Hai, assalamualaikum!
Selamat Hari Raya yang keenam!
.
Amacam raya so far?
Macam dah berlipat sikit dagu dan perut kan? 😂
.
Mana taknya.
Sehari naik sekilo.
Dah enam hari, naik 6 kilo.
Cukup sebulan raya, dah macam hippopotamus dah masing-masing. 😑
.
Itu baru ziarah saudara mara.
Belum lagi marathon open house untuk minggu-minggu seterusnya nih.
Kambing golek, cendol, satay, rendang tok, dodol durian, kuey teow kerang, nasi beriyani, kek lapis sarawak, puding roti dannnn duit raya. 😂
.
Jadi sempena ramai yang tengah plan nak organize open house atau yang bakal memenuhi jemputan open house,
saya nak share beberapa perkara yang mungkin kita boleh consider untuk menjamin kelancaran perjalanan majlis,
di samping memastikan keselesaan dan emosi tetamu sentiasa terpelihara.
.
Kalau kita sebagai penganjur / host rumah terbuka,
ada 5 perkara yang kita boleh sediakan agar open house kita lebih the bomb dan lebih best berbanding open house jiran kita semalam.
Wah boleh lawan-lawan pulak. 😂
.
1) Sediakan makanan kanak-kanak.
.
Kalau tetamu yang bakal dijemput tu kebanyakannya adalah ibu bapa yang ada anak-anak kecil, adalah lebih muliaaaaa jika kita dapat sediakan makanan yang sesuai untuk anak-anak mereka.
.
Just prepare a simple dish, yang tak pedas.
Tapi bukan nugget please. 😑
.
Kalau boleh avoid frozen atau unhealthy food.
Sebab ada parents yang prihatin perihal makanan yang diambil oleh anak-anak mereka.
So ambil langkah selamat.
Sediakan makanan yang sihat tapi senang nak buat.
.
Contoh, nasi putih dan sup ayam.
Dalam sup tu campak la kentang ke carrot ke. Dah, settle.
Tak pun kalau nak menu yang less-messy,
prepare something yang bite-sized dan kids boleh pegang sendiri.
Contoh, popia telur ke popia sayur ke.
Or fresh fruits.
.
Untuk elakkan makanan kanak-kanak yang disediakan cepat habis angkara mak apak diorang pun bedal makan,
Label sesiap kat makanan tuh,
"MAKANAN INI UNTUK KANAK-KANAK SAHAJA."
.
Takpun,
"MAKANAN INI UNTUK KANAK-KANAK 12 TAHUN KE BAWAH SAHAJA. KAU DAH 35 TAHUN PERGI BALIK MASAK SENDIRI."
.
Tapi jangan terkejut la kalau lepas tu ramai yang unfriend kat facebook. 😂
.
.
2) Sediakan bottomless air kosong.
.
Saya personally, sangatttt suka rumah yang sediakan air kosong untuk tetamu yang datang beraya.
Dan sepanjang 6 hari beraya ni,
saya perasan, kalau pergi rumah yang sediakan air kosong,
mesti jug air kosong dia habis dulu sebelum air gas atau air manis.
.
Maksudnya, ramai je sebenarnya orang yang lebih sukakan air kosong berbanding air manis.
Mungkin sebab faktor cuaca.
Atau mungkin semua orang pun dah aware tentang kalori,
dan masing-masing taknak jadi hippopotamus di hujung musim perayaan kelak. 😆
.
So untuk pastikan semua tetamu open house kita happy, pastikan ada air kosong.
Air gas selit-selit sikit belakang balang kuih biar susah orang nak ambik.
Pastu tampal label kat botol air gas tu,
"Seteguk air gas ini bersamaan kau telan sepuluh senduk gula."
.
Seram terus orang yang nak minum tu.
😂
.
.
3) Sediakan sudut bermain / play area untuk anak-anak.
.
Haa ini penting.
Your guests will thank you for having this.
.
Cari satu sudut yang selamat dan ada pengudaraan untuk dijadikan play area,
and prepare some busy kits untuk anak-anak.
Yang paling simple adalah kertas kosong dan beberapa ketul pensil warna atau crayon.
.
Nak lagi best,
letak la lego ke, blocks ke, playdoh ke, board games ke.
Anything.
Yang korang rasa senang nak prepare dan senang nak kemas.
.
Mungkin akan memakan sedikit space,
dan akan berlaku sedikit huru hara di space tersebut,
tapi korang akan perasan,
anak-anak happy dan ibu bapa pun double triple happy sebab tak payah deal dengan anak-anak bosan mahupun tantrum.
.
Dan secara automatik open house korang akan dinobatkan sebagai juara open house terbesttttt peringkat kampung.
Lantas mengalahkan open house Si Bedah anak ketua kampung tuh.
Harapkan lampu liplap je banyak.
Tapi budak-budak datang semua tantrum. 😂
.
.
4) Sediakan covered space untuk ibu menyusu.
.
Yang ni penting juga, if ada tetamu yang bakal datang tu ada baby yang masih menyusu badan.
So ofkos kaum ibu macam ni nak tempat yang selesa untuk menyusukan anak masing-masing.
Tak salah pun kalau sediakan satu bilik untuk ibu menyusu.
Letak label kat pintu,
"BILIK BAYI MENYUSU".
Ini bagi mengelakkan suami yang nak menyusu masuk. Hahah.
.
Lagi best kalau ada toto yang si ibu boleh baringkan anak dia sekejap, sementara si ibu sambung melantak lodeh lapanbelas pusingan.
.
.
5) Sediakan ruang dan kelengkapan solat.
.
Yang ni kebanyakan open house ada sediakan.
Especially bila tempoh majlis tu memang kena waktu solat.
So adalah lebih elok kalau kita boleh sediakan proper space untuk tetamu berwudhuk dan solat.
Sejadah, kain pelikat, telekong, arah kiblat, complete.
.
Pastinya perbuatan ni Allah pandang.
Sebab sediakan keperluan untuk orang lain beribadah.
Pahala berlipat ganda, insyaAllah. 😊
.
.
.
Ok sekian 5 tips kalau kita sebagai penganjur / host rumah terbuka.
Malam kang saya sambung 5 tips lagi,
jika kita sebagai tetamu pulak.
Stay tiung!
.
P/S: Silakan tag sesiapa yang bakal buat open house
0 comments:
Post a Comment