Childline atau Talian NUR 15999

Menjelang minggu pertama persekolahan ni,
ramai parents ambik cuti panjang sebab nak uruskan persediaan persekolahan anak-anak.
Lebih-lebih lagi kalau anak first-timer.
Yang first time masuk tadika.
Yang first time masuk sekolah rendah, Darjah 1.
Yang first time masuk sekolah menengah, Tingkatan 1.
Most of us parents sangat nervous dengan penerimaan anak masing-masing terhadap dunia persekolahan.
Kan?

Besedia ke anak aku ni?
Berat tak beg sekolah dia?
Duit sekolah aku bagi cukup ke? 
Kot ada yang mencopet duit nanti macam mana?
Pandai ke dia nak beli makanan kat kantin nanti?
Pandai ke dia cari kawan sekelas untuk rehat sama-sama?
Kalau nak terkucil atau tervera, dia tahu ke nak cari toilet kat mana?
Pandai ke nak minta izin kat cikgu kalau nak ke toilet?
Kalau ada senior buli dia dalam toilet macam mana?
Ish entah-entah memang ada orang apa-apakan anak aku tu?
Selamat ke dia balik jalan kaki nanti?
Pak guard boleh temankan ke kalau van sekolah datang ambik lambat?
Ke pak guard tu yang akan ambik kesempatan ke atas anak aku?

Huarghhhh!!
Memang semak otak kita bila anak takde kat depan mata.
Padahal anak kita rilek je siap dah main kenyit mata dengan awek kelas sebelah hahaha.

Tapi itulah dia--
PARENTS.
We are all typical parents.
Yang tak pernah tak risaukan anak-anak walaupun sesaat.
Kalau boleh nak ada kuasa jadi kecik supaya boleh duduk dalam poket anak dan ikut kemana sahaja dia pergi.
Dan mahukan anak sentiasa selamat, happy dan terpelihara.
Kan?

Always.

Tapi nak tak nak,
rela tak rela,
kita terpaksa akur dengan hakikat,
bahawa kita TAKKAN sentiasa ada bersama mereka.

Ada masa dan ketika,
anak perlu pergi,
dan kita perlu lepaskan mereka untuk pergi.

Masa tu memang lah.
Kita pun mula paranoid dengan macam-macam soalan dalam otak.
Gelisahnya ya tuhan.
Memang tuhan je yang tahu.

Rasa macam nak jadi bestfriend cikgu kat sekolah supaya kita boleh sentiasa call cikgu tu.
Anak saya ok tak, cikgu?
Anak saya ok tak, cikgu?
Anak saya ok tak, cikgu?

Sampai cikgu tu give up terus off phone.
;D

Betapa hebat naluri ibu bapa yang tuhan bagi ni,
yang sentiasa nak melindungi dan memelihara anak-anak dalam apa pun keadaan.
=)

Kerana setiap anak itu memang layak dapat perlindungan sepenuhnya.
Kan?
So..
Hari ni saya nak share tentang bagaimana anak-anak kita boleh dapat perlindungan,
dan hak bersuara,
ketika ketiadaan kita,
ketika ketiadaan sesiapa pun.

Tak kisah la masa diorang pergi sekolah ke.
Masa diorang tengah balik jalan kaki dari sekolah ke.
Masa diorang singgah beli jajan on the way balik dari sekolah ke.
Masa diorang stay kat rumah nenek kat kampung masa cuti sekolah ke.
Masa diorang join jamboree sekolah kat dalam hutan ke.
Masa diorang ikut rombongan sekolah pergi melawat zoo negara ke.
Masa diorang pergi kelas mengaji kat rumah ostad don kampung sebelah ke.
Masa diorang tinggal kat asrama sekolah ke.

Di mana sahaja lah,
yang kita tiada bersama mereka.
InsyaAllah ada pihak yang bersedia untuk melindungi mereka dalam apa jua hal,
dan pada bila-bila masa.

Ini,



Childline atau Talian Nur.
15999.

"Alaa Ji.. Jadahnya talian nur ni. Macam talian kerajaan je ni. Macam takde guna je."

Jadahnya kau tanya?
Jadah untuk melindungi anak kau lah.
-____-

Hmm.

Sokong tak sokong.
Kerajaan tak kerajaan.
Dalam bab keselamatan anak, tak payah nak babitkan fahaman politik kau yang tak berkesudahan tu.

Ini adalah usahasama semua pihak.
Baik kerajaan, baik NGO, baik pasukan penyelamat, baik pihak sekolah, baik pihak hospital,
semuaaaaa pun dah bersatu dalam talian ni untuk melindungi anak-anak di Malaysia,
dalam apa jua bentuk jenayah yang dialami mereka.

Tak kisah la jenayah berat atau ringan.
Kena jentik dengan pelajar senior pun boleh call kalau rasa insecure.
Rakan sekelas dah masuk 40 kali curi pemadam anak kita pun boleh call.
Apatah lagi kalau kes berat seperti diraba, dibuli, didera dan sebagainya.
Mesti dilaporkan!

Demi keselamatan anak-anak ketika ketiadaan sesiapa untuk menghulurkan bantuan,
ajarkan mereka untuk hafal dan call nombor 15999.

Ulang,
15999

Hafal.
Kalau ada apa-apa yang dirasakan tak kena je,
terus call.
Dan ceritakan semuanya.


"Do you know that an average of 9 children in Malaysia suffered abuse everyday. Many more experience abuse in silence and behind closed doors."

Of course kita taknak anak kita tergolong dalam 9 orang itu.
Kan?

So please.
Ajarkan mereka tentang penggunaan talian ini.
Supaya setiap ketidakselesan,
setiap kedukaan,
setiap kemurungan,
setiap jeritan batin,
setiap jerit perih yang ditanggung,
setiap permasalahan yang dilalui anak-anak ketika ketiadaan kita,
walau di mana sahaja,
InsyaAllah mereka akan TERPELIHARA.

Kalaupun sudah terkena atau tercedera,
laporkan sahaja agar pihak yang bertanggungjawab tidak terlepas dan dihukum sewajarnya.

Ini peranan kita semua.
Sama-sama ikhtiarkan kepada anak masing-masing.

Katakan lah,
kalau ada orang buli anak kita kat sekolah,
pastu pembuli tu cakap kat anak kita,
"Kalau kau bagitahu mak kau, aku bunuh kau."

Bagi anak-anak yang tak tahu apa-apa melainkan takut dengan ugutan seperti ini,
semestinya mereka hanya mampu berdiam diri.
Maka di sini, mereka perlukan peranan kita.

Amat penting untuk ibu bapa ajarkan anak-anak mereka,
supaya BERANI.
Bukan berani melawan, tapi berani meluahkan.

Yakinkan mereka.
Bahawa tiada siapa yang mampu mencederakan mereka, jika mereka meluahkan hal sebenar.
Orang yang salah tak perlu ditakuti, tak perlu dibela.
Orang yang salah perlu ditangkap.

Yakinkan anak-anak,
bahawa dengan menceritakan segalanya kepada talian 15999,
semuanya akan ok.
Takde apa yang perlu ditakutkan.
Takde apa yang perlu disegankan.
Ini semua demi menjamin keselamatan mereka.

Call dan cerita lah camane-camane pun.
15999 memang dikhaskan untuk pemanggil remaja dan kanak-kanak.
InsyaAllah diorang boleh handle.
Dan talian ini memang ada "network" dengan segala jenis pasukan penyelamat.
InsyaAllah bantuan boleh sampai segera.

Tapi yang penting, anak kita tu.
Dia dulu yang kena berani bertindak.
 Dia dulu yang kena berani meluahkan.

Dan kita ibu bapa ni la yang bertanggungjawab untuk ajarkan kepada mereka.
Mungkin boleh buat role-play atau "rehearsal" untuk bagi dia bayangan kepada situasi-situasi tertentu,
dan cara untuk call 15999.

Contoh lain,
bila anak kita tinggal di rumah neneknya di kampung,
kebetulan ada sorang bapa saudara yang tinggal bersama kat rumah tu.
Tanpa pengetahuan sesiapa, anak kita dah diganggu secara seksual oleh bapa saudara tersebut.
Dan anak kita tak pernah meluahkan sebab tak faham dengan apa yang sedang dialaminya.
Haa!
Pun 15999 paling tepat untuk dia hubungi.

Atas dasar ketidakselesaan dan kemurungan yang dialami kanak-kanak,
walau sekelumit atau sesikit mana pun,
tetap digalakkan untuk menghubungi 15999.

Latih anak supaya jangan biarkan perasaan tak sedap dalam hati tu lama-lama.
They need to be heard.
They deserve to be heard.

Kes gangguan seksual terhadap kanak-kanak macam ni jarang didengar,
tapi sebenarnya TERLALU BANYAK berlaku.
Jarang kita dengar sebab mangsa tidak diberi ruang dan saluran yang betul untuk bersuara.
Rujuk entry saya yang lepas tentang PEDOPHILIA.

Pedophilia and all type of child abuse really need to stop.
Cukuplah, dah banyak sangat dah anak-anak kita jadi mangsa.



Ini antara contoh atau kategori child abuse yang boleh dilaporkan:

1) PHYSICAL ABUSE macam pukul, belasah, sepak terajang, cekik, cucuh putung rokok, etc.
2) EMOTIONAL ABUSE macam ugut, maki, hina, fitnah, gangguan, etc.
3) SEXUAL ABUSE macam rogol, raba, sentuh, dan sebagainya.
4) NEGLECT macam dibiarkan sakit berpanjangan, tak diberi makan, dikurung, dan sebagainya.

Selain masalah kanak-kanak,
kalau ada ibu-ibu yang dikhianati atau didera suami,
 dan of course secara tak langsung anak-anak mereka juga turut affected,
PUN BOLEH CALL 15999.

Please.
Jangan berdiam diri.
Lakukan apa sahaja untuk anak-anak.

Saya sebagai seorang ibu, 
yang ada anak yang bakal hidup dan membesar dalam dunia yang serba-serbi tak kena ni,
dalam dunia yang penuh fitnah ni,
dalam dunia yang dihuni oleh ramai manusia yang seperti tidak bertuhan ni,
saya rasa sangat terpanggil untuk share benda ni dengan semua,
terutama para ibu bapa yang ada anak yang se-generasi dengan anak saya.

Bila kita sebut satu genarasi, ia bererti SEMUA dan BERSAMA-SAMA.
Bukan anak kau, anak kau. Anak aku, anak aku.
Sendiri jaga, sendiri peduli.
Bukan.

Anak awak, anak saya.
Anak saya, anak awak.
Anak dia, anak kita.
Mereka semua, anak kita.
Hasil tangan kita.
Hasil tindakan kita.
Sama-sama melindungi, sama-sama pikul tanggungjawab.

Okay?

So nak tak nak,
kita kena juga berganding bahu menggembleng tenaga bersatu hati dalam apa jua hal
yang melibatkan generasi anak-anak kita.
Wah ayat pun dah macam rosmah-rosmah dah.
Mungkin ada potensi.
Pasni boleh buat rambut. ;D





Apa kesan kalau kita diamkan dan biarkan child abuse ini berlaku pada kanak-kanak?
Ini jawapannya:


Tengok kat risk behaviours tu.
Na'uzubillahi min zalik.

Pastinya ini bukan jenis generasi yang kita mahukan untuk anak-anak kita.
Kan?
:'(

Ingat, perlindungan dan kebahagiaan hidup tu ialah hak semua orang.
SEMUA ORANG termasuk kanak-kanak layak untuk hidup bahagia dan dilindungi.
So jangan berdiam diri.
Ada orang yang akan bantu.
InsyaAllah.

Ini beberapa cara untuk kita bantu kanak-kanak yang mungkin mangsa child abuse:




Dan ini peranan kita sebagai ibu bapa dalam membantu untuk minimize the risk of child abuse terhadap anak-anak kita:


Sehabis baik cuba apply kesemuanya dalam kehidupan seharian kita.
Ok?


Segala info dan gambar yang saya sertakan di sini adalah daripada website Unicef Malaysia.
Boleh baca lebih lanjut tentang talian 15999 ni dan hak-hak perlindungan kanak-kanak termasuk anak-anak kita sendiri,
di link berikut:

http://stopchildabuse.unicef.my/
Atau Facebook: https://www.facebook.com/TalianNur 

Oh lagi satu lupa nak bagitahu,
15999 ni ialah 24 jam.
Call lah pada bila-bila masa saje.
Call tengah-tengah malam cakap perlahan-lahan bawah selimut pun takpe.
Yang penting, CALL.
Jangan diamkan.

Panjang-panjangkan perkara ni biar sampai ke pengetahuan seluruh ibu bapa di Malaysia.
Biar sama-sama tahu peranan masing-masing.
Sama-sama bantu wujudkan hidup yang lebih baik untuk generasi anak-anak kita.

Kita semua sayang anak-anak kita, kan?
=)

Iqodash's Birthday!

Lama dah tak cerita benda peribadi-peribadi sikit.
Balik-balik dengan tips parenting kau tu.
Habis kami yang belum ada anak ni macam mana?
Kami pun minat acik jiji jugak.
Tapi hari-hari hadap cerita keibubapaan boleh terhakis keminatan kami terhadap acik tahu tak.

Bentak hati si pembaca bujang.
;D

Ok la ok la.
Hari ni entry story-story je k.
Khoss buat pembaca bujang. Wah gitu.

Aku bukan apa.
Banyak je cerita peribadi yang nak dikongsi.
Tapi lately ramai pulak haters yang semacammmm je aku tengok.
Siap kata aku tak layak jadi parenting blogger sebab suka berlawak tak tentu hala dan
gaya penulisan yang tak serius dan tak matang.
Lepas tu bila aku ubah sikit gaya penulisan, bagi nampak formal sikit,
ada pulak yang cakap aku hipokrit dan tipu identiti diri.

Derr..??
-________-

Sebenarnya melayan orang-orang yang kerjanya asyik menghentam je ni memang takde faedah pun.
Tak dapat apa.
Dapat penat. Dapat gila.
Tu je.
;D

Dan gelaran "parenting blogger" tu pun bukan aku yang wujudkan.
Pembaca juga yang tetiba gelar begitu.
Entah la.

Ada yang suka.
Ada yang tak suka.
Lumrah kan?

 Aku cuma mampu jadi diri sendiri.
Dan akan tetap jadi diri sendiri sampai bila-bila.
Letih la weiii asyik fikir nak puaskan hati orang je.

So terima kasih banyak-banyak kerana memeriahkan lagi suasana hidup saya.
Love and hate.
Biasa ah tu.


Ok dah.
Sebenarnya cerita pasal birthday Iqodash ni dah lama.
Dua minggu lepas punya cerita.
Tapi since takde cerita peribadi yang lain,
kita up je la cerita ni bahahaha.

Iqodash atau nama sebenarnya Muqoddas ada buat birthday party yang kedua tahun masa 1st january itu hari.
So Mommy Iqodash yang catwoman-lah-sangat tu hahah,
menjemput Haikal sekeluarga untuk memeriahkan lagi mejelis.
Pastu tema dia superheroes pulak, memang lajuuuu la aku bawak Haikal kahkah.
Sekali sekala menggembirakan hati anak teruna apa salahnya kan.
Anak gembira, ibu pun turut bersenang hati.
Haa kan tetiba keluar ayat formal lagi matang dari jemari acik jiji. ;D


Aku kenal Leez (Mummy Muqoddas) ni actually dah lama.
Sejak zaman sekolah menengah.
Sama-sama Niners.
Orang Shah Alam tahu la Niners tu apa.
Nama sekolah bunyik nak urban je. :D

Tapi kitorang takde la rapat sangat masa tu.
Masing-masing perasan hot, so kalau hai-hai kat sekolah pun macam fake gila hahahaha.

Tapi since masing-masing dah bergelar ibu ni, mula la timbul bibit-bibit kesedaran dalam jiwa tentang pentingnya ukhuwah sesama ibu demi melestarikan dan memandu ke arah kemandirian generasi mendatang, yang aman makmur sentosa.
Haa tak cukup parenting blogger lagi ayat aku nih?
;D

Plus, Leez pun pernah attend kitorang punya Haikal's Outdoor Playgroup,
pastu sempat pulak masuk Utusan Malaysia bersama anakandanya,
so bertambah-tambah la kepochi bila kitorang berjumpa.
Banyak modal nak borak kan. Siap dengan efek bertepuk tampar.
Memang mak-mak automatik akan jadi perangai pondan camtu kan?
-_____-



Haikal sampai-sampai je memang tak pandang lain la.
Aunty Leez lanyak pipi dia pun dia buat tak tahuuu je.
Haikal terlalu terkesima dengan keadaan sekeliling.

"Amagad. Superheroes. Superheores everywhere. I wanna live here! And I wanna die here!",
kata Haikal di dalam hati seraya menggenggam tangannya.
;D



 Ini Fateen. Pun Niners jugak.
Pun kitorang tak rapat masa sekolah. Hahah.
Tapi sebab dia ni usahawan berjaya,
dah berapa banyak cawangan kedai dia dah,
so aku selalu stalk FB dan IG dia bahahahahaha.
Scroll page dia sambil amagaddd jelesnya jelesnya jelesnyaaa!

*stress*
*off phone*

;D


 Memang meriah birthday Muqoddas.
Semua sepurheroes datang. Hahaha.
Umur baru 2 tahun dah diberi rezeki menikmati hari jadi semeriah ini.
Maasha Allah. :)

Acik ni birthday yang ke-27 pun takde celebration se-grand ini.
Jangankan superheroes, barney and friends pun takde datang.
-_____-


 Ini bila mak-mak aka wanita-wanita hot sedunia bergambar.
Hot sangat sampai overshadow props superheroes kat balakang behehehe.

Rindu korang aihhhh.
Banyak mulut jugak kita kan bila dah jadi mak-mak nih.
Bedah temah tipah kiah maimun perangai masing-masing.
;D


 
 "Haa qoddas. Kau apa cerita? Makin hari makin banyak baju spiderman kau aku tengok. 
Ori tak ori nih?"
;D


 "Sorry mama. Takde masa nak pandang camera. Busy. Kat mana-mana pun tak dapat rumah yang banyak superheores camni. Ini betul-betul mimpi menjadi kenyataan."
;D



 Amboi.
Kemain lentok dia kat bahu Aunty Leez kan.
Mentang-mentang rumah Aunty Leez ada banyak superheroes.
Terus tak ingat rumah sendiri dah.
Sampai mak sendiri pun dah tak ingat. -_____-

Aku tak faham macam mana Leez boleh dukung Haikal.
Leez tengah pregnant tauuu.
Aku mak dia ni pun tak kuasa heyy nak berdukung bagai. Ada kaki jalan la. Ish.

*no wonder Haikal mudah melupakan emaknya*

;D


 Dah nak balik, baruuuuuu la si Zafirah (tudung purple) ni muncul.
Pun Niners jugak.
Pendek kata ni memang macam reunion Niners bertemakan superheroes. :D

Aku kagum dengan Zafirah sebab dah dapat PhD dengan jayanya!
Padahal dia ni dulu tak habis mengidolakan aku.
Tapi last-last aku yang dijadikan idola yang berhenti belajar kahkah.

Tapi masa jumpa hari tu Firah cakap,
"Don't worry. You're still my idol."

Apa benda laaaa!!
-_____-


   Ok last but not least, bergambar dengan tuan mejelis.
Leez-the-catwoman, Haikal-the-superman and Jiji-the-batman.
Baju kelawar kan. Batman la. Hahahah.

The birthday boy, Muqoddas hilang tah kemana.
Busy melayan superheroes lain gamaknya.
So takde gambar dengan dia. Hergh.

Thanks Leez, Isyraq and Muqoddas for having us.
Dan terima kasih sebab buat Haikal bahagia dan terawang-awang untuk satu hari.

Dah lepas dua tiga hari pun Haikal duk recall lagi,
"Mama, birthday Iqodash banyak superhero, mama.. Ada batman, ada superman, ada ironman, ada spiderman, ada..."

Ye lah ye lahhh
Pergi berangan kat sudut sana.
Tepu otak mama dengar ayat sama hari-hari.
;D