Finallyyyyy muncul jugak cerita shooting bersama Leya HotFM yang dipomishkan sekian lama. Macam yang dah dimaklomkan sebelom ni, aku menang Contest Warisan Bijak Ibuku.
Makanya 2 minggu lepas, aku telah mengredeem hadiah-hadiahnya bersama keluarga terchenta. Kitorang dapat penginapan 3 hari 2 malam kat Presidential Suite kat Putrajaya ShangriLa.
Aku mendengar desas desus desis mengatakan Presidential Suite ni costs RM2000++ satu malam. Hoiiii ape mahal nau?? Kalau tak kerana menang, tak kuasa aku nak bayar semahal itu untuk menginap di hotel ni walau hanya satu malam. Lebih baik bayar down payment kereta baru. (eh motippp?)
Memula depa cakap penginapan ni untuk 5 pax sahaja.
Tapi last minit, diorang cakap untuk 7 pax pula.
Eh eh boleh tukar-tukar pulak eh?
Apsal tak tukar kepada 20 pax je terus? Haha.
Biasalah melayu, bagi betis nak drumstick!
Bagi drumstick nak chopstick! Ehh?
Penginapan tu termasuk lah dengan breakfast, lunch dan dinner.
Maka mendugong lah kami sekeluarga di sana. Menadah peruttt je manjang.
Tambahan pula (ewah tambahan pula!), kitorang dapat jugak spa treat untuk 3 pax. Woh woh woh. Bertalu-talu pulak hadiahnya bergolek!
Tapi untuk entry ni aku stowy pasal shooting tu je la dulu ye.
Pasal penginapan bersama keluarga & spa treat tu, lain kali saje lah.
Zaman bila nak up cerita tu aku pong tak tahu.
Dah takut nak pomish. Wakaka
Hari pertama kitorang kat ShangriLa penat bershooting sahaja lah.
Shooting untuk apekah?
Untuk segmen selingan program Wanita Hari Ini 5 Julai nanti.
Oh dan aku juga akan ke studio dan diinterview secara siaran langsung 5 Julai tu nanti. Kecut-kecut jantung ai... Nebes!
So bila kitorang sampai hotel, nak check in je, semua krew hotfm dan wanita hari ini dah terpacak kat situ. Dan mereka agak terkejut sebab aku bawak sebatalion! Haha

Nah sekamponggg aku angkottt!
Ni personal greetings dari general manager ShangriLa. Terima kasih lah encik sebab layan kami dengan baik. =)
Start dari saat check in, sampai la ke sudah, kamera duk mengekor je lah buntutku kemana-mana pong.
Haaa kan.
Pastu aku pong dah tak tahu nak taip ape sebenarnya kan.
Haaa kan.
Eh korang tengok gambar je lah. Haa kan. -..-
First time jumpa Leya HotFM, tapi gaya macam dah lama kenal.
Sebab she's toooo friendly. Retiss kott.
Briefing session by orang HotFM.
Lepas check in, lunch timeeee!
Aku sengaja skip breakfast pagi tu sebab nak tadah perut time lunch kat sini.
Boleh?
Aku sengaja skip breakfast pagi tu sebab nak tadah perut time lunch kat sini.
Boleh?
Bila ada retis, seolah-olah makan tak basah, tidur tak lalu. Ehh?
Haa kan haa kan. Terus tak keruan.
Macam mimpi pulak ada retis depan mata yang selama ni duk tengok dalam tibi, dengar dalam radio. Tapi sekarang ada depan mata woh woh siap boleh main sep sep sep tom tom tom.
Penyokong setia.
Lepas shooting makan dengan Leya, aku makan lagi sekali dengan family pulak.
Haa kan. Dua kali makan lunch.
Nak cakap perangai dugong macam tak kena, macam walrus la baru tepat kot.
Makanan dia, tak payah cakap lah kan. Sehingga menjilat jari kaki!
Haa kan. Perangai cam hape kan. Walrus pon tak makan pakai kaki.
Jelina Juling mintak air lebih. Kau bajet ni kedai mamak ke nak jerit BHAIYA! SKYJUICE SATUHH!
Elok la dua orang ni bertemu. Memang cakap tak putus la kan.
Dua-dua banyak cakap.
Ada sesape nak offer Mama jadik DJ tak? Haha
Lepas makan, diorang hantar kitorang ke Presindential Suite pulak.
Part yang paling tak sabar everytime duk hotel adalah terjun katil. Haha.
Terjun katil ok. Terjun dan berenang. Dia atas katil.
Heaven gillllsss.
Beberapa lama kemudian, Baby Haikal dah start hok hek hok hek.
Nasib baik Leya sangat understanding, tetiba dia suruh semua krew keluar bilik kasi masa untuk aku menyusukan Baby Haikal. Bagushhh!
Baby Haikal tengah isi minyak.
Part ni paling lawak. Bila nenek request nak bergambar dengan Leya.
Pastu selamber nenek tanya Leya, "Ni yang selalu masuk tibi tu ko? Nenek selalu tengok jugak ekau dalam tibi kek rancangan yang pagi-pagi tu apotah namo eh. Tu yang dari tadi nenek tengok kau macam kona yo tu."
Ye la nek.. Dah namo eh artish. memang la kona.
Kenapakah mulutku begitu?
Sebanarnya dalam mulut tengah penuh dengan kudapan. Haha.
Mengunyah 24hr je lah keje kau. Dugong dugong dugong!
Selepas habis meneroka seluruh suite, rest-rest chill-chill kejap, petang sikit, Leya ajak bersiar-siar di taman kat belakang hotel tu.
Tempat yang pengantin selalu buat photoshot tu.
Termasuk la Along & Kaklong. Kannnn? Kekeke.
Haikal dalam stroller tengah membuto!
Setelah penat berjalan, berehatlah sebentar di bawah pondok. Pondok?
Duduk sopan.
Semakin sopan.
Semakin ......! Sampai kantoi pakai jeans dalam dress. T_T
Pastu kena tegur ngan Leya, KENAPA PAKAI JEANS DALAM DRESS??
Alasan: Sebab senang nak breastfeed, selak tanpa perlu mendedahkan rambu ramba kerinting di betis.
Bernas bukan? -__-"
Asik berinstagram saje lah makcik nih.
Instagram lagi.
Si debab baru bangun tidur.
Muka tak paham, eh eh aku kat mana?
Dengar instruction dari tuan direktorr.
Dah tawaf satu taman, ayuh lah kita pulang ke hotel.
Dua orang ni kannnn.. Bercakappppp je lah.
Sila jadi BFF sekarang!!
Sebab aku dah penat mendukung Baby Haikal, maka
"Papaaaa tolong dukung Haikal!"
Heheh
Dan tak lama kemudian Mummy Leya volunteer nak dukung Baby Haikal pulok.
Nasib baik tak kena bayar tips. Hahaha
Dengan itu, tamatlah hari bershooting.
Sangat memenatkan tapi seronok.
Walau terkehel kepala lutut berjalan kesana kesini sambil memikul "sekampit beras".
-__-"
Dan kami pon bersurai. Hug hug kiss kiss, kitorang pon balik bilik.
Ada rezeki, kita jumpa lagi di Sri Pentas nanti ok Leya!
Nanti ai terjah yu kat konti.
*bajet BFF retiss tetiba*
Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Yang penting, aku happy bila tengok Mama pon seronok.
And dia enjoyyyy je sepanjang shooting tu.
Hari ke-2 dan ke-3, aku spend time habis-habisan dengan family terchenta kat hotel ni. Kitorang memang embrace the moment to the max la kan.
Bila lagi nak merasa duk Presidential Suite bagai. Kemon la.
Next entry aku cerita pasal kita-kita sekeluarga pulak okenggg.
0 comments:
Post a Comment