Kartun kuno

Ni sambungan dari entry semalam.

 Kalau ikutkan request kat atas ni, beliau nak aku list down
rancangan tibi kegemaran DARI KECIK SAMPAI SEKARANG.
Huishh..aku rasa sampai ke tahun depan pon tak habis lagi aku menaip entry ni kang. Banyak dan tak terkira kottt. 
Maklom la dah 24 tahun tengok tibi. 
Mau aku listkan 24juta rancangan kang.
Muntah korang baca.
So lets narrow down the scope la ye.
Aku akan list kan rancangan tibi febret aku masa zaman kekanak dolu-dolu la ye.
 Kartun-kartun zaman 90s la ni. Tapi top 10 sahaja la ye. 
Kiranya ni seploh yang paaaaling febret la nih.


 1) Thundercats

 Hok ni memang undeniable sangat diminati okayyy. 
Everytime tengok cerita ni rasa macam aku pulak tengah berlawan dalam tu. 
Siap aku and Along ada koleksi patung-patung thundercats ni. 
Pergh paling tak boleh lupa bila dia nak start berlawan tu kan, mula la ayat keramat,
Thunder thunder thunder thundercatsssss!!!!
Sambil angkat pedang sambil guruh kilat sabung menyabung. 
Pastu background song tak tinggal..

♪ ♫ ♪ ♫
Thunder, thunder, thundercats, Ho!
Thundercats are on the move
Thundercats are loose
Feel the magic, hear the Roar
Thundercats are loose
♪ ♫ ♪ ♫

Maka aku and Along pon akan terkinja-kinja depan tibi tu lawan pedang.
Haha.


2) The Flintstones
 
 Ni lagi satu cerita febret. Ape benda tah kartun ni. 
Cerita pasal zaman purba.
Rumah, kereta, perabot, semua made of kayu, tulang dan batu.
Sampai nak naik kereta pon kena kayuh pakai kaki.
 Tak paham aku haiihhh.


3) Scooby Doo

 Cerita ni pon tak boleh blah. Sebenarnya cerita hantu/misteri, tapi banyak lawak la jugak. Sebab Scooby-doo the dog tu, sengal-sengal ubi.
Ni pon aku hafal theme song dia, tapi tang chorus je la..

♪ ♫ ♪ ♫
Scooby-Dooby-Doo, where are you
 We got some work to do now
Scooby-Dooby-Doo,
where are you
We need some help from you now
 Bla..Bla..Bla..
Scooby-Dooby-Doo, here are you
You're ready and you're willing
If we can count on you Scooby Doo
I know you'll catch that villian
♪ ♫ ♪ ♫

Sambil menaip ni pon aku ternyanyi sekali. Haha


4) Ninja Turtle

 
 Yang ni pon aku pernah ada koleksi patung dia.
Sampai dah tercabut kaki, tangan dia segala.
Tapi takde tangan pon still boleh lawan owhh. Sebab pedang dia aku tolong pegang. Bahaha.
 And kalau nak main lawan-lawan dengan Along, wajib ikat kain kat kepala, kunun nak tiru Ninja Turtles la. Padahal nak lawan badminton je. Tak pon lawan congkak. Haha.


5) Ghostbusters

 Hok ni, sampai ke mati pon aku tak lupa theme song dia.

♪ ♫ ♪ ♫
If there's something strange in your neighborhood
Who ya gonna call?
GHOSTBUSTERS!!!
If there's something weird and it don't look good
Who ya gonna call?
GHOSTBUSTERS!!!
I ain't afraid of no ghosts
I ain't afraid of no ghosts
♪ ♫ ♪ ♫ 

Sampai sekarang, kalau tengok Misteri Nusantara ke, The seekers ke, otomatik lagu ni keluar dari mulut. Masuk rumah hantu kat Funfair pon boleh ternyanyi lagu ni. Who ya gonna call eh eh..


6) Sesame Street

Sebab cerita ni la aku boleh hafal ABC & 123.
Bcoz sejak azali sampai ke hari ni, keja depa duk ajar ABC and 123 je.
Karakter paling aku suka dalam cerita ni ialah Count Dracula,
Satu-satunya dracula yang tak hisap darah manusia, malah mengajar manusia mengira 123. Dracula yang mulia.


7) The Simpsons

Dulu aku hairan kenapa the simpsons semua mata bagak-bagak dan terjojol tapi mata aku sepet. Tak boleh terima kenyataan mata sepet.


8) A.L.O.N.G Alonggg!

 Sampai sekarang melekat lagu A.L.O.N.G, especially bila nak panggil along aku.
Mula-mula ALONG je karakter dia, tapi lama-lama ade pulak ANGAH dan ACHIK. 
Start tu, terus bosan je cerita ni. 
Oh korang mesti ingat Siti Sifir kan??
 Pastu bila nak hafal sifir masa sekolah dolu-dolu, mesti nak kena nyanyi macam Siti Sifir jugak. Haha


9) Usop Sontorian
 
 Aku teringat kat satu insiden dulu,
Hubby kenalkan aku kat sorang kawan dia. 
Aku dengar hubby duk panggil mamat tu "Usop". 
Aku bajet nama dia Yusof la kan. 
Tapi bila tengok nama betol dia ***********. Kemain urban nama mamat tu. 
Dan takde pulak perkatan "usop" dalam nama dia.

So I asked hubby,
Aku: Apsal panggil dia Usop. Padahal nama dia lain.
Hubby: Laa sayang tak perasan ke?
Aku: Perasan ape?
 Hubby: Gigi dia kan jongang dan jarang macam Usop Sontorian. Bahaha
Aku: *tahan gelak* Weiii berdosa giler korang weiii Hahahaha


10) Popeye, Road Runner, Tom & Jerry.
Tiga-tiga cerita ni masih dimainkan sampai ke hari ni.
Dulu, Mama nak encourage anak dia makan sayur/spinach, dia mesti cakap, 
"U want to be strong like Popeye? U must eat vegetables."
So terpaksaaaa la menyuap jugak sayur ke mulut. Haha


Dari aku kecik, sampai hari ni, The Coyote still tak dapat tangkap Road Runner. Ape tak penat ke diorang ni main kejar-kejar?


Dari aku kecik, sampai hari ni, Tom si kucing still tak dapat tangkap Jerry si tikus. Walaupon dah tembak guna bazooka. Walaupon dah letop guna bom kuasa patpuloh. Walaupon dah kena renjatan elektrik. Still tak mati jugak depa dua ekoq nih.


Fuhhh..tu je la list cerita febret aku zaman kecik-kecik dulu.
Timo kaseh sudi baco.

5 comments:

Mardhiyyah Fadzil said...

waaahhh!!!!!
like! like! like!

start sesame street dan ke bawah, peberet kita adalah sama!!!

^_^

♥•✿mrs cik@n •✿♥ said...

samelah pebreet cartoon,dah lahir pon tahun yg sama kan..hehe usop tu mesti kwn ff masa kat projek LEKAS,klu x silap ler...

ADLIL RAJIAH said...

mardhiyyah,
same?? seppppp!!

mrs cikan,
Bukan kawan lekas. Tapi kawan dia masa uitm dulu. huhu. kesian jadi mangsa usop sontorian. Haha

Unknown said...

terbaek!

NIZAM said...

sy suke road runner. tom n jerry. eh jap. knape snarai katun tu sume omputih? mana katun jepun? mn dragon ball, sailormoon, doraemon. takpun power rangers. heee..