Tips Bawa Anak Kecil Solat Terawih

Masa Haikal umur 2-4 tahun dulu, saya pun hadapi cabaran yang sama bila bawa anak pergi masjid untuk terawih.
. 
Anak berlari lintang pukang, 
menjerit buat bising, 
masuk dalam kain telekung orang lain, 
mimik bacaan Al-fatihah imam, 
meragam, etc. 
. 
Memang berdebar-debar berdenyut-denyut otak sepanjang terawih tuh. 😂
. 
Tapi saya cuba cekal sebab saya cukup yakin dengan satu perkara--
anak saya sedang dalam fasa “meneroka” dan fasa ini takkan lama. 
Bila lagi untuk beri anak "meneroka" dan biasa dengan rumah Allah, kalau bukan sekarang? 
. 
Berlari, buat bising, menyelongkar ruang masjid, dan sesekali tantrum, 
bagi saya itu semua biasa--
untuk anak-anak dalam fasa ini. 
. 
This is a learning process for both the children and the parents.
Dan untuk didik kesabaran dan toleransi jemaah masjid juga sebenarnya.
. 
Don’t get me wrong.
. 
Bukan maksud saya untuk sengaja biarkan anak-anak kecik ni mengganggu solat jemaah.
Bukan macam tu. 
. 
Cuma bagi saya, kalau kita mahu anak-anak hormati dan beri ruang untuk kita solat dengan tenang, kita juga perlu hormati dan beri ruang untuk mereka "meneroka" dengan cara yang berhemah. 
. 
At least—
. 
1) Pihak surau / masjid boleh sediakan ruang untuk anak-anak ni bebas "meneroka" dan slowly imitate orang lain solat. 
. 
Saya agak terkilan bila pihak masjid/surau sendiri yang tak benarkan bawa anak-anak kecil untuk terawih. Alasannya, bising dan buat sempit je. 
. 
Kita nak anak-anak biasakan diri dengan masjid, tapi dalam masa yang sama kita tak izinkan pendedahan awal itu berlaku.
Lawak antarabangsa kah ini? 😑
. 
Sedangkan kita tahu bahawa anak-anak ini didampingi oleh para malaikat. 
So don’t we want para malaikat berkumpul kat masjid kita asbab kehadiran anak-anak ni?
. 
. 
2) Nasihat dan tegur kesilapan anak-anak secara berhemah. 
. 
No hitting or shouting, please. 
Lower down your voice and get down to their eye-level while talking to them.
. 
Kita nak anak-anak sukakan masjid, atau nak mereka benci dan takutkan masjid asbab ke"bengis"an kita? 
Ingat, 
Allah menilai kita dan bukan anak-anak yang belum mumayyiz itu. 
. 
. 
3) Ibu bapa yang bawa anak-anak kecil, sebelum masuk masjid, minta dengan Allah (doa) supaya Allah bantu dan jagakan anak-anak kita sepanjang kita berterawih. 
. 
Supaya Allah tenangkan hati mereka dan tak buat onar kat dalam masjid tu. InsyaAllah, Allah dan para malaikatNya pasti bantu. 
. 
. 
4) Jemaah lain yang takde anak-anak kecil, minta dengan Allah (doa) supaya diberi kekusyukan dan kesabaran yang menebal dalam diri sepanjang solat. 
. 
Kusyuk tak kusyuk ni sebenarnya bukan disebabkan oleh persekitaran semata-mata. 
Ia adalah nikmat dalaman yang Allah tiupkan dalam diri kita.
. 
. 
5) Gambar di bawah adalah usaha paling kecil yang saya pernah buat masa bawa Haikal pergi terawih masa Haikal kecik dulu. 
.




Saje cuba-cuba. 
Untuk "pujuk semula" sesiapa yang saya rasa terganggu dengan karenah anak saya ketika solat.
.
Kadang-kadang memang ada orang yang taknak memaafkan.
Tapi takpe. 
We’ve done our part, and we’ve tried our best.
.
Just lower down your ego, 
minta maaf betul-betul, 
hulurkan cikedis tu, 
dan serahkan segalanya pada Allah untuk uruskan hati manusia yang terganggu itu.
Doakan dia supaya Allah lembutkan hatinya, dan terima ibadahnya pada malam tu. 😊
.
Benda yang sama saya buat bila travel naik kapal terbang dengan haikal masa dia baby dulu. 
Takut anak meragam dalam flight, 
kita standby siap-siap cikedis untuk minta maaf kat orang. 😂
.
Mula-mula memang takut-takut nak minta maaf dengan cikedis murah cemni. 
Tapi mengikut pengalaman saya,
orang-orang yang memandang dengan hati, 
pasti akan terus faham dan memaafkan. 
Siap kadang-kadang diorang pulak yang tolong ceriakan anak kita. 😁
.
Bagi saya,
setiap ibu bapa layak diberi ruang untuk buat silap, belajar melalui setiap situasi dan pengalaman, dan diberi peluang kedua untuk cuba yang lebih baik. 
.
This is the only way we can empower each other to build a better world for our children, kan? 
.
#WeDontBlameEachOther
#WeEmpowerAndHelpEachOther ❤
.
Untuk lebih banyak parenting Tips, read my two bestseller books:
#WhySoSeriousParents (RM39) 
#3Kertas3Krayon3PenselWarna (RM45)
.
Whatsapp 011 5289 0825 
www.wasap.my/601152890825

0 comments: