Bergebang di tepian ombak rindu. Ewah!

Mak aih lambat gilos aku update belog hari ni.
Ingatkan dah bersusun scheduled post untuk minggu ni.
Rupanyaaaa sampai semalam je daa.
Dasar pemalas plus suka buat kerja last minit memang gitu la kekdahnya.
Minggu ni memang menuntut aku untuk menjadi lipas kudung.
Nak kena buat labworks la, nak kena buat presentation la.
Dah la mamat bangla tu pasang projector terbalik masa present tadi, nahas la kau lepas ni bhaiya! Pastu nak kena submit full paper untuk conference tak lama lagi.
Well, aku bukan taknak siapkan paper tu cepat, tapi dah takde mood nak ngadap bende alah tu. Nak buat camne kannnn. *Bijak bijak alasan kau*

Pastu dah tension mengadap bende-bende ni semua, nak la jugak sesekali ngadap belog pulak kan. Tang tang tu jugak internet kat postgrad room tu dah block blogspot, facebook, youtube segala. Cantekkk.
Eh hello apahal pulak kau block Fesbuk? PM kita pon duk update status dia kat FB taw. Mesti la saya perlu mengambil tahu sedikit sebanyak tentang perkembangan semasa yang di-update oleh beliau. *Bijak bijak alasan kau*

Hmmm..biasa la bila dah kacau bilau dengan segala kerja, semua benda tak kena kan. Hatta nampak semut sekor melintas kat depan laptop pon, rasa macam annoyinggggg sangat. Eh semut, apsal kau main kat tempat aku? Sini takde gula. Shuh shuh!
Jadi kelam kelibut seluruh jiwa raga.

Dan sekarang, aku nak curi tulang kejap untuk update belog.
Kat sini blogspot tak kena block.
Pastu suasana tenang dan damai. Nak terlelap sambil snoring pon boleh.
Sebab sekarang aku kat rumah. Keh keh keh.
Sebelum aku sambung meroyan, ayuh la kita layan entry yang menenangkan jiwa sikit.

Last weekend, we got a chance to bring Baby Haikal to the beach.
Sebenarnya dah lama dah nak bawa si kecik tu lepak tepi pantai sambil merasa angin meniup sepoi-sepoi language.
Tapi asyik asyik asyikkk je busy. 
 Padahal pantai sejengkal je dari rumah. Heh

 Baby Haikal ni makin hari makin rapat dengan paknya. 
Bila nak nenen baru cari maknya.
Agaknya sebab maknya makin hari makin kuat membebel kot.



Kitorang pi pantai yang tengah buat Penang Second Bridge tu je.
Sebab tu la sejengkal je dari rumah.
Ape punya mak bapak la bawak anak tengok pemandangan laut yang ade construction. Haha.

Bila paknya dah terkehel bahu main dengan Baby Haikal, terpaksa la maknya pulak take turn. Sebenarnya sebab nak jugak ade gambar main dengan Haikal. :P

Baby Haikal ushar awek baywatch agaknya tu.


Ada pancaran kasih ibu tak kat wajah suci aku ni? Kekekeke


Untuk sejam yang pertama, Baby Haikal seronok main-main. 
Elok je dia entertain diri sendiri.


Tapi lepas tu, mata dia mula kuyu-kuyu.
Maybe dia ngantuk la kot. Maklom la sedap kena tiup angin kan.
So aku pon baringkan Baby Haikal, tepok-tepok sikit.


Tepok punya tepok, tak jugak lelap si kecik nih.
Rupanya nak ajak berborak pulak... Haihhh..
Mula la dia bercerita Aaaa..wuuu..buuu..baaa..aaaa..
Dan hanya dia je yang faham kronologi cerita tersebut. -__-"


Sambil layan si kecik tu story-telling sorang-sorang, aku melilau jugak tengok orang-orang sekeliling.


I wonder what happen to this boy. Rambut dia perang dan bertompok. Macam orang sakit.

Ditiup angin sepoi-sepoi language

Single fathers?

Ini baru BERPELUK TUBUH namanya! :P

 Couple baju putih ni tengah sakan bergaduh. last-last si awek tu kena tinggal sengsorang kat bangku tu. Ish ish kesian.. terjun je la dik..

Comel la pulak budak ni pakai beret. Harus cari satu untuk Baby Haikalll!

Sebelum maghrib, kitorang berangkat lah pulang.
Takut ada syaitonirrojim bergebang-gebangan pulak kan. 
Tak elok untuk budak-budak yang boleh nampak benda ghoib nih.

Tapi sebelum tu, harus la bergambar lagi.
Padahal pantai sebelah rumah je yop.

Last month, aku jeles gilos tengok gambar Along aku dengan anak beliau.
Siap show-off kat fesbuk lagi.
Siap ramai yang puji-puji somemore.
Harus la lagi membuak kedengkian itu kan.
 Ellehhhhh!

Maka si loser ni pon tiru aksi mereka. BAHAHAHA

Tapi lepas buat aksi ni, terus biceps naik dua ketul.
Maklom la, angkat beratttt.. :P

Uli anak.

Awas.
Ini entry 18sx. Ngehehehe..


Since aku reveal berat Baby Haikal dah 8kg masa check-up 3 bulan dulu, ada pulak yang suruh aku letak gambar Baby Haikal full body tak pakai baju.
Hamboihh! Daring taw u punya request! =P
Katanya, nak tengok tang mana yang "demok terlebih" sampai berat jadi 8kg. Haha.
Sebagai belogger yang prihatin, aku try la jugak to fulfill readers punya request.
Walaupon perlu menggayakan anak macam ala-ala model Mangga yang posing tepi swimming pool sambil terdedah belahan-belahan jiwa segala tu kan.
Tapi bcoz Baby Haikal ni baby lagi, boleh la posing togel-togel. Dah besar sok, kalo korang request nak tengok gambar togel gak, den hompuk dongan spanar boleh laras tu.

Nah, presenting...
Baby Haikal dalam swimming pool dia yang tak sampai paras buku lali pon. Haha



Mamat debab ni memang sukaaaaa sangat bila mandi.
Bila dengar bunyi air je, mula la excited terlebih.
Apa kau ingat senang nak mandikan si demok lapan kilo nih?
Since next week Baby Haikal dah 4 bulan, berat dia pon mestilah approaching 9kilo!
Boleh terkehel urat tengkok weh.

So far, alhamdulillah aku still boleh curi-curi masa untuk mandi Baby Haikal sendiri everyday, twice a day.
Walaupon sekarang aku hantar Baby Haikal kat rumah babysitter everyday, tapi kalo boleh aku taknak la dia mandikan.
Aku duk dengar sini lemas dalam baldi, sana lemas dalam besen.
Chuak kauuuuu... Na'uzubillah!
Tapi sometimes, memang tak sempat jugak aku nak mandikan, sebab kengkadang aku sampai rumah pon dah maghrib. So mintak tolong paknya lah mandikan.

Bcoz to me, waktu mandikan Baby Haikal tu la aku sangat happy.
Main simbah-simbah air. Uli-uli tepong. Eh, uli-uli anak.
Picit-picit bontot dia. Rasa macam nak join sekali duk dalam besen.
Nasib baik tak muat.


Mata takleh lagi terjojol kan. O_O

To those readers yang selalu bagi idea untuk entry belog ni, thanks sangat-sangat-sangat ye. Cuma aku belum dapat nak fulfill semua. Bukan tak sudi, tapi belom ade masa.
Rutin harian aku sekarang makin hectic gile kau.
Macam tak cukup 24jam. Duk terkejar sana sini. Nak buat itu ini. 
Kengkadang rasa bersalah bila anak terabai. Kalau anak pon dah terabai, belog apatah lagi. Sangaaaat terabai.
Sejak beberapa minggu ni pon, aku duk main scheduled post je. *kantoiiii*

p/s: Sabtu ni (25th Feb) ada kenduri Aqiqah Baby Haikal kat Shah Alam, jemputlah datang kalau nak tengok budak 8 kilo ni secara live! Heh