Kek batik ada topping coklat/ganache?

Kalo ditengok balik, dah almost berkurun jugak lah aku tak makan Kek Batik.
Rasanya last aku makan, masa zaman 90-an dulu kot.
Dah masuk zaman milenium ni, aku makan Kek Sutera je.
Batik-batik ni orang dah tak pandang dah. (lawak la tuh??)

Tapi hari tu, masa sibuk-sibuk prepare barang untuk confinement, sambil basuh kain batik, teringat pulak kek batik. Ewah rhyme pula di situ.
So tetiba kain batik kelihatan seperti kek batik.
Maklom la bulan-bulan puasa ni kan.
Mouse computer ni pon nampak macam cupcake.

Dengan tak semena-mena, aku pon membazirkan beberapa kupang untuk beli bahan-bahan buat kek batik. Tangtang tu jugak aku buatttt. Kes tak menyabar la nih.
Selepas hampir sejam berlemuih kat dapur tu, siap la kek batik aku.
Disebabkan terlebih rajin, maka terbentuk lah lapisan ganache di atas kek batik tu.
Ada topping, baru lah "modernized" kek batik kan? =P


Anda bersedia untuk teguk air liur bergelen-gelen?
Moh layan gambar.


Apsal lah comot sangat kek kau, Jiji??? T_T


Hubby sebagai pengkritik tetap, boleh pulak mengunyah kek batik ni tak berenti-renti.
Siap call MIL, bagitau aku buat kek batik.
Hmmm matilah aku kalau MIL request nak makan kek batik masa balik raya ni.. =O


Motif utama entry ni: Balas dendam kat Along. hihi

Resepi:
 

4 comments:

fifie said...

Saya suka kek batik, tapi malas nak buat topping bagai. Hehe. Nice job sis ;)

cik dah faridah said...

salam singgah....wah sedap tu siap ada topping lg...

~eFFa sLumBeR~ said...

aii... nk resepi boleh? ngn topping skali.. =)

ADLIL RAJIAH said...

Effa,
Saya pakai resepi kat sini je:
http://www.myresipi.com/top/detail/529
Pastu topping, cairkan je satu buku coklat masakan tu. Kalau beli coklat masakan tu kan dia ade kasi resepi kat pembungkus nya. Ikut je yang tu.