8 Kelebihan Homeschool, Yang Tidak Boleh Didapati Di Tadika Atau Sekolah

Hello, everyone!
Assalamualaikum dan selamat hari raya!
Maaflah sibuk sangat tolong orang kampung sembelih lembu, sampai hari raya keenam baru sempat nak wish.
*acah-acah berjiwa rakyat seperti rosmah*
;D

Hari ni saya nak share sesuatu tentang HOME SCHOOL.
Atau bila di-direct-translation-kan, ia bermaksud SEKOLAH RUMAH.
Kalau guna kamus tinggi sikit, ia bermaksud BERSEKOLAH DI RUMAH.
Haa.


Bila sebut tentang homeschool,
rata-rata parents di Malaysia agak unfamiliar dan skeptikal dengan budaya ini sebab ia bukan sesuatu yang common di negara kita.

Cuba korang testing berbual dengan jiran sebelah,
"Kiah, aku plan nak homeschool anak aku lah. Jimat tak payah beli baju sekolah." 

Mesti Kiah dengan pantas menjawab,
"Euwwhh.. Mesti anak kau nanti anti-sosial berfikir sempit terbantut ibarat katak di bawah tempurung sebab tak tengok dunia luar. Hari-hari mengadap muka kau, pasu bunga kau, dan peti sejuk kau. Euwwhh seramnya."

Terus korang terasa hati lalu rejam kiah sampai mati.
;D

Ok gurau.
But the reality is there.
Mentaliti masyarakat Malaysia masih belum terbuka dan belum faham apa itu homeschool sebenarnya.
Budaya asing, memang kita ragu-ragu.
Tapi jika kita kaji lebih dalam, ia sebenarnya mendatangkan banyak kelebihan untuk perkembangan minda anak-anak.
So apa salahnya?

Dan sebenarnya SUDAH ADA ibu bapa di negara kita ni yang mula memilih homeschool sebagai platform utama pembelajaran anak-anak mereka.
Tapi adakah budaya homeschool ni "legal" dan diikhtiraf oleh Kementerian Pendidikan?

Tentang persoalan ke-legal-an dan pengikhtirafan itu, nanti kita dengar penjelasan daripada childhood expert kesayangan semua, Dr Putri Afzan Maria dalam Seminar Homeschool beliau pada Ahad ni (details di hujung entry).

Apa yang lebih menarik, saya dapat tahu, lebih daripada 100,000 murid telah "hilang" dari sistem pendidikan persekolahan biasa.
How is that possibru?!

Mungkin ibu bapa dah mula ada awareness dan knowledge tentang method pendidikan yang lebih berkesan berbanding sistem persekolahan conventional?
Atau mungkin ada lacking somewhere dalam sistem pendidikan sekolah yang perlu dibuat pembaharuan dan ditambah baik?
MUNGKIN.

Apa yang saya perhatikan, KEBANYAKAN sistem persekolahan di malaysia ni mempunyai target yang terlalu tinggi dalam bidang akademik, namun tidak tertumpu kepada kebolehan dan potensi pelajar-pelajar secara individual.
Setuju?

Lepas tu wujud pulak pelbagai label, seperti LINUS dan sebagainya.
Ia seolah-olah menyekat dan mengehadkan potensi pelajar tersebut,
serta memaksa pelajar itu menguasai sesuatu yang BUKAN potensi dirinya.
Kalau saya berada di tempat pelajar tersebut, perghh mental torture wei!
Rela kahwin awal sebelum habis sekolah. ;D

Bukankah kita sepatutnya menyediakan sebuah sistem yang beri lebih banyak pendedahan, peluang, dan pilihan kepada anak-anak, supaya setiap satu daripada mereka dapat menonjolkan kekuatan masing-masing?

Mungkin sebab tu lah kot ramai ibu bapa dah mula mengubah haluan budaya pendidikan anak masing-masing.
Bukan di sekolah lagi, tapi di tempat lain. Dan mungkin juga di rumah.
Sebab mereka taknak kebolehan luar biasa yang ada pada setiap anak-anak mereka mati terkubur kerana TERPAKSA mengejar gred A dalam bidang yang bukan "intelligence" mereka.
KOT, kan?

Ini adalah sesuatu yang kita patut renungkan bersama.
Dan membuat perubahan bersama.
Jangan tuding sesiapa. Kita sama-sama baiki.
Kita sama-sama bergabung.
Malaysia can have a wayyy better education system,
kalau kita semua buka mata dan mahukan masa depan yang terbaik untuk negara.
 
Ada beberapa WORKING PARENTS yang saya kenal, mereka hantar anak-anak ke sekolah (sementara mereka bekerja) cuma untuk bagi anak-anak peluang bersosial dan berinteraksi sesama peers.
Dan mereka tak tekankan sangat pelajaran anak-anak di sekolah.
Kenapa?
Sebab lepas balik dari kerja, WORKING PARENTS ni tadi yang akan homeschool sendiri anak-anak mereka!
Dan menurut apa yang diceritakan, mereka sangat enjoy dengan cara itu.
Dan anak-anak mereka masih menunjukkan improvement dari segi akademik walaupun tak melalui sistem pembelajaran yang formal!

Masa mula-mula dengar tu, saya skeptikal.
Biar betik lah semua ni??
Apa yang bagus sangat dengan homeschooling?
Dan apa kelebihannya berbanding hantar anak ke tadika atau sekolah?
Apa salahnya bagi cikgu je yang ajar budak-budak tu?
Apa paranoid sangat, please lah!
;D

Tapi lepas saya buat sedikit bacaan, dan berbual dengan beberapa ECE practitioners,
rupanya homeschooling dapat beri terlalu banyak kelebihan kepada anak-anak.
Tiba-tiba saya pun rasa nak homeschool Haikal,
walaupun saya dah mula hantar Haikal ke chinese playschool untuk beri dia peluang bergaul dengan multi-racial kids yang sebaya dan bantu dia bina interpersonal intelligence yang baik.
:)

Ok berikut ialah 8 kelebihan yang anak-anak dapat melalui homeschool, tapi tidak di tadika/sekolah:


1) Educational, physical and emotional freedom

Menurut kajian, hampir kesemua ibu bapa dan anak-anak yang mengamalkan homeschool,
sebulat suara bersetuju bahawa hanya dengan kaedah ini mereka mendapat kebebasan yang sebenar-benar kebebasan.
Tak perlu terikat dengan sebarang jadual waktu, cuti persekolahan, lesson plan yang membebankan, dan sebagainya.
Mereka bebas memilih bila nak belajar, bila nak rehat, bila nak pergi bercuti,
dan 100% bergantung kepada pilihan dan keadaan optimum emosi dan fizikal mereka.

Macam yang kita tahu, our physical and emotional state takkan sama setiap hari.
Sebab kita kan manusia, bukan robot. -..-
Ada hari-hari yang kita lebih cergas pada waktu pagi,
dan ada hari-hari lain pula kita lebih produktif pada waktu petang, malam, dan sebagainya.
So homeschool membenarkan ibu bapa dan anak-anak pilih untuk belajar pada waktu-waktu yang mereka rasakan paling seronok dan berkesan untuk belajar.

Best kan?

Anak-anak homeschool juga bebas memilih nak belajar apa, bila nak belajar sesuatu subjek dan berapa lama nak belajar subjek tersebut.
They can choose to learn the subject they like dengan lebih intense dan lebih lama,
berbanding subjek-subjek lain.
So bila anak-anak belajar mengikut minat dan kemahuan mereka sendiri, potensi dan kekuatan mereka akan lebih diberi penekanan, maka secara tak langsung kecemerlangan akan datang dengan sendiri tanpa perlu dipaksa-paksa untuk ikut kecemerlangan orang lain.

Contohnya, anak yang verbal-linguistic smart, akan diberi kebebasan untuk belajar bidang bahasa, sastera, komunikasi dengan lebih mendalam berbanding subjek-subjek lain.
Matematik, sejarah, geografi, etc cuma belajar yang basic sahaja.
Umangai syorgaaa sangat.
:D



2) Smaller group or one to one approach

Sebab homeschool dibuat di rumah, obviously lah kuantiti pelajar juga takkan ramai.
So bila tak ramai, maka senang nak approach one to one, memenuhi every child's needs dan tackle multiple intelligence anak-anak secara individual.

Contohnya, pelajar A lebih pandai menulis dan kurang mahir bercakap,
pelajar B pula lebih pandai bercakap dan kurang mahir menulis.
So A dan B perlukan two different learning styles dan patut diberi kebebasan dari segi cara meluahkan buah fikiran masing-masing supaya potensi kedua-dua mereka dapat digunakan secara optimum.

Camane boleh nampak double chin pulak ni. Ciss.  -____-



3) Anak-anak belajar untuk ILMU, bukan untuk kejar Gred A

Ini sangat bagus.
Disebabkan anak-anak bebas pilih apa yang mereka minat untuk belajar dengan lebih dalam,
mengikut kekuatan dan potensi diri mereka sendiri,
automatically they tend to belajar sebab INGIN TAHU tentang sesuatu ilmu,
dan bukan sebab nak dapat A semata-mata.

Pernah tak kita masa sekolah dulu, PMR dapat straight As, SPM dapat straight As,
tapi bila kita cuba recall balik ilmu-ilmu yang kita score dulu,
satu hapak pun kita tak ingat.

Kenapa?

Sebab kita belajar hanya untuk dapatkan A sahaja.
Banyak hafal buku teks je. Banyak hafal handouts semata-mata.
Habis duit mak bapak buat fotostat handouts. -___-

Pastu dapat pulak cikgu yang jenis bagi soalan bocor, siap bagitahu topik apa, muka surat berapa.
So kita pun hafal je la sejibik sejibon.
Esok-esok keluar result, cemerlang with FLYING COLOURS.
Tapi jadah hape yang dicemerlangkan tu, kita pun tak tahu.

Ruginya kita.
Rugi masa, rugi tenaga, rugi umur, rugi duit fotostat, rugi minyak van sekolah.
Hmm.

Hari ni, baru kita buka mata.
Kita taknak dah learning style macam tu untuk waris-waris kita.
Kita nak hasilkan anak-anak yang berkualiti di atas potensi diri mereka sendiri.
Kan?




4) Kids tend to think more independently

Berdasarkan kajian, anak-anak homeschool lebih cenderung untuk berfikir secara individu berbanding terikut-ikut dengan fikiran orang lain.

Contohnya, bila berada dalam group, mereka adalah orang yang menyumbang idea,
bukan sekadar mendengar dan ambik idea orang lain.
Mereka dikatakan tidak mudah menerima pendapat orang lain, selagi belum menyuarakan pendapat sendiri.
Pendek cerita, anak-anak ini lebih matang bila berfikir, bersikap terbuka, dan mengambil kira pendapat semua orang sebelum membuat keputusan secara adil.

Beginilah ciri-ciri perdana menteri yang kita mahukan.
Eh tiba-tiba.
;D


 
5) Tidak membosankan dan tiada tekanan

Since homeschooling adalah bergantung kepada kekuatan, potensi dan minat anak-anak,
of course diorang akan lebih seronok untuk belajar dan lebih mudah untuk mengekalkan momentum serta effort untuk mendalami sesuatu ilmu.

In fact, anak-anak ini tak perlu buang masa mempelajari sesuatu yang mereka dah pandai,
dan tak rasa bosan untuk belajar sesuatu yang mereka kurang minat.

Kalau kat sekolah, anak-anak perlu ikut keperluan pelajar majoriti dan terikat dengan subjek-subjek tertentu.
So kalau minat, minatlah. Kalau tak minat, mereka akan bosan.
Kalau jenis cepat pick up, dapat pick up lah. Kalau yang lambat pick up, bye bye.
Tahun depan pindah kelas hujung.
-______-




6) Safe learning environment

Homeschool dikatakan selamat dan anak-anak kurang terdedah dengan budaya buli, jenayah juvana, atau negatif peer pressure seperti diejek atau dilabel kerana kekurangan fizikal dan sebagainya.
Banyak kajian menunjukkan, self-esteem anak-anak mula drop mendadak bila masuk alam persekolahan kerana wujudnya perbandingan, label negatif dan ejekan sesama mereka.

Atau lebih teruk lagi, anak-anak mungkin terdedah dengan bad behaviours dari guru-guru di sekolah.
Bukan nak menghentam para pendidik, tetapi ini berlaku.
Because we are all human with flaws kan?
Walaupun profile picture kat FB sangat flawless, tak bermakna kita dah sempurna.
Muka flawless, dagu dua pun tak guna. -..-

Tapi!!
Persekitaran di rumah sendiri pun kena kawal.
Banyak jugak sumber negatif yang boleh didapati di rumah.
Selain pe'el buruk ibu bapa itu sendiri, penggunaan internet, tv, phone dan sebagainya juga perlu dipantau.
Kadang-kadang benda-benda macam ni lebih banyak access kepada perkara-perkara negatif.
Na'uzubillah!

Tapi ada kajian menunjukkan, anak-anak homeschool biasanya lebih bijak dalam memilih kawan.
Mereka lebih cenderung dengan orang-orang yang positif berbanding orang-orang negatif.
Ini kerana foundation yang baik diimplementasikan ketika homeschool,
membentuk personaliti positif mereka.

Bab memilih kawan ni bukan perkara main-main.
Macam sabda Rasulullah dalam sebuah hadis,
"Dengan siapa kita berkawan akan menentukan siapa diri kita."
Kalau kawan kita penjual minyak wangi, kita pun akan wangi sekali.

Tapi jangan pula kau pergi kedai perfume dia hari-hari sebab nak perabih perfume tester tu.
Sebotol tester tu habis kat kau sorang je. Memang boleh bawa gaduh aa gitu, bro.
Silap hari bulan, kawan kau pergi letak asid dalam botol perfume tu.
Haa menggelepur lah dirimu wahai sahabat.
;D


7) Parent-Child relationship lebih kuat

Homeschool yang betul akan membenarkan komunikasi yang baik antara parents dengan anak-anak,
dalam keadaan yang menyeronokkan, intimate serta penuh kasih sayang.

Of course hubungan kekeluargaan akan lebih erat dengan wujudnya budaya sebegini.
Ibu bapa dapat mengenali anak-anak dengan lebih baik,
lebih banyak masa bersama keluarga,
boleh spend family vacation pada bila-bila masa tanpa perlu tunggu musim cuti sekolah yang harga tiket kapal terbang harga hotel semua naik 8 kali ganda pfft!

Maka dengan homeschool, jadilah keluarga kita sebuah keluarga yang sakinah mawaddah warahmah wabarakah.
MashaAllah ustazah rajiah. Bila sampai?
;D

Allah pun dah janji, bila kita berkasih sayang sesama manusia,
Allah pun akan bertambah-tambah kasih dan sayang kepada kita.
InsyaAllah.

Kasih sayang Allah dan manusia ni adalah ibarat penggerak dalam hidup kita.
Kerana wujudnya kasih sayang, hidup kita lebih bermakna dan lebih maju. Kan?
Sekian semanis kurma.
Maniskan iman, maniskan senyuman.
;D




8) Pembelajaran agama lebih mudah dipraktikkan secara menyeluruh dan berterusan

Ini paling best.
Ibu bapa yang homeschool anak-anak lebih berpeluang dan lebih banyak masa untuk mengamalkan agama dan menanamkan kepercayaan masing-masing dalam kehidupan harian anak-anak mereka.
Mereka boleh sama-sama amalkan dan belajar agama, SETIAP HARI SETIAP MASA.
Ini penting untuk menanam foundation agama yang kuat dalam diri anak-anak supaya tidak mudah tepengaruh dan mampu berfikir dengan matang bila berhadapan dengan fahaman agama-agama lain kelak.




Ok habis 8 kelebihan yang boleh diperoleh daripada budaya homeschooling.
Menarik dan tertarik, kan?

5 Tips Membina Komunikasi Yang Baik Dengan Anak-Anak.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai ahli-ahli syurga sekalian..
Wah gitu intro dia pada hari Jumaat yang mulia ini.
:D

Hello parents!

Siapa kat sini ada masalah-masalah seperti berikut;
anak lambat bercakap,
dan bila anak dah start bercakap, mereka cakap bahasa yang tak elok pulak,
atau anak terlalu banyak bercakap tetapi bercakap perkara yang tak berfaedah,
atau anak terlalu banyak berahsia sampai kita semakin tidak kenal anak sendiri,
atau anak lebih selesa ceritakan hal peribadi kepada orang lain selain mak bapak sendiri,
atau anak suka bercakap sorang-sorang seolah-olah ada "imaginary friend",
atau anak sentiasa melawan cakap, berbohong dan memberontak?

Ada?
Biasa dengar kan masalah-masalah macam ni?

Semuaaaaa contoh-contoh yang saya berikan tadi sebenarnya ada kaitan dengan--
KOMUNIKASI.

Komunikasi, adalah pencetus sesebuah hubungan.
Komunikasi, adalah ibarat tali yang menghubungkan sesama manusia.
Tiada komunikasi bermaksud tiada hubungan dan tiada pertalian!

So boleh bayangkan tak macam mana jika tiada komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak?
Haa!

Pernah tak dulu-dulu masa zaman sekolah,
kita consider orang yang kita kerap berbual sahaja sebagai kawan kita.
Kalau ada orang yang kurang berbual dengan kita atau tak pernah menegur kita,
pastu tetiba dia nak pinjam homework kita, 
atau tetiba nak masuk group kita bila nak buat projek buku skrap sejarah.
Mesti kita macam, 

"Hek eleh. Dulu taknak bercakap ngan aku. Taknak tegur aku. Tetiba nak berkawan ngan aku. Memang tak lah! Pui!"

Wah terus menggelegak api amarah mu itu. ;D

So begitu jugak lah dengan tanggapan anak-anak terhadap kita ibu bapa.
Ibu bapa yang kurang membina komunikasi atau kurang bercakap dengan anak, 
akan kurang dikasihi oleh anak-anak.
Ini fakta!

Sesebuah hubungan bukan bersandarkan kepada hubungan fizikal sahaja.
Bukan setakat darah DNA sama, 
bukan setakat peluk cium hari-hari,
bukan setakat belikan mainan baru hari-hari.

Ia juga melibatkan pembinaan hubungan rohani.
Sentiasa lah berkomunikasi dengan anak-anak supaya mereka akan sentiasa rasa ada connection dengan kita,
sentiasa ada tali yang menghubungkan antara kita dan mereka,
 dan tali itulah yang akan mengikat agar kita tidak menjauh antara satu sama lain.

Itu lah pentingnya KOMUNIKASI.
Communication is key to a good relationship, remember?


Tapi macam mana nak memulakan dan mengekalkan komunikasi yang baik antara ibu bapa dan anak-anak?
Berikut adalah 5 langkah asas.
Jom tengok satu per satu.



1) Be available for your child. ALWAYS.

Perhatikan waktu-waktu yang anak anda kerap bercakap atau kerap ingin berbual.
Bila?

Waktu makan?
Waktu lepas solat?
Waktu lepas balik sekolah?
Waktu nak tidur?
Waktu dalam kereta?
Bila?

Perhatikan.
Dan BE AVAILABLE pada waktu-waktu tersebut.

Jika tak pernah ada komunikasi atau masa berbual yang intimate sebelum ini,
cuba mula wujudkan.
Cari masa berdua bersama setiap anak dan start a conversation with him/her.
Ceritakan bagaimana hari anda, dan tanyakan pula bagaimana hari mereka.
Mulakan conversation dengan cerita, bukan terus kepada soalan.

And don't expect and push them too much.
Slowwwwly.
Anggap macam korang tengah tackle crush korang.
Tak boleh nak push sangat kan. Kang dia hilang minat. Rilek rilek santai santai je.
Terima apa saje respon yang diberi dan cuba tackle hari -hari.
Boleh juga bawa anak pergi somewhere dan buatlah aktiviti berdua sahaja.
Main ice-skating ke, tengok wayang ke, main basikal kat taman ke, pergi library ke.
Buat betul-betul macam tengah tackle crush. ;D



2) Bila mereka bercakap, DENGAR.

Listening is the key to a healthy communication, 
hence key to a healthy relationship.

Ini bukan dengan anak je.
Dengan sesiapa pun. 

Cuba kalau kita keluar makan dengan kawan.
Kita tengah bercakap, tapi kawan kita tu sibuk tengok phone.
Tak ke rasa macam nak hempuk pasu kat muka dia? -___-
Memang tak la aku nak keluar makan dengan lu lagi lepas ni bro!

So macam tu lah jugak perasaan anak-anak bila kita tak dengar apa yang mereka sedang cakapkan.
Atau lebih teruk, kita hanya PURA-PURA mendengar.
Mulut cakap "oh ye ke, hmm hmm, iye mama tengah dengar ni."
tapi mata khusyuk tengok tulang rusuk Shah Rukh Khan kat TV.

Itu lagi sakit hati. 
Tak payah hempuk pasu dah, hempuk tong gas terus. ;D

So bila anak-anak bercakap, 
dengar, fahamkan dan respon dengan baik.
Hargai dan hormati hak mereka untuk bersuara.
Jangan sampai anak dah bayangkan tong gas melekat di kepala anda.
Jangan marah dia jika perkara itu benar-benar berlaku.
Sebab anda yang minta.
;D



3) Mind your language. Because they IMITATE.

Speech / Communication adalah salah satu aktiviti yang melibatkan imitation skill.
 Anak-anak bercakap SEPERTI ANDA BERCAKAP.
They imitate how you speak.
They imitate the language you use, the words you use.
Baik atau tidak sesuatu percakapan itu, 
anak akan imitate every single word yang keluar dari mulut ibu bapa.
Bila anak cakap "bodoh", sebelum marah anak, tepuk dada sendiri dulu.

Sebab tu kena sentiasa jaga percakapan kita.
Jaga percakapan orang-orang di persekitaran anak-anak.
Jaga percakapan kawan-kawan anak kita.
Jika negatif, jauhkan anak-anak daripada mereka SEGERA.

Speech yang baik adalah SANGAT PENTING.
Sebab setiap butir kata yang keluar dari mulut kita itu--
DOA.

Tapi it started with us, parents.
So biasakan diri bercakap yang baik-baik, sopan dan berhemah. 
Ini pesanan untuk diri saya sendiri juga.
Maklumlah mulut macam jantan. -____-

Pengaruh TV, movie, ipad, smartphones, pun sama.
Hadkan dan kawal. 

Dah banyak dah kajian menunjukkan too much screen exposure menyebakan anak lemah penguasaan bahasa,
suka bercakap perkara bukan-bukan, mencarut dianggap biasa, dan ada juga anak-anak yang jadi lambat bercakap.
Some of them cepat bercakap, tapi they don't really know what they are talking about.
Main taram je cakap. Tapi tak tahu maksud. 

Saya pernah jumpa seorang kanak-kanak ni. Umur dalam 4 tahun.
Mak dia bangga beritahu saya yang anak dia cepat bercakap sebab banyak tengok cerita upin ipin dan boboiboy sejak lahir.
Tapi bila saya cuba berbual dengan budak tu, dia memang petah bercakap dan tak pelat,
tapi dia sebenarnya langsung tak tahu apa yang dia cakapkan. 
Macam mana saya tahu?
Sebab dia hanya meniru dialog dalam cerita tersebut,
dan bila saya twist sikit dialog atau tanyakan sesuatu mengenai dialog itu,
dia tak tahu nak jawab.
Kalau jawab pun, MERAPU.

Sayang.
Kan?

Ini banyak berlaku bila anak-anak kerap ditinggalkan di depan TV terlalu lama tanpa sebarang interaksi dengan dunia sekeliling.
Means, tiada ibu ayah atau orang lain yang menonton bersama.

So please kawal pendedahan screen time anak-anak.
Screen time memang boleh membantu perkembangan anak-anak, 
tapi ia juga boleh MEMBANTUT perkembangan mereka.

So awas.

 

4) TALK. Don't lecture, criticize, threaten or say hurtful things.

Elakkan guna ayat-ayat seperti berikut:

"Tu lah. Siapa suruh panjat kerusi tu! Kan dah jatuh!" 

"Kalau awak taknak berenti menangis, ayah kurung dalam bilik air!"

"Adik kecik lagi. Jangan menyibuk bila ayah dan mama bercakap!"

"Adik pendek. Tak payah la tolong mama basuh pinggan. Kang basah baju, tambah lagi kerja mama." 

"Kenapa berbohong?? Meh sini ayah rotan!"

"Kenapa conteng dinding? Kamu ada duit ke nak beli cat? Boleh bayar? Ada duit??"

"Haa kan dah benjol dah dahi tu. Lain kali buat lagi. Biar pecah satu kepala."

Ini semua ayat menyindir, mengugut, mengkritik secara kasar yang patut dielakkan oleh ibu bapa.
Ia bukan sahaja mengguris perasaan anak-anak, 
tapi ia juga membuatkan anak-anak semakin menjauhkan diri dari ibu bapa.

Dalam apa jua situasi, keep calm dan encourage anak untuk bercakap dan menceritakan the whole story.
Dan pastikan anda mendengar keseluruhan cerita sebelum menilai dan memberikan respon.
React as if you are in their shoes.
Jangan tergesa-gesa dan asyik nampak kesalahan anak-anak sahaja.

Engko tu pun bukannya baik sangat.
Solat lima waktu pun selalu tak complete.
Wudhu' pun buat yang wajib je. Cih. 
Sembang kencang depan anak-anak je la mampu.
;D 



5) Don't deny their emotions, IMITATE their emotions.

Ini related dengan point No.4 tadi.

Jangan menidakkan emosi mereka, tapi tiru emosi mereka. Dalami perasaan mereka.
Ini kesilapan tipikal yang selalu dilakukan ibu bapa.
Termasuk diri saya sendiri.
-_____-

Selalu sangat bila anak tengah sedih atau menangis,
laju je mulut cakap,
"Dah dah. Jangan nangis. Buruk benor muka bila nangis tuh. Malu orang tengok."

Bila anak terjatuh dan menangis,
"Alahhh sikit je tu. Tak sakit punnn. Dah dah. Strong boy strong boy!"
*tetiba strong boy* ;D

Bila anak marah-marah,
"Apa perangai macam ni? Asyik nak marahhhh je. Tak baik ikut perangai syaitan."

Wah mulut kita lajuuu betul kan?
Macam lah kita ni pro sangat bab mengawal emosi sendiri.
Padahal mereka jadi begitu pun, ikut perangai kita. 
Kan?

Parents, lets train ourselves.
Lets be more concern dan perihatin terhadap perasaan dan emosi anak-anak.
Jangan lagi menidakkan perasaan mereka, tapi dalami setiap perasaan mereka.
Bila anak sedih, kita cuba berasa sedih juga.
Kalau anak marah, kita cuba fahami punca kemarahan itu juga.

Contoh, bila anak menangis,
"Mama tahu Haikal sedih. Kalau berlaku kat Mama pun Mama akan sedih. 
Come, let me hug you. It's ok to cry. I am here with you."

Let him/her cry for awhile sebelum slowly tackle dia dengan sesuatu yang boleh menggembirakannya semula.
Macam tu.

Tak perlu mendesak anak untuk switch emosi immediately.
Kita pun tak suka kalau orang menidakkan apa yang kita rasa, kan? 
Kalau kita baru lepas putus cinta, tengah sedih,
tetiba mak kita cakap,
"Dah dah la tu. Tok imam surau depan tu single lagi. Esok mak suruh dia masuk meminang."

Confirm kita terus membayangkan tong gas melekat kat kepala mak kita kan?
;D 

Soal emosi dan perasaan ni memang take time untuk heal.
Dan perlukan motivasi yang kuat untuk bangkit dan sentiasa positif.
So siapa lagi yang nak bantu anak-anak belajar mengawal emosi, kalau bukan kita?
Saya pernah kongsi banyak contoh cara-cara bantu anak kawal emosi dalam pelbagai situasi.
Boleh tengok ENTRY INI.




Dan jangan lupa galakkan komunikasi bersama anak-anak ok!
:D