Aku jumpa video ni kat FB yang orang duk share-share ngan aku.
Lawak pulak aku tengok.. =D
Video ni buat aku rindu kat Kenari Merah.
Dulu, during my degree years kat UiTM aku pakai Kenari kaler merah bernombor BHE7714.
Wahai kawan-kawan enviromental tech ku, korang ingat tak kereta ni yang kita lenjan dulu? =P
Bukankah BHE7714 telah banyak berjasa kepada kita, kawan-kawan sekalian?
Aku rindu kenari itu sekarang..
(Apsal kau emo, jiji? It's juz a car la, gila!)
Okay. okay aku sentimental. Sebab aku memang sayang kereta tu beb!
Seminggu sekali aku aku akan mandi ngan kereta tu.
Betul. Aku tak tipu. Kami mandi bersama. Setiap minggu. Lagi kerap lagi bagus.
Tengoklah betapa bergayanya aku bila bersama 'beliau'!
Kenapa bila bersama, aku mesti pakai baju merah? Eh, mestilah! Kami mahu sedondon.
Setiap pagi, 'beliau' menemaniku ke kelas kat UiTM tu. Kalau aku ponteng kelas pon, 'dia' jugak yang teman aku! Kira teman sehidup semati la ni. Waddahel wey!
Walaupon kat UiTM tu parking kereta macam #@$%*^#$!! punya susah sebab terlalu crowded sebab semua student nak bawak kereta sorang sebijik. So aku pon nak up-to-date, bawak kereta jugak.
Tujuan: nak berlagak kaya ngan lecturer yang pakai kereta kenari merah.
(Gosh! Lecturer tu one of my blog readers! Weh backspace balik wehh!!)
Ayat nak cover: Puan **, Saya mungkin kaya harta, namun ilmu saya masih tak sekaya, setanding, setinggi, sehebat, semantap, ilmu Puan **. Ampun dong!... =P
Kembali ke topik asal.
Disebabkan UiTM dah cukup semak dengan kereta, kesabaran dalam mencari parking kat situ amatlah diperlukan. Kau kena tawaf 70juta kali dulu sebelum kau layak dapat parking. Kalau dah urgent sangat terpaksa la aku parking BHE7714 tu di celah-celahan pokok, bangunan etc. Sipih je lagi nak terscratch, tapi takpe, BHE7714 tu baik. Tak banyak songeh. Mana nak parking pon boleh. Tersadailah beliau kat tempat parking tu sampai la aku abis kelas. Lagi heaven kalau masa nak keluarkan kereta dari parking tu, ada pulak yang baik hati pergi block pulak dengan kereta lain. Terus trapped kat situ beberapa jam sebelum dapat keluarkan kereta. Memang bahlul itu orang!
(Haihhh..itulah pengalaman masa kat UiTm.. Trauma aku.)
Eh apsal UiTM dah overshadow watak utama iaitu BHE7714? (-.-")
Aku selalu jugak camwhoring dengan BHE7714 tercinta.
Eh bukan DENGAN 'beliau', tapi DALAM 'beliau'..
'Beliau' sabaaaar je layan karenah aku.. Sebab aku jaga 'beliau' dengan baik..
Aku servis 'beliau' on time. Tak pernah delay.
Body kotor, aku basuh.
Berhabuk, aku vacuum.
Tayar kempis, aku pam. Tungkus lumus aku belajar pam tayar dari daddy.
Semata-mata utk BHE7714.
And bila stop kat petrol station sebab nak pam tayar, banyak pulak mat-mat motor kat situ nak pam tayar jugak. Bila dah nampak awek tertonggek-tonggek pam tayar, diorang pon apalagi. Kompom gersang sambil pewwitt pewwit kat aku. Aku tahan je la. Aku buat derk and tadah je telinga and teruskan pam tayar dengan tenang. Demi BHE7714 tersayang. Aku takmo BHE7714 sakit kalau tayar kempis bila aku yang debab ni tengah drive. Dah la bawak kereta macam haram! Haram pon tak bawak kereta seharam tu. Maksudnya, keharaman aku bawak kereta lebih haram dari haram yang bawak tak seharam itu. pft.
Moving on.
Petang-petang, dia (BHE7714) jugak yang teman aku beriadah..
Abaikan kejengkelan aku dalam gambar nih.
Lama jugak aku pakai BHE7714. Sehingga kami memang cukup serasi.
Hatta masa dating pon BHE7714 yang bawak kitorang jalan-jalan. Kiut kan? *Bluekk*
Hopefully, daddy tak baca entry ni. Nanti mulalah dia mengomel.
"Daddy bagi kamu kereta untuk pergi ke kelas je, bukan untuk dating.
Bla bla bla..." (-____-)
Tapi..
Since last year, aku terpaksa melepaskan BHE7714 ke tangan adik aku, Rizwan yang sekarang tengah study kat UiTM Penang. Apsal perkataan UiTM asyik dimention dalam entry ni? Please lah!
Kini...
Aku dah pun beralih kepada adik kenari iaitu viva namanya...
See! I tell u, aku ngan kereta aku memang selalu sedondon! Bukan aku je, malah suami aku pon dah terbawak-bawak perangai sedondon dengan kereta nih! Ish ish ish.. =P
I'm married to my car.