Yeayyyy Haikal dah sunat! ;D (Pengalaman Peribadi dan Tips Sunat / Khatan Anak Lelaki)

Ok seperti yang dijanjikan-- 
pengalaman sunatkan anak. 

Fuhhh ternyata pengalaman bersunat bukan saje menggerunkan si anak dan burungnya 😂, tapi juga menggelupurkan jiwa si ibu. Si bapa toksah cakap lah. Belum jumpa doktor dah terkumat kamit berzikir mulutnya. Aiii lain macam nervous tu bang. Terkenang kisah lama ke? 😂

Tapi sungguh. 
Memang berdebar. 

No wonder para ulama galakkan khatan anak lelaki sebelum mencecah umur 3 bulan. Supaya boleh minimakan kesakitan dan percepat proses penyembuhan. Dan memang betul, bila saya tengok anak2 buah lelaki yang sunat masa baby, memang jauh lebih mudah, lebih cepat baik, dan lebih senang jaga.  Walaupun mak bapak tetap berdebar, at least si anak tak berdebar hahah. 

Tapi nak buat macam mana, Allah tak izinkan kami sunatkan Haikal seawal itu dulu, maka terima je lah Haikal kena sunat bila dah besor. 💁

Tapi secara peribadi, saya rasa ada baiknya juga sunatkan anak bila dah besar sikit. Sebab dia boleh belajar untuk manage rasa sakit dan atasi ketakutan diri. 😌 

Dan apa yang saya perasan, "kematangan" Haikal naik level 999 lepas dia sunat. Entah lah. Tapi cara dia react to situations dan cara dia berfikir agak berbeza. Tak tahu la pulak macam mana "penghijrahan burung" boleh beri kesan kepada cara berfikir. 😂



Ramai yang tanya, macam mana saya pujuk Haikal untuk bersunat. Ok macam yang saya pernah post sebelum ni, sebenarnya Haikal yang minta sendiri untuk disunatkan masa hari jadinya 31 Oktober lepas. 

Haa bunyi macam senanggg je kan. 

Tapi hakikat yang ramai tak tahu ialah--
ini sebenarnya percubaan ketiga kami untuk sunatkan Haikal selepas 2 kali gagal sebelum ni sebab Haikal takut lalu melarikan diri. 😂

Masa Haikal umur 6 tahun, 2 kali kitorang pernah register Haikal untuk sunat sebab DIA NAMPAK MACAM DAH BERSEDIA. Tapi rupanya bila sampai kat katil bedah tu, lintang pukang dia melarikan diri. Maka pasrah lah kami berdua apabila melihat reaksi Haikal dan wajah doktor yang saling tak tumpah seperti ini 😑

Nak buat macam mana-- kami yang pilih untuk tak mahu menipu dan memujuk Haikal dengan ayat "sunat tu tak sakit". In fact, kitorang sentiasa cakap SUNAT TU SAKIT, BUT IT WILL MAKE YOU STRONGER AND HEALTHIER. And kitorang siap tunjuk video prosedur sunat tu kat Haikal to make him mentally aware tentang proses yang bakal dilaluinya. 

Hmm aku pun tak tahu la kitorang ni mak bapak "telus" level apa. 😂

Tapi to be honest, kitorang sangat tak setuju dengan kaedah "tipu sunat" dengan mengatakan "sunat tu tak sakit" atau "rasa macam kena gigit semut jurrr" semata2 nak anak menyerah diri dan senangkan kerja kita. 

No way!
Yang nak kena sunat ialah anak. 
Yang nak menanggung sakit ialah anak. 
Macam mana kau tergamak menipu dia?
Tell them the truth and wait until they're ready!

"Uihh kalau camtu sampai ke besor la anak aku tak sunat sebab awal2 dah bagitahu sakit."

Tak. 
Kau yang sedang underestimate anak kau sebenarnya.
Padahal anak2 ni fitrahnya lebih berani dari apa yang kita sangka.
Diorang sebenarnya suka ambil risiko dan sahut cabaran.
Kita yang dewasa ni je yang terlalu banyak fear dan suka overthink sampai mempengaruhi fitrah anak.

Just tell them the truth!
Bila anak dah aware tentang fungsi sunat dan proses sunat, dia sendiri akan slowly develop that readiness dan willing untuk disunatkan. Percayalah, 
and stop underestimating your child. 

I'm confident to say this sebab saya dah lihat buktinya--
pada Haikal. 💁

Pada pagi hari jadi dia tu, sebelum ke sekolah, Haikal beritahu papanya, 
"Pa, sempena birthday Haikal hari ni, Haikal nak hadiahkan diri sendiri. Haikal nak sunat."

Tepat jam 2.30pm, kami pick up Haikal dari sekolah, terus ke klinik, dan lepas 15 minit, semua settle. 
And just like that-- 
Haikal dah sunat.
Alhamdulillah 😊

Memang mudah. 
Tapi kemudahan ni datang selepas setahun lebih kami lakukan persediaan mental terhadap Haikal, dan selepas 2 kali kami gagal nak sunatkan Haikal. 

Tapi despite semua "drama" yang Haikal tunjukkan sepanjang proses persediaan mental tu, we strongly believe--
masanya akan tiba, Haikal akan bersedia, dan semuanya akan mudah. 

Dan akhirnya hari ni kami dapat lihat--
kuasa Allah yang sentiasa mengikut sangkaan hambaNya. 
Dengan begitu2 saje-- 
Haikal minta disunatkan. 😊

But of course Haikal tak sunat sambil senyum.
Of course Haikal menangis, especially masa cucuk bius tu. 

Sebab memang--
SUNAT ITU SAKIT. 

Tapi sebab he's aware and mentally ready, masa nangis tu, Haikal tak memberontak. Dia cuma pandang wajah saya dan minta saya gosok dahinya, sementara tangan dia genggam kuat pergelangan tangan saya. 

I could feel his pain. 
But i could feel his braveness too 😊

Keluar dari bilik doktor, Haikal tengok "burung" dia dan sayup2 saya dengar Haikal cakap dengan suara bergetar, 
"Alhamdulillah Haikal dah sunat." 
😂

Hari ni genap 15 hari lepas Haikal sunat. 
Alhamdulillah masa hari ke-7 Haikal dah boleh pakai seluar, dah boleh main bola, dah boleh naik basikal. Walaupun berderau darah mak dia tengok anak tetiba naik basikal 😑

Apa pun, lega sangat urusan jaga Haikal dan proses penyembuhan dia dipermudahkan. Mak dia pun takdelah tak cukup tidur sampai eyebag sebakul ke apa. Semuanya mudah alhamdulillah. 

Tapi ada sekali tu, masa Haikal tengah terlantar dengan kain pelikatnya, dia tiba2 cakap, 
"Mama, i miss your cuddles. Bila Haikal dapat peluk mama kuat2 lagi? Bila nak peluk je sakit." 

Lalu termenitiklah air mata si ibu berhati tisu ini 😭
Tapi bila dah boleh main bola apa semua tu, langsung tak ingat nak peluk mak kau kan. 
Pakpompakmustapeyy betul 🙄

Sekian, begitu lah kisah sunat anak teruna saya. Dan sebagai orang yang baru sangat pengalamannya, let me share some of my personal tips.


SEBELUM SUNAT:

1. Stop tipu anak cakap "sunat tu tak sakit". Tell them the truth. Dan dalam masa yang sama, ulang2 kebaikan dan ganjaran yang dia dapat lepas sunat. 

2. Jangan momokkan sunat sebagai denda atau hukuman bila anak buat salah. Contohnya, "Siap kau. Satgi mak sunatkan kau baru tahu!"

3. Ada banyak kaedah sunat: Smart Clamp, Jahitan, Sutureless, etc. Do some readings dan pilih lah yang paling kena dengan keadaan fizikal anak dan kemampuan kewangan. Jumpa doctor dan tanya betul2 dulu. Jangan setakat ikut cakap2 orang. Jiran sebelah guna teknik clamp, kau pun nak clamp. Si Abah guna batang pisang masa sunat tahun 1988 dulu, kau pun nak anak guna batang pisang. Tanya doktor dulu. Yang nak disunatkan ialah burung si anak, bukan burung abah atau burung jiran sebelah. 

4. Tak salah nak bagi reward untuk raikan anak sunat. Bagi la hadiah apa pun. Tapi yang paling penting, fahamkan anak tentang kebaikan sunat itu sendiri. Hadiah iu sampingan je, tapi manfaat yang lebih besar adalah daripada proses sunat tu sendiri. 



SEMASA SUNAT:

1. Sebelum masuk bilik bedah, make sure anak dah makan, dah buang air dan dah bersihkan diri. 

2. Teman anak kat bilik bedah dan tenangkan dia supaya tak meronta. 

3. Ajar anak teknik pernafasan masa cucuk bius untuk minimize rasa sakit. 

4. Jangan sesekali cakap kat anak, "Jangan nangis. Anak lelaki mana boleh nangis. Malu orang tengok." Nonsense! Biarkan anak menangis. Itu fitrah manusia. Orang tengah sakit, takkan nak expect dia senyum pulak? -____-

5. Nak bagi gajet masa sunat? Terpulang. Mungkin berguna juga. Banyak kajian menunjukkan screen time boleh bertindak sebagai "painkiller" dan hilangkan sakit dalam masa 3 saat. Tapi bagi saya, bila lagi anak nak belajar manage rasa sakit kalau bukan time sakit itu sendiri. 😊 Lagipun proses sunat tak ambil masa lama. 10-15 minit je.


SELEPAS SUNAT 

1. Penjagaan lepas sunat bergantung kepada kaedah yang digunakan. Tapi benda basic yang parents kena tahu: tempat luka potong tu perlu sentiasa kering untuk elakkan infection. Lepas buang air atau lepas mandi, kena letak anak kat tempat berangin supaya cepat kering. Ada yang suggest guna hair dryer (without heat) atau kipas USB tu.

2. Kalau doktor ada bagi antibiotic, makan ikut masa yang ditetapkan. Doktor yang sunat Haikal tu cakap, banyak kes yang burung swollen dan infected sebab tak makan antibiotic. Hmm kesian burung 😑

3. Rancang aktiviti masa anak "berpantang". 3-4 hari pertama anak akan banyak baring je. So diorang akan rasa bosan kalau takde aktiviti. So selain tengok TV, main game, dan main phone, rancang la jugak aktiviti lain yang boleh dibuat sambil baring. Macam Haikal, dia banyak main Haikal's Game Book, main lego dan baca buku. Sebelum sunat memang dah standby banyak2 buku baru supaya dia excited nak baca. Haikal selalunya lepas 1-2 hours TV, dia akan switch off sendiri dan cakap "i need to refresh my brain." Ok whatevsss 😌

4. Bab makan, seminggu pertama tu pantang dulu makan udang, sotong, kerang, ketam, telur, etc. Banyakkan ikan isi putih dalam menu anak. Seeloknya ikan haruan. Macam Haikal, memang hari2 makan haruan. Tapi saya variasikan cara masakan. Haruan sup, haruan bakar, haruan goreng, haruan stim, haruan masak kicap, haruan kari, etc. Andd banyak makan buah. Vitamin C boleh cepatkan penyembuhan. 

5. Cara basuh kencing: Boleh guna syringe atau isi air dalam mangkuk kecik (campur sikit dengan saline solution) dan rendamkan hujung 🐦 beberapa kali sampai yakin bersih.  

Ok dah. Tu je. 
Fuhh dah lama tak tulis pepanjang cemni. 😂

Semoga perkongsian saya ni dapat beri kebaikan kepada ibu bapa yang plan nak sunatkan anak masing2 tak lama lagi.


 


Kepada anak2 yang bakal bersunat--
GOOD LUCK. 
Don't worry. Sunat tu tak sakit pun. 
Bahahahah 😁

Perkongsian dari Bengkel Pengurusan Jenazah


So last weekend saya join Bengkel Pengurusan Jenazah di Manjung Perak.
.
Jujur, ini adalah pengalaman pertama saya. 
Dan alhamdulillah it was a very spiritually awakening experience!
Ingatkan ustazah tu ajar cara nak urus jenazah je, tapi rupanya cara nak siapkan diri jadi JENAZAH sekali. Meremang segala bulu 😑
.
InsyaAllah lepas ni nak kerapkan diri join Bengkel Pengurusan Jenazah, sebab Rasulullah saw pesan dalam Hadis Ibnu Majah;
“Orang paling cerdik, adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling bagus persiapannya.”
.
Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam orang2 paling cerdik itu 🙏🏻
.
So let me share with you some knowledge yang saya dapat dari bengkel baru-baru ni. Dan supaya korang tak menguap baca, saya tulis dalam point form dan guna bahasa pasar tani je k. Kalau menguap jugak, sila libas diri sendiri dengan batu nisan. 💁🏻‍♀️
.
🔴 Ganjaran bagi orang yang menguruskan jenazah adalah, akan diampunkan segala dosanya-- kembali bersih seperti bayi yang baru dilahirkan. Dan ganjaran bagi orang yang menunaikan solat jenazah pula adalah, pahala sebesar 2 Bukit Uhud. Siapa yang pernah pergi Madinah akan tahu betapa besarnya Bukit Uhud ni. 
.


🔴 Cara kematian kita sangat berkait rapat dengan cara hidup kita. Kalau nak kematian yang baik, hiduplah dengan cara yang Allah suka. 
.
🔴 Ini beberapa tanda kematian yang akan dirasai oleh SEMUA bakal jenazah:
.
1) 100 hari sebelum mati: Seluruh badan akan rasa gementar, dan hati kerap terdetik untuk berubah jadi lebih baik. Tapi dalam masa yang sama, syaitan pun semakin giat menghasut.
.
2) 40 hari sebelum mati: Pusat akan rasa berdenyut-denyut. Dan malaikat maut datang ziarah kita 210 kali sehari (setiap 7 minit).
.
3) 7 hari sebelum mati: Takde selera makan. 
.
4) 3 hari sebelum mati: Rasa berdenyut pada tengah dahi (antara dua kening). Bagi orang beriman, bila dah rasa tanda ni, mereka akan mula berpuasa.
.
5) 1 hari sebelum mati: Rasa berdenyut pada ubun2. Ini bermaksud takkan ada lagi Asar pada hari esok untuk kita.
.
Semua tanda2 ni kita akan rasa selepas masuk waktu Asar. Sebab tu para ulama galakkan kita solat Asar pada awal waktu (15 minit pertama selepas masuk waktu)
.
🔴 Setiap kematian manusia akan melibatkan sekurang2nya 30,000 malaikat yang turun dari langit, termasuk malaikat Izrail. Dan roh kita akan ditarik secara berperingkat:
.
1. Dari ibu jari kaki ke lutut (ditarik oleh 10,000 malaikat)
2. Dari lutut ke pusat (ditarik oleh 10,000 malaikat)
3. Dari pusat ke halkum (ditarik oleh 10,000 malaikat)
4. Dari halkum keluar dari jasad (ditarik oleh Malaikat Izrail)
.
🔴 Sakit mati adalah sakit yang paling sakit, diibaratkan macam tubuh dipukul dengan 300 pedang yang tajam. Ketika roh kita ditarik sikit-sikit, seluruh tulang dan organ akan rasa seperti dipatah2kan dan dilaga2kan. Sakitnya yang teramat sangat, sampai takde satu suara pun yang mampu dikeluarkan.
.
🔴 Lepas roh dah terpisah dari jasad, jasad akan diuruskan untuk pengebumian, manakala roh akan diangkat ke langit setingkat demi setingkat dan ditanya tentang akidah, ibadah, hubungan dengan ibu ayah dan sebagainya. Bagi roh orang beriman, ia akan disambut oleh jutaan para malaikat di setiap tingkat langit yang memuji2 betapa wanginya roh nya.
.
🔴 Lepas jasad dah selamat dikuburkan, roh akan dimasukkan semula ke dalam jasad sehingga ke paras pusat, dan bermula lah sesi soal jawab bersama dua malaikat - Munkar & Nakir.
.
🔴 Ketika jenazah diuruskan untuk pengebumian, ia akan dengar 5 suara ini:
.
1. Ketika dicabut nyawanya, suara itu berkata--
"Adakah kau meninggalkan dunia, atau dunia meninggalkan kau?"
.
2. Ketika dimandikan, suara itu berkata—
"Di manakah jasad/badan kau yang cantik/gagah selama ni? Sekarang ia akan kembali kepada Penciptanya."
.
3. Ketika dikafankan, suara itu berkata—
"Berbahagialah jika engkau berkawan dengan redha Allah, dan celakalah jika engkau berkawan dengan ingkar Allah.”
.
4. Ketika disolatkan, suara itu berkata—
"Segala apa yang telah engkau kerjakan ketika hidup, akan diperlihatkan semula di hadapan Allah."
.
5. Ketika dikuburkan, suara itu berkata—
"Lihat, inilah rumah engkau sekarang."
.
🔴 Ini adalah adab2 ketika menziarahi / menghadapi orang yang sedang nazak:
.
1. Perlahan2 mengiringkan badannya ke sebelah kanan, dengan wajahnya menghadap kiblat. 
2. Ambil sedikit air, dan basahkan bibirnya. 
3. Membaca syahadah di telinga kanannya dengan sebutan yang jelas. 
4. Memaafkan kesalahannya dan mendoakan agar perjalanannya ke barzakh dipermudahkan. 
.
🔴 Orang yang paling afdhal menguruskan jenazah adalah anak/waris si mati. Dan jika yang mengkafankan itu adalah anaknya yang soleh, roh si mati akan berkata dengan bangga ketika diangkat ke langit—
"Inilah pakaian yang dipakaikan oleh anak2ku yang soleh."
.
🔴 Ketika menguruskan jenazah, latih jiwa untuk bersangka baik dan latih mulut untuk berkata yang baik2, walau apa pun yang dilihat pada jenazah. Walaupun kita nampak benda2 yang “kurang baik” kat jenazah, tetapppp kena doakan yang baik2 untuknya.
.
🔴 Ini pesanan roh kepada orang2 yang menguruskan jasadnya:
.
1. Buka baju aku perlahan2, kerana aku baru saje diseret keluar oleh para malaikat. 
.
2. Jangan siram tubuhku dengan air panas, kerana tubuhku rasa seperti baru dibakar. 
.
3. Jaga auratku dan gosok tubuhku perlahan2, kerana tubuhku sedang penuh luka. 
.
4. Jangan diikat (dikafan) lagi kepala aku, kerana aku mahu lihat wajah anak2 dan suami/isteri ku-- yang aku takkan jumpa lagi lepas ini. 
.
5. Wahai kaum keluarga ku, jangan sakiti anak-anakku, kerana mereka kini anak yatim, dan aku takkan ada lagi untuk mereka lepas ni.
.
6. Wahai kaum keluarga ku, percepatkan perjalanan aku ke kubur, dan kalian lihatlah apa yang aku bawa-- sehelai sepinggang-- harta dan keluarga semuanya ditinggalkan. 
.
🔴 Kita digalakkan berbaik-baik dengan jiran tetangga, kerana mereka inilah orang2 pertama yang akan mendatangi jenazah kita. Kebiasaannya jiran sampai lebih awal berbanding ahli keluarga sendiri.
.
🔴 Kita TAK BOLEH minta maaf pada jenazah, atau minta dia mendoakan kita kepada Allah. Sebaliknya, kita yang perlu maafkan dia dan doakan kebaikannya di alam sana. 
.
🔴 Perbuatan meletak buku yasin / Al-Quran di atas atau di tepi jenazah, adalah perbuatan yang salah. Yang sepatutnya, kita baca yasin atau apa2 surah dalam Quran, dan niat dalam hati sampaikan pahala bacaan kepada jenazah. 
.
🔴 Wanita yang sedang haid BOLEH menguruskan jenazah dan boleh berzikir berhampiran jenazah. Cuma tak boleh baca surah dan solat jenazah sahaja.
.
🔴 Takde dalil yang menyatakan tak boleh menangis atau mengalirkan air mata berhampiran jenazah. Kita boleh menangis sambil mengucup jenazah, cuma pastikan tidak meninggalkan najis pada jenazah (hingus, air mata yang bertahi mata, etc)
.
🔴 Elakkan pembaziran ketika menguruskan jenazah. Contohnya, jika arwah ibu pernah pesan masa dia hidup untuk dikafankan dengan telekung sutera-- kalau boleh elakkan. Sebab permintaan macam tu sebenarnya satu pembaziran dan takde faedah. Lebih baik jika telekung tu diwakafkan atau disedekahkan kepada orang yang masih hidup. Selagi telekung tu dimanfaatkan untuk solat, arwah si ibu tadi dapat pahala yang berterusan. 
.
🔴 Isteri yang kematian suami, kena mula ber'edah sejurus selepas suaminya menghembus nafas terakhir. Bila isteri dapat tahu suami dah meninggal je, kena terus tanggalkan semua perhiasan diri (barang kemas, make up, etc), jaga batas pergaulan (walaupun rumah tengah ramai tetamu yg datang ziarah jenazah suami), dan isteri tak boleh mengiringi jenazah suami ke kubur. Tapi lepas semua urusan selesai dan semua tetamu dah balik, isteri boleh pergi ziarah kubur suami. 
.
🔴 Hukum derma organ adalah harus. Dengan syarat, atas persetujuan si mati ketika dia hidup. Selagi organ tu bermanfaat pada jasad orang lain, si mati akan dapat pahala berterusan. 
.
🔴 Didik anak dengan ajaran Islam sehingga dia mengamalkan Islam dalam hidupnya, sebab itulah yang bakal menerangi kubur dan "merehatkan" ibu bapa di alam barzakh nanti.
.
🔴 Kalau kita jaga aurat ketika hidup, nescaya Allah akan pelihara aurat jenazah kita ketika mati.
.
🔴 Nak bibir sempat ucap syahadah sebelum mati, jagalah hubungan dengan Allah. Kerana hanya orang2 yang disukai dan dipilih Allah yang akan diringankan bibirnya nanti. 
.
🔴 Amalkan surah Al-Mulk atau sekurang2nya Al-Ikhlas (3 kali) sebelum tidur, untuk dapat ketenangan di alam barzakh. 
.
🔴 Baca Al-Quran setiap hari (walaupun 1-2 ayat), sebab kat dalam kubur nanti, ketika semua amalan lain dihalau, hanya Al-Quran yang “berdegil” untuk tunggu dan teman kita yang sedang ketakutan. Itupun, kalau kita jadikan "dia" sahabat karib ketika hidup. 
.
🔴 Kalau susahhhh sangat nak cari masa untuk baca Al-Quran, minta dengan Allah. Peluk Al-Quran seeratnya dan doa —
.
"Ya Allah, aku rindu nak baca Al-Quran. Berilah aku kelapangan masa dan kelapangan hati untuk membacanya setiap hari. Berilah aku kesempatan untuk bersahabat karib dengannya sehingga ke barzakh."
.
.
Ok cukup lah kot setakat ni je. 
Panjang sangat dah. 😁
.
Dalam hidup ni, 
nak buat apa pun, buat lah.
Nak jadi apa pun, jadilah.
Nak jadi kaya ke, nak jadi jutawan ke, nak ramai follower ke, nak jadi famous ke, nak jadi artis ke, nak beli private jet ke—
ikut suka.
.
Tapi ingat, last sekali kita akan—
MATI.
.
Tanya diri--
apa bekalan yang aku dah siapkan untuk dibawa berjumpa Allah?
Adakah kubur aku nanti salah satu taman syurga atau salah satu lubang neraka?
.
Selamat berfikir,
dan hiduplah--
untuk mati. 
.
.

Footnote: Apa yang saya kongsikan ni mungkin 1% je dari kesuluruhan ilmu dan pengalaman yang saya dapat dari Bengkel Pengurusan Jenazah hari tu. Ilmu fardhu kifayah macam ni memang kena hadir kelas dan berguru. Tak boleh setakat belajar kat internet je. Saya doakan semua yang baca post ni diberi kelapangan masa untuk experience Bengkel Pengurusan Jenazah juga. 😊