.
Macam yang dia selalu share dengan semua Daddies during #LookisslahTeeArtPlaygroup,
aktiviti yang dia selalu buat dengan Haikal lepas balik kerja, mestilah--
MUDAH,
DUDUK SETEMPAT (sebab balik kerja kan penat),
boleh buat ANAK HAPPY,
dan dapat create INTENSE ATTACHMENT dengan anak.
.
So semalam,
he made a dart board for Haikal.
Guna kotak je pun.
Pastu lukis beberapa ketul dinosaurs as targets,
and each dino tu ada markah tersendiri.
Pastu dart bullets tu, dia beli kat pasar malam je. 😂
.
Tapi kenapa dart?
Kenapa bukan gajet?
Atau Didi, Pak Atan and friends di Astro Ceria? 😑
.
Sebab dart sebenarnya adalah salah satu aktiviti yang melibatkan fokus dan sasaran yang sangat bagus untuk perkembangan cognitive dan motor skills anak.
Sama macam aktiviti memanah, menembak, memasukkan bola dalam gol, memasukkan bola ke dalam bakul/jaring, menuang air ke dalam cawan, etc.
Semua tu adalah aktiviti yang melibatkan fokus dan sasaran.
.
Macam yang saya share dalam buku #3Kertas3Krayon3PenselWarna di mukasurat 63,
any activities yang memerlukan sesuatu objek untuk kena/masuk ke sasaran adalah sangat sangat sangat bagus untuk perkembangan anak.
Terutamanya yang berumur 8 tahun ke bawah.
.
Kenapa?
Ini 7 sebab yang semua parents perlu tahu.
.
.
1) Hand-eye coordination & Balance
.
Aktiviti sebegini sangat sesuai untuk anak-anak yang masih belum ada body balance yang baik, belum mahir pegang pensel, belum ada muscle-control yang baik.
.
THIS is what they need.
Activities yang bantu develop hand-eye coordination dan body balance.
.
Bila main dart atau apa-apa aktiviti yang melibatkan sasaran.
Anak akan cuba "mengatur anggota badan" dan "mem-postur-kan" badan agar objek yang dibaling, terkena pada target.
.
Lama-lama mereka akan bina keselesaan, keseimbangan dan kejituan melalui anggota badan mereka.
.
.
2) Emotional control & growth mindset
.
Dengan pendedahan berterusan terhadap aktiviti yang melibatkan fokus & sasaran, anak akan belajar mengawal stress / emosi bila objek yang dibaling tak kena pada sasaran.
.
Mula-mula memang payah.
Anak akan menangis, bosan, give up, etc.
Tapi kalau parents pandai tackle dan motivate,
they will develop good self-motivation, good problem-solving skills, dan pandai improve skills/emosi sendiri untuk mencapai sesuatu target.
.
And that is a very useful skill in life!
.
.
3) Focus, patience, and self-awareness
.
Kebanyakan anak-anak sekarang memang ada masalah fokus.
Cepat bosan, tak sabar dan kerap bertukar aktiviti tanpa menyiapkan tugasan yang diberi.
Kan?
.
So aktiviti yang melibatkan fokus dan sasaran macam dart ni,
boleh latih anak untuk lebih sabar dan beri tumpuan terhadap sesuatu perkara sehingga target tercapai,
atau sehingga tugasan yang diberi selesai.
.
.
4) Self-confidence
.
Yang ni of course lah.
Setiap target yang dicapai akan meningkatkan tahap keyakinan diri anak.
.
Setiap kepuasan yang datang bila target mengena atau masuk "goal",
akan beri impact yang dasyat kepada pembentukan self-esteem anak.
.
Dalam islam pun ada ajar, keyakinan diri dapat dicapai dalam 3 stages iaitu :
Ilmulyakin--
bila kita belajar sesuatu.
Ainulyakin--
bila kita buat, nampak dan rasa kesan bila dah capai sesuatu.
Haqqulyakin--
Bila dah buat banyak kali dan dah expert,
kita jadi betul-betul yakin dengan diri sendiri.
.
So anak-anak pun perlu melalui fasa yang sama untuk membentuk keyakinan diri. 😊
.
.
5) Macam superhero!
.
Bila saya tanya Haikal,
"Best ke main dart?"
.
Haikal jawab,
"Best! Haikal rasa macam superhero!"
.
So this kind of activities juga sebenarnya beri anak "rasa best" atau good state of mind yang boleh release stress yang terkumpul dalam diri mereka.
.
.
6) Better behaviour
.
Menurut kajian, anak-anak yang didedahkan dengan aktiviti yang melibatkan sasaran atau target, mempunyai sikap yang matang dan rasional.
.
Ini kerana, aktiviti macam ni menyedarkan anak bahawa--
target/goal hanya boleh dicapai jika semua rules dipatuhi dengan baik.
.
So secara tak langsung ia membentuk disiplin dan persistence dalam behaviour anak, dan lama kelamaan akan diaplikasi dalam hidup sebenar.
.
.
7) Surviving skills
.
Above all, kita sebenarnya bukan mahukan anak jadi jaguh dart atau jaguh bola sepak atau jaguh memanah,
tapi kita mahu anak-anak menguasai setiap LIFE SURVIVING SKILLS yang dipupuk perlahan-lahan melalui aktiviti-aktiviti tersebut.
.
Tiada jaguh yang boleh beats orang yang mempunyai surviving skills yang baik dan mampu mengharungi hidup dengan tenang, gembira dan berjaya walau apa pun keadaan nya.
Setuju?
.
.
Ok dah.
Pasal dart je pun dah ceniaaa panjang post kau. 😂
.
Btw, ada banyakkkkkk lagi sebenarnya aktiviti yang boleh beri 7 skills penting di atas.
Bukan dart atau memanah sahaja.
So rajin-rajin lah menggoogle! 😉
.
Kalau at the first try,
anak tak boleh buat atau anak cepat putus asa,
don't worry and don't stop exposing him/her to this kind of activities.
Cuma try to breakdown the challenges.
Mungkin boleh kurangkan difficulty level.
Mungkin boleh dekatkan sikit objek dengan sasaran.
.
Beri anak "rasa" kejayaan mencapai target,
dan slowwwwwly increase the difficulty levels.
Lama-lama they will develop that confidence and excitement.
.
Ingat,
anak-anak sentiasa imitate emosi ibu bapa.
Kalau mak bapak pun macam lemau tak motivated,
jangan harap anak akan jadi orang yang bersemangat mengharungi liku-liku hidup kelak.
Dia pun sama makan tido je kerja macam kau. 😂
.
Salah satu event yang saya organize--
LOOKISSLAH Tee Art Playgroup,
juga menerapkan aktiviti-aktiviti yang membentuk 8 skills di atas.
.
Dah terbukti masa Tee Art Playgroup yang lepas, bila anak-anak yang join, berjaya fokus, build hand-eye coordination, dan sebagainya.
Yang paling best, anak-anak juga dapat socializing, sharing thoughts, boost self-esteem, good emotions and memorable experience!
.
Untuk info lanjut tentang LOOKISSLAH ni, boleh check out page facebook.com/lookisslah.
Dan untuk orang Melaka dan Perak,
boleh join playgroup di Bandar Bukit Baru, Melaka & Seri Manjung, Perak pada 1 & 8 January 2017 ini.
.
Orang negeri lain, don't worry.
Kami akan tour satu Malaysia nanti insyaAllah.
Stay tune! 😉
.
Atau kalau malas nak join, boleh dapatkan kit DIY Lookisslah Doodle Tee, dan get creative & bonding dengan anak-anak kat rumah!
Contact our #lookisslahagent di seluruh Malaysia.
.
Untuk lebih banyak tips keibubapaan dan tips psikologi santai, boleh dapatkan buku saya,
3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna.
Sebab dalam buku tu ada banyakkkkkk lagi tips yang akan buat korang tak boleh stop baca. 😉
.
Korang boleh dapatkan buku tu di kedai buku Popular / MPH / Kinokuniya dengan harga RM45.
Atauuuu kalau nak signature & free gift,
boleh order directly from me!
.
Whatsapp je:
016 217 3349
.
Have a good longgggg holiday, pipol!
Yang kena bekerja, mohon jangan kemurungan melihat orang-orang yang lenjan cuti lama.
Bersangka baik dengan setiap percaturan Allah. Gicu. 😂
0 comments:
Post a Comment