Perkongsian dari Bengkel Pengurusan Jenazah


So last weekend saya join Bengkel Pengurusan Jenazah di Manjung Perak.
.
Jujur, ini adalah pengalaman pertama saya. 
Dan alhamdulillah it was a very spiritually awakening experience!
Ingatkan ustazah tu ajar cara nak urus jenazah je, tapi rupanya cara nak siapkan diri jadi JENAZAH sekali. Meremang segala bulu 😑
.
InsyaAllah lepas ni nak kerapkan diri join Bengkel Pengurusan Jenazah, sebab Rasulullah saw pesan dalam Hadis Ibnu Majah;
“Orang paling cerdik, adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling bagus persiapannya.”
.
Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam orang2 paling cerdik itu 🙏🏻
.
So let me share with you some knowledge yang saya dapat dari bengkel baru-baru ni. Dan supaya korang tak menguap baca, saya tulis dalam point form dan guna bahasa pasar tani je k. Kalau menguap jugak, sila libas diri sendiri dengan batu nisan. 💁🏻‍♀️
.
🔴 Ganjaran bagi orang yang menguruskan jenazah adalah, akan diampunkan segala dosanya-- kembali bersih seperti bayi yang baru dilahirkan. Dan ganjaran bagi orang yang menunaikan solat jenazah pula adalah, pahala sebesar 2 Bukit Uhud. Siapa yang pernah pergi Madinah akan tahu betapa besarnya Bukit Uhud ni. 
.


🔴 Cara kematian kita sangat berkait rapat dengan cara hidup kita. Kalau nak kematian yang baik, hiduplah dengan cara yang Allah suka. 
.
🔴 Ini beberapa tanda kematian yang akan dirasai oleh SEMUA bakal jenazah:
.
1) 100 hari sebelum mati: Seluruh badan akan rasa gementar, dan hati kerap terdetik untuk berubah jadi lebih baik. Tapi dalam masa yang sama, syaitan pun semakin giat menghasut.
.
2) 40 hari sebelum mati: Pusat akan rasa berdenyut-denyut. Dan malaikat maut datang ziarah kita 210 kali sehari (setiap 7 minit).
.
3) 7 hari sebelum mati: Takde selera makan. 
.
4) 3 hari sebelum mati: Rasa berdenyut pada tengah dahi (antara dua kening). Bagi orang beriman, bila dah rasa tanda ni, mereka akan mula berpuasa.
.
5) 1 hari sebelum mati: Rasa berdenyut pada ubun2. Ini bermaksud takkan ada lagi Asar pada hari esok untuk kita.
.
Semua tanda2 ni kita akan rasa selepas masuk waktu Asar. Sebab tu para ulama galakkan kita solat Asar pada awal waktu (15 minit pertama selepas masuk waktu)
.
🔴 Setiap kematian manusia akan melibatkan sekurang2nya 30,000 malaikat yang turun dari langit, termasuk malaikat Izrail. Dan roh kita akan ditarik secara berperingkat:
.
1. Dari ibu jari kaki ke lutut (ditarik oleh 10,000 malaikat)
2. Dari lutut ke pusat (ditarik oleh 10,000 malaikat)
3. Dari pusat ke halkum (ditarik oleh 10,000 malaikat)
4. Dari halkum keluar dari jasad (ditarik oleh Malaikat Izrail)
.
🔴 Sakit mati adalah sakit yang paling sakit, diibaratkan macam tubuh dipukul dengan 300 pedang yang tajam. Ketika roh kita ditarik sikit-sikit, seluruh tulang dan organ akan rasa seperti dipatah2kan dan dilaga2kan. Sakitnya yang teramat sangat, sampai takde satu suara pun yang mampu dikeluarkan.
.
🔴 Lepas roh dah terpisah dari jasad, jasad akan diuruskan untuk pengebumian, manakala roh akan diangkat ke langit setingkat demi setingkat dan ditanya tentang akidah, ibadah, hubungan dengan ibu ayah dan sebagainya. Bagi roh orang beriman, ia akan disambut oleh jutaan para malaikat di setiap tingkat langit yang memuji2 betapa wanginya roh nya.
.
🔴 Lepas jasad dah selamat dikuburkan, roh akan dimasukkan semula ke dalam jasad sehingga ke paras pusat, dan bermula lah sesi soal jawab bersama dua malaikat - Munkar & Nakir.
.
🔴 Ketika jenazah diuruskan untuk pengebumian, ia akan dengar 5 suara ini:
.
1. Ketika dicabut nyawanya, suara itu berkata--
"Adakah kau meninggalkan dunia, atau dunia meninggalkan kau?"
.
2. Ketika dimandikan, suara itu berkata—
"Di manakah jasad/badan kau yang cantik/gagah selama ni? Sekarang ia akan kembali kepada Penciptanya."
.
3. Ketika dikafankan, suara itu berkata—
"Berbahagialah jika engkau berkawan dengan redha Allah, dan celakalah jika engkau berkawan dengan ingkar Allah.”
.
4. Ketika disolatkan, suara itu berkata—
"Segala apa yang telah engkau kerjakan ketika hidup, akan diperlihatkan semula di hadapan Allah."
.
5. Ketika dikuburkan, suara itu berkata—
"Lihat, inilah rumah engkau sekarang."
.
🔴 Ini adalah adab2 ketika menziarahi / menghadapi orang yang sedang nazak:
.
1. Perlahan2 mengiringkan badannya ke sebelah kanan, dengan wajahnya menghadap kiblat. 
2. Ambil sedikit air, dan basahkan bibirnya. 
3. Membaca syahadah di telinga kanannya dengan sebutan yang jelas. 
4. Memaafkan kesalahannya dan mendoakan agar perjalanannya ke barzakh dipermudahkan. 
.
🔴 Orang yang paling afdhal menguruskan jenazah adalah anak/waris si mati. Dan jika yang mengkafankan itu adalah anaknya yang soleh, roh si mati akan berkata dengan bangga ketika diangkat ke langit—
"Inilah pakaian yang dipakaikan oleh anak2ku yang soleh."
.
🔴 Ketika menguruskan jenazah, latih jiwa untuk bersangka baik dan latih mulut untuk berkata yang baik2, walau apa pun yang dilihat pada jenazah. Walaupun kita nampak benda2 yang “kurang baik” kat jenazah, tetapppp kena doakan yang baik2 untuknya.
.
🔴 Ini pesanan roh kepada orang2 yang menguruskan jasadnya:
.
1. Buka baju aku perlahan2, kerana aku baru saje diseret keluar oleh para malaikat. 
.
2. Jangan siram tubuhku dengan air panas, kerana tubuhku rasa seperti baru dibakar. 
.
3. Jaga auratku dan gosok tubuhku perlahan2, kerana tubuhku sedang penuh luka. 
.
4. Jangan diikat (dikafan) lagi kepala aku, kerana aku mahu lihat wajah anak2 dan suami/isteri ku-- yang aku takkan jumpa lagi lepas ini. 
.
5. Wahai kaum keluarga ku, jangan sakiti anak-anakku, kerana mereka kini anak yatim, dan aku takkan ada lagi untuk mereka lepas ni.
.
6. Wahai kaum keluarga ku, percepatkan perjalanan aku ke kubur, dan kalian lihatlah apa yang aku bawa-- sehelai sepinggang-- harta dan keluarga semuanya ditinggalkan. 
.
🔴 Kita digalakkan berbaik-baik dengan jiran tetangga, kerana mereka inilah orang2 pertama yang akan mendatangi jenazah kita. Kebiasaannya jiran sampai lebih awal berbanding ahli keluarga sendiri.
.
🔴 Kita TAK BOLEH minta maaf pada jenazah, atau minta dia mendoakan kita kepada Allah. Sebaliknya, kita yang perlu maafkan dia dan doakan kebaikannya di alam sana. 
.
🔴 Perbuatan meletak buku yasin / Al-Quran di atas atau di tepi jenazah, adalah perbuatan yang salah. Yang sepatutnya, kita baca yasin atau apa2 surah dalam Quran, dan niat dalam hati sampaikan pahala bacaan kepada jenazah. 
.
🔴 Wanita yang sedang haid BOLEH menguruskan jenazah dan boleh berzikir berhampiran jenazah. Cuma tak boleh baca surah dan solat jenazah sahaja.
.
🔴 Takde dalil yang menyatakan tak boleh menangis atau mengalirkan air mata berhampiran jenazah. Kita boleh menangis sambil mengucup jenazah, cuma pastikan tidak meninggalkan najis pada jenazah (hingus, air mata yang bertahi mata, etc)
.
🔴 Elakkan pembaziran ketika menguruskan jenazah. Contohnya, jika arwah ibu pernah pesan masa dia hidup untuk dikafankan dengan telekung sutera-- kalau boleh elakkan. Sebab permintaan macam tu sebenarnya satu pembaziran dan takde faedah. Lebih baik jika telekung tu diwakafkan atau disedekahkan kepada orang yang masih hidup. Selagi telekung tu dimanfaatkan untuk solat, arwah si ibu tadi dapat pahala yang berterusan. 
.
🔴 Isteri yang kematian suami, kena mula ber'edah sejurus selepas suaminya menghembus nafas terakhir. Bila isteri dapat tahu suami dah meninggal je, kena terus tanggalkan semua perhiasan diri (barang kemas, make up, etc), jaga batas pergaulan (walaupun rumah tengah ramai tetamu yg datang ziarah jenazah suami), dan isteri tak boleh mengiringi jenazah suami ke kubur. Tapi lepas semua urusan selesai dan semua tetamu dah balik, isteri boleh pergi ziarah kubur suami. 
.
🔴 Hukum derma organ adalah harus. Dengan syarat, atas persetujuan si mati ketika dia hidup. Selagi organ tu bermanfaat pada jasad orang lain, si mati akan dapat pahala berterusan. 
.
🔴 Didik anak dengan ajaran Islam sehingga dia mengamalkan Islam dalam hidupnya, sebab itulah yang bakal menerangi kubur dan "merehatkan" ibu bapa di alam barzakh nanti.
.
🔴 Kalau kita jaga aurat ketika hidup, nescaya Allah akan pelihara aurat jenazah kita ketika mati.
.
🔴 Nak bibir sempat ucap syahadah sebelum mati, jagalah hubungan dengan Allah. Kerana hanya orang2 yang disukai dan dipilih Allah yang akan diringankan bibirnya nanti. 
.
🔴 Amalkan surah Al-Mulk atau sekurang2nya Al-Ikhlas (3 kali) sebelum tidur, untuk dapat ketenangan di alam barzakh. 
.
🔴 Baca Al-Quran setiap hari (walaupun 1-2 ayat), sebab kat dalam kubur nanti, ketika semua amalan lain dihalau, hanya Al-Quran yang “berdegil” untuk tunggu dan teman kita yang sedang ketakutan. Itupun, kalau kita jadikan "dia" sahabat karib ketika hidup. 
.
🔴 Kalau susahhhh sangat nak cari masa untuk baca Al-Quran, minta dengan Allah. Peluk Al-Quran seeratnya dan doa —
.
"Ya Allah, aku rindu nak baca Al-Quran. Berilah aku kelapangan masa dan kelapangan hati untuk membacanya setiap hari. Berilah aku kesempatan untuk bersahabat karib dengannya sehingga ke barzakh."
.
.
Ok cukup lah kot setakat ni je. 
Panjang sangat dah. 😁
.
Dalam hidup ni, 
nak buat apa pun, buat lah.
Nak jadi apa pun, jadilah.
Nak jadi kaya ke, nak jadi jutawan ke, nak ramai follower ke, nak jadi famous ke, nak jadi artis ke, nak beli private jet ke—
ikut suka.
.
Tapi ingat, last sekali kita akan—
MATI.
.
Tanya diri--
apa bekalan yang aku dah siapkan untuk dibawa berjumpa Allah?
Adakah kubur aku nanti salah satu taman syurga atau salah satu lubang neraka?
.
Selamat berfikir,
dan hiduplah--
untuk mati. 
.
.

Footnote: Apa yang saya kongsikan ni mungkin 1% je dari kesuluruhan ilmu dan pengalaman yang saya dapat dari Bengkel Pengurusan Jenazah hari tu. Ilmu fardhu kifayah macam ni memang kena hadir kelas dan berguru. Tak boleh setakat belajar kat internet je. Saya doakan semua yang baca post ni diberi kelapangan masa untuk experience Bengkel Pengurusan Jenazah juga. 😊

2 comments:

Siti Nurhayati Dollah said...

Perkongsian dan ilmu yang bermanfaat

ct cheery said...

Good sharing. Sebak rasanya, sesungguhnya Aku seorang pendosa