiri.
Sambil duduk boleh berjoget goyang bontot bila lagu fevret sedang ke udara.
Pastu dia dah start memanjat-manjat dan meniti.
Dulu aku tak paham bila orang kata baby dah start meniti. Ape jadahnya meniti tuh? Kot la dah pandai main jarum peniti ke hape kan. Dan sekarang baru aku paham apakah maksud meniti. Kah kah kah. Agak loser di situ.
So meniti tu maksudnya berdiri sambil memegang sesuatu (meja ke kerusi ke bontot mak ke) dan kaki melangkah sikit-sikit sambil tangan masih berpaut kat sesuatu tu tadi.
Wah terhebatlah deskripsi kau!
Selain itu, Baby Haikal dah reti kunyah makanan. Senang kerja maknya. Tak payah nak blender-blender. So bagi je makan lamb chop sekeping. Kompom kunyah dengan lajunya. Eh, itu aku. Heheh.
Tujuan sebenar aku menulis entry ni adalah kerana ingin menunaikan permintaan seorang reader yang mintak aku tunjuk pics baby cot yang aku menang contest Nestle hari tu.
Okay jadi apakah kena-mengena mukaddimah aku tadi dengan baby cot Nestle?
Korang akan tahu di hujung entry kelak. Eceh.

Ni masa terima hadiah tu.
Lori Nestle siap hantar depan rumah aku kat Penang tuuu.
Lori Nestle siap hantar depan rumah aku kat Penang tuuu.
Sekali dengan stroller segala lah. Yang tak tahan tu siap wrapped cecantik bersama riben bagak setepek. Hebak ah!
Petang tu terus hubby start pasang-pasang.
Aku and Baby Haikal tolong bagi semangat sambil kupas kuaci sebelah hubby.
Punyalah lencun-lencun hubby pasang baby cot ni. Sebab bendealah ni berat gila. Structure dia solid wood plus tilam latex. Memang stok patah bahu la kalau aku yang angkat.
Dan akhirnya walahhhh!
Perasmian Yang Amat Berhormat Si Kecik.
Bantal kau takde yang lagi besar ke yang?
Aku sengaja letak bantal aku. Sebab Baby Haikal memang nak bantal tu je, baru dia betul-betul boleh tidur.
Kalau bantal lain, tak sampai patbelas menit, terjaga balik.
Mungkin dia nak kan bau aku kot. Sebab aku rajin pakai Rejona kot. Heh.
Beberap minggu selepas tu, Baby Haikal dah mula tunjuk skill baru dia.
Memula melutut.
Last-last berdiri!
Atau kata lain, meniti. Nak jugak meniti. -..-
Mulai saat tu, habis semua sofa, meja makan, almari, semua dia panjat.
Kaki aku pon dipanjat, walaupon paras lutut aku je. Hihi.
Panjat lutut aku tu maksudnya nak mintak dukung ok.
Kalau tarik baju/seluar aku maksudnya nak mintak nenen.
Kalau tarik rambut aku maksudnya nak mintak kena marah. Begitu.
Eksaited bebenor dapat berdiri.
Sambil berdiri, sambil tergelak, sambil terlompat-lompat.
Begitu la eksaited dia.
Tapi lately, Baby Haikal macam dah taknak tidur dalam cot tu.
Nak jugak bawah keti mak.
Masa dapat cot ni, mau la jugak dia tidur dalam tu. Tapi lama-lama mana mau dia.
Baru aku and hubby nak feeling-feeling pengantin baru tetiap malam.
Dah tu kalau Baby Haikal nak menyempit jugak, mana dapat derrrr. =P
So cot tu jadi tempat dia main-main je.
Tak pon tempat layan kuping-kiping.
Dapat kuping-kiping, terus terkesima layan cerita tu.
Haha
Tapi kalau time dia nak tidur, jangan harap nak lelap dalam cot.
Nak jugak lelap sambil nenen celah keti maknya.
Dan semenjak dua menjak ni, Baby Haikal ada habit baru masa dia nak tidur.
Sambil nenen, dia suka gosok-gosok perut/lengan aku. Tu yang kengkadang memang aku yang tertidur dulu. kah kah kah
Tapi kengkadang dia suka main "tukar tune" jugak.
Tak paham?! Eheheheee.. ;)
2 comments:
tukar tune tu ape dear hehe...
ceh ulit mak dia tdo ehhh :D bagus2
Nanti Dni dah ada baby sendiri, Dni akan tahu. Hahaha
Post a Comment