Baik Punya Baju Chentaaa!!

Seorang ibu mertua (berumur lingkungan 50an) datang menziarahi rumah anak menantu perempuannya yang
baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si mertua terkejut kerana mendapati menantu perempunnya yang membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya.

Tanpa di tanya, si menantu berkata
"saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!"

"Tapi kau telanjang !!!???" marah si ibu mertua.

"ini BAJU CINTA saya, mak" balas si menantu.

"BAJU CINTA ??" si mertua kehairanan.

"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap mak dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan mak" pinta si menantu.


Si mertua faham kehendak anak menantunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Dalam perjalanan pulang si mertua mendapat idea ...
Fikirnya dengan mengikut cara anak menantunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan suaminya yang sudah berumur.


Sesampai di rumah, si mertua tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si mertua tadi pun menunggu suaminya pulang dari bekerja.


Lantas berberapa ketika suami si mertua tadi pulang,dengan bangganya si mertua tadi menayangkan tubuh badan yang tanpa seurat benang kepada suaminya. (dengan gaya ala marilyn monroe)

"kenapa dengan kau ni... buang tebiat???" marah si suami.

"ini lah BAJU CINTA bang" kata si mertua tadi.

"hah? BAJU CINTA???" soal sisuami sambil memandang dari atas ke bawah.

Seketika si suami tadi menambah
"KENAPA TAK SETERIKA DULU ? NAMPAK SANGAT KEDUTNYA!!!

hahahahhahah

p/s: memandangkan malam ni Malam Jumaat yang penuh berkat, apa kata para isteri sekalian menyambut suami masing-masing dengan baju cinta.. ngehehehe... tapi kalau ada yang kedut-kedut tu, touch up la sikit dengan concealer. =P


6 comments:

mama afriena said...

haha..kene suh afriena tdo awl la mlm ni..hikhik

princess said...

m.long: jgn bg p.long balik dlu. suh die blik pas afriena tido. wakakka...

isabelle said...

tiap2 hari mmg pakai baju cinta dpn abg sham.tapi ni puasa la sebulan.haha

ADLIL RAJIAH said...

mlong za,
hamboiiii..ttibe mlm ni afriena kena tidur bilik asing! ;)

kak shidah,
pandai kau cakap oranggggg!!!! ;D

kak is,
hehehe..videocall kan bolehhhh.. ;)

Ms and Mr Red Ribbon said...

maaf terbaca plak post nie, hehe, kelakar la... :P

~YUN~ said...

hahaha!tergelak yun baca,nasib xberanak.. =P