Macam mana nak didik anak-anak tentang ADAB


Tadi sempat curi masa tengok Wanita Hari Ini sekejap.
Sebab tajuknya menarik sangat--
. 
KERANA ANAK. 
.
And one of the panelists is my favourite Dr Tengku Asmadi! 
I've been a big fan of him since I was 12, lepas my dad sent me to his Motivasi Alihan Pelajar in 1999. 
. 
Pertama kali tengok beliau bercakap kat depan, terus terdetik dalam hati--
"Handsome nya pakcik ni." 😂
.
Hmm. 
Mesti ayah saya kecewa baca ni. 
Orang suruh dengar motivasi, kau fokus benda lain! 😒
. 
Ya auloh ya auloh maafin bawang putih ya auloh. 
Ok gurau. 
.
Tapi the impact of that kem motivasi was pretty good. Sampai ayah saya hantar saya dua kali. 😑
. 
And sampai sekarang i still love watching his talks. 
Your big fan here, Dr Asmadi! 🙋
. 
Ok back to WHI. 
One significant thing yang Dr Tengku Asmadi ulas tadi--
. 
Ramai ibu bapa yang boleh beri anak-anak dengan didikan agama yang baik. 
Sanggup bayar sekolah mahal sebab nak pastikan anak dalami islam, jaga solat 5 waktu, puasa tak tinggal, 
dan tak kurang juga semakin ramai ibu bapa yang galakkan anak-anak menghafal al-quran. 
Semua tu memang bagus. 
. 
Tapi! 
. 
Ada 1 perkara mustahak yang majoriti ibu bapa millenia (muda) sekarang lupa nak didik anak-anak mereka, iaitu--
. 
ADAB
. 
Contohnya? 
Bercakap perkara yang baik-baik,
Cara percakapan lemah lembut,
Berjalan dengan sopan, 
Tahu batas pergaulan, 
Hormat yang tinggi kepada semua orang,
Tak mementingkan diri sendiri, etc. 
. 
Anak-anak yang tahu banyak perkara tentang ilmu agama, tapi tak dididik tentang adab,
akhirnya mereka takde sahsiah yang baik, 
dan tak sebetulnya mengamalkan ilmu agama yang dipelajari. 
. 
So macam mana nak didik anak-anak tentang ADAB?
. 
Jawabnya--
ibu bapa dulu yang perlu ada adab, 
dan seterusnya mendidik anak-anak dengan PENUH ADAB. 
. 
If we don't treat them right,
they won't grow up right.
Because monkeys see, monkeys do.
. 
As simple as that.
. 
Dan kalau kita sebagai anak, 
rasa ibu bapa kita dulu ada banyakkkk kekurangan sepanjang membesarkan kita--
ampunkan mereka. 
. 
Sebab hakikatnya, 
takde satu pun pengorbanan mereka yang kita mampu balas kat dunia ni. 
Dan sebenarnya, kebanyakan benda-benda baik yang berlaku sepanjang perjalanan hidup kita ni, adalah asbab doa dan pengorbanan ibu bapa. 
. 
So berlapang dada, 
dan ampunkan saje. 😊
. 
Dan sekarang giliran kita pulak untuk jadi mak bapak, 
maka adalah tanggungjawab kita untuk perbaiki kelemahan mereka dan berusaha untuk jadi ibu bapa yang lebih baik untuk keturunan seterusnya. 
. 
Jom sama-sama renungkan, okay? 
. 

0 comments: