Quick update

Hai everybodeyhhh! Akhirnya aku berjaya menghapdate belog setelah berminggu-minggu menghambakan diri kepada labworks/seminars..
Hmmm letih memang letih, tapi biasalah, STUDENT.
Kalau aku pakai gigi palsu, terpaksa la guna POLIDENT. got it got it?

Oh by the way, dah masuk 8 hari Ramadhan bertandang dalam hidup kita untuk tahun ni.
Bukannya adik aku yang bernama Adlil Ramadhan tu telah bertandang ke rumah aku selama 8 hari ye. Bukan. Bukan.
Maksud aku, Ramadhan Al-Mubarak The Holy Month Of Fasting itu lah.

 So aku rasa belom terlambat to wish all of u a,
Happy Fasting atau Selamat Berpuasa
Happy Break Fasting atau Selamat Bersarapan (untuk yang tak puasa)
Happy Breaking the Fast atau Selamat Memecahkan Kelajuan (untuk yang tak habis sekolah)



 Memandangkan aku dah lama tak update belog, ada banyak benda yang aku nak story sebenarnya. So aku summarize sikit-sikit dah lah ye.

1) Pregnancy update

So far, my pregnancy is reaching 7 months. Berat baby pon dah 1kg++.
Bayangkanlah aku terpaksa bawak "perut" seberat tu ke hulu ke hilir.
Eh sebelom ni kau bawak paha/bontot/perut yang berkilo-kilo lemak tu, tak bising pulak! T_T


 Baby in my tummy pon makin rancak menendang/menyondol/menggesel kat dalam tu.
Kadang-kadang bangun pagi, tengok depan cermin, perut dah tak simetri, pusat dah tak center. Pastu nampak bonjolan-bonjolan yang tengah bergerak-gerak.
Hamboi lasaknya kau ni, nak.. Sampai terkeluar pusat mak, kau tendang. -____-" 

2) Puasa update

Setakat ni alhamdulillah..
Sahur baru ponteng sekali. Terawih pon baru ponteng dua kali. T_T
Tapi borong kat bazar dan berbuka puasa tak pernah ponteng lagi. Hehe
Eh tapi kan tapi kan. Ibu mengandung kan dapat rukhsoh puasa. hihi

Ini Ramadhan kedua untuk aku and hubby. Semuanya biasa-biasa je.
Ada la sikit peningkatan, aku makin rajin masak untuk berbuka dan sahur. Tahniah!
Itu pon still nak pergi berboros di bazar. Ish ish ish..
Yang menyedihkan puasa tahun ni, kitorang tak dapat balik kampong berbuka bersama family. =(
Hubby and I banyak komitmen pulak bulan ogos ni. 

3) Raya update

Raya? Hmm ada raya ke untuk mak buyung?
Survey baju raya cantik-cantik kat kedai, semuanya tak muat.
Survey baju raya buruk-buruk, semuanya muat. T_T
Pakai baju kelawar je la aku tahun ni..

Kuih raya? Mesti lah kuih TUNJUK JE!
Kalau raya-raya sebelom ni, tart nenas is my fevret!
Tapi raya kali ni aku teringin betul nak melantak kuih makmur.
Tapi jarang pulak orang jual kan?

Sampel kuih makmur yang haram dimakan.

 Destinasi raya tahun ni, rumah mertua!!! Weeehooo!
Buat pertama kalinya aku akan rasa kemeriahan first day raya with my in-laws.
Second/third day raya, baru kitorang beraya dengan family aku pulak.


Itu je lah untuk entry kali ni.
Next time aku update lagi.
Sape-sape yang duk Penang, jemput la datang raya rumah kitorang.
Sape-sape yang luar Penang, jemputlah kitorang datang ke rumah.
Kompius kan? Kompius kan?


12 comments:

PinKy MoMMa said...

hahahaha kuih tu haram ditengok gak ni..euwww cekciii ;p

dik sama la..sis pun tunjuk2 je ahaks..

Niena Muhammad said...

erk.. kuih makmur tu best ke hehe

ANDAIANNYA said...

sy agt suke kuih makmur.....huhuhuhuhu

Mun said...

selamat berpuasa :)

mummy_ayu said...

selamat berpiasa..raya time pregnant..memang sadis bab cari baju raya...

Anonymous said...

mAK AIIIIII .. ngeri tgk kuih tu uweekkkkk....

ELAMAT BERPUASAAAAAAAAAAAAAAA

chinta... said...

eeeeaaawww.....x selera tengok kuih makmur yang seksi tu...hehehehe

isabelle said...

good to hear the pregnancy is smooth.

tapi baju raya ...ish..sapa kata kalo preggy xleh melawa. melawa adalah kemestian. baik hang ikut teori akak.

dik, nanti raya... jemputlah akak pegi umah. hehe (boleh gitu?). akak nak kenal2 dgn mama.

ADLIL RAJIAH said...

pinky momma,
haha..kuih tunjuk2 je la senang kannnn ;)

niena,
nak rasa ke? cuba lah.hihi

miss normala,
saya juga! sepp!

cma,
same goes to u!

mummy ayu,
sangattt!! :(

fazilzura & chinta,
bulan2 pose ni, tengok semua benda bersalut macam kuih makmur! haha

kak is,
eh boleh je.. jemput lah. nanti saya dah kat shah alam, saya rodger2 akak..:)

Anonymous said...

kak syedi:

cian rajiah,

rushing story atas permintaan,

tapi still wat org gelak.....

tq,

kuih makmur tuh kat oversea free je kan x yah beli pun.. hukhukhuk

wahida said...

haha..mmg konfius ayat last tu...ekekek...

semoga kehamilan u dipermudahkan ye sepanjang berpuasa ni...amin..

salam kenal...

Unknown said...

ya allah, terus cancel oder kuih makmur pas ni...muahahaha


Slamat berpuasa dear...

jag adiri, jaga makan ok :)