Jonsong Jonsong

Beberapa hari yang sudah, hubby telah meneleponku lalu berkata,
"Sayang ada surat from Johnson's!"

Terus aku teringat kepada sebotol baby lotion yang baru dibeli beberapa minggu lalu.
 Aku cakap kat hubby, aku beli untuk Baby Haikal tapi sebenarnya untuk diri sendiri.
Sebab Baby Haikal pakai setitik, aku pakai bertitik-titik. Kui kui kui.

Kebetulan masa aku beli tu, tengah ada contest ape tah.
Aku pon masuk la. Kah kah kah.
Addicted masuk contest. Boleh?

Contest dia kena tulis satu paragraph tentang anda dan bayi anda.
Oh senang saje tu. Gorengggg!

 Yes, ini cara yang betul untuk pakai losen. -..-


Aku tak expect lah aku menang sebab dia kena submit jugak photo ibu & bayi YANG SEIRAS.
Well, aku ngan Baby Haikal takde la seiras sangat kot.
Bcoz aku kan lagi comel dari Baby Haikal. Ehh? Haha.

Masa aku mula-mula baca surat Johnson's tu, aku kemain marah lagi.
Sebabnya..
 Nama aku salah eja!
Adlil jadi Aolil, Nasir jadi Nasi!! *sejak bila pulak aku jadi anak kepada nasi?*
 Tapi lepas baca surat tu sampai habis, hati kembali berbunga bila surat tu kata aku menang hadiah utama.
Vavava! Kerlasss Mak Jemahhh!


Ehem ehem.. *testing suara*
Maka dengan kemenangan ini, terbukti lah bahawa aku dan Baby Haikal memang seiras. Dengan itu, kepada hubby, sila makan hati.
Nanti Mama dengan Haikal photoshoot, Papa sila main jejauh.
Bahahaha!


7 comments:

Adi Solikin said...

Laaa memang seiras punnnnn... tengok seimbas pun boleh perasan kot. Seiras kat pipi, sama je tombam.
Tak perasan ke?? *muka innocent*
:p

Aishahsofea said...

kelllassss kau jijah..ehh jiji..hoho

ADLIL RAJIAH said...

kak Adi,
Bukan seiras tang pipi je. Tang "6packs" pon seiras kah kah kah

aishah,
jijah? Eh tak kenal tak kenal. ;P

Mardhiyyah Fadzil said...

perghh... kembangkuncup akak dik tgk ko... ngumpol adiah je kaannn.... grrrr.....

tak sabo nak nengok hasil p/shoot.. haha!!

NIZAM said...

pergh! aritu bukan dah menang adiah ke? mmg bertuah. sila masuk sume contest ok. mn tau bole sapu bersih sume adiah2 tu. hehe.

isabelle said...

Setujuuu

yaNa said...

murah rezeki..
slalu menang contest..
rezeki anak.. ;)